Tuan Rumah

Siapa Aku.

Senja 14 April 1986, di Hospital Sultanah Aminah tempat aku dilahirkan. Diberi nama Mazni Al Irfan, Mazni bermaksud “kesopanan” dan Irfan bermaksud “pendakian”. Nama Mazni adalah nama rasmi untuk semua saudaraku, adalah hasil gabungan nama Majlah Ayup (mama) dan Jani Yunos (abah). Mazni = Majlah+Jani.

Senarai adik beradik.

1. Maznidatul Akmar Syihan bin Jani – di NusaJaya

2. Mazni Al Farhan bin Jani – di MHSE barangkali

3. Mazni Al Irfan bin Jani (aku) – di SangPelangi

4. Mazni Al Zafran bin Jani – di Seoul

5. Mazni Nor Izdihar binti Jani – di KPM Pahang

6. Mazni Al Najian bin Jani – di bawah ketiak mak, SPM

Lima jejaka dan seorang gadis, purata ketinggian tak kurang 1.5 meter mungkin mewarisi “Jin tinggi” Abah (jin: gen) yang keluarganya tinggi belaka.

Di Tadika Al-Arqam, dipanggil “lipan” bukannya Irfan. Kemudian, dipanggil Mazni di sekolah rendah, sehinggakan orang mengatakan itu nama perempuan (walhal Maznah milik wanita). Masuk Tingakatan 1, aku cuba komersilkan “Irfan”. Pernah sekali di satu pertandingan (Sains Kesihatan kalau tak silap), bila namaku disebut untuk mengambil hadiah, hilai seisi dewan bila nama “Mazni Anak Lelaki Irfan” dilaungkan, sedang aku anak Melayu. “AL” tak sepatutnya ditulis sebagai “A/L”.

Sekolah rendah di SK.Pasir Gudang 2 sehingga darjah enam. Bukan budak bijak, dapat 2A untuk UPSR (subjek lain sedih untuk dinyatakan). Masuk ke SMK.Pasir Gudang 1 dengan semangat baru, kawan baru dan kehidupan baru (terasa lebih dewasa, hehe..).

Ketika itu, abah bekerja di MSE Pasir Gudang, pilot kren berstatus supervisor. Pernah jatuh dari kren dan terselamat. Dinasihat doktor mengurangkan kerja berat. Akhirnya, dengan pampasan pencen ilat (pencen atas sebab kesihatan), kami sekeluarga berpindah ke kampung. Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat. (betul-betul bertentangan dengan Masjid Jamek Sg.Tongkang) Mama bertukar sekolah mengajar di SMK.Benut, Pontian. Aku bersekolah di SMK.Rengit belakang Balai Polis.

Menjual goreng pisang di Sekolah Agama paling tak dapat dilupakan. Habis waktu rehat di Sekolah Agama, aku dan adik membantu Abah di gerai, bertapakkan tempat letak basikal. Sempat jua kutuntut ilmu resepi rahsia Abah, “Sambal Jani”, membuat kanak-kanak menjilat jari.

Pernah juga menjual Ayam Golek di depan Wetland, Batu Pahat. Mesin golek buatan tangan Abah, bermodal Rm1000, siap dalam 3 minggu. Membuatku minat pada kejuruteraan setelah melihatkan mesin itu gah berjalan. Tapi, tak sampai seminggu kami berjualan, rupanya Ayam Golek banyak saingan. Biasalah berniaga, macam roda.

Kalau bukan di kampung, di mana lagi untuk aku belajar memegang parang? Menebas semak di kebun sawit Abah di Simpang Renggam. Menggali perigi untuk pam racun pohonan sawit. Memetik pucuk “Tenggek Burung” dibuat ulam, paku pakis dimasak lemak. Cerita kebun sawit tak panjang mana. Dipendekkan lagi, habis separuh kebun terbakar, dek puntung rokok tercampak di tanah gambut oleh entah siapa. (baca: keluargaku bukan perokok).

Kemudian, kami berpindah semula ke Pasir Gudang, mengikut nasihat arwah Atok Aki yang berpendapat pilihan kami di Pasir Gudang. Abah mendapat ilham untuk mengusahakan telefon awam. Alhamdulillah, kehidupan seperti sedia kala. Aku kembali bersekolah di SMKPG1 sehingga tingkatan tiga. Kemudian dengan PMR, aku sambung pula ke MRSM Mersing dengan jurusan Sains Hayat.

Hobi aku 4M. Menulis, melukis, membaca, mendengar.

Melukis : Padaku bukan anugerah atau bakat. Di waktu kecil, pantang ada pertandingan melukis, kami dan Abah mungkin orang pertama tiba. Adik dan abang sering menang. Sedang aku, jangankan habuk nak dibawa pulang. Tapi itu bukan penghalang. Minat itu ibarat parang. Di maktab, aku ketua grafik di badan editorial. Kerja mencorak majalah, buletin, laman dan macam-macam. Kini, baru berjinak dengan perniagaan sambilan, dengan eCoverApple.com merekacipta logo syarikat dan persatuan. Hiasan buku pun tak ketinggalan. Di IrfanReka.com tempat berkongsi rahsia tanpa bayaran.

Membaca : Sejak 8tahun dipaksa Mama menghafal puluhan karangan. Abah pula dengan rotan, suruhku khatam Al-Quran seusia sembilan. Mungkin itu penyemarak minat membaca. Dulu, novel bersiri penyiasatan koleksi kami. Mama dengan bacaan sastera, Abah dengan cerita seram. Bila tiba pesta buku, berbondong-bondong yang Abah beli. Sekarang entah ke mana pergi. Sudah ke Palestin barangkali. Satu tragedi takkan ku lupa, himpunan penuh komik “Dragon Ball” dan “Doraemon” dibakar Abah di halaman. Merengek kanak-kanak perjiranan menagih kasihan, agar buku itu disedekahkan. “Inilah racun pemikiran“, kata Abah ke”macho“an.

Menulis : Mama, seorang guru Bahasa Melayu, Sastera dan Sejarah. Sesekali curi-curi kubaca buku miliknya. Menyusahkan. Di sebelah mesti ada Kamus Dewan. Shahnon Ahmad, Othman Puteh, A. Samad Said penulis pilihan. Waktu cuti takkan bahagia. Jadual penuh dengan derita diatur Mama. Paling seksa, televisyen tak pernah dibuka. Rosak dipanah petir. Hendak dibaiki dikata membazir. Jadi, “Pentas Bangsawan Radio Singapura” adalah hiburan. Kasihan. Di sekolah, sibuk rakan berkongsi cerita drama, “Gaban” ataupun “Satri Baja Hitam”, aku cuma melopong terdiam.

Selepas SPM, aku suka-suka menghantar artikel di ruangan pendapat Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kerap juga tersiar. Artikel “Jangan Perkecil Saintis Muda” yang takkan kulupa. Mendapat maklumbalas dari pembaca. Nanti aku kongsi buat tatapan semua. Ini telah menyemarakkan lagi semangatku untuk menulis. Terkini, tak cukup setahun menyertai Grup Karyawan Luar Negara (atas ajakan Adibah Abdullah), Aku masih perlu banyak belajar lagi cara-cara menulis. Masih tercari-cari identiti dan gaya penulisan sendiri.

Mendengar : Siapa yang tak sukakan muzik. Macam-macam genre yang wujud di muka bumi. Telah kucuba dengarkan semua, tetap nasyid jua yang melekat di hati (selain Rock Kapak). Sejak di Al-Arqam aku sudah dihidangkan dengan nasyid. Hingga ke maktab bergelar penasyid. Nahwan Nur dan The Zikr pilihan utama. Yang terkini pun boleh tahan. Walau lari dari akar umbi, tetap mempunyai satu landasan. Menghibur sambil mendidik. IKIM.fm, kaulah jantung, pengarang hati. hehe..

Kenangan yang tak dapat dilupakan.

Sejarah : Ingin tahu sejarah SangPelangi? (boleh baca di dalam blog Friendster saya di sini.)

Pahit : Ditampar ustaz di khalayak ramai. Enggan ku ulas. Boleh kau baca di entri lepas. (baca di sini)

Manis : Ada banyak. Salah satu, tatkala “Smart Helmet” johan keseluruhan. Panjang kisahnya. Banyak onak dan duri.

Seram : Dinding rumah diserang ribuan ketukkan ngeri. (baca di sini)

Kini aku di Shizuoka. Belajar kejuruteraan Elektronik dan Kawalan (Digital) di Kolej Teknikal Numazu, tajaan JPA. Masih banyak lagi yang perlu ditempuh. Hidup ini cuma berhujung di pintu maut. Atau dunia yang akan kiamat.

Dikemaskini: 9 September 2007

Dikemaskini (letak link sejarah SangPelangi): 13 September 2008



Wah, dah ada 106 komen. Awak nak tulis komen? Nak balas komen di bawah pun boleh.

  1. hidayah berkata,

    September 19th, 2007 at 6:30 am

    Salam ramadhan penuh keberkatan.

    Balas komen ini.

  2. yginsaf berkata,

    September 20th, 2007 at 11:36 pm

    selamat menjalani ibadah puasa di nippon..

    Balas komen ini.

  3. voice berkata,

    September 24th, 2007 at 12:08 pm

    Dalam kekelabuan kubaca ayat di celah garisan. huhu. menarik. saya datang dari blog Bluehikari :)

    Balas komen ini.

  4. alirfan berkata,

    September 24th, 2007 at 1:23 pm

    Wahaha.. matamu sungguh awas.. memang aku tabek..

    Balas komen ini.

  5. Cikgu Ai berkata,

    October 29th, 2007 at 1:56 am

    salam……
    Hai efun, kabare. lama x cntc sht ea..
    saja inform maktab ada join pertndgn maxiscyberlink buat projek khdmt msyrkt
    ktorg wat pondok wakaf dgn tema 4 musim di jepun…so nak mnta pndgn idea yang bleh ditmbh ke pape je le… g ke website http://kyoutsuu.blogspot.com
    projek ni under cguzamzana sy bantu2 mana2yang patut je..
    eh lupe plak nak wish ek selamat hari raya aidilfitri…
    bagi le idea guano nak hias taman ala2 jepun yek..tq

    Balas komen ini.

  6. Far_east berkata,

    October 31st, 2007 at 5:21 am

    Owh, maktab ade buat pondok wakaf baru, siap ade tema lagu tu..ape lagi fan, balek Malaysia nnti bawak balik la benih pokok sakura ke, boleh tanam kat sebelah pondok tu nanti.he :)

    Balas komen ini.

  7. Man far east (abg. MAN) berkata,

    December 10th, 2007 at 4:01 am

    salam… membaca tulisan irfan ni, mengingatkan cerita saya semasa kecil.. bayak juga persamaannya.. lahir pun 15 april, dah dekat sama tapi tetap tak serupa. Nasyid? Saya memang peminta nasyid. Dapat masuk UPM dan join Nahwan Nur bersama abg Qhalid dll pencetus minat sehinggalah ke FarEAst sekarang. Tahniah. Belajar rajin-rajin. Balik nanti, jadilah penyumbahng kepada dunia islam k…\
    tunshy2004@yahoo.com

    Balas komen ini.

  8. bizarre berkata,

    January 15th, 2008 at 2:57 am

    mula2 hati ini berbunga riang…tetapi bila ku terbaca ayat diakhir sekali yg tdk di’hilight’kn…ohhhh!!! tidak!!!! rupa2 nya kau sudah berpunya..huhu.. terlepas peluang ku..huwaa…

    Balas komen ini.

  9. alirfan berkata,

    January 15th, 2008 at 1:43 pm

    uik? ape kene bizarre ni? tak paham..

    Balas komen ini.

    insan biasa membalas pada September 18th, 2008 1:15 pm:

    maksudnya..dia kuciwalah..ngeh ngeh ngeh… :razz:

    insan biasa telah menulis tentang Salam Ramadhan. Mari baca!!

    Balas komen ini.

  10. bizarre berkata,

    January 15th, 2008 at 2:18 pm

    ntah…sy pon xpaham ape yg dituliskan..huhu..

    Balas komen ini.

  11. reza berkata,

    January 24th, 2008 at 12:36 am

    salam….waduh2…dia sudah salah orang la…saya bukan shah reza…tp shahreza :P ….tp saya knal la shah reza d jepun tuh…hummm…heheh

    Balas komen ini.

  12. qurrah berkata,

    January 24th, 2008 at 1:02 pm

    salam..

    ehhe. sebenarnya main lompat2.. tibe2 terjatuh kat sini pulak ;p

    salam ta’aruf akh irfan!

    -kagum. kagum.. belajar di Jepun tuuu~

    ^_____^

    Balas komen ini.

  13. Bayan berkata,

    February 5th, 2008 at 8:56 am

    nak baca ayat-ayat cinta online?
    http://harieshandoyo.wordpress.com/download/

    Balas komen ini.

  14. alirfan berkata,

    February 5th, 2008 at 9:12 am

    # reza :
    TERmalu.. hahaha.. takpe2.. dapat kawan baru.. hehe..

    # qurrah :
    salam. lompat dari mane tu Qurrah? selamat datang ya? tak sangka la umur kamu 16 tahun. Penulisan matang.

    # Bayan :
    A2C dalam PDF? cetakan dengan izin ke? Bila plak A2C bukak lesen utk open read PDF?

    Balas komen ini.

  15. Nin berkata,

    February 7th, 2008 at 10:53 am

    Terima kasih sudah mengunjungi bahtera saya…
    Kenapa statusnya dicetak kabur?????

    Balas komen ini.

  16. alirfan berkata,

    February 7th, 2008 at 11:17 am

    Bimbang kalau-kalau ibu baca… hihihi

    Balas komen ini.

  17. anego berkata,

    February 12th, 2008 at 1:00 am

    hajime maste..
    atau sepatut yang perlu Salam..

    rasa ‘cool’ baca blog alirfan saat hati gundah gulana

    honto ni arigato ghuzaimasu!

    Balas komen ini.

  18. ixora berkata,

    February 25th, 2008 at 8:53 am

    Sang pelangi ni selalu saya lihat di teratak nurani,kan? ke saya silap..?

    Balas komen ini.

  19. olangbiaca berkata,

    February 25th, 2008 at 10:58 am

    Aslkm…….punya hobi yg mirip sama2 hehehe

    salam kenal kawan.

    Balas komen ini.

  20. kawe berkata,

    February 26th, 2008 at 7:59 am

    Salam, tuan rumah. Izinkan hamba linkkan blog tuan hamba ini di blog hamba.

    Balas komen ini.

  21. prabudiansori berkata,

    March 3rd, 2008 at 2:42 pm

    salam kenal aja neh… :)

    Balas komen ini.

  22. pelangi nurani berkata,

    March 4th, 2008 at 2:09 am

    ternyata ada Sang Pelangi disini… maaf baru saja kutemukan, salam kenal :)

    Balas komen ini.

  23. zinnirah_syahadah berkata,

    March 23rd, 2008 at 2:09 pm

    assalamualaikum…sebenarnya secara tak sengaja terbuka blog ni selepas cube merelease tension selepas penat menghadap buku animal structure…huhu..esok test..terharu bile bace pengalaman awak yang lepas-lepas…whateverpun gud luck!!dan teruslah menulis….

    Balas komen ini.

  24. ILIANA berkata,

    April 3rd, 2008 at 5:19 am

    hye……mmg seorang yg suke berborak n menulis….
    tgk introduce ni pon da tau hehehehe
    nway…..nice 2 read ur site….
    daaaa

    Balas komen ini.

  25. Miza berkata,

    April 3rd, 2008 at 4:56 pm

    Salam…
    Aku cuma nak ucapkan syabas sebab kau cuba terapkan bahasa Indonesia (bahasa serumpun dalam laman ni)…

    Tapi kalau kau berjaya untuk menjadikan laman ini 100% bahasa Melayu, itu aku lebih – lebih sanjung… (situs web dalam bahasa Melayu laman sesawang)

    Cuba – cubalah komersialkan…

    p/s: Ko minat berniaga rupanya? Boleh kongsi pengalaman… Shukran…

    Balas komen ini.

  26. ashiena berkata,

    May 20th, 2008 at 9:21 am

    membaca blog ini menggembirakan… terima kasih.. :D

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 5:22 pm:

    Terima kasih ashiena. Datang-datanglah selalu ya? :cool:

    Balas komen ini.

  27. apis17 berkata,

    May 20th, 2008 at 11:45 am

    seronoknya belajar kat luar negara

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 5:27 pm:

    Seronokkah? Hmm.. kalau datang untuk bercuti, mungkin lagi seronok agaknya. :smile:

    Balas komen ini.

    iliana membalas pada September 1st, 2008 1:02 am:

    klu ttg menuntut ilmu….kt mane2 pn same…agknye, universiti sblh rmh pn msh x cukup seronok…

    iliana telah menulis tentang RAMADHAN BULAN MULIA. Mari baca!!

    Balas komen ini.

  28. meSuraya berkata,

    May 21st, 2008 at 10:31 am

    Assalamualaikum w.b.t ya akhi,

    Sampaikan salam saya pada Jepun.
    Semoga cemerlang dunia akhirat.

    ya saya setuju, membaca blog anda sangat menggembirakan diri saya.

    Syukran :wink:

    meSuraya telah menulis tentang perempuan yang emosi. Mari baca!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada May 21st, 2008 10:59 am:

    erk? nak kirim salam pada Jepun? :shock:
    baiklah.. :wink: kekeke.. terimashita.

    Balas komen ini.

  29. DewiHati berkata,

    June 6th, 2008 at 11:51 am

    Salam.. hu~ ringkasan ttg diri sangpelangi sgt besh… wee~ salam perkenalan.. anyway.. saya ansara juga..sama batch dgn sangpelangi… wee~ shamat berblog..

    DewiHati telah menulis tentang aLoNg dH BaLiK MuAr. Mari baca!!

    Balas komen ini.

  30. shy berkata,

    June 8th, 2008 at 8:05 am

    bagus tul web ko ni fan..tak sangka ko kat jepun da skang ni..lama gak tak jumpa dengan ko

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada June 8th, 2008 10:14 am:

    Mula-mula aku cari siapa ‘shy’ ni. Ingatkan Akak Shy kat maktab dulu. Sekali membe abang aku daa.. Kekeke..

    Macam mana boleh tersesat sini, Shy? Abang aku nak kawen nanti, kau datang ke? hehe..

    Balas komen ini.

    shy membalas pada June 9th, 2008 8:45 am:

    abang ko nak kawen bulan baper eik…ko da nengok gf dia ke

    Balas komen ini.

  31. ieka berkata,

    June 18th, 2008 at 11:39 pm

    salam,,,hola,,,
    erm abg nie dlm grafik designer ker,,,???
    :oops:

    Balas komen ini.

  32. Rozy berkata,

    July 16th, 2008 at 7:53 pm

    Assalamu’alaikum Saudaraku,

    Ape kabar? Semoga sentiase sihat zahir bathin :smile:

    Salam ziarah dariku setelah sekian lama :wink:

    Wassalam,
    Fakhrurrozy

    Rozy telah menulis tentang Tidak Rindukah Kita Akan Naungan-Nya Kelak?. Mari baca!!

    Balas komen ini.

  33. yaadien berkata,

    August 3rd, 2008 at 10:59 pm

    haiii slm ukhwah….

    Balas komen ini.

  34. نورنانا berkata,

    August 24th, 2008 at 8:45 pm

    :mrgreen:
    kita byk persamaan, cuma aku x suka melukis.
    I love art, tapi melukis tu, tak reti la..

    Kalau kau pernah kena tampar dengan ustaz, aku penah dimalukan oleh ustaz aku hanya kerana sebab yg tidak munasabah. (Huh, benci..)

    Salam ziarah.

    نورنانا telah menulis tentang Sebab kita comot II, versi LRT... Mari baca!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada August 30th, 2008 6:53 am:

    Uish. Pernah dimalukan oleh ustaz? Apa kata kongsi bersama? Tu pun kalau rasa tak malu dah. :mrgreen: Haha..
    Ziarah kembali.

    Balas komen ini.

    نورنانا membalas pada September 1st, 2008 6:45 pm:

    ye.. dimalukan oleh ustaz, dihadapan seluruh teman2 sedarjah.
    ustaz tu marah saya sebab saya tak dtg amik hadiah dia majlis anugerah.
    sebenarnya, saya tak tahu pun saya dapat anugerah tu.

    jadi, anugerah tu ditarik dan saya dimarahi kerana tidak ada disiplin, katanya. Dan ustaz juga akan pastikan saya takkan dapat anugerah apa2 selepas itu.

    Saya pulak blur je… tak dpt hadiah pun, tak apa la. saya dah malu masa tu.

    Setiap kali perhimpunan, hanya isu itu dibangkitkan, sehinggalah saya suruh ayah saya dtg sekolah ckp dgn ustaz sendiri.

    Ustaz kata, dia hanya nak ngusik saya. tapi, saya tetap tak bleh terima.

    saya masih tak faham apa konteks ‘mengusik’ tu pada ustaz. yang saya tahu, semua org anggap saya takde disiplin.

    نورنانا telah menulis tentang Salam Merdeka dan Selamat Datang Ramadhan. Mari baca!!

    Balas komen ini.

  35. afwahasya berkata,

    August 29th, 2008 at 9:03 am

    salam…
    hurm..14 April..tarikh lahir kite same..mmm memang ade persamaan..cume tahunnye berbeda..ana adik setahun dr sangpelangi…
    i love art too..tapi idak ler sekreatif alirfan kot..
    kdg2 mengisi mase lapang,melayan perasaan…
    melukis,menulis merupakan terapi yang baik utk tekanan…i used it to solve my stress…

    nice knowin’ you..
    salam ukhwahfillah..
    moga terus thabat dalam perjuangan!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada August 30th, 2008 6:58 am:

    Heh. Saya ni tak adalah sampai tahap kreatif. Tapi minat dengan seni dan kreatif. Saya hargai setiap kekreatifan yang Allah anugerahkan kepada setiap makhluknya. Bunga yang cantik pun adalah sifat kreatif pada dirinya, kan?

    Afwahasya, tak tulis blog? JOM!!

    Salam ukhwah bertaut.

    Balas komen ini.

    afwahasya membalas pada September 1st, 2008 9:35 pm:

    alhamdulillah..bagusla tu irfan…manfaatkan anugerahNYA utk kebaikan islam dan umat seluruhnya..
    afwa sokong irfan,setiao sesuatu CiptaanNya ade seni dan kreatif masing2..
    bak kate org melayu, ade keistimewaan masing2..hehe

    afwa tak reti sgt nk b’blog2 ni…
    sering kekeringan idea…menulis sekadar catatan peribadi.. :neutral:
    keep up your effort akh!
    afwa sokong kembar tak sebaya afwa dari belakang..huhu

    Balas komen ini.

  36. herneologist berkata,

    August 30th, 2008 at 1:49 pm

    bro.
    ko mmg femes.
    dgn entri blog yg mantap ni mmg mampu menyeru readers utk setia membaca.
    keep up bro.

    herneologist telah menulis tentang about:blank. Mari baca!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada August 30th, 2008 3:55 pm:

    Hmm.. kalau femes yang dicari, mungkin aku tidak di sini. Di AF menjatuhkan Mawi barangkali. :twisted: Hihihi..

    SangPelangi masih hijau lagi. Jauh sekali mengejar populariti. Cehh.. Terima kasih dan datang lagi, ya. :mrgreen:

    Balas komen ini.

  37. eniey berkata,

    September 1st, 2008 at 3:50 am

    ayat power..best bc blog ni.hehe..
    salam Ramadhan Al-Mu :smile: barak

    Balas komen ini.

  38. tiehah hanime berkata,

    September 2nd, 2008 at 10:02 am

    salam…
    exceli scr x sengaja terbukak blog ni from abu saif..
    in my mind i tought SANG PELANGI ni pompuan…hehehe…
    rupenyer lelaki…
    mcm mane bleh pilih name sang pelangi???mesti ade history right???…
    nice blog…
    may b after ni saya slalu hinggap di cni…. :smile:

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 6th, 2008 9:46 pm:

    Kehkeh.. aku lelaki la. Keras lagi sejati. :mrgreen:
    Sejarah SangPelangi? Nanti aku letakkan masukkan dalam entri di atas ni. Aku cuma suka pada pelangi. Setiap makhluk Allah ciptakan dengan manfaat. Tapi pernah tak kita terfikir apa manfaat pelangi? Adakah pelangi sejenis makhluk? Atau fenomena kosong tiada fungsi? Hmm.. selamat berkenalan.

    Balas komen ini.

    tiehah hanime membalas pada September 9th, 2008 10:14 pm:

    arini tyme buat assigment + dgr lagu nsyid (avoid bosan)
    tibe2 telinge ni menangkap perkataan SANG PELANGI
    ( lirik lagu brothers – warna2 cinta ade perkataan tuh)
    wah tibe2 teringat kat blog SANG PELANGI…huhuhu
    dlm hati patut ler irfan pilih name SANG PELANGI…
    satu fenomena yg sememangyer bermanfaat….
    smoge blog SANG PELANGI jd sperti SANG PELANGI spt dlm lagu tuh..
    mewarnai hati2 manusia dgn ilmu yg bermanfaat n bergune..

    p/s: jgn luper dgn lagu tuh ye.. :smile:

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 11th, 2008 6:40 am:

    Semangat betul. Sampai aku terus cari lagu tu. Nah dengar kat sini, boleh download sekali. Klik sini untuk dengar Brothers, Warna-warna cinta

    Balas komen ini.

  39. ashaf berkata,

    September 4th, 2008 at 12:10 am

    salam ramadhan kareem…madrasah ramadhan…moga2 kita jd distinction student dlm madrasah ini!!!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 9th, 2008 10:56 pm:

    Salam ramadan juga. Siapa pula yang jadi ustaznya, dan di mana pula pesantrennya?? Hehe..

    Balas komen ini.

    ashaf membalas pada September 10th, 2008 10:44 am:

    hehe…ustaznya????emmm….siapa yer??saya pun taktahu. cuma ramadhan ini bg diri saya adalah bulan tarbiyyah. bg setiap amalan berlipat ganda ganjarannya. tapi dimana tarbiyyah nya??tarbiyyah nya adalah bgaimana kita nak mendidik hawa nafsu kita, selama ini if kita malas or lalai,kita menyatakan syaitan angkaranya. pabila melakukan kemaksiatan, tipu daya syaitan sbg penyebab. tapi kini, disaat syaitan dirantai, kemalasan,kelalaian, kemaksiatan yg masih lagi berlaku, salah siapa??? adakah si A yg lakukan, kesalahan itu terjatuh pd bahu si B??myb for certain circumtances…erk??walahua’lam….dalam madrasah ini, course yg ditawarkan TAQWA…kitabnya of courselah ALQURAN.mualimnya, pasti dan pastinya RASULULLAH…pesantren (sbnrnya taktau maksud pesantren, i assume maksud tempat belajr) nya tentulah di atas bumi Allah ini. sbb nanti bertemu Allah kita cuma nak ambil result jelah.tapi b4 nak ambil course ini, kenalah ada qualificationnya dulu, apa ya?? mesti lah IMAN. hehe… dimana iman kita? mampukah terkejar TAQWA ini, jika iman masih lemah tak berdaya menghayun langkah……betulkan if sy tersalah erti, tegurlah if sy tersalah bicara ttg ramadhan mulia ini…

    Balas komen ini.

  40. rohaizad berkata,

    September 6th, 2008 at 12:48 am

    Macam mana boleh tersesat ke blog ini pun tak tauler.. apa-apa pun, salam ramadhan :)

    Balas komen ini.

  41. mar berkata,

    September 6th, 2008 at 9:29 pm

    :grin: best gak baca irfan punya blog..
    tergelak pn ada..tkenang waktu kanak2 dlu…minat gak art..dah blajr skt2 ttg architecture tp melompat ke QS pula…hehe..
    salam ukhuwah n taaruf….

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 6th, 2008 9:56 pm:

    Kehkeh.. ke QS pula akhirnya. Kenapa jadi macam tu? :razz: Salam taaruf juga kepada Mar.

    Balas komen ini.

  42. PakarHowTo berkata,

    September 8th, 2008 at 12:49 am

    Assalamualaikum

    Sang pelangi….
    pertamanya…terima kasih kerana sudi singgah dan beri komen di blog saya.

    saya dapati blog tuan ini memang sangat menarik dan gaya tulisan juga tidak membosankan.
    saya suka membacanya.
    teruskan usaha baik tuan ini.

    p/s- tuan dulu termasuk dalam jemaah arqam ker? keluarga saya dulu memang pro Arqam…abang saya orang kuat Arqam….tapi tu dulu laa kan…apa2pun, saya juga sangat terkesan dengan nasyid2 arqam dulu, hingga kini nasyid2 mereka masih segar dalam ingatan…hingga kini masih terasa ‘ruh perjuangan’ dalam nasyid2 mereka….aduhai rindunya kepada nasyid2 yang sebegitu…. ;)

    PakarHowTo telah menulis tentang 10 Tips Murah Rezeki. Mari baca!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 9th, 2008 10:52 pm:

    Terima kasih juga kerana sudi meninggal jejak di sini.
    Nasyid Arqam dulu memang nostalgia. Sekarang, ada lagi ubatnya. “Izzatul Islam” dari Indonesia. Terkandung ‘ruh’ yang dimaksudkan kamu.

    Balas komen ini.

  43. Hartini Omar berkata,

    September 9th, 2008 at 12:46 am

    Salam tuan,

    Bunga bahasa, mungkin banyak diperturunkan dari mama. Untuk kerja tangan dan bakat pula, serasanya mewarisi abah. Bersatu dari nama, menjadi insan sempurna, yang maju seanika benda.. Tahniah dan ramadhan mubaarak!

    Hartini Omar telah menulis tentang Dan kenangan itu membunuhku!. Mari baca!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 9th, 2008 10:45 pm:

    Salam. Aku cuma orang biasa. Mana bisa sekamil itu.
    p/s: Bersajak juga? Wah, seteru ya. Hihi.. Nama penanya?

    Balas komen ini.

  44. qamarun berkata,

    September 9th, 2008 at 1:15 am

    salam..sy dpt tau pasal blog ni mase bace blog saifulislam.com
    huhu..tengok gmbo2 ust hasrizal ngan student2 jepun, cam kenal je
    kini trjwblah sudah persoalan sy..
    salam ramadhan… :cool:

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 9th, 2008 10:42 pm:

    Salam Qamarun. Macam kenal saya? Wah.. Di mana ya? Mesti saya kenal awak juga. Manalah tau kawan sekolah lama?

    Balas komen ini.

    qamarun membalas pada September 9th, 2008 10:59 pm:

    huhu…nta xde ke nk 2lis kisah mnarik kt mrsm mersing..
    ana knal nta sbb nta tuh BWP n penasyid..tp ana xingt nta
    pgg portfolio mende..nway,nice blog! ana memg pminat blog
    trutama blog abu saif, hm insya-Allah pasni ana rajin
    lawat blog ni

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 10th, 2008 2:17 am:

    oo ex-maktab mersing la ni.. selamat berjumpa balik. Hehe.. Ada juga kisah di mrsm mersing. Tapi, tak banyak yang sempat ditulis. Cuba search “maktab” di sebelah kanan untuk baca mana-mana kisah di mrsm mersing dulu.

    Balas komen ini.

    nurkurnia membalas pada September 10th, 2008 2:34 am:

    Slame ni sy dh jd pmbaca snyp 2 thn kt cni. Ble dh jmpe geng 1mktab ni xmalu la nk komen lps ni. LOL.
    Abg Irfan for sure xknal sy, sbb mstu sy form 2 kt mktab. Yela, org glamer la katekn kt mktab tu. Mane la nk knal org mcm sy ni. :cool:
    Sbnanye Abg Irfan ade bnda xtulis dlm bio atas ni. Sy tambah ye. Abg Irfan ni die ske menasyid. Ingat lagi ms sy form 1, abg nyanyi satu lagu hijjaz mstu, xigt tajuk. Tyme tu 1 dewan menangis. Sy pn nangis same. LOL Very the sad lah. Nk wat cmne.
    Then, even now, still rndu sgt nk dngar “ilahana” from u yg stiap subuh tu. Kwn2 sy xsusah bgn subuh kalau ade “ilahana” tu (tmasuk la sy LOL). Abg Irfan recordlah “ilahana” tu, then put it here for sharing. Nanti, bole sy psg kt surau mktab tu tiap2 subuh. :grin:
    Terus menulis k. Sy akn trus mmbaca.

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 10th, 2008 2:53 am:

    Amboi? Dia pulak yang menulis bio aku. Haha.. Ni Nur Kurnia yang mana ya? Mana nak ingat beratus orang kat maktab nun.
    Tak mau la tulis yang itu. Bukannya sedap pun suara. hehe..
    Cuba cari “ilahana alarm me” di Google dan download. Kemudian pasanglah kat interkom surau tu. Tak ada masa aku nak rekod2 ni. Pencen dah. :mrgreen:

    Balas komen ini.

    Far East membalas pada September 10th, 2008 8:06 am:

    Rakam fan ilahana,,jgn tak rakam..ilahana kat Google tu laen..orang tak bangon..nak ilahana ko gak.. :mrgreen:

  45. Nooreena berkata,

    September 21st, 2008 at 8:03 am

    Salam. Dah selalu terserempak dengan Sang Pelangi tetapi baru kali ni berkunjung. Dulu selalu jugak merayau-rayau di sekitar Benut. Pernah belajar di maktab yang agak-agak baru di sekitar tu. Tau?

    Nooreena telah menulis tentang Cinta Pertama. Mari baca!!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 1:51 am:

    Oh, kau ahli Majuscop kah? Hehe..
    Benut itu, tempat merayau aku di situ. Aku suka masjid di Benut. Meriah.

    Balas komen ini.

  46. Suhaimi berkata,

    September 21st, 2008 at 9:01 pm

    memang sangat menarik blog ni, rasa macam nak baca semuanya.. taktau lah kenapa, memang bes bace ^_^.

    Selamat Menyambut Ramadhan, dan Selamat Hari Raya!

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 2:05 am:

    Kalau nak baca semua, bro mesti sediakan kerepek cekedis semua. Macam tonton filem.. hehehe. :mrgreen:
    Selamat mengejar Lalilatul-Qadar, dan selamat menjelang Syawal..

    Balas komen ini.

  47. umar alfateh berkata,

    September 29th, 2008 at 10:02 am

    Assalamualaikum. Salam ukhwah dari bumi soviet.
    terkesan banyak dari laman saudara. Moga saudara dimurahkan rezeki, dilapangkan fikiran, diluaskan rahmat dan nikmat.

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada October 22nd, 2008 5:56 am:

    Salam bersahabat. Aku kini menjadi pengunjung tetap di blogmu.
    Aku juga suka dengan apa yang kamu sampaikan.
    Salam ukhwah dari saya, jauh di bumi sakura.

    Balas komen ini.

  48. huda berkata,

    October 5th, 2008 at 8:51 pm

    salam…
    hah..sy bagi 4 bintang kt awk. kte samalah. sy pn anak ke3 dlm keluarga. org ckp anak ke3 paling degil. awk rasa? ok. gudluck! :razz:

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada October 22nd, 2008 6:01 am:

    Aik? Bila pula ada sistem bintang ni? Lucu! :mrgreen:

    Balas komen ini.

  49. ikhwan berkata,

    October 8th, 2008 at 4:24 am

    Irfan san bakal menjadi penulis atau novelis terkenal.
    Salam ukhuwah.
    Peace

    Balas komen ini.

    Al-Irfan membalas pada October 22nd, 2008 6:06 am:

    Itu bukan cita-citaku. Aku tak mahu rabun mata menghadap komputer riba sehari-hari. Haha. Kau rajin ke blog sana sini, ya. :shock: Tabik!

    Balas komen ini.

  50. iliana berkata,

    October 12th, 2008 at 5:34 am

    heh heh….ade sesuatu yg sdg d cri d cni sbnrnye…ponat berjalan2 tp xjmpe2…hadeh…terbce komen org atas ni haaa…. :shock:
    sbnrnye xmustahil…sbb ramai penulis blog yg berbakat dtawarkn utk menulis buku…d indonesia da byk da…tp kat malaysia xthu la plak…mudah2an la ye…amin~ (jgn lpe bg free 1 ekh wawawawa :lol: )

    Balas komen ini.

  51. huda huzaifah berkata,

    October 13th, 2008 at 11:55 pm

    Already link ur siri pelangi at mine :smile:

    Balas komen ini.

  52. Summer berkata,

    October 31st, 2008 at 7:02 pm

    Owh, org pasir gudang rupanya.
    Nampaknya kampung kita sebelah sebelah.
    Saya diam di Taman Rinting sudah 22 tahun.

    Sudah pasti pernah dengar, bukan?

    Roommate perkenalkan blog ini kpd aku.
    Katanya, entri entri dalam ini best best.
    Ada value.

    Aku try baca sekali. Betul. Ada value.
    Boleh jadi tempat belajar bahasa ibunda juga.
    Terus di-subscribe blog ini.

    Teruskan menulis, kerana ramai akan terus membaca.

    Balas komen ini.

  53. miss zaza berkata,

    October 31st, 2008 at 11:17 pm

    salam singgah
    sy suka baca kisah hidup kamu
    sungguh unik
    menarik
    salam ziarah ;p

    Balas komen ini.

  54. adiLa berkata,

    November 1st, 2008 at 5:44 am

    Salam.. first time dtg sini.

    wah-wah..

    a very nice blog. sangat best baca lenggok bahasanya.
    mabruk akh!

    jeles2..

    Balas komen ini.

  55. hiT-dYh- berkata,

    December 1st, 2008 at 5:45 am

    assalamualaikum..

    (nak komen pun takut..sebab takut tidak bisa m’”avoid” bahasa sms..hehe..
    anyway, saya suka bahasa +tulisan saudara (^^,)..

    nice, teruskan.. wasalam.

    Balas komen ini.

  56. ekramhakim berkata,

    January 4th, 2009 at 8:24 pm

    salam ziarah..selamat berkenalan..semoga berjaya dunia dan akhirat..

    Balas komen ini.

  57. syahidah berkata,

    January 5th, 2009 at 9:12 pm

    di sini rupanya..

    Balas komen ini.

  58. lut berkata,

    February 7th, 2009 at 2:11 pm

    :cool: askum..hi irfan, selamat kenalan…kawan aku dari japan baru sampai semalam..esok kitrng nk travel ker Jordan >> Syiria.. :grin:

    Balas komen ini.

  59. wahidah berkata,

    February 11th, 2009 at 8:58 am

    salam~
    orang johor rupanya..
    senegeri la nie kiranya..
    tidak bosan apabila dibaca..
    teruskan usaha martabatkan bahasa melayu:)

    Balas komen ini.

  60. Nafastari berkata,

    March 16th, 2009 at 10:28 pm

    Aku kagum dengan cara bagaimana kamu membesar. Tentang TV, hiburan, radio itu semacam ada sedikit persamaan dengan aku, walaupun latar belakang kita tidak sama. Tapi aku rasa aku suka personaliti ayah kamu, terutama apabila membaca cerita bagaimana dia membakar komik-komik itu dengan macho sekali. Selamat berkenalan.

    Balas komen ini.

  61. zafiqa berkata,

    March 24th, 2009 at 4:54 am

    salam alayk…
    dah baca byk posting dlm ni…
    semoga berjaya dlm apa jua yg diusahakan…
    salam ziarah n salam ukhuwah

    Balas komen ini.

  62. zaza zakaria berkata,

    April 17th, 2009 at 9:33 am

    gud luck
    semoga berjaya
    insyaAllah ;)

    Balas komen ini.

  63. bintang timur berkata,

    April 28th, 2009 at 10:53 pm

    siapa engkau sebenarnya wahai sang pelangi…….what are you doing recently? i mean your job.

    Balas komen ini.

  64. yunusismail22 berkata,

    April 29th, 2009 at 7:46 am

    Hi Irfan, Salam perkenalan!
    da baca n tgk gambar2 kat sini rasanya macam penah jumpa masa kat Shizuoka dulu, pernah tak Irfan singgah kat WorldSkills Competition 2007 masa kat Shizuoka?

    Balas komen ini.

  65. bintangtimur berkata,

    April 29th, 2009 at 9:02 pm

    salam,
    mengetahui tentang kehidupanmu membuat aku merasa kerdil. huhu..

    Balas komen ini.

  66. sue berkata,

    May 19th, 2009 at 6:55 am

    salam ziarah :shock:

    org johor rupenye :shock:

    Balas komen ini.

  67. rozinorazali berkata,

    May 29th, 2009 at 11:02 am

    jangan lupa gebor jepun bila ko balik johor ek…
    aku nak satu…

    salam ukhwah…

    bila balik pasir gudang blh kerja dekat Titan ek…

    Balas komen ini.

  68. nuraisa_nurina berkata,

    June 7th, 2009 at 7:35 am

    salam..
    terima kasih untuk perkongsian yang begitu bermakna ini… :smile:

    Balas komen ini.

  69. Syahid berkata,

    June 7th, 2009 at 9:18 am

    Salam.. meh la datang Tokai.. saye kat Tokai Dai.. search tokaidaigakumae-eki.. hehe.. kanagawa dkat je ngan numazu jyang.. windu lah.. hehe :oops:

    Balas komen ini.

  70. shiera berkata,

    July 19th, 2009 at 1:54 am

    salam. Hi Irfan…

    Nice Blog!! Terpaut pada laman santai awak nie walaupun nie 1st time berkunjung (tu pun lepas my sister yang recommend.. :mrgreen: huhuhu).

    What a nice childhood story??? lebih kurang dengan kisah hidup saya. dulu pernah dok kat bt pahat gek… kg mampan.. :razz: heheh… dan kebetulan yang paling memeranjatkan…. maznidatul akmar is your eldest brother??? gosh!!! my schoolmate & x-officemate!!! dah lost contact dgn dia… if you dont mind, pls reply me thru my email add… thanks ;-)

    p/s : camane nak jadik sahabat sang pelangi???

    Balas komen ini.

  71. fahmi1992 berkata,

    August 11th, 2009 at 10:49 pm

    ;-) Hohohoh Askum :oops:

    Balas komen ini.

  72. rimba berkata,

    August 11th, 2009 at 10:50 pm

    Assalammualaikum……………. :arrow: add me plase

    Balas komen ini.

  73. akuzle ayu berkata,

    December 9th, 2009 at 2:02 am

    salam, adik irfan….

    sungguh tidak peka sesiapa yg membaca namamu begitu….. sabo jekslaaaa!!!

    Balas komen ini.

  74. amuslimhouse berkata,

    December 18th, 2009 at 8:36 am

    salam sang pelangi…
    sungguh indah ayat-ayatmu di blog ini
    adakah bakat semulajadi atau berkat usaha sendiri atau kedua-duanya sekali?
    hehehehehe…….

    sekian, terima kasih

    Balas komen ini.

  75. pelangi nurani berkata,

    March 17th, 2010 at 9:36 pm

    salam kenal :)

    Balas komen ini.

Hmm.. apa pendapat awak? Silakan tulis. Imbasan teks bisa dilihat di bawahnya. Aku pasti bahagia kalau bahasa SMS dapat dikurangkan.

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.