Ustaz Fakih…Terima Kasih Segalanya..
Apa awak cakap?
PANGG!!!!!!!!!!
Lempangan berbisa tahap meneran di puncak gunung…letakkan pipi kau di celah tingkap dan hempaskan ia. Apa yang kau rasa? Itulah ibaratnya.
Pipi ini masih terngiang-ngiang akan kebasnya lempangan itu (cehh..). Sesekali melihat cermin, pipi ini akan selalu kubelek-belek. Nama dia akan kusebut-sebut. Tanpa lempangan itu, takkan aku merasa sejuknya salji atau putihnya sakura itu. Mungkin juga merahnya puncak Fuji mampu dilihat di poskad saja.
Petang itu, aku ke kelas agama tak macam biasa. Kalau tak, belukar belakang sekolah jadi markas. Main gasing, kereta mini Tamiya, macam-macam yang kami buat. Mungkin di Luh Mahfuz sudah tertulis, aku akan lalui ini semua.
Jadi kebiasaan, selepas sekolah kebangsaan waktu pagi,kami takkan terus pulang ke rumah. Memandangkan rumah kami nun jauh di ceruk hulu sana, apatah lagi sekolah agama dan kebangsaan sepelaung jaraknya, maka kehidupan persekolahan 9jam sudah lama sebati dalam diri. Tamat sesi sekolah kebangsaan, kami akan bertukar pakaian dan terus berjalan ke sekolah agama.
Al-kisah petang itu, Ridhwan, kawan rapatku tak pakai kasut putih. (beliau pengawas di sekolah kebangsaan, jadi, kasut hitam jua yang dipakainya dek terlupa nak bawak yang putih).
Ridhwan, mana pegi kasut putih kamu? Berapa kali saya nak cakap? Sekolah agama pun masih ada peraturannya. Saya tengok, bukannya awak orang susah pun.
Entah mengapa angin Ustaz Fakih lain semacam.
Saya terlupa ustaz. Tapi, semalam Hilmi pun terlupa juga. Ustaz tak cakap apa-apa pun?
Ridhwan tetap membela diri. Biasalah, budak-budak. Lubang guni sudah ditutup, dilubangkan lagi yang lainnya. Aku memang tidak bersangkut paut dalam hal ini. Bukan dilantik sebagai hakim, apatah lagi ditabal menjadi polis. Sebagai pemerhati, memang aku bebas untuk mengulaskan apa sahaja bersendirian.
Alaa..dah memang ustaz pilih kasih..
Getusan kerdil di pelosok hati. Apakan daya, seakan takdir terciptalah ajaib, ayat itu terucap di lidah. Cetusan hati menjadi bisik, aku yakin cuma aku sendiri yang mendengarnya.
Malang sekali, telinga Ustaz Fakih secekap kelawar, dapat menangkap setiap butir sayup bicara itu.
APA AWAK CAKAAAP?
Suaranya menjerkah ruang kelas. Melenting jadinya. Berlari-lari anak menuju aku. Diangkat lengannya searas siling.. mengambil posisi menghadap tenggara..
lalu…
PAAANG!!!!!
Sedar-sedar, aku di bawah meja.. dengan kerusi yang terpelanting. Berpinar-pinar, yang kelihatan cuma bulan, bintang dan planet berlegar-legar di atas kepala. Pipi ini terasa kebas ya amat. Sesekali pandangan jadi kabur.
Perasaan ini berkecamuk. Ku toleh kiri, hina. Ku toleh kanan, caci. Terasa satu dunia sedang mengeji. Aku tak dapat terima kenyataan ini. Malu ini tak ditutup lagi, lebih malu daripada bertelanjang di pasar tani.
Lempangan itu mengejutkan semua orang. Ustaz Fakih yang terkenal dengan “cool”nya, bertukar jadi raksasa biru bermata tujuh. Leterannya selepas itu terawang-awangan. Aku masih dalam dilema, adakah mimpi? atau Tidak Realiti? yang pasti bukan kedua-duanya. Ia memang terjadi.
Sepanjang kelas aku tertunduk. Malu dengan ustaz. Malu dengan orang sekeliling, malu dengan diri sendiri. Jika sebelumnya, ke mana sahaja kawan-kawan di pinggang, kini semuanya hilang. Aku banyak menghabiskan waktu rehat di belakang bangunan tanpa teman. Kadang-kala, memang sengaja aku larikan diri dari mereka semua. Cerita aku ditampar Ustaz Fakih dengan dahsyatnya sudah tercanang di sana sini. Hatta di sekolah-sekolah lain sekalipun, nama aku dah dijaja tiada harga.
Entah mengapa, hati ini menjadi gusar. Aku memang bercita-cita untuk meminta maaf dari Ustaz Fakih. Namun apakan daya, lidah ini memang tajam, tapi untuk mengucapkan kata maaf, menjadi tumpul kaku sekeras batu. Setiap hari dibelenggu kerisauan, keresahan dan rasa bersalah yang tak mampu dibendung lagi.
Kehidupan aku yang berubah drastik, sedikit sebanyak membawa makna yang tersendiri. Agak memeranjatkan semua orang apabila keputusan peperiksaan aku setiap tahun meningkat mendadak. Ketika itu, lagenda seorang bernama “Balqis” yang setiap tahun memegang tangga teratas tak lagi jadi sebutan. Memang namaku yang jadi pengganti. Bukan aku saja, malah ustaz Fakih, kawan kelas, sehinggakan guru besar pun terkejut. Seorang yang dulunya kaki ponteng, sudah berubah segala-galanya.
Sampailah pada suatu hari, tatkala hari itu adalah hari terakhir dalam perkhidmatan Ustaz Fakih di sekolah, beliau memberi ucapan yang amat bermakna dalam perhimpunan. (Beliau dinaikkan pangkat menjadi pegawai agama di Jabatan Agama.)
Ucapan syahdu ini, benar-benar menyentuh hati. (Aku cuma tuliskan setakat apa yang mampu diingat)
Ini mungkin menjadi ucapan saya yang terakhir sepanjang karier saya sebagai pendidik. Jika dahulu, hati saya pernah terguris, pasti esoknya dah saya lupakan. Tapi, gurisan yang ini benar-benar memberi kesan pada saya sampai bila-bila.
Saya juga seorang manusia. Tak lari dari membuat kesilapan. Saya akui saya agak emosional ketika itu, dan memang saya tak dapat untuk mengawal perasaan.
Namun, ingatlah anak-anak. Jika ada ustaz ustazah yang marah, bukan bermakna dia jahat. Tapi kerana Sayang. Jika dia puji, bukan bermakna dia mengangkat. Tapi untuk semangat.
Secara peribadi, saya nak memohon kemaafan pada seseorang. Tapi, biarlah ucapan ini diucapkan di depan anak-anak semua. Saya mahu dia, dan anak-anak semua tahu, bahawa saya sayangkan kamu semua.
Dan saya takkan pernah menyimpan dendam, apatah lagi kejam untuk tidak memaafkan orang lain. Perubahan dia benar-benar menyentuh hati saya. Saya amat berbangga dengannya.
Sekurang-kurangnya, pengunduran saya ini sedikit sebanyak meninggalkan sebuah permata.
Tak perlu lah saya nyatakan siapa orang itu. Semua orang pun sedia maklum. Untuk anak-anak semua, contohilah dia dan jadilah anak yang baik. Doakan ibu bapamu, doakan guru-gurumu.
bla bla bla bla…(aku pun tak berapa ingat ucapan lepas tu)
Saya mengucapkan selamat maju jaya, dan mendoakan anak-anak semua menjadi khalifah berjaya, baik di dunia mahupun di akhirat.
Sungguh tak diduga, airmata kami semua begitu murah, berderai jatuh mencurah-curah. Ucapan Ustaz Fakih benar-benar membuatkan kami semua sayu.
Selepas waktu sekolah, sempat juga aku berjumpa dan bersemuka dengan Ustaz Fakih. Bak anak yang rindukan seorang ayah, kami berpelukan erat.
Saya minta maaf, ustaz..
Sesungguhnya perpisahan itu amat memeritkan.
S. A . Y . A . N . G
Tidak tahu ke mana lagi perkataan ini harus kuucap. Sesungguhnya aku menyayangi Ustaz Fakih. Alangkah bahagianya jika Ustaz Fakih membaca ini semua.
—————————————————————————————
Tak kisah la kalau tak ada orang yang baca cerita ini. Apa yang penting, kerinduan itu tetap juga hadir, lebih-lebih lagi pada seseorang yang banyak berjasa pada kita. Semoga Ustaz Fakih sihat dengan banyak beribadah…. amin..
Bersambung ke Episod Pertemuan Semula dengan Ustaz Fakih.
















eLnOrA berkata,
January 24th, 2007 at 8:10 am
huhu..sedih ceta ni..sy pun mengeluarkan air mata..dlm hati je la..apa2 pun mmg cikgu tu sorng yg mulia..
Balas komen ini.
ku keng berkata,
January 24th, 2007 at 12:15 pm
OK Bro. Linkkan saja. Salam muhibbah.
Balas komen ini.
mardiah berkata,
January 24th, 2007 at 1:37 pm
Salam, sangat syahdu dan hampir2 menitiskan air mata membaca kisah ini. Ceritanya menggabungkan unsur-unsur lucu dan sadis, membuatkan jalan cerita tidak hambar dan membuatkan pembaca tidak kering gusi. Selain itu, penulis juga tidak lupa untuk menitipkan nilai-nilai moral atau pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tersebut. Tahniah, anda memang berbakat.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 24th, 2007 at 1:45 pm
ha.. ni mesti mardiah pk crita ni crita rekaan..
mardiah..
ini butul2.. bukan rekaan ye??
Balas komen ini.
kingbinjai berkata,
January 25th, 2007 at 12:40 am
salam ziarah. nanti saya add anda
Balas komen ini.
BASRI berkata,
January 25th, 2007 at 12:53 am
entri blog kau bagus aku suka sebab sempoi. join projek kami kat
http://tanahseberang.blogspot.com
Balas komen ini.
men hensem... berkata,
January 25th, 2007 at 9:17 am
aku sker potongan ayat`Malu ini tak ditutup lagi, lebih malu daripada bertelanjang di pasar tani.`..prnah buat ke kt pasar tani?nih bukn ko prnah cter kt aku dkt bilik ko dlu ke?..hehe…ape2 pn tahniah sbb dilempang…
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 25th, 2007 at 10:16 am
Basri:
insyaAllah aku join projek tu lepas aku setelkan projek JAKUN II tu.. ko join projek JAKUN x??
Men:
Hoho.. bagusla Men ni.. ingat lagi cite tu ek? terharu aku ade kwn cmni.. KANDOUU!!
Balas komen ini.
mardiah berkata,
January 25th, 2007 at 10:32 pm
Salam again, hehe, saye mmg tahu ini adalah kisah benar, bukan rekaan mahupun cobaan. Sebab itulah saye rase anda mmg berbakat. Bukan semua orang boleh menceritakan pengalaman atau kisah silamnya, dengan berkesan sekali. Saye rase anda mesti mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan, betul tak? Kalau belum, mungkin anda boleh menyertai Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) atau mana-mana grup karyawan atau penulis yang ada untuk mengasah bakat yang sedia ada. Untuk makluman, grup GKLN gabungan grup ADABUNA akan menganjurkan Bengkel Penulisan dan Puisi secara online.
Balas komen ini.
ubie79 berkata,
January 25th, 2007 at 11:37 pm
Uhum… Saya gagal berkata apa2pun….
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2007 at 3:52 am
mardiah:
memang minat, aritu dibah meow (klik kt blogroll) ada cerita jugak… nanti ape2 inform pkembangan k?
ubie79:
hoho..ubi, tang mana tuh? tang pasar tani ka?
Balas komen ini.
myself berkata,
January 26th, 2007 at 6:47 am
baik betul ustaz itu…aku pernah dimasukkan bangkai cicak ke dlm mulut aku olh ustaz aku kerana kenakalan aku..dan juga pernah di pukul menggunakan kerusi dan batang penyapu..sampai skrg mereka2 ini tidak pernah meminta maaf.
namun aku tetap juga mendoakan kesejahteraan…=(
Balas komen ini.
myself berkata,
January 26th, 2007 at 6:48 am
maksud aku kesejahteraan mereka..=(
Balas komen ini.
siti norbaya abu bakar berkata,
January 26th, 2007 at 8:31 am
heeem… sedih jugak dgar citer ni,rasa syahdu jee,berguna sungguh pelempang tu ye…
Balas komen ini.
siti norbaya abu bakar berkata,
January 26th, 2007 at 8:33 am
tapi mase yang aku kenal ko kat sekolah agama sungai tongkang nampak cam budak skema jee…tak ada tanda-tanda cam budak nak mtak pelempang je,hehhehe..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2007 at 10:32 am
ceh..tu cite lame la bayah.. mase aku kcik2.. ms aku kt tongkang tu zaman dewasa sket.. keh2..
Balas komen ini.
bangku berkata,
January 26th, 2007 at 11:27 pm
pergh..
Balas komen ini.
jiwa rasa berkata,
January 27th, 2007 at 1:22 am
Salam kenal,
Terimakasih kerana sudi berkongsi cerita yang menyentuh jiwa dan rasa. Betapa besarnya kesan perkataan MAAF. Pendek tetapi susah sangat manusia nak sebut. Moga jaid pengajaran pada kita.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
January 27th, 2007 at 9:16 am
ok dah link!!
Balas komen ini.
panwalla berkata,
January 28th, 2007 at 9:57 pm
jangan minum air kacang soya ya!
Balas komen ini.
mardiah berkata,
January 29th, 2007 at 11:46 pm
salam. bengkel penulisan (puisi&cerpen) tu akan diadakan sabtu(3 feb) insyaAllah. Kalu x silap, yg bukan peserta(i.e. x ade karya utk dibedah/dibincangkan) pun boleh join, tp sbg pemerhati lah. Boleh add Huda Zakaria (yahoo id: tecolpet) or Hafez Iftiqar (yahoo id: hafeziftiqar) or Hisyam (yahoo id:ise_sekoda) utk minta join bengkel. setakat ni tue je, and oh ya, GKLN sedang dalam perancangan untuk melahirkan Antologi Cerpen GKLN pula, selepas kelahiran sulung Antologi PUISI. Anyway, kalau berminat, boleh tahu lebih lanjut dengan melawat: http://gkln.blogspot.com/ wallahua’lam, wassalam.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 30th, 2007 at 6:17 am
erm.. OK, thanx mardiah for your info..
Balas komen ini.
wf azirah berkata,
January 31st, 2007 at 6:50 am
“Sekurang-kurangnya, pengunduran saya ini sedikit sebanyak meninggalkan sebuah permata.” —– itulah harapan seorang guru.. walau tak semua anak murid, sekurang2nya pengorbanan mereka membuahkan hasil… ape pun, aku kagum dengan keteguhan ko menghadapi dugaan yg cukup besar ni ketika usia baru nak meningkat dewasa…-peace-!
Balas komen ini.
siti norbaya abu bakar. berkata,
January 31st, 2007 at 7:15 am
salam.aku tak tau nape aku tetap suke citer ni,macam ada tarikan utuk aku baca walaupun aku dah baca,aku rasa sedikit sebanyak dapat mendidik aku tentang erti kesabaran seorang pendidik.
Balas komen ini.
kaset79 berkata,
January 31st, 2007 at 9:44 am
hmm best best.
Balas komen ini.
barongan berkata,
January 31st, 2007 at 9:46 am
dah empat kali aku baca crita ni tp smpai la ni xsmbg2.. bila nk smbg [Episod Pertemuan Semula dengan Ustaz Fakih] kau tu?
Balas komen ini.
muzakkir berkata,
February 6th, 2007 at 3:13 pm
ipe, cito betol ko nih? sedih gilo…nk jjerik doh nih….tp mujo la dok tengho CAL…x jadi…wahahahaha
Balas komen ini.
dhamirah sakinah berkata,
February 11th, 2007 at 7:52 am
hahaha…lucu-lucu…
Tapi best sungguh pengalaman kamu.
Cara penulisan kamu buat aku gelak golek-golek. hehe
(ayat skema sih)
Balas komen ini.
Bila Allah di”bahan ketawa”kan.. « Contengan usang di balik Pelangi.. berkata,
September 17th, 2007 at 6:01 am
[...] Tiba-tiba terpacul ayat itu dari mulutku. Tanpa dikawal. Monolog bertukar dialog. Jujur yang tak tepat pada masanya adalah suatu yang membahayakan. (penyakit bahaya ini aku alami bila keadaan agak mendesak. Aku pernah melaluinya sebelum ini). [...]
titan berkata,
September 18th, 2007 at 8:20 pm
Tak guna. Tanak nangis..tanak nangis..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
September 19th, 2007 at 3:42 am
titan :
haha.. sememangnya kita manusia biasa.. ada emosi yang bisa tersentuh.. sekeras mana hati seseorang, pasti pernah menangis jugak kn?
Balas komen ini.
Alyani berkata,
December 4th, 2007 at 12:59 am
irfan..
sy baru lepas kesat air mata nih..sebak cerita nih..saya membayangkan keadaan ketika di alam sekolah agama (di negeri johor)..
teruskan bakat menulis..moga satu hari nnt nama irfan akan sebaris dengan penulis-penulis ternama…
Balas komen ini.
sern berkata,
December 17th, 2007 at 6:58 am
sedih ade..lawak pon ade..hehe
Balas komen ini.
bizarre berkata,
January 9th, 2008 at 4:45 am
salam..terkedu seketika…
anda memang hebat!
Balas komen ini.
azlong berkata,
February 14th, 2008 at 3:30 am
ermmm..berair gak bijik mata neh…
Balas komen ini.
kawe berkata,
February 26th, 2008 at 8:17 am
Great story with great style of storytelling. Byk pengajaran yg dpt diambil dr kisah saudara ini.
Balas komen ini.
zinnirah_syahadah berkata,
March 23rd, 2008 at 2:20 pm
hmm…speechless…sedih sangat waktu saat -saat seolah-olah anda dipulaukan…tapi tahniah cz mengambil semua cabaran-cabaran tu sebagai satu inspirasi untuk awak terus berjaya…
Balas komen ini.
Azahari berkata,
April 8th, 2008 at 2:25 am
Saya pun pernah jugak kena tampar kat depan orang ramai…hehehe…
budak nakal la katakan…masa tu buat suara katak dalam kelas… ajak la kawan sekali… apa lagi…kena panggil lepas tu sorang-sorang kena lempang… fuh! memang kebas !! dan pedas !!
p/s: lepas tu tobat tak buat dah….hehehe
Balas komen ini.
Ann Hani berkata,
August 10th, 2008 at 12:11 am
sedeynye
(
Ann Hani telah menulis tentang My First Snow Experience. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 19th, 2008 9:31 am:
Kesedihan cuma setakat di mata bila airnya mengalir lesu. Kalau bukan melalui hati, maka kesannya sedetik cuma. Doakanlah guru-guru kita.
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
August 15th, 2008 at 1:20 am
walaupun kisah ini ku baca untuk kali yg ke…namun ,still meninggalkan rasa yang satu itu..good job!
insan biasa telah menulis tentang merapu sengsorang….. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 19th, 2008 9:35 am:
Hah. Itu namanya rindu. hahaha..
err.. maksud aku, kau rindu pada guru-guru.
Balas komen ini.
insan biasa membalas pada September 6th, 2008 1:11 pm:
insan biasa telah menulis tentang Oh,my Happy Day... Mari baca!!
Balas komen ini.
missyana berkata,
August 25th, 2008 at 12:00 am
salam..penulisan incik ni bejaya mnyentuh jiwa.. tahniah…sedey
saya mau tag ini blog..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 25th, 2008 4:36 am:
Selamat menikmatinya. Tapi, kalau tag tak terjawab, minta maaf banyak2, ya?
Balas komen ini.
iliana berkata,
September 1st, 2008 at 1:14 am
hummm mmg cerita yg menarik….ada setengah org, akn jd semakin liar…tp, alhamdulilah…awk memilih utk memperbaiki diri….sehinggakn lbh baik dr yg da sedia t’baik….tahniah….
iliana telah menulis tentang RAMADHAN BULAN MULIA. Mari baca!!
Balas komen ini.
qamarun berkata,
September 9th, 2008 at 1:37 am
huhu..great story..terkejut sy bace part lempang tuh..
sayu…syahdu..
Balas komen ini.
wasza berkata,
September 10th, 2008 at 2:13 pm
Assalamualaikum..
…SALAM RAMADHAN
salam ukhuwah…pengalaman yg padat dengan pengajaran…sedih, kagum, dan bangga bercampur baur…kdg2 yang pahit itulah yang memberi kemanisan yg berpanjangan
wassalam
Balas komen ini.
Hilmi berkata,
September 14th, 2008 at 4:13 am
wahh..tak sangka aku ko still ingt kisah yg sgt myayat hati itu..wakaka (gelak kejam)..hehe..bila ko nak tulis kisah jumpa ustaz fakih balik tu?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:26 am:
Kepada semua, aku perkenalkan, dia inilah Hilmi, watak sampingan di dalam cerita di atas. Waduh-waduh.. akhirnya kau baca juga cerita ni eh, Hilmi?
Kau tak rindu zaman-zaman kita sekolah dulu? Bilalah nak jumpa semula kawan-kawan lama.
p/s; Pertemuan semula tu ada dalam Draft Lists aku, bila aku tak ada idea nak update SangPelangi, nanti aku post terus di sini. Nanti aku inform ya? Hehe..
Balas komen ini.
suara berkata,
September 16th, 2008 at 3:01 am
Tak patut betul kak su baca kisah di masa break kat opis…
Banjir tau tak… huhuhu…
suara telah menulis tentang Rezeki yang ‘pulang’. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:27 am:
Nasib baik tak ada sesiapa di ofis, kan? Hehe..
Balas komen ini.
Kak Liya & Awe berkata,
September 18th, 2008 at 10:51 pm
Salam, Bagus lah blog irfan ni.
Sedih baca cerita ni .
Keep up the good work
Balas komen ini.
ruqi berkata,
September 19th, 2008 at 6:10 pm
Moral yang bermanfaat.. Orang kata, semakin banyak pengalaman yang dilalui, semakin banyak dapat dipelajari..
Episod seterusnya dah sempurna kah penulisannya? Maaflah, ini kes lambat baca.. Huhu
Balas komen ini.
biji sawi berkata,
September 23rd, 2008 at 3:32 am
sdey btol kalo nk berpisah dgn ustaz mcm 2……
mst rase syg kt die..
xsngke kalo mengguriskn hati org lain..
memg membri kesn yg mendalm..
Balas komen ini.
irshadian berkata,
October 27th, 2008 at 7:04 am
dulu aku jahat kat sekolah
, bila aku praktikal kat sekolah baru tau, bila aku masuk kelas budak nakal, diorang tanak blajar, lepas tu aku kutuk diorang yang tak pandai buat ‘jahat’ supaya lebih pandai dan tak kantoi, lepas tu diorang tak nak pulak, dan kata aku ajar diorang buat jahat
. kena pakai reverse psychology
irshadian telah menulis tentang lelaki vs perempuan. Mari baca!!
Balas komen ini.
» Sejarah penulisan blog aku Sang Pelangi berkata,
December 19th, 2008 at 2:36 am
[...] pertama kali menulis di dalam bahasa Melayu standard boleh anda baca di bawah tajuk “Ustaz Fakih, terima kasih segalanya.” (klik link untuk membaca). Entri pertama yang ditulis menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu [...]
faisal berkata,
March 14th, 2009 at 6:04 am
salam…
touching la cita ni…
Balas komen ini.
miss nur berkata,
May 8th, 2009 at 2:47 am
kamu berhutang air mata denganku..
Balas komen ini.
nurul berkata,
July 25th, 2009 at 10:56 am
aslmkm.
huhuh..cte yg blh djadikn pgajarn yg amat bguna+tladn
hehehe..cam nk sme da kisah idup ak..cuma ak batin ko fizikl..
Balas komen ini.
sueella berkata,
November 7th, 2009 at 6:08 pm
Bila ku baca tinta tentang kamu ini.. pada permulaan baris-baris ayatnya.. hatiku tercuit untuk meneruskan pembacaannya.. biasanya aku malas untuk teruskannya.. tah kenapa.. aku kagum dengan gaya penulisan kamu ini.. rasanya seperti aku membaca sebuah cerpen pendek, pada akhir pembacaanku.. entah kenapa air mataku ini boleh mengalir.. mungkin tersentuh dengan coretanmu ini.. TAHNIAH kerana berjaya menghasilkan ayat-ayat sempurna begini.. tersentuh juga hatiku bila membaca ucapan syahdu dari Ustaz Fakihmu itu..
Balas komen ini.
Episod Pertemuan Semula dengan Ustaz Fakih. : : SangPelangi berkata,
December 13th, 2009 at 11:04 am
[...] perangsang dalam hidupku. Kepada yang belum membaca siri pertama, bolehlah baca di pautan ini (Klik Sini) p/s: Bagi yang mengikuti sejak awal, sejujurnya, aku rasa terharu. Tidak kusangka masih ada yang [...]