Tuah dan Sial. Memang sial.

Pada February 11th, 2008, ia ditulis oleh Al-Irfan
pachinko.jpg

Tilik nasib, lumba kuda, tikam nombor dan segala macam laknat judi sememangnya bisa membuat jiwa manusia sering resah. Menanti tuah tak kunjung tiba, menghalau sial tak pergi jua. Kalau “kertas bernyawa” disembah turut, ke kubur Jepun pun sanggup melutut.

Hai manusia. Negara memang kaya dengan judi, sedang rakyat menadah badi. Fakir semakin kikir, kaya semakin raja. Eh, saya tersilap. Fakir tak akan kikir selagi cukaian judi jadi rezeki. Entah nasi yang ku suap ini mungkin hasil kongsi dengan judi?

Satu soalan yang sering ke udara dalam corong-corong minda. Ya. Cuma S.A.T.U, one, ichi, wahid dan bukan dua.

Ke manakah aliran cukai judi negara?

Jika persoalan ini terjawab, roh akan sangat berterima kasih. Hati berterbangan keriangan. Nafsu tenang dalam siuman. Aku bisa jadi mukmin halal. Bukan lagi Yin Yang separuh putih separuh hitam.

Ohh! Kau kata aku “mulut murai”? Hei! Aku tanya kau semula. Kau punya tiket ke alam syurga? Kau punya surat warta tak masuk pintu seksa? Kau boleh jamin aku bahagia? Kau.. Kau.. Kau.. err… Kau tak sayang agama? (Aku tertunduk). Maaf soalanku ini menjengkelkan.

Hidup ini satu perjudian. Kita bertaruh nyawa di papan dam ular tangga. Ada tangga yang mendorong naik, ada ular yang menelan berak. Bezanya, kotak penamat adalah gerobok keranda. Tapi, sedarlah. Untung nasib bukan pada dadu. Tapi pada iman yang mengawal nafsu.

P/S: Oh ya. Sejak bertahun dulu. Aku juara loteri antarabangsa. Sepatutnya aku sudah mengganti Bill Gates, atau mengupah penembak tepat membunuh Bush. Aku sangat bertuahkah?? Nah, pilih mana satu, dan akan aku kirimkan hadiahnya ke rumahmu. Aku ini pemurah, bukan? Haha.

  • World Cup 2010 Free Lottery
  • Loteria National (Spanish Lottery)
  • The UK national lottery (dah selalu sangat)
  • Microsoft Award promo
  • Euro Millions online Sweepstakes
  • United Kingdom Microsoft Company
  • British Online Lottery Sweepstakes
  • The Turkish national Lottery
  • Oxford International Lottery
  • Netherland National Lottery
  • Aussie International Sweepstakes
  • Powerballs Lottery
  • The Euromillion Lottery
  • Shell Lottery International online

Sudah menjadi ahli Sahabat Sang Pelangi? Ada hadiah bonus, tau. Sila masukkan:

Nama Panggilan:
Alamat Emel:

Sila semak peti emel anda untuk melihat balasan dari saya (termasuk di kotak SPAM). Jika tidak menerima apa-apa, boleh hubungi saya di ruangan kontek di atas, ya?


Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya.
Klik tajuk di bawah.