Tertekan!! Aku ditangkap polis.
Deruan “tren peluru” sebaris dua yang sangat bingit; desingan suara interkom berdesibel 4 kilo barangkali, sedikit pun tak mengganggu perasaanku. Bondongan manusia yang berbaris dan berborak sesama mereka, aku rasakan suara mereka seperti bisikan semut pada gajah. Aku seakan di tengah lapang yang sunyi dan bertemankan lalang-lalang yang ditiup angin.
Aku termenung sendirian sambil menunggu ketibaan tren yang sebenar. Hati ini masih berkecamuk. Aku tahu, dan memang aku pasti aku masih lagi waras. Aku tak sebodoh lembu untuk melakukan itu.
Aku masih ingin bersendiri. Emosi sedikit terganggu. Memohon padaNya agar menunjukkan alamat dan hikmah disebaliknya.
———–Siri flashback————–
Entah kenapa, kaki ini terasa diikat bertan-tan besi sewaktu melangkah. Dalam masa yang sama, hati ini meronta-ronta kehendak untuk berjumpa dengan sahabatku. Sesekali melihat fail-fail laporan yang masih terbengkalai, toleh pula pada petak-petak jadual yang semestinya padat. Di tengah-tengahnya adalah wallpaper wajah-wajah sahabat rapatku.
Memandangkan selepas ini tiada kesempatan lagi untuk bersua, dek cuti musim panasku yang bakal terisi dengan kelas tambahan, aku teringin sangat untuk bersua mereka di Teikyou Universiti (perlawanan futsal pelajar Malaysia). Apatah lagi tahun depan, kami akan sibuk dengan persiapan untuk temuduga dan ujian prestasi, peluang-peluang itu akan semakin jauh lari jika tidak dikejar.
Ahh.. persetankan jadual itu, laporan makmal dan segala yang menjadi penghalang. Aku perlu bersua mereka, walau seminit dua, mendengar gelak tawa bersama, berkongsi suka duka sebagai anak rantau, itulah penawar kesunyian kami yang terbaik.
Pagi itu, tanpa membuang masa, mengetuk www.ekikara.jp untuk menyalin jadual tren, membuat kira-kira kos perjalanan. Berlari menyarung sepatu, mengayuh basikal ke Shimotogari, stesen tren berdekatan. Nota jadual telah siap kusimpan kemas di kocek, dompet, alien card (kad khas untuk pendatang seperti kami, bagi aku istilah ini sangat menyedihkan).
Dari Numazu di ceruk Shizuoka ke Utsunomiya, 4 jam lamanya. 5 kali bertukar tren di stesen berlainan. Semangat ini membara, sinar suria tak sehangat semangat demi sahabat. Barangsiapa yang tahu ertinya perkataan “kawan”, pasti mampu selami perasaan ini.
Sesampainaya di stesen Utsunomiya, aku menyeluk saku untuk mendapatkan tiket untuk dimasukkan ke dalam mesin. Sewaktu itu juga, tangan aku ditarik oleh seseorang. Satu tubuh lengkap berpakaian baju kalis peluru dan bersenjata telah merentap tangan aku.
“Mari ikut saya sekarang.” Dia bersuara rendah. Tanpa sebarang jawapan, aku tak melawan. Aku turuti saja kehendak polis itu.
Suasana di stesen itu menjadi senyap, segala perilaku manusia seakan terhenti seketika. Ibarat waktu malaikat sedang melintas, bumi sunyi dari bunyi-bunyian. Semua mata sedang memandang. Mungkin mereka menganggap orang yang diheret oleh pegawai polis adalah seorang pesalah?
Aku dibawa ke ruang bawah stesen itu. Bilik bawah tanah itu sepertinya sebuah bilik yang sangat terpencil, melalui beberapa tangga, belok dan selekoh. Terpandang tulisan pada pintu yang dibuka olehnya, “Koban” (polis). Bila dibuka, fuhh.. keadaan seperti sebuah markas polis rahsia. Degup jantung semakin kencang. Walau tak dapat menangkap makna situasi ini, tapi aku boleh membayangkan apa yang bakal berlaku.
Aku dibawa ke suatu bilik khas. Diiringi tiga lagi pegawai lain, disamping walkie-talkie mereka bising dengan suara-suara garau. Diambil dompetku, diseluk kocekku, tubuhku diselongkar sehabisnya. Hati mana yang tahan diperlakukan seperti itu. Aku menepis dan melawan,
“Nande kore??“ (apa semua ni??).
Mereka berempat terdiam. Memandang aku. Aku membaca mata mereka satu persatu. Dalam hati, sedang rancak berzikir dan berdoa minta dimudahkan jalan. Tanpa disuruh, aku duduk di kerusi yang disediakan. Sambil mata ini masih tetap memanah semula pandangan tajam mereka. Aku terdiam, mereka juga membatu. Aku tetap di situ menunggu reaksi bakal berlaku.
Soalan pertama yang diajukan. “Siapa nama kamu, dari mana asal dan untuk apa ke Jepun?”
Aku menjawab mudah. “Semua tertulis di Alien Card.”
“Kamu dari stesen mana, dan untuk apa ke Utsunomia?”
“Semua tertulis di tiket yang aku bawa. Aku ke sini untuk berjumpa dengan sahabat seMalaysia di Tekyou Dai. Ade perlawanan futsal di sana.”
“Kamu dari Numazu, ke sini perjalanan 4 jam, semata-mata kerana ini? Dengan sehelai sepinggang, pergi dan balik semula dalam sehari? Untuk apa? Jangan cuba untuk berdalih. Kami punya banyak kamera sulit untuk menyemak semula.”
“Douzo…(silakan)” Sungguh mudah jawapanku ini.
“Apa sebenarnya ini? dan mengapa aku dibawa ke sini?” Aku masih tak faham. Soalan ini ditujukan kepada mereka berempat.
Hampir sejam aku di situ. Mereka mengambil foto wajahku. Memasukkan rekod peribadi ke salinan mereka. Merakam cop di jari. Bukan di ibu jari saja, malah kesemua jari dari tangan hingga ke kaki. Siap setiap sudut di tapak tangan, sisi pergelangan dan tapak kaki.
Aku membiarkan saja. Menyerahkan takdir pada Yang Berkuasa. Aku tahu ada hikmah yang terselindung. Masih tetap menanti ketibaan bantuan dariNya.
Tiba-tiba, seorang anggota lagi masuk dan menempik.
“Bukan yang ini! Kita tersalah. Orang itu menuju ke stesen lain.”
Ya. Itulah yang aku jangkakan. Mereka sudah silap mengecam penjenayah. Lega. Aku diterangkan kejadian sebenar.
Mereka sebenarnya sedang menjejak seorang penyeluk saku yang sukar ditangkap. Seorang rakyat asing yang mahir dalam ilmu seluk-menyeluk. Rupanya ciri penjenayah itu memang mirip dengan wajahku, termasuk tinggi dan pakaiannya. Bermakna aku telah dituduh tanpa diperiksa. (walaupun pemeriksaan tadi aku anggap sebagai kasar)
Sudah beratus maaf yang aku terima. Juga berjuta tunduk yang aku dapat. Aku cuma mengangguk pada mereka berempat. Walau di mulut menutur maaf, tapi hati ini tetap sakit. Diperlakukan seperti penjenayah besar. Disoal siasat tanpa diberitahu perkara sebenar. Aku tertekan.
————————————————————————
p/s: Sehingga kini hati ini masih begitu. Bermuhasabah dan fikir selalu. Mungkin ada dosa yang membuatkan aku alpa. Semoga Allah tetap sayang padaku, memimpin aku tika ku kesesatan. Memberi ilham untuk kebajikan.
















Abby berkata,
June 24th, 2007 at 8:52 am
Wah!!!apa kes??
biar betul??
muka menyamai penjenayah tuuuhhh…..!!!!!
Balas komen ini.
mdpai berkata,
June 24th, 2007 at 9:00 am
hehe ada pengalaman kena tangkap polis jugak ko ek.. tp mmg tak heran la diorang buat mcm tu, sbb diorang mcm dah yakin tangkap org yg betul.. tp salah org sebenanye..keke
Balas komen ini.
hadri berkata,
June 24th, 2007 at 9:10 am
btol ke ape yg ko cite ni??
Balas komen ini.
Far_east berkata,
June 24th, 2007 at 9:15 am
mcm mane nie bro kene tangkap.lol..
aritu ko ckp muke ko mcm mat endon, tup2 skung citer kene tangkap plak:D
ko tak sebat palotak polis2 tu?!!gi saman ke, ngadu kat embassy ke..mane bleh wei camnie. nie dah kire mencabul hak asasi manusia. takkan diam jek wei..aku plak naik api kat cni.haha..
*lawak siot alien card..haha:D
**Ahh.. “persetankan” jadual itu, laporan…..ayat aku tu wei.baya2.hehe:D
Balas komen ini.
tk2 berkata,
June 24th, 2007 at 11:50 am
nanka sugoi keiken desu ne
Balas komen ini.
ainohikari berkata,
June 24th, 2007 at 2:21 pm
buat aduan sheikh. minta ganti rugi MASA terbuang dan MARUAH yg tergadai (kerana diraba scr haram).
“tokiwa kane naru”
“maruah wa…..(isi sendri ^^) ”
………………
chinamini, alhamdulillah kite dpt berjumpa kt teikyo dai.
aku pegi sane pn sbb nk jmpe member lame.
dan lg satu sbb…aku mau tgk gelagat dan ragam bdk melayu Islam.. sheikh pegi sane, sheikh tahulah kan cmne.
Balas komen ini.
kaamyl berkata,
June 24th, 2007 at 4:06 pm
Salam..
pergh..bia betul jepun neh..
kasi dorang pelempang nippon sedas cik ifan
sesedap oren je terkam org
Balas komen ini.
SoffOnE berkata,
June 24th, 2007 at 4:29 pm
apsal x mntak diorg tanggung tiket balik ko ke? jimat sikit duit..hahah..sian kat ko..aku kat sini penah gak kene tahan polis sempadan(istilah utk polis yg jage stesen train) tp sekejap jelaa..bukan sebab ade rupe penjenayah, tp sebab berada kat stesen lewat pagi(kol 2 pagi org cakap awal ke lewat aaa?)..xdelaa smpai kene raba..huhu..best pengalaman ko..ade story nak diceritakan..
Balas komen ini.
MsEzi berkata,
June 25th, 2007 at 1:59 am
hi irfan,
indeed it was humiliating to be investigated like that, especially in an foreign country like where you are in. and of course it’s reasonable for you to be in rage. you have to make sure that no record was written and they had destroyed any related documents . maybe it’s wise for you to tell the malaysian students department on this matter. just to make sure things are all clean. take care there irfan
Balas komen ini.
MsEzi berkata,
June 25th, 2007 at 2:03 am
typography la irfan hehehe- my previous post: ‘a foreign country’ not ‘an foreign’- a teacher will always be a teacher-
Balas komen ini.
Jowey berkata,
June 25th, 2007 at 3:58 am
Yeah typography..just sympatze wif u..but..sometime bad experience are good..hehehe
Balas komen ini.
kaamyl berkata,
June 25th, 2007 at 5:42 am
err..hehe..batu kayu api tolla aku ne..
ifan-kun byk2 sabo ye..
InsyaAllah ade hikmah d sbalik xperience ne..
Allah kareem, Dia selalu menguji hambaNya yg dekat..
makin kuat iman hamba tu, makin byk ujian dia dapat
semoga anda sentiasa tergolong dlm golongan mukmin soleheen
Amin
Balas komen ini.
alan berkata,
June 25th, 2007 at 8:48 am
biasa ar jadi gaijin.. hakhak.. aku pon dulu penah kene tanya macam2 ngan polis kat osaka eki.padahal aku tanye dia ader kedai roti tak dlm eki tu.. skali dia tanya aku mcam2.. siap mntak nk tgk alien card lagi.. last2 dia bgtau gak kedai roti.. rupanya depan mata jer..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
June 25th, 2007 at 10:12 am
1. Abby :
hehe.. bukan aku yg menyamai penjenayah.. dia yg menyamai aku..
2. mdpai :
tapi malangnya, yang mereka salah tangkap tu aku.. wuu..
3. hadri :
betul sebetul-betulnya..
4. Far_east :
haha.. mcm ko plak yg kena.. lek2 pais.. nanti aku ajak ko setel ngan diorang..haha..
5. tk2 :
maa.. ne.. sugoika?
6. ainohikari :
Salam sheikh.. tak sangka dapat jumpa ko jugak kat sana.. Kau tak kena checking dengan Koban Utsunomiya Eki ke? Thanks la dengar rintihan aku..*tapi ko tgk muke aku lpas kene cekup tu, still normal tak?
7. kaamyl :
Aku rasa kat Korea pun sama jugak kot? ade gak adik aku cite die kene cekup ramai2 kt dlm tren.. cube ko tnye die..
8. SoffOnE :
haha.. kelaka la kamu ni.. 2am tu sangat lewat bang oi.. boleh kata awal pagi ke tu? hehe..
9. MsEzi (my caring teacher):
Erm.. mula2 ada ugut kat diorang nk repot kat embassy, tapi kesian plak tengok diorang tertunduk2 mintak maaf.. tak apalah.. manusia buat silap.. mungkin ada hikmah saya kene mcm tu..
p/s: y not u juz paste ur link here? baru la happening skit..hehehehe..
11. Jowey :
erm.. good ke ek? mungkin la.. sebab tak ramai orang merasai penglaman camni kan? hehe..
12. kaamyl :
erm.. insyaAllah..
13. alan :
hahaha…. ada ka camtu? orang tanye die kdai roti, die tnya kita balik plak?? ko pun satu lan.. soklan kdai roti (dpan mata kau tu) mcm tak logik..sbb tu die pelik dgn ko..haha
Balas komen ini.
saya berkata,
June 27th, 2007 at 1:38 pm
kalo koban=polis, maka gaban=polis angkasa .. Tabahlah wahai saudaraku dgn. ujian ini.
Balas komen ini.
abdfatah berkata,
June 28th, 2007 at 7:13 am
sabau aje laa… memang begitu la kalu kebetulan dah iras2… haha… dok negara orang dah semestinya kena hati2…
apohalpun tabahkanlah hati dan kuatkan semangat juang anda…
sekian terima kasih
Balas komen ini.
azwanhadzree berkata,
June 28th, 2007 at 1:21 pm
Kau tertekan, aku kesian.
Aku pun perlu ke balai ke hujung minggu tapi di jemput utk memberi keterangan bukan di bawa secara paksa ke sana
Moga kau lebih ceria selepas ini, jadikan pengalaman ini sebagai dongengan kau kepada anak cucu nanti. Aku pun punya cerita sendiri .. ha .. ha ..
Balas komen ini.
saya berkata,
June 29th, 2007 at 3:53 am
alamak, koban tue “police box”.. bukan polis daa
Balas komen ini.
amin berkata,
June 29th, 2007 at 5:05 am
Hohoho… hang mmg ada muke penjenayah pon… lalala~ eh, bila hang nak mai malaysia balik ni.. bole x belikan barang2 best kat jepun.. ps3 ke… lalala~ tp ko blanje aa.. hihu
Balas komen ini.
kaamyl berkata,
June 29th, 2007 at 6:45 am
“Aku rasa kat Korea pun sama jugak kot”
err..ifan-kun silap org rasenye..hehe
Balas komen ini.
alirfan berkata,
June 29th, 2007 at 7:17 am
abdfatah :
kalau muke yg iras tu mcm pelakon ke..mcm player glamer2 ke.. best gk pe.. haha..
azwanhadzree :
haha..dongengan utk cucu? mcm best jgak.. oh ye, awak ke balai beri laporan? ni yg nk tau ni..hehe..
saya :
polis = keisatsukan
amin :
ciri muke pnjenayah tu mcm mane?
kaamyl :
oh ye la.. terlupa plak ade 2 kamil.. sorang kamil kt jundumay, sorang lagi kat dije-hadd.. sori lah ye..
Balas komen ini.
kaSyah berkata,
June 29th, 2007 at 5:23 pm
wosh..kisah benar student mesia kat jepun… nasib baek dorang mintak maaf.. tapi kalo aku bengang gak kena tuduh tanpa usul periksa.
Balas komen ini.
faqir berkata,
July 2nd, 2007 at 7:32 pm
Huh, sekarang kau kat mana? Bior aku tolong hang bagi penampo jepun. hehe.
Balas komen ini.
heartless berkata,
July 4th, 2007 at 1:16 pm
pengalaman…
Balas komen ini.
kuburan berkata,
July 5th, 2007 at 1:50 am
wah.. malunya rasa diri ini. baru disaman polis itali pun dah heboh, ko siap kena raba lagi. huhu…
Balas komen ini.
mata-it berkata,
July 7th, 2007 at 2:55 am
ini kira kes cabul ni….
Balas komen ini.
adibah abdullah berkata,
July 7th, 2007 at 9:57 am
salam.
teringat pengalaman masa ke INTEL International Science and Engineering Fair 2002, di Louisville, Kentucky, USA. waktu itu sy dlm tingkatan 4. saya dan seorg rakan perempuan yg sebaya, sama-sama pelajar MRSM. bukan peserta, tapi pemerhati yg ditaja oleh MARA segala belanjanya.
antara acara dalam Fair itu, selain pertandingan rekacipta, adalah lawatan-lawatan dan pesta-pestaan. satu petang, kami – dari lebih 30 buah negara – dibawa ke sebuah tempat, tak silap saya kompleks sukan. ada perlawanan besbol, ada gerai2 dan courts tempat bermacam-macam hiburan dan permainan sesuai dgn anak muda. dan saya- dengan semangat gadis Melayu tulen – memakai baju kurung pada petang itu.
kami – saya dan rakan saya itu – tertarik melihat satu court break-dancing. bukan mahu menari, sekadar melihat-lihat, dan kami melangkah masuk. court tu dipagari dengan tali-tali je.
ketika itu, seorg perempuan mat saleh berbadan besar menghampiri kami.
“no adults allowed here. this place is only for young people.”
“but we’re participants! we’re teenagers!” kami cuba menunjukkan name tag yang memang sentiasa tergantung di leher, tapi tidak dilayan.
“no, no, only teenagers are allowed here!”
dan bayangkan, perempuan berbadan besar itu menghulurkan kedua-dua tangannya dan ‘mengepit’ kami, seorang di bawah satu lengan, dan dibawa – lebih tepat diheret – keluar dari court. nak kata macam anak ayam dipeluk ibu pun mcm tak kena.
sedang sy dan rakan saya terkebil-kebil di luar court tidak puas hati dengan layanan yang diberi, dan merencana tindakan selanjutnya – ya mahu complaint kepada siapa dll – datang seorang lagi perempuan mat saleh yang beria-ia meminta maaf kepada kami, mengakui kesilapan mereka dan mempersilakan kami masuk ke court semula.
kami buat tak layan, mengucapkan terima kasih dengan penuh sinis dan melangkah pergi with our noses high in the air.
huhu. itu belum cerita dianggap rahib Kristian sbb pakai baju kurung dan tudung kelabu dalam bas di sana lagi. sy dipanggil ’sister’ oleh pemandu bas itu dan ditanya dari ‘mazhab’ gereja yang mana.
pengalaman!
salam,
meow~
Balas komen ini.
zool berkata,
July 13th, 2007 at 2:57 pm
Sabarlah mungkin dugaan dariNya…
Ada hikmah di sebaliknya yang kita tak sedar tu/..
Balas komen ini.
Muhammad Abdullah berkata,
August 12th, 2007 at 11:09 am
Confident jerk polis tu yer, ko tangan kan jer
Balas komen ini.
Nasib seekor anjing. « Contengan usang di balik Pelangi.. berkata,
January 18th, 2008 at 3:08 pm
[...] tali getah. Terbelalak aku. Mahu saja aku meluru menjadi hero. Namun, apakan daya, silap-silap boleh ke lokap jawabnya nanti. Di Jepun, jangan dibuat main. Hak asasi manusia itu dewa. Hak haiwan nombor [...]
faha mieza berkata,
February 13th, 2009 at 10:19 am
Salam…
as student oversea…
memang selalu dipesan la supaya jangan terlupa bawa pasport or student card or ape2 yang sama waktu dengannya setiap kali keluar dari rumah…
kita tak tau tiba2 jadi cam ape yg saudara kena…
hehe…pengalaman yang menarik untuk dikongsi…
faha mieza telah menulis tentang ~Kenali sahabat2 sekeliling anda~. Mari baca!!
Balas komen ini.
norbaya berkata,
March 25th, 2009 at 9:34 pm
DUGAAN….COBAAN…….ada hikmah yang tersembunyi……
Balas komen ini.