Video Klip Pilihan Jun.. Kalau Tuhan Dikenali, Mawaddah.

Pada June 14th, 2007, ia ditulis oleh Al-Irfan

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=lQsfnQOlpLM[/youtube]

Tajuk lagu, Bila Tuhan Dikenali. Dirakamkan di stesen Indonesia, TVRI.

Kumpulan Mawaddah.. kalau sesiapa yang masih belum kenal lagi kumpulan ini, saya memberikan sedikit penerangan. Kumpulan ini dianggotai bekas pelajar-pelajar Malaysia di Jordan dan asalnya ditubuhkan di sana. Apa yang membanggakan, sebelum kelahiran album mereka di Malaysia, nama mereka sudah terkenal di beberapa negara sekitar nusantara dan Asia Barat.

Bayangkan namanya cuma satu, Mawaddah. Tapi, tenaga yang menggembling Mawaddah seperti sebuah kerajaan. Aku pernah diberitahu oleh seorang kawan yang mewakili mereka (sewaktu menjayakan persembahan di Dewan Felda), boleh dikatakan jumlah ahli anggota Mawaddah yang sebenar adalah seramai 30 orang.

Kali pertama aku melihat persembahan mereka secara langsung adalah ketika malam kebudayaan sempena Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang (tak ingat tahun bila). Persembahan masa tu memang dapat perhatian maksima dari penonton yang terdiri daripada pelbagai golongan.

Lagu yang aku minat dari mereka boleh dikatakan kesemuanya. Tapi, terbaik antara yang terbaik bagi aku adalah *Terima Kasih Tuhan.

Boleh cari video mereka yang lain di Youtube. Taipkan saja nama *mawaddah di enjin carian.

p/s: Ada lagi sebuah kumpulan kanak-kanak yang namanya Mawaddah Kecil. Rasanya mereka di bawah naungan syarikat rakaman yang sama.

Jemput menjenguk entri yang lain. Pilih di bawah.