Terima kasih dan minta maaf.
Di perut makmal, sekejap-sekejap kalih dari skrin ke kamus, atau sebaliknya hingga tengkuk serik membengkok. Tanpa menoleh kertas, tangan masih bisa berlari sendirian mencalit patah kanji dan hiragana. Tulang yang berjiran laluan nadi di pergelangan tangan, makin mengeras dan menghitam, sehitam dahi mereka yang rajin bersujud di sepertiga malam.
Tiga ratus helaian tulisan tangan. Angka yang agak mustahil, ternyata berbunyi lucu di telinga sahabat bermata sepet. Semuanya pasti tertawa bila dapat tahu aku dibuli sebegitu. Alang kepalang biji mata menjojol bila dapat tahu aku semakin hampir melunaskannya. Mestilah, sebulan leherku bertelengan.
Sedang berbulat hati dengan sisa-sisa kemasan jilid laporan,
“Tidak! Aku tak terima!”
Terhenti rentak jantung, terperanjat. Sesekali aku tercongok mencari punca jerkahan. Rupanya suara Funada Sensei yang menghamun sebatang tubuh manusia kecil di depannya. Kenal benar aku kan susuk tubuh Tan, teman senegara muda setahun. Tak berganjak seinci demi mengaju kertas laporan Matematik Kejuruteraannya.
Funada menyambung semula kerjanya.
“Tapi, semalam Sensei kata ditunda hari ini? Saya silap dengar?”
Tan masih terpinga-pinga dan Funada Sensei tidak membalas sepatah bicara. Semacam ada tunggul besar terpacak di sebelahnya. Selang sepuluh minit, bersama jilid kertas laporan Tan berlalu pergi membawa diri.
Tok. Tok. Tok.
Pintu makmal diketuk dari luar. Setelah melancar ucap, daun pintu diselak lalu masuk seorang lagi budak. Dia menghulur kertas laporan yang sama seperti teman sekelasnya tadi, Tan.
“Kamu ini.. kalau terlewat 20 minit, macam mana aku nak terima?”
Lain pula nadanya dengan budak ini. Aku masak benar tingkah Funada Sensei. Dengan kami lagi suka memecahkan gegendang telinga, bermata merah nyala. Dengan anak watan berlemah lembut, apatah nyamuk dipukul tak lut. Ya, dianak tiri itu makanan ruji kami di sini.
“Alah sensei. Tolonglah terima.. tolonglah..”
Mendayu-dayu suara budak itu, menagih kasihan.
“Baiklah. Lain kali, kalau lambat aku tak terima, ya?”
Huh? Semudah itu saja? Melihatkan adegan menggeletek loya, aku yang membara lantas berkejaran ke pintu belakang, mencari bayang si Tan agar tak lesap ditelan sejuk petang. Mujur dia masih tak jauh, sendirian duduk di tepi berkawan rajuk hati.
“Kau cuba lagi. Pujuk rayu sampai dapat. Minta maaf banyak kali.”
Tersenyum Tan bila dikurnia harapan baru, kali ini cubaan keduanya dengan keras besi dan dorongan deras dariku.
“Moushi wake arimasen.” (saya minta maaf)
“Onegaishimasu.” (ku mohon)
Berpuluh kali dengan rukuk. Sudahnya, Tan pulang bersenyum girang. Katanya hari ini hari terindah dalam hidupnya.
Begitulah hidup kita di dunia. Seperti yang selalu aku bebelkan pada adik-adikku, hidup di dunia takkan lari dari dua istilah keramat ini. “Terima kasih” dan “minta maaf”. Tanpa terima kasih, jangankan kau layak tegukkan jasa mulia dari orang. Menjilatnya pun cuma mimpi. Tanpa minta maaf, usah dicandu belas hormat seisi bumi di sekelilingmu. Menghidunya saja sudahlah racun. Kedua-duanya adalah jampi mantera yang mesti kau tangkalkan selalu, supaya bisa hidupmu tidak dihurung sepi, atau dikata sedungu sapi.
Berterima kasihlah tika selayaknya, mohon maaflah pada tempatnya.

















yatie berkata,
November 6th, 2008 at 8:38 am
“Terima kasih” & “minta maaf”
kedua-dua perkataan ni mmg xkan lari dr kehidupan kita seharian…
bila kedua-duanya diucapkan kepada kita,secara automatik hati kita manjadi lapang dan sgt senang..begitulah sebaliknya jika kita melafazkan perkataan yg sama kepada org lain.pasti hati mereka juga lapang dan senang seperti yg kita rasa..
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 1:45 am:
Senang kata, semua orang pun sejuk menerima kedua-duanya, kan? Jadi, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca di SangPelangi yang tak seberapa ini.
[Balas komen ini.]
batuterang berkata,
November 6th, 2008 at 8:42 am
irfan!!!
kirim salam kat Tan
dah lama aku tak jumpa dia
(sob…sob)
batuterang telah menulis tentang Hack-a-Shaq. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 1:50 am:
Oh.. kirim salam sejahtera. Tergaru-garu juga tadi aku. Haha.
Baiklah bro.
[Balas komen ini.]
iliana berkata,
November 6th, 2008 at 9:08 am
errr alang2 nih nk amk kesempatan la :
1. aku nk mintak maaf kt tuan rumah kalau2 aku ada terlepas kata atau terlebih tindak dgn kamu..
2. juga terima kasih sebab sudi berkongsi cerita dan memberi respon (melalui apa2 medium sekalipun)..
3. gud luck!
iliana telah menulis tentang KESESAKAN DI JALAN MINDA. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 1:53 am:
1. Maaf diterima.
2. Sama-sama.
3. Err.. nak jawab apa ya?
[Balas komen ini.]
cikgu_eya berkata,
November 6th, 2008 at 9:18 am
Alhamdulillah… dapat melepas rindu pada tulisanmu. Mungkin tersepit antara masa yang tentunya amat kurang berbanding amanah. Aku suka kontennya walaupun aku terkesan ia ditaip dalam keributan… dalam kelam-kabut, kan?
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 1:59 am:
Tidaklah aku ribut-ribut menyiapkannya. Biasa saja. Cuma aku tak mahu ceritanya panjang meleret. Misi utama cuma ucapan terima kasih dan minta maaf. Huhu.
Kau ini rajin betul melawat SP setiap hari. Kau memang online setiap harikah? Hairan juga.
[Balas komen ini.]
cikgu_eya membalas pada November 7th, 2008 3:14 am:
Ya… online setiap hari. cuma agak ‘puasa internet’ di musim peperangan pen dan kertas..hihi. Melawat untuk mengorek khazanah di sini bersama harapan ada entry baru … ^^
cikgu_eya telah menulis tentang .:: Berhikmah Dalam Muhasabah ::.. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
ainul arina berkata,
November 6th, 2008 at 11:27 am
salam…
ouch, sukar nampaknya meneguk ilmu di jepun.. kena kuat mental fizikal depan sensei.. hurm, di bumi JOrdan ni situasinya terbalik…. student malaysia lebih dilayan elok oleh para pensyarah. mungkin gara-gara kesantunan budaya malaysia berbeza dengan keganasan warga arab.. tapi sayangnya disebabkan kami ni macam lemah lembut sedikit, kadang-kadang ada juga yang ambil kesempatan.. sebabnya budak malaysia jenis malas cari gaduh, selalu diammm sahaja. kalau ada pun, sekerat dua sahaja yang berani melawan..
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:01 am:
Oh bagus juga. Tak perlu dilawan. Biarkan saja. Nampaknya orang Malaysia di sana penyabar juga ya. Hihi.
[Balas komen ini.]
ashaf berkata,
November 6th, 2008 at 11:39 am
betul! “terima kasih’ dan ‘minta maaf’ mmg ucapan keramat yg menyejukkan hati…
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:02 am:
Ada juga yang tak sejukkan hati. Contohnya, “Terima kasih sajalah..” Haha. Gurau saja.
[Balas komen ini.]
ashaf membalas pada November 7th, 2008 12:49 pm:
sama2 jalah……
[Balas komen ini.]
cucutokjanggut@hafizah berkata,
November 6th, 2008 at 5:03 pm
huhu..terima kasih untuk entri ni.. dan minta maaf andai aku agak “menggesa” kau untuk menulis entri terbaru…
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:05 am:
Gesaan. Aku suka.
Aku suka sahabat menggesa aku tika aku culas, menegur aku di mana silapku, dan tak lokek berkongsi ilmu. Terima kasih juga atas ‘gesaan’ itu.
[Balas komen ini.]
Anis berkata,
November 6th, 2008 at 6:11 pm
Salam ziarah..meski air pun membentuk heksagon kristal indah bila dituliskan ‘terima kasih’ pada bekasnya. Inikan pula manusia yang 70% adalah terdiri daripada air. Kata-kata positif mampu memecahkan tembok keegoan yang meraja dihati. Subhanallah.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:11 am:
Benarkah dengan tulisan “Terima kasih” itu? Mesti bahasa Melayu ya? Kalau Inggeris atau Arab apa bentuknya? Sekadar ingin tahu. Serius. Huhu.
[Balas komen ini.]
mollek berkata,
November 6th, 2008 at 7:19 pm
Hish.. memang melampau Funada Sensei tu.. menganak tiri pelajar asing. Kalau lecturer di Malaysia lain pula situasinya… pelajar asing selalu diberi kelebihan. .
Terima kasih memang perkataan yang istimewa.. -magic word.. Minta maaf pun sama, tetapi ada yang kata.. jangan terlalu biasa dengan ‘maaf’ kerana kelak menjadi tidak bernilai.. betul ke? bergantung pada situasi..
mollek telah menulis tentang HAMPIR dirompak?. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:13 am:
Hmm. Ada betul juga. Harapnya perkataan maaf tak menjadi ucapan murahan, sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari menghadapi kenyataan.
[Balas komen ini.]
Aqilah berkata,
November 6th, 2008 at 9:47 pm
Alhamdulillah, nasib baik diterima kerja saudara Tan. Kasihan dia. Memang common ye di Jepun utk dianak-tirikan? Moga membina jati diri yang kuat dalam diri kalian (taking the positive values from it insyaAllah).
Sangat setuju Terima kasih dan minta maaf sangat membantu dalam kehidupan. Hati mana yang takkan lembut bila mendengar 2 ungkapan ini. It’s similar to please and thank you jugalah.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:16 am:
Dianak tiri itu bukanlah semuanya. Cuma beberapa orang saja.
Mujur dua ungkapan itu sangat membantu hidup kami semua membina jati diri di sini.
[Balas komen ini.]
hanekaseyo berkata,
November 6th, 2008 at 10:21 pm
Doumo arigatou.
Jazakallah.
Syukran jaziilan.
Terima kasih.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:17 am:
Aik? Sejak bila Hanekaseyo guna link IPIJ ni? Sudah bertukar ya? Hihi.
Oh maaf. Gurau saja. (berlatih mengucap maaf)
[Balas komen ini.]
Nazliah berkata,
November 6th, 2008 at 10:39 pm
Salam alaik..
Wah lamanya tak update. Alhamdulillah ada artikel yang bagus ni.
memang penting ucapan maaf & terima kasih.
Nazliah telah menulis tentang Visit Nur Najwa. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:25 am:
Haha. Lamakah? Kira-kira berapa hari ya? Tapi tak sampai dua minggu rasanya.
)
Aku rasa Nazliah patut nasihat bloggers yang masih mode puasa dan raya itu. Hihi. (Alamak, jangan terasa kawan-kawan. Aku bergurau saja.
[Balas komen ini.]
Nazliah membalas pada November 7th, 2008 2:56 am:
Yeke tak sampai dua minggu? Tak perasan plak.
Sebab buka tiap-tiap hari mesti takde. Finally hari ni ada. haha
Sebelum ni tak rasa lama sebab baca entry yang lama, sekali dah khatam, jadi boring tak de tempat best. hihi.
Oh ramai lagi ya dengan puasa dan raya, dah nak masuk raya haji ni.
Nazliah telah menulis tentang Mahalnya Mas Kahwin. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
rudy bluehikari berkata,
November 6th, 2008 at 11:55 pm
Fan, betapa kita telah dididik merasai jiwa yg dibuli dalam masyrakt pembuli itu. Aku sudah lalui itu. Getirnya kurasakan sampai ke saat ini. Nanti bila kau pulang, jgn kau lakukan kepada sesiapapun di hdpnmu. Kerna kita ini hanya hamba. Duli pun belum tentu lagi di kaki DIA. Terima kasih kpd DIA, yg melembutkan (AL-LATIF) jiwa keras Funada Sensei itu.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 2:33 am:
Oh biarpun aku terkesan sungguh dengan pendekatan begini, tapi bro usah khuatir. Aku masih tetap aku yang dulu, mudah-mudahan lebih baik di masa mendatang. Terima kasih kepada Al-Latif, yang selalu memberi kekuatan pada kita semua, menadah badi dan suapan asasi. Terima kasih Tuhan.
[Balas komen ini.]
rasasayang berkata,
November 7th, 2008 at 1:40 am
terima kasih untuk post ni..amat memberi kesan pada diri
rasasayang telah menulis tentang demam yang bermusim. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Anis berkata,
November 7th, 2008 at 2:50 am
Lupa pula buku yang sy bace tuh penulisnya adalah orang jepun. Buku tuh dah diterjemah ke bahasa indonesia. Jadi perkataan ‘terima kasih’ yang dilabel di air itu mungkin dalam bahasa jepun. Mengikut buku tu, air boleh bertukar ke pelbagai bentuk kristal dipengaruhi oleh kata2 asing. Contohnya ‘kamusamunida’ dilabel menghasilkan bentuk yg unik. Kalau bhs inggeris atau arab, mungkin bentuk yg lain pula Wallahualam.
[Balas komen ini.]
tiehah hanime berkata,
November 7th, 2008 at 7:51 am
bekeng sggh funada sensei ni ye…
teringin skali melihat mukenyer yg suke marah2 itu…
teringin juge tahu mengape la die nie suke marah2..
ko irfan patut tanyer padanya ” tidak takut tua ka sensei????”
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 6:25 pm:
Haha. Kau ini. Dia itu memang dah sedia tua. Nak tengok mukanya? Nah.. Klik sini untuk melihat garangnya Funada.
[Balas komen ini.]
tiehah hanime membalas pada November 7th, 2008 7:19 pm:
wah x ku sangke ko ade menyimpan gambarnya .wlpun die tuh ske maroh2 tp gambarnye ttp ko simpan irfan.buat kenangan sampai ke tua….hi3
first impression aku xde la garang sgt…lembut aja kulihat mukanya…
dlm mind aku igt die ade misai yg melentik ala2 pelakon A Galak gtuh…
em konklusinya : jgn pandang luaran aja..ko igt tuh irfan…nak cr zaujahnya pun same…kang tercilap dpt yg garang…merana badan…hi3…maen2 aje…
[Balas komen ini.]
suhaila berkata,
November 7th, 2008 at 7:52 am
Maaf yang sekali, kesalahan yang sekali, kemafaan yang sekali itu memang penuh makna dari maaf yg berkali-kali, kemaafan yang berkali-kali tapi kesalahan juga berkali-kali.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 6:29 pm:
Benar. Perkataan “maaf” boleh disalahguna kalau si pengungkap tak bertanggungjawab ke atasnya. Maaf yang sekali berfungsi kita tak lupa akan kesalahan itu dan tidak mengulangnya.
[Balas komen ini.]
abrar berkata,
November 7th, 2008 at 10:05 am
idea disampaikan memang menyentuh fikrah..dua perkataan yang senang dan susah untuk dilafazkan
abrar telah menulis tentang hati dan zahir. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 6:31 pm:
Aku juga pelik. Lidah manusia itu paling tajam, tapi nak menyebut dua ucapan itu, menjadi tumpul dan sekeras batu. Mengapa?
[Balas komen ini.]
mar berkata,
November 7th, 2008 at 12:21 pm
Perkataan ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ lebih terasa bila disertakan dengan hati yang tulus ikhlas..hehe..
Bila orang ucap’terima kasih’ kat kita, terasa dihargai..
Bila orang minta maaf kat kita, terasa ’sejuk’ pula n tak jadi nak marah pula..hehe
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 6:33 pm:
Ayat pertama kamu, menjawab persoalan kenapa lidah yang tajam masih tumpul untuk mencantas kedua-dua ungkapan itu. Rupanya ia adalah soal hati.
[Balas komen ini.]
BaruKisu berkata,
November 7th, 2008 at 2:11 pm
Salam,
Sekali baca macam drama Jepun lah pulak (terbawa-bawa)
kan selalu ada,
onegaishimasu,
onegaishimasu,
onegaishimasu,
berkali-kali sampai dapat apa yang dihajati dan diingini kemudian tunduk berkali-kali, kalau boleh sampai sujud terus…
kemudian tersalah sikit, terus terpacul,
gomen nasai
sumanakatta (betul ke ni?)
arimasen deshita (ini pun betul ke?)
Itulah kadang-kadang rasa bagus juga budaya Jepun ini. Egonya merendah bila ternyata diri bersalah kemudian pula cukup-cukup menghargai kalau sudah beroleh sesuatu yang dihajati.
Kesian Tan~
Sekadar berkongsi :-
Spasiba = Terima kasih
Spasiba Balshoe = Terima kasih banyak-banyak
Pazhalusta = Sama-sama/silakan
Izvinitie = Maafkan saya
Terima kasih! (kerana berkongsi cerita ini)
BaruKisu telah menulis tentang Bergetar rasa mencari keberkatan waktu. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 7th, 2008 6:36 pm:
Barukisu, itu bahasa apa? Spasiba!!! Sangat menghargai.
Err.. bunyi nak ucap “minta maaf”itu seperti mencari gaduh. Haha. Gurau saja. Izvinitie.
[Balas komen ini.]
BaruKisu membalas pada November 7th, 2008 10:53 pm:
Oh, maaf. Terlupa pula. Itu bahasa Russia
Erm, iya… orang di sini kasar-kasar orangnya. Perlu ada intonasi yang betul untuk menyebutnya. (tapi kalau diterjemah betul2 boleh jadi juga seperti ini : maaf!) Ah, rumit bahasa russia ini, sampai sekarang lidah saya terbelit2 menyebutnya.
BaruKisu telah menulis tentang Bergetar rasa mencari keberkatan waktu. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Time Fly berkata,
November 8th, 2008 at 4:13 am
Salam…
Bagus entri ni. Simple dan bermakna…
saya baru di SP ni. dah lama sekadar “tumpang lalu” kat SP, rasa kali ni nak menyinggah pula. Boleh kan Tuan rumah…
Kat U saya blaja german sebagai option.
Danke schon is for thank you.
or danke only. ..Just nak kongsi incase some German helps you, you can say that words.
Bestnya dapat sambung blaja kat oversea, dapat belaja bahasa dan budaya orang lain.
Cikgu German saya dah 10 tahun tinggal di Malaysia. She said she love Malaysia.
Tapi anak dia selalu tangguh buat homework. Dia kata ha…itu ikut perangai orang Malaysia lah tu…hehehehe…Patut ke?
~Tempus Fugit~
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 9th, 2008 12:35 am:
Amboi, habis dipukul rata semua Malaysia. Dia malas tak ada kaitannya dengan kita. Tapi, tak boleh disangkal. Aku pun malu juga.
Wah-wah. Asyiknya kalian ini ya. Memberikan perkataan baru kepada aku sebagai simpanan kamus. ~Tempus Figut~ (err.. apa maknanya ya? Hehe.) Terima kasih.
[Balas komen ini.]
umaralfateh berkata,
November 8th, 2008 at 8:39 am
Sang pelangi menyinar kembali..
sudah lama tidak melihat pelangi seindah hari ini.
Tulisan kamu berbunga-bunga buat kesekian kali.
cuma, ingin juga bertanya , bagaimana kamu bisa tulis-tulis seringkas begini?..
selalu ingin ku ringkaskan tulisanku, tapi berjela juga jadinya.
tahniah dari diriku..kamu akan habis tidak lama lagi kan?..
umaralfateh telah menulis tentang Hakikat Kehidupan Muslim. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 9th, 2008 12:38 am:
Aku cuma menganggap setiap detik dan saat yang digunakan oleh pembaca di SangPelangi sebagai pinjaman. Jadi, aku harus bayar dengan manfaat yang sebaiknya. Aku tak mahu berhutang waktu dengan sesiapa.
Terima kasih yang memberi pinjam. Juga kepada kamu.
[Balas komen ini.]
irshadian berkata,
November 8th, 2008 at 9:49 am
kecut perut juga kalau dengan funada sensei ni.
lectrr aku pon ada yang garang: salleh sensei, raja sensei, denis sensei, jason sensei, habsah sensei,,,,,,,
ada juga bias mengikut kaum kat sini.
macam2 pulak sensei ni
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 9th, 2008 12:48 am:
Hah.. sudah. Masuk cerita sensei-sensei lain pula. Jangan ya, jangan.
Haha.
[Balas komen ini.]
nurul0505 berkata,
November 8th, 2008 at 5:56 pm
assalammualaikum….terima kasih bro!!!
[Balas komen ini.]
norina hakimi berkata,
November 22nd, 2008 at 11:25 am
Salam.
Manusia sering alpa mengaplikasikan dua perkataan keramat ini dalam kehidupan. Mungkin kerana kurang didikan atau kurang prihatin terhadap nilai perkataan tersebut. Tidak wajar saya katakan semua manusia begitu, hanya segelintir manusia yang berhati batu, yang keras kepala, yang ego. Apa yang saya perhatikan, agak sukar untuk mendengar dua perkataan ini dilantunkan dari mulut manusia ego. Susah untuk menyebut terima kasih kerana mungkin mereka sangka mereka sudah hebat. Payah untuk mengalunkan kata maaf kerana mungkin mereka sangka mereka betul.
Bagi saya, “terima kasih” dan “minta maaf” mempunyai nilai dan kesan yang sangat tinggi. Jangan berat mulut untuk mengucapkan perkataan-perkataan tersebut.
norina hakimi telah menulis tentang Hukum berpuasa hari Sabtu. Mari baca!!
[Balas komen ini.]