Terapi Menulis dan Bercakap Seorang Diri.
Menulis tidak sama dengan bercakap. Kedua-dua terapi ini jauh berbeza sama sekali. Dari segi gaya melakukannya, keadaan rohani fizikal spiritual, dan dari segi kadar impak.
Aktiviti bercakap seorang diri, kita tidak akan mengedit semula apa yang kita cakapkan. Jadi, kita akan bercakap saja tanpa ada ‘dinding-dinding kebodohan’ yang menghalangnya. Kita tidak khuatir, kerana kita bercakap seorang diri. Namun, terapi ini kurang efektif jika ada orang lain di depan kita. Kerana orang Melayu lebih tahu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’” Itulah dinding kebodohan.
Menulis pula terbahagi dua. Menulis dengan keyboard dan pensil. Kedua-dua gaya ini juga punya ‘dinding kebodohan.’ Tidak kira, menulis untuk diri sendiri, ataupun menulis untuk orang lain, kita masih menjadi editor pertama tidak rasmi kepada tulisan sendiri.
Menulis dengan Keyboard
Saya mempelajari teknik menulis yang baik daripada Tuan Zakaria Sungib (kami menggelar beliau sebagai Pak Ya dalam dunia editorial), editor senior dan veteran daripada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Menurut beliau, bagi tulisan kita yang pertama, langgar saja segala kesilapan yang berlaku, biarpun ada tersalah taip, tertinggal perkataan atau gaya bahasa yang kurang baik, teruskan menulis sampai idea kita terhenti. Kemudian, sesudah habis menulis penuh satu artikel atau novel, peram tulisan kita, lakukan aktiviti lain seperti memasak, tidur, melancong, ataupun menulis perkara yang lain. Setelah berminggu-minggu kita peram tulisan itu, kita buka semula dan lakukan edit yang pertama.
Tip ini juga sama dilakukan oleh seorang penyajak muda; yang sudah banyak saya pelajari daripadanya; Tuan Fahd Razy. Penyajak berpendidikan perubatan ini menasihatkan hal yang sama, jika kita ingin menjadikan sajak atau puisi kita yang bagai jeruk itu, amat masam dan sedap dihadam (diedit) semula.
‘Dinding kebodohan’ ketika menulis dengan keyboard, adalah butang BACKSPACE. Setiap kali menulis, kita sentiasa akan mengedit apa yang ingin kita luahkan.
Menulis dengan Pensel.
Dinding kebodohan bagi gaya ini, adalah pemadam ataupun cecair pemadam mecury (liquid paper). Apabila kita biasa menulis pensel, kita akan tergerak untuk memegang pemadam di tangan yang lagi satu. Mujur, ada sesetengah guru yang perasan akan hal ini, dan mengatasi hal ini dengan bijak. Caranya ialah menggantikan pensel kepada pen mata bulat.
Contohnya, semasa di bangku sekolah dulu, guru Bahasa Melayu saya amat pantang andai ada anak muridnya yang menggunakan cecair pemadam bagi memadamkan kesilapan yang berlaku semasa menulis. Cikgu saya yang berdedikasi itu, (nama beliau adalah Sharifah Azlina, tapi kami menggelar beliau Cikgu Elly) menyaran kami menggunakan pembaris dan garis saja kesilapan itu. Rasionalnya, kita dapat membaca semula apakah kesilapan yang pernah kita lakukan (post mortem) jadi kita tidak akan mengulanginya. Kesan tidak langsung pula, kita sebenarnya dapat menyusun idea yang mana boleh didahulukan dan dikemudiankan.
‘Dinding kebodohan’ bagi aktiviti menulis adalah sesuatu yang dapat menghilangkan kesilapan kita. Biasalah. Lumrahnya, kita sang manusia adalah editor kepada tulisan kita sendiri.
(Bagaimana saya menggelarnya ‘dinding kebodohan‘ adalah hasil daripada cernaan saya terhadap buku Baka No Kabe. Jadi, saya sendiri yang meminjamkan istilah itu daripada penulisnya, Dr. Yoro.)
Bercakap Seorang Diri
Bagaimana pula dengan terapi bercakap seorang diri? Haaa… bab ini sudah saya ceritakan dalam entri ini. Dipersembahkan dalam bentuk suara pula, bagi menunjukkan betapa efektifnya terapi ini. Selamat mendengar, ya. Hehe.
Faedah dan Konsep Ganjaran
Jadi, sesi luahan rasa dan tekanan bagi bercakap seorang diri dan menulis mempunyai impak yang berlainan. Saya lebih suka menterjemahkan konsep ganjaran bagi kedua-dua aktiviti ini kepada pahala.
Bercakap seorang diri impaknya adalah lebih kepada diri kita sendiri. Manakala menulis pula, kebaikannya adalah kepada diri sendiri dan penambahan ilmu kepada orang lain juga. Justeru, kita lebih nampak, bukan? Yang mana satu lebih mendatangkan pahala yang banyak?
(Saya tidak berniat menanam unsur tamak dalam mengejar pahala. Cuma mungkin saya sedikit terkesan dengan buku “Meraih Pahala Besar dengan Sedikit Amal,” yang berkongsi bagaimana umat Islam perlu kreatif dan ikhlas secara serentak semasa beramal soleh.)
Jadi, hati-hati dengan apa yang anda tulis, dan cakapkan.
Kerana kedua-duanya,
bisa membawa kita ke syurga,
juga ke neraka.
(Diulangi, KITA.)
p/s: Maaf, tidak sempat menghias artikel ini dengan gambar yang menarik, kerana tidak sempat. Perlu berkejar ke UTM Skudai menjayakan Seminar Revolusi Bakat untuk Fakulti Kejuruteraan Sains Komputer. Oh ya. Ada pembaca SangPelangi di situ. Bolehlah saya belanja mereka makan. Hehehe.
famia berkata,
August 7th, 2010 at 8:25 pm
belanjalah kami yang di sini makan juga Irfan
Balas komen ini.
nabil membalas pada August 7th, 2010 11:08 pm:
salam tuan, saya memang di utm skudai, saya impikan belanja tuan ya…
Balas komen ini.
nurha berkata,
August 8th, 2010 at 2:51 am
bagi saya, kedua-duanya penting untuk muhasabah diri. dan sangat betul kata kamu, sememangnya cara luahan dengan bercakap seorang diri antara muhasabah diri yang baik, dan masih jauh juga bezanya dengan menulis mahupun menaip. saya masih juga melakukan ketiga2 cara yang telah tersebut.
Balas komen ini.
Syahirah berkata,
August 8th, 2010 at 5:50 am
Salam saudara Irfan.
Ini kali pertama saya komen di sini..
Bila mahu belanja..hehe
Balas komen ini.
mimiamilia berkata,
August 8th, 2010 at 6:55 am
Salam,
Disebabkan kita bercakap pada diri sendiri lebih banyak dari bercakap dgn orang lain, kena belajar memposiifkan percakapan kepada diri sendiri supaya akhirnya diri sendiri (perlakuan, percakapan kepada orang lain) pun akan menjadi lebih positif.
Tertarik dengan cara ‘editing’ dengan cara memeram penulisan terlebih dahulu. tu..akan cuba diamalkan.
Balas komen ini.
mollek berkata,
August 8th, 2010 at 9:38 am
Terlalu banyak dinding kebodohan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa disedari. Dinding kebodohan menghalang kreativiti dan kejujuran. erm.. Ada sisi positif dari dinding kebodohan?
Balas komen ini.
anego berkata,
August 10th, 2010 at 1:01 am
saya gunakan konsep cikgu elly sewaktu mula-mula belajar melakar. semakin tebal butter paper, semakin baik lakarannya, dan bila mengimbas kembali helaian yang awal, saya sedar, tanpa usaha impian tak akan menjadi nyata. wah sentimental pulak.
Balas komen ini.
faz nandra berkata,
August 10th, 2010 at 7:18 am
Balas komen ini.
Terapi Bercakap Seorang Diri : : SangPelangi berkata,
August 16th, 2010 at 2:35 am
[...] Kepada pembaca SangPelangi yang pernah membaca entri Terapi Menulis Bercakap Seorang Diri tempoh hari, kalian bolehlah memahami apa yang saya repekkan di entri [...]
qamarun berkata,
August 21st, 2010 at 12:19 pm
Salam, hmm.. dinding kebodohan..agak kasar la.. tapi memang bile kite taip asyik keje nak backspace je, akhirnye adela idea-idea yang mula-mula macam banyak dalam kepala hilang.. terima kasih atas perkongsian..
Balas komen ini.
sakura salju berkata,
August 29th, 2010 at 9:59 am
menarik!
first time dgr about this therapy.
sy ada seorang kawan,dia suke bercakap seorang diri…selalu juga die kene sindir..tp bile dgr n baca entry ni..baru saya sedar,byk hikmah dan kesan tersirat disebaliknya..
thanks senpai irfan jani…^^
inshaAllah,sy praktiskan.
Balas komen ini.
anie berkata,
November 4th, 2010 at 6:05 am
Salam
Satu bayangan yang terjah dikepala bila baca entri ini adalah sitcom indonesia. hehehe…
Kenapa?pelakon-pelakonnya amat suka bercakap seorang diri.
Akan digunakan teknik ini bila menulis, terima kasih.
Balas komen ini.