Usah bertenggek di atas pagar
Bayangkan perasaan kita, yang sedang asyik memuntahkan buah fikiran, cuma dibalas culas oleh dia,
Biasalah. Lain orang, lain cara memandang.
Jujur, aku semakin muak ungkapan sebegitu. Maaf. Ia seolah-olah sedang menabrak jalan yang disusur dua pengembara mengorak dunia. Biasanya kutembak balik,
Ya, benar. Tapi, apa pula pendapat kau?
Balasannya tetap serupa dengan yang tadi, iaitu “lain padang, lain belalang”. Kali ini berlagak ala elitis pula. Marahku tidak sehangat ini andai kalimat keramat itu diangkat tika tamat sesi berdebat.
Aku sedia maklum, memang manggis sama getah sama hitam, darjah masam macam-macam. Apatah air laut sama datar sama masin, dasarnya lain-lain. Ataupun, manusia rambut sama legam, hati kita beza ragam (Oh tidak. Klise sekali.) Jadi, hikmah apa Tuhan ciptakan semua ini?
Ketahuilah, kawan. Titik beza itu yang didamba, agar boleh kita duduk semeja, saling bicara demi agenda sebulat suara.
Jangan seperti seorang soldadu yang mengibarkan kain putih, sebelum sempat mengangkat senjata. Sedangkan, si penggendong air saja sudah syahid bermandian darah.
Irfan, (ya, ia memang namaku), ingat pesanku sendiri,
Berpendirianlah! Dan lontarkan pendirianmu!!
p/s: Aku sedang bercakap sambil bercermin mimpi. Bukan dituju pada pemegang kunci pintu di Gaza, atau dipanah tembus ke dada kalian. Usah bertenggek di atas pagar.
















ibnurashidi berkata,
January 18th, 2009 at 9:53 am
Assalamualaikumm…
Bunyi seperti meluahkan sesuatu saja?sabar ya..tenang-tenang aja dong..
ibnurashidi telah menulis tentang Sesuci Seruan Syurgawi (2). Mari baca!!
Balas komen ini.
~kamala membalas pada January 18th, 2009 10:08 am:
Hihi. Lawak komen Ibnu Rashidi.
(betullah kata Ustaz Hasrizal, laki luahkan masalah untuk dengar pndapat / cadangan. Perempuan plak cuma perlu pendengar yang baik.)
Balas komen ini.
adibah abdullah membalas pada January 18th, 2009 11:13 am:
Salam.
Maaf saudara/i, pernyataan itu (yang sebenarnya dikutip daripada buku MaFM… tentang hubungan suami isteri), saya kira, amat-amat menghinakan jika diambil sebagai satu generalisasi.
Ya, saya akui, wanita memang suka mengadu-ngadu, bermanja-manja, dan dipujuk-pujuk. Tapi apa bezanya dengan lelaki? Apa lelaki tidak suka dibelai-belai dan dilayan masalahnya dengan cara yang, erm, tidak intelek, oleh isteri? Diskriminasi.
Apa wanita tidak mahu berfikir? Apa wanita tidak perlu berfikir? Adakah generalisasi atas wanita itu adalah tidak cenderung dan tidak suka kepada diskusi intelek dan wacana falsafah/ilmiah? Kalaupun banyak wanita yang memang begitu, tolong hormati kami yang tidak hanya mahu berukhuwah dan bersilaturrahim riang ria semata-mata, tetapi turut menghargai input minda.
Kita mengeluh kenapa bangsa kita masih tidak maju-maju. Kita merungut kenapa umat Islam masih begitu-begitu. Kita garu kepala kenapa Sisters in Islam dan budak-budak pengkid lantang benar tidak tahu malu, tetapi memberi jawapan daripada barisan Muslimat, kita tidak mampu.
Huh.
Maaf irfan, aku komen atas komen. Belum lagi komen sebenar untuk entri kamu.
-adibah abdullah-
Balas komen ini.
famia berkata,
January 18th, 2009 at 10:56 am
assalamualaikum.
bukan kerja mudah nak ajak orang lain berjuang. kena upgrade lagi kesabaran itu.
cuma satu je.
jangan pernah goyah keyakinan padaNya.
walaupun dicerca satu dunia.
berusahalah.
famia telah menulis tentang Yakin Seyakin Wisma Yakin. Mari baca!!
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
January 18th, 2009 at 11:14 am
Mendalam sungguh makna yang tersirat…
Irfan, boleh kau rungkaikannya satu persatu. Agar aku turut sama dapat bercermin mimpi…
SangMentari telah menulis tentang SEPI SEORANG PERINDU. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 18th, 2009 3:48 pm:
Cuba kau rujuk komen Hariz di bawah ini. Harapnya membantu.
Balas komen ini.
Hariz berkata,
January 18th, 2009 at 12:46 pm
Salam…
ya, benar, aku juga begitu.
Bukanlah maknanya kita tidak hormat pendapat orang lain jika mahu berbahas. Dan, bukanlah bermakna menegakkan idea kita itu tanpa mahu dibangkang oleh orang lain itu juga cara yang betul untuk berpendapat. Dan, langsung tidak ada reaksi yang responsif kepada idea lain adalah cara yang diplomatik dalam berpandangan, bukan? Kita luahkan, dengan kadar merasakan, kita percaya kepada pandangan kita, tetapi masih percaya yang mungkin ada kurangnya ia dan dapat ditambah baik dengan adanya idea-idea lain yang mungkin saja lebih baik dan lebih segar. Penapisan pendapat dan idea harus berlaku melalui proses menolak apa yang salah dan mengangkat apa yang betul, bukan?
Inilah masalah, bila hujah diberikan dijawab oleh orang yang malas berfikir. Tahu tengok AF saja.
Huh, penat dan lemah rasanya berjumpa berbincang dengan golongan ini.
Hariz telah menulis tentang Mimpi aku semalam, dan malam sebelumnya.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 18th, 2009 3:42 pm:
Biarpun aku tak layak mengulas tulisanku lagi (kata sahabatku, kita bukannya pembaca berita), tapi ulasan dari Hariz ini, adalah yang terbaik dan paling tepat dengan tujuan asal ia dituliskan.
p/s: Kepada yang kurang memahami, kata-kata dari Hariz ini bisa menjernihkan.
Balas komen ini.
famia membalas pada January 18th, 2009 4:50 pm:
ada benarnya tu. minda dah dijajah. memang bukan kerja mudah. kadangkala terasa goyah mahu tersembam ke tanah. betapa tak kuatnya umat Islam akhir zaman. kasihan kan.
famia telah menulis tentang Yakin Seyakin Wisma Yakin. Mari baca!!
Balas komen ini.
nbo_3 berkata,
January 18th, 2009 at 3:17 pm
Entri ini, buat kepala ku berpusing-pusing. Tapi ramalanku, ia berkait rapat dengan prinsip. Tak boleh bernafsi-nafsi dalam perkara ini. Berkecuali bererti meredhai.
Maaf jika jauh tersasar dari landasan. Boleh diterangkan pada pertemuan TIM barangkali?
nbo_3 telah menulis tentang Omiyage. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 18th, 2009 3:50 pm:
Heh. Tidaklah seberat masalah umat untuk aku bawakan isu ini ke sana. Ia sekadar monolog dalaman yang berbentuk keluhan sendiri. Hehe. Ulasan Hariz di atas ini insyaAllah dapat membantumu.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
January 18th, 2009 at 11:50 pm
Aku sering dituduh kepala batu. Kenapa? sering bertanya sehingga ke lubuk. Kenapa? Aku ingin mengetahui.
Ironinya, orang menganggap aku menguji.
Bila perbezaan pendapat, bukankah itu yang kita raikan?
Kalau begitu, apa guna brainstorming?
Huh… sakit digelar ‘asal bercakap, asyik nak menang’
Hanya kerna aku terus bertanya dan bertanya.
oh, tahukah pattern manusia mana yang angkat bendera putih sebelum bertanding?
Pattern manusia ego barangkali.
Sukar menerima pendapat yang bercanggah lalu mengangkat diri sebelum panas punggung di meja sidang.Hanya pendapat ku kira.
Mungkin? Siapa tahu? Hati manusia lain warna…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 6:02 am:
Haa.. inilah cara yang betul dalam menggunakan pepatah ini. Diucapkan setelah habis meluahkan pendapat sendiri.
Balas komen ini.
adiLa berkata,
January 19th, 2009 at 2:51 am
Salam wbt..
Entri kali ini seperti sedang melanda jiwaku jua.huhu. bertepatan pula masanya.
Aduhai..aku selalu fikir. Adakah aku wajar diam saja pada setiap masa.
Kalau ikutkan, ya memang.
Mahu saja aku diam.
Elok sahaja aku membisu.
Biar semua orang tidak perlu memikir-mikir cadangan atau idea-idea pelikku.
Iya kan?
Tapi malangnya (aku pun tak pasti malang atau tidak), aku memang tidak dilahirkan untuk menjadi Pak turut. Huh.
Cuma ingin ku ketengahkan pendapat.
Andai tidak membantu, mudahan aku (dan lain-lain) tidak menjadi kayu.
Apapun, aku perlu banyak muhasabah.
Mungkin cara yang tidak kena.
Ah, banyak silapku jua.
Cuma aku sangat kepingin.
gawat.
Andai ramai yang lebih terbuka…
atau aku yang berlebihan ‘terbuka’….
oh irfan. Ya mungkin, lain padang lain belalang.
Tapi sayangnya aku rasa tidak begitu adil untuk disamakan kita dengan belalang.
Entah.Pusing.
Ya dan saangat setuju dengan Hariz.
P/S:
Eh. Terfikir.
Simpulan-simpulan bahasa, peribahasa semuanya, memang sudah fix ya oleh DBP? Banyak pula yang aku rasa tidak sesuai..haha.
adiLa telah menulis tentang Kempunan Padi di Sawah Sendiri…usah lagi!. Mari baca!!
Balas komen ini.
hafeeza membalas pada January 19th, 2009 6:26 am:
Sorry kalau komen sy ini tak berkaitan dgn entri.
Kalau Adila rasa Irfan sedang menyamakan human with blalang, or if u think perumpamaan tu tak sesuai (coz samakan human with blalang), maknanya awak kurang faham lagi dengan pepatah itu.
Lain padang = different location.
Lain Belalang = perbezaan adat, budaya dan gaya manusia.
Even my BM not so good, tapi saya tetap faham bhw adat, budaya atau gaya pemikiran manusia tu lain-lain ikut tempat tertentu. (Harap tak salah fahaman saya. Ini pun mak saya yang ajar)
Orang zaman dulu mmg sangat sopan-santun, kalau bercakap sangat beralas untuk tak guris siapa2. DBP juz collecting words from them, not fixing apa-apa pun.
p.s. Sejak kecil, 8 tahun saya di Aussie, harap tak marahkan tahap BM saya. But, I’m still trying.
Balas komen ini.
adiLa membalas pada January 19th, 2009 7:59 am:
eh..hehe. kelemahan sistem tulisan mungkin. agak sukar interepetasi dengan nada asli yang sebenar..~
thanx hafeeza. sebenarnya saya tak pertikaikan tulisan irfan pun. sedang bersetuju dengan irfan malahan
cuma terfikir. kadang2 ada apa peaptah yang rasa tak best, memang dah fix semuanya..huhu.
apapun, small matter je ni..kan?
thanx again ya!
adiLa telah menulis tentang Kempunan Padi di Sawah Sendiri…usah lagi!. Mari baca!!
Balas komen ini.
FahdRazy membalas pada January 19th, 2009 1:44 pm:
Oh. Teringin juga nak tahu apa contoh pepatah yang tak best tu, dan kenapa? Sekadar nak tahu.
FahdRazy telah menulis tentang Antara Bidadari dan Penghuni Syurga. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 6:09 am:
Itulah Fahd. Menarik komentar dari Adila ni. Aku pun tertanya-tanya juga, apalah pepatah yang dirasakan tak sesuai tu.
Adakah pepatah zaman dahulu sudah tidak sesuai lagi dengan perubahan zaman teknologi sekarang?
Atau sudah sampai masanya kita memikirkan pepatah-pepatah baru untuk diketengahkan?
Menarik!
p/s: Bagus kalau dibuat tajuk kajian tesis. Sayangnya, aku pelajar kejuruteraan.
Balas komen ini.
Huzaimi berkata,
January 19th, 2009 at 7:58 am
Salam ya Irfan,
Aku teringat sebuah episod dalam program televisyen ‘gakkou e ikou’ (mari pergi sekolah) . Episod itu membawa penonton ke sebuah sekolah yang terkenal dengan pasukan debat yang mantap lalu dilontarkan cabaran “Adakah pasukan debat mampu berdebat walaupun dengan topik yang paling remeh?”
Bayangkan, antara topik yang dibangkitkan ialah “Dalam senarai huruf hiragana, lebih baik dihapuskan huruf “あ” daripada huruf “お”. Dan ternyata, ia masih bisa didebatkan.
Pendek kata, kita tidak akan dapat apa yang terbaik dari sesuatu melainkan setelah dibahas, didebat, dilontarkan pandangan dari pelbagai penjuru.
Dan akhir sekali, barulah ditutup dengan “lain padang, lain belalang”
Huzaimi telah menulis tentang Monolog Pasca WG 2008. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 5:53 am:
Tepat sekali bro. Itulah waktu sebaik-baiknya untuk mengungkap ayat ini.
Mungkin ada yang tidak sedar. Pepatah itu sering disalah gunakan oleh manusia yang malas berfikir, mengucapkannya sebagai alasan untuk tidak meluahkan pendapatnya. Mereka tak bersungguh-sungguh untuk membuahkan idea matangnya sendiri, malah merasa kekampungan (maaf jika penggunaan tidak sesuai) untuk duduk semeja mencari sepakat kata. Angguk tidak, geleng pun tidak. Cuma bertenggek di atas pagar.
p/s: Alamak, bro. Aku cari ‘gakkou e ikou’ di internet, tak banyak sumber. Teringin nak tonton. Pasti menarik dan lucu. Hihihi.
Balas komen ini.
amilin berkata,
January 19th, 2009 at 8:28 am
3 kali baca,tu pun tak berapa nak faham lagi….hehe..nasib baik pendek boleh baca banyak kali.
amilin telah menulis tentang Renungan daripada isu Palestin dan kepedulian kita terhadapnya.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 6:22 am:
Ha. Nasib baik juga, awak sudi baca banyak kali. Kalau sekali baca dah pergi, bahaya juga.
Balas komen ini.
ainul arina berkata,
January 19th, 2009 at 10:01 am
Salam
Mahu sama melontar pendapat.
Semua perlu ada pendirian sendiri. Perbincangan itu tujuannya untuk mendapatkan pandangan yang lebih meluas dan menyeluruh. Nanti bila dikumpul semua, baru boleh ditimbang mana yang lebih bagus untuk dibuat keputusan kalau perlu. Kalau setakat mahu terima bulat-bulat, sudahnya nnti macam taklid pula..
Dalam berbincang sepatutnya kena ada toleransi. Jangan terlampau merasakan diri sendiri betul. Nanti tertampar dulang berair, terpercik ke muka sendiri pula. Berbincang fungsinya juga untuk belajar. Belajar melihat dari sudut lain dan belajar bertoleransi. Kena saling beri dan saling terima. Yang mendengar pula sepatutnya kena timbang sama, bukan sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Lepas tu ikut majoriti. Tiada maknanya..
Terima – beri = pak turut
Beri – Terima = Keras kepala
Terima + Beri = Kerjasama dan toleransi
Opss.. terkeluar formula pula.
Maaf ya, sekarang tengah beraura biostatik ,jadi kena aplikasi dalam kehidupan.Cumanya, sabar ya teman.
Yang penting, kamu sendiri tahu apa yang perlu dibuat. Teruskan berpendirian.
ainul arina telah menulis tentang Pandang Pada Teman. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 6:20 am:
Ya, setuju. Semua orang mesti ada pendapat sendiri.
Kalau memilih pendapat majoriti pun satu hal juga. Macam lalang ditolak angin, kalau berat ke kiri, maka berbongkoklah dia ke kiri.
Oh ya. Haha. Aku ada lagi satu contoh yang sarkastik, “ibarat kalau majoriti pangkah parti Cap Ayam, dia pun pangkah juga”. Bila ditanya apa manifesto parti Cap Ayam, dia geleng kepala.
Tak mengapa kalau ingin mengikut majoriti, asalkan berpendirian tetap. Aku pasti menepuk dahi, kalau ada yang mengatakan,
Balas komen ini.
irshadian berkata,
January 19th, 2009 at 6:44 pm
mantap la entri kali ni irfan, kena sebijik
jangan seperti seorang soldadu yang mengibarkan kain putih, sebelum sempat mengangkat senjata. Sedangkan, si penggendong air saja sudah syahid bermandian darah
Balas komen ini.
dalili berkata,
January 20th, 2009 at 4:17 am
assalamualaikum…
baru pertama kali singgah di sini, tapi tertarik nak baca lebih lanjut… maaf ya, kalau saya jujur, pertama kali baca saya agak kecewa sebab terlalu pesimis dengan sesetengah orang yang kurang suka meluahkan pendapat. saya sebenarnya kagum sebab anda ada prinsip sendiri, dan suka berkongsi dan meluahkan dengan orang lain. tapi bukankah Islam juga mengajar betapa manusia ni berbeza. ada yang expressive, ada yang introvert. ada yang lebih gemar memerhati, ada yang lebih gemar berfikir dan ada juga yang lebih gemar berbicara. bukankah perbezaan sifat ini juga harus kita raikan. saya bukan nak membela mana-mana pihak. kebetulan saya pun jenis yang suka mengeluarkan pendapat (buktinya melalui komen ni.
) tapi saya kurang senang untuk kita melabelkan orang lain sebagai ‘mengangkat bendera putih’ sebelum mengemukakan pendapat. mungkin kita boleh meraikan perbezaan pendapat bersama dengan perbezaan peribadi kerana dengan perbezaan-perbezaan inilah kita saling melengkapi.
maaf kalau ada tersilap kata, maklumlah baru pertama kali mengunjung. mungkin saya terlalu cepat juga asumsi dan mehantar komen. atas kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran saya memohon maaf atas segala.
wallahuam…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 5:28 am:
Maaf untuk mengatakan ini. Jika kamu merasakan saya tidak meraikan perbezaan ini, bermakna, ya terbukti kamu terlalu cepat dalam asumsi.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komentar, Dalili.
Balas komen ini.
Al-Fannani berkata,
January 20th, 2009 at 7:38 am
Barangkali yang berhujah begitu sudah tandus, tidak punya idea untuk menjawab soalan mu. Jadi dia suarakan kesimpulan kata dengan menggunakan ayat sebegitu. Kerana perbincangan adalah benih ilmu, dari situlah kembangnya ilmu, dari sekelumit menjadi sebungkus. Aku rasa dia tidak berkeyakinan dengan jawapannya. Itu saja, kerana kalau dia berkeyakinan, berani juga, maka biar salah pendapatnya, dia pasti menjawab.
Aku sedikit teremosi. ahha~
Al-Fannani telah menulis tentang Akibat Penemuduga Terlalu Menduga II. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 20th, 2009 8:31 am:
Aku lebih senang berhadapan dengan penegak benang basah, dari yang tidak berpendirian. Biar aku sambung untaian itu. Dari sebungkus ke sekotak, dari sekotak ke sekontena.. (sambung sendiri.) Hihi.
p/s: Ah, kau memang sejak akhir-akhir ini sering teremosi.
Balas komen ini.
Ruqaiyah berkata,
January 22nd, 2009 at 10:37 pm
Hujahnya mungkin sekadar retorik semata..
Ayatnya adalah pemangkin semangat..
Supaya kita dilentur dek hakikat..
Bukan sekadar melatah dengan ayat yang tak akademik..
Ruqaiyah telah menulis tentang Bertemu cinta kerana usrah,terpatri ikatan akidah... Mari baca!!
Balas komen ini.
'atiqah jasni berkata,
January 23rd, 2009 at 10:12 pm
Assalamualaikum…
Kadang-kadang rasa meluat,menyampah,geram pada insan-insan yang tak berprinsip ini.Asyik mengikut telunjuk orang dan bila tak berpuasa hati dengan cadangan insan yang diikutinya akan mula kutuk belakang.Teringat pesan ayah
“jangan jadi macam lalang.kena berani buat keputusan sendiri dan hadapi cabaran hidup”.
p/s:Minta maaf andaikata pendapat yang diutarakan tersasar dari entri anda.Tatkala ini terasa geram dengan insan yang tidak berpendirian/berprinsip.
Balas komen ini.
aqupeace berkata,
February 2nd, 2009 at 2:31 pm
btol..idup nie kena berpendirian lam sume benda…nak berckp pown kena ade pndirian…tp nak jadi sorg yg berpendirian pown bkn senang kan…pe pndapt bro?
Balas komen ini.
Malaysia seperti perahu pecah. : : SangPelangi berkata,
February 8th, 2009 at 5:06 am
[...] Aku tidak kisah kalau sesiapa pun ingin menjawab Ya, atau Tidak. Tapi untuk menjawab kata “Tidak Kisah”, aku kira manusia inilah yang aku golongkan sebagai bertenggek di atas pagar. [...]