Warkah Buat Angah..
Kehadapan Angah yang kini masih berlindung di bawah langitNya, semoga sihat tubuhmu dengan ibadah, panjang hayatmu dengan amalan..
Angah,
Masihkah kau ingat??
Teringat aku akan kisah lama tika di perguruan Al-Arqam yang masih belum tercemar dulu. Saat aku belum mengerti salah benarnya hukum dunia. Lepas loceng rehat diketuk, kau terus berlari mendapatkan papan buaian yang menjadi rebutan ramai. Langsung aku bertanya, “Angah, tak laparkah kita? Tak mahu beli aiskrim dari ustazah?”
Kau cuma menggeleng perlahan sambil menyeluk saku jubahmu yang bocor. Memberi tanda 20 sen kita yang hilang entah ke mana. Tapi, sedihmu bertukar ceria setelah melihatku kembali dengan sebatang “aiskrim Malaysia”. Lalu, kau ajarkan aku tentang salahnya perbuatan mencuri, setelah kita kenyang berkongsikan manisan itu.
Zaman itu, zaman kita. Aku menangis dan kau tertawa. Kita berkongsi rahsia dalam “kem pondok” buatan kita. Semua orang mesti patuh pada kau atau dibuang keahlian jika mengingkarinya. Di situ aku belajar semangat kepimpinan, juga pentingnya patuh pada arahan. Kau membela siapa tertindas, kau melawan siapa yang menceroboh. Itulah Angah..
Kau menginjak ke tahun satu. Aku terkial-kial mencari penghulu. Apa itu sekolah, apa gunanya ilmu, itu semua aku tak tahu. Kau ceritakan seronoknya mengendong beg membawa buku membuatkan aku cemburu. Kepada mama aku mengadu, merajuk dan memberontak mahu memiliki apa yang ku mahu.
Rajukku tak berpanjangan. Abah pulang dengan Vespa kesayangan membawa sesuatu seakan rahsia. Bijaknya Abah memasang langkah mengelakkan kita berbalah. Satu jenama, bentuknya serupa. Itulah “beg Teddy” milik semua. Kita gembira memasang angan untuk bersekolah bersama.
Angah… masih ingatkah kau? Kegembiraan yang kita kecap diragut dengan mengejut. Kau dan Andak menghidap “Rheumatic Fever” menyebabkan abah gelisah sentiasa. Bertahun-tahun kau mengharungi perit itu, sesungguhnya tidak ku tahu seksaan yang kau berdua alami. Bermalam-malam aku peneman kau di wad, tatkala abah mama sibuk menanggung kita. Blok merah “wad kanak-kanak” memang tempat kita bermain. Asyiknya menjadi budak, sehari rasa bertahun lamanya.
Angah..Masa tu kita sedikit matang. Masing-masing dengan cara fikir berbeza. Masakan lidah lagi tergigit, apatah lagi sesama saudara. Aku dengan egoku, kau dengan lagakmu. Pabila bertengkar, pasti semua orang membela kau dan menghukumku. Sedihnya bila terasa diri seakan pesalah dunia.
Suatu hari, mama menarikku ke bucu bilik membisikkan sesuatu. “Ucu. Ucu tahu tak Angah sakit? Kesian kat Angah. Kalau Ucu fikir betul-betul, pasti Ucu tahu di mana silap Ucu. Kita kena sayang orang lain sebelum orang sayang pada kita“. Ketika itu, baru ku sedar. Selama ini, aku tak ambil peduli perasaan orang sebelum membuat andaian. Minta maaf Angah…
Suaramu yang kudengar kelmarin begitu gemersik sayunya. Seakan resah merenung impian. Apakan daya, impianmu itu hanya milikmu. Kau harus tabah mengharung ladang bertanam tebu, biar miang itu menyerang jangan kau bimbang. Aku berjanji akan menebasnya setelah parang ini tajam. Ingatlah janji ku ini.
Khas buatmu Angah..
Yang tinggal cuma kenangan….
Ikhlas merinduimu..
![]()
.
.
(jangan percaya cerita di atas… itu rekaan jek tu..
aku anak ketiga..bukan anak bongsu..hehehehe)
heartless berkata,
February 9th, 2007 at 2:11 pm
“Kita kena sayang orang lain sebelum orang sayang pada kita.”
ya, selalunya kita perlu menyayangi orang lain sebelum orang sayang kembali kepada kita. Kalaupun orang itu tidak sayang kembali kepada kita, tidak mengapa. Sekurang -kurangnya kita telah membuat suatu kebaikan.
Bukankah menyayangi orang lain itu merupakan suatu kebaikan?
p/s ya, tak kisahlah kalau bukan kisah benar sekali pun…
Balas komen ini.
pauhfc berkata,
February 9th, 2007 at 5:43 pm
pengajarannya???
Balas komen ini.
harisNoor berkata,
February 9th, 2007 at 7:03 pm
arrgggghhhhhhhh!!!! tertipu!!!!
“Kita kena sayang orang lain sebelum orang sayang pada kita.”
Saya pernah merasai bagaimana sakitnya menyayangi orang lain tetapi langsung tidak dibalasi sayang itu, Ya, menyayangi orang lain itu merupakan suatu kebaikan. Tetapi andainya orang itu tidak sayang kepada kita, ia bukannya semudah “tidak mengapa”.
Lumrah manusia inginkan balasan. Tiada yang terlepas daripada lumrah ini.
Balas komen ini.
siti norbaya abu bakar. berkata,
February 10th, 2007 at 7:40 am
huhuhuhu…rekaan semata-mata rupenye,patutla tak real,heheheh.tp boleh la walaupun tak syahdu dan dramatis sangat.PENGAJARAN:sayangi orang lain seperti mana kamu menyayangi dirimu sendiri tanpa mengharap balasan daripada orang yang kamu sayangi.sekian terima kasih(skima la pulak)
Balas komen ini.
mardiah berkata,
February 10th, 2007 at 10:09 pm
wah, rheumatic fever tu, dlm bhs melayu panggil ape ek?
Balas komen ini.
faqir berkata,
February 12th, 2007 at 7:54 am
pelangi, kau ni satu golongan ke dengan adibah nur tuh? Eh, adibahabdullah.. silap. hehe. banyak cerpen kau.. huhu.
Balas komen ini.
adibah abdullah berkata,
February 13th, 2007 at 12:29 am
salam..
patut la rs macam ada suara-suara halus memanggil-manggil ke mari.. namaku disebut-sebut rupa-rupanya.. =P
sbnrnye ade pengumuman. announcement.
” PERHATIAN. ada sapa2 yg berminat utk join antologi puisi Grup Karyawan Luar Negara? dr NZ, Aussie, USA , Jepun, etc dialu2kan. berminat n nk tny apa2? email adelei_ephsilon@yahoo.com ”
menulis untuk dakwah kerana Allah. =)
meow~~
Balas komen ini.
alirfan berkata,
February 13th, 2007 at 6:06 am
heartless
kdg2 x mndapat kembali kasih syg tu suatu memeritkan juga..
pauhfc
Pengajaran?? Sejauh mana setiap bacaan membawa kesan pada dirinya adalah bergantung pada tahap penghayatan seseorang..
harisNoor Says:
Pertama sekali, harapkan balasan dari manusia perlu berserah pada yg Esa..(aku sendiri memerlukannya..)
siti norbaya abu bakar.
hehe.. ko ni asyek nk crita syahdu jek.. ingat ni port2 cerpen syahdu ke??haha.. (nk syahdu tgk crita hindustan.amcam?)
mardiah
entah lah rheumatic fever tu dlm BM ape die.. cuba tanya doktor kita..(saya bukan doktor ye..hehe)
faqir
Dibah lain weh.. die cerpen nk jual.. aku cerpen tempelan jek.. huhu..
adibah abdullah
eh, kalau ngumpat pakai keyboard kire ngumpat ke ek?
Dibah, projek ko tu mcm projek Mega la.. bole tahan jugak mantap..
Balas komen ini.
wf azirah berkata,
February 13th, 2007 at 3:29 pm
ada benda yg aku tak faham dalam citer nie.. tapi aku sendiri tak pasti bahagian mane yg aku tak faham…’biar miang itu menyerang jangan kau bimbang. Aku berjanji akan menebangnya setelah parang ini tajam…’ aku rasa salah satunya yang ini.. leh explain kan tak?? sorilah kalau aku nie cam lembab sket…
Balas komen ini.
fatisha berkata,
February 15th, 2007 at 1:01 pm
angah… buatkan diri ingat teringat pada seseorang… e-fun ni… kenapa buat cite ni? hehehe..
Balas komen ini.
nurul berkata,
May 3rd, 2010 at 4:25 pm
huhuhu..not real..but,,boleh la..kite sayang org dulu baru org sayang kite..beg teddy milik semua tu yg tak faham..
Balas komen ini.