Taktik Baru Si Pencuri di Jepun.
Seorang juniorku telah hilang seluar kesayangannya di ampaian baju. Puas banyak purnama dihabiskan untuk mencarinya. Agak mengejutkan, bila terlihat ada seorang budak Jepun (berjawatan tinggi di dalam kolej) dengan berani, memakainya di khalayak ramai. Sudahlah dicuri, dipakai pula di depan mata pemilik asal seluar hijau ala askar itu. Hal ini diadukan pada pihak atasan, dan kedua-dua pihak dikehendaki tampil untuk mendakwa dan membela diri.
Tersirap amarah tatkala mendengar jawapan si pencuri,
“Seluar ini kubeli di kedai terpakai di pekan.”
Walhal seluar itu asalnya dibeli di Malaysia. Lagipula budak itu tiada bukti resit, dan juniorku juga tiada bukti bertulis. Mujur, juniorku masih menyimpan sebiji klip khas di tepi seluar yang tertanggal sebelum seluar itu hilang. Tika sesi perdebatan di hadapan pihak atasan, klip itu dibawa sebagai bahan bukti, lalu dikenakan pada perumahnya. Tap! Kemas! Maka terbuktilah siapa pemilik sebenar seluar itu.
Alhamdulillah, kasutku yang dicuri beberapa minggu lalu, berjaya ditemukan. Begitu beraninya si pencuri (orang yang berbeza) memakainya di hadapan mataku. Tapi, lain pula dengan kes aku. Melihatkan protokol yang dilalui juniorku tadi (kita nak bernikah pun tak guna borang sepanjang itu), jadi aku lupakan hasrat untuk membawa kes ini ke atas.
Si pencuri juga mengaku membelinya di kedai terpakai berhampiran. Akhirnya, aku berikan soalan cepumas pada dia,
“Kasut ini buatan mana?”
Dia menjawab buatan Jepun. Tanpa segan silu, aku terus menyambarnya sambil membalas senyum.
“Salah! Buatan Indonesia.”
Sampai sekarang, aku berjanji takkan lagi pakai kasut itu di sini. Hehe.
p/s: Ada orang kata, undang-undang dicipta oleh manusia yang pintar melanggarnya. Betulkah?
















'atiqah jasni berkata,
February 2nd, 2009 at 11:01 pm
ingin tahu siapakah gerangannya junior yang disebutkan itu???
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
February 2nd, 2009 at 11:20 pm
Cuma mampu tergelak kecil. Hihi..
Eh Irfan, kau batuk dan makan ubat gigi????? Doktor mana yang prescribe tu? Nak kena medicolegal doktor tu agaknya. Aku juga batuk. Tapi aku telan madu. Alhamdulillah, ok and free from side effect!
wan nurul adila telah menulis tentang Keberanian. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara berkata,
February 2nd, 2009 at 11:43 pm
Tiba-tiba teringat kisah baju kak su yang hilang lama dulu. Baju kenangan dan kesayangan kak su kerana ia hantaran dari hubby. aduhai… kesal sekali sbb ia diambil dari ampaian.
suara telah menulis tentang Alkisah… Satu ketika dulu. Mari baca!!
Balas komen ini.
nahwanNUR berkata,
February 3rd, 2009 at 3:42 am
assalamualaikum,
orang kata, ‘Rules are meant to be broken’.
Tetapi saya pernah berjumpa papantanda di medan indonesia yang menyatakan begini;
‘Orang beriman, tidak melanggar lampu merah’.
Nah, bukankah lampu merah juga sebahagian undang-undang? Maka, jadilah orang beriman walau berdepan dengan undang-undang buatan manusia yang tentunya punya kebaikan dalam melaksanakan hidup sebagai hambaNya.
Takziah atas kehilangan dan alhamdulillah punya pengakhiran yang baik.
Balas komen ini.
azhar berkata,
February 3rd, 2009 at 6:49 am
pencuri jepon memang sempoi eh…curi kat kawasan sendiri pon boleh selamba buat hak milik pas tu boleh tayang2 depan tuannya .huhuuu..sungguh haru!!!..
azhar telah menulis tentang TERINGAT PULAK ZAMAN SEKOLAH DULU!!!…. Mari baca!!
Balas komen ini.
perokoksoleh membalas pada February 3rd, 2009 7:18 am:
iyalah….hahahaa
tapi oklah sebab boleh ambik balik~~~
perokoksoleh telah menulis tentang Indahnya Islam…. Mari baca!!
Balas komen ini.
yEm.... berkata,
February 3rd, 2009 at 7:22 am
salam…
membaca entri kamu ini membuatkan aku tersenyum sendiri..hehe…
tp mmg slambe lah pencuri tu.. pakai depan org.dia ingat tuan punya asal tak perasan agaknyer…
soalan cepumas kamu itu mungkin boleh dipraktikkan apabila berjumpa pencuri yg tak mengaku mencuri.. last2, kantoi jugak… ^^
Balas komen ini.
iliana berkata,
February 3rd, 2009 at 8:13 am
wahh…kes junior kamu itu persis sekali dengan kes aku…dicuri dari ampaian dan kantoi bila aku terserempak dengan dia ketika pakai baju itu untuk ber’dating’..fuhhh~ nasib baik aku tak bertukar menjadi ’singa’ ketika tu..
tapi, aku tak minta balik baju tu..cuma minta gantirugi sahaja. fuhh~ dapat la den beli baju baru hehe
iliana telah menulis tentang KISAH NELAYAN JEPUN. Mari baca!!
Balas komen ini.
Indrasakty berkata,
February 3rd, 2009 at 9:47 am
Rupa-rupanya orang Jepun pun rajin mencopet. Ingatkan pemikiran maju tidak dibelenggu dengan budaya minda kelas bawahan.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
February 3rd, 2009 at 8:54 pm
Alhamdulillah, jumpa juga ya kasut kesayangan tu…
Tak sangka betullah negara yang katanya punya disiplin yang cukup tinggi tu, kaki curi rupa-rupanya…
SangMentari telah menulis tentang SRIKANDI HATIKU. Mari baca!!
Balas komen ini.
fareezkario berkata,
February 3rd, 2009 at 10:38 pm
hehe..pencuri yang berfikiran cetek..lain kali buat la signature kat seluar tu..or kasut..mungkin lebih membantu jika hilang..hehe..
p/s:zaman sekolah dulu semua pakaian aku terdapat signature..takut hilang je..hehe
fareezkario telah menulis tentang hebatnya seorang guru. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
February 4th, 2009 at 9:43 am
aku rasa mereka warga brmata sepet itu terlalu ego untuk mengaku suka memakai barang buatan malaysia atau indonesia….teringin barangkali mahu memakai barang kita
Balas komen ini.
ashaf berkata,
February 4th, 2009 at 10:56 am
hati-hati selepas ini..semoga kejadian sama tak berulang.
Balas komen ini.
alan baik berkata,
February 4th, 2009 at 1:34 pm
pastu ape jadi kat pencuri tu lepas di dapati bersalah??ape tindakan yg dikenakan??
lepas ko rampas kasut tu then kata gitu kat budak ambik kasut ko tu, ape dia buat?dia kata ape?
alan baik telah menulis tentang Dilindungi: Huzil Jiwa. Mari baca!!
Balas komen ini.
abrar berkata,
February 4th, 2009 at 8:24 pm
mungkin megah sangat memakai barangan curi ya wahai pencuri.satu trend baru agaknya.
abrar telah menulis tentang bukan lampu isyarat ya. Mari baca!!
Balas komen ini.
PermataNusantara berkata,
February 5th, 2009 at 10:42 am
mencuri..hehe….itulah pencuri…ade satu idea lg…b4 barang di curi..amik gambar byk2 barang itu bersama pemiliknya….bile hilang bleh jadi bukti…heeeee
PermataNusantara telah menulis tentang Cerek Sumpahan. Mari baca!!
Balas komen ini.
yatieDaisy berkata,
February 6th, 2009 at 5:24 am
Salam.sudah lama rasanya tidak menjenguk kesini..rindu benar pada hasil penulisan kamu..teruskan perjuangan..
p/s:rindu pada seorang ‘teman’ yang jauh dimata tapi tetap dekat dihati.
Balas komen ini.
nazmeen berkata,
February 7th, 2009 at 4:57 pm
nazmeen telah menulis tentang Cinta... Mari baca!!
Balas komen ini.
Aqilah berkata,
February 7th, 2009 at 5:41 pm
Salam’alaikum
Wah, selamba sungguh pencuri di Jepun!
Aqilah telah menulis tentang 018 A Christmas Tale. Mari baca!!
Balas komen ini.
kyo_9 berkata,
February 7th, 2009 at 9:47 pm
oh.. jarang dengar mamat2 jepon suka mencuri ni ek.. huhu, mane2 negara mesti ade jer orang cam ni..
kyo_9 telah menulis tentang smallville. Mari baca!!
Balas komen ini.
husmi berkata,
February 8th, 2009 at 4:14 am
salam ziarah.
Dahsyat juga ye orang Jepun tempat kau.Sensei yg agak suka marah2,budak2 copet sana copet sini.Hihi.Semoga terus matang n tabah bro..
Pernah juga borak ngan pakcik Jepun pasal budak2 Jepun sekarang.Bimbang katanya.Bimbang dengan aspek ‘nilai’ yg makin terkikis
. Hmm,undang2 tanpa syurga dan neraka..dame desune…
Balas komen ini.
aryana berkata,
February 8th, 2009 at 12:53 pm
jauh sekali dengan apa yang dipaparkan dalam siri anime!
kisah pencuri je…..kisah perompak ada tak?
Balas komen ini.
titan berkata,
February 17th, 2009 at 10:10 pm
kalau aku. hempok je terus..
titan telah menulis tentang Edisi Siasat : Rawanaz vs Netkl. Mari baca!!
Balas komen ini.
furuza88 berkata,
February 18th, 2009 at 12:07 am
ermmm.ini lah kes curi yg di ceritakan tu ker.ermmm,dekat tempat saye,x byk sgt kes curi.ade tu memg ade,tp,masih terkawal kot.alhamdulillah,masih x melibatkan kehilangan brg ryuugakusei n jyousei kot.bab kehilangan mcm payung apabile tibe musim hujan tu,ade lar jg.mgkn,sini kg n sana bandar…==sabar je ar,org jepun sekrg dh semakin pandai mencuri ek..walopun kejadian ni satu dlm seribu,kite pun kene berhati2…
Balas komen ini.
Al-Fannani berkata,
March 12th, 2009 at 10:27 am
Kalbuku jadi gerutu usai membaca entri ini. Teringat kisah lalu, waktu masih berada di Morocco. Dek kerana ruh mencuri, seorang pelajar malaysia di sana hampir mati dipulas kepala dari jihat belakang. Tuhan masih menjaganya. Alhamdulillah.
Ceritamu ini, ada lainnya, pencuri tu dengan berani pula memakai dikhayalak ramai, kalau aku, mesti aku tampar sampai pecah sel-sel kulit. Biar berpindah gusi dan gigi.
Ahha~
Al-Fannani telah menulis tentang Mencari Payung Katarsis. Mari baca!!
Balas komen ini.
liko berkata,
July 5th, 2009 at 6:02 am
p/s: Ada orang kata, undang-undang dicipta oleh manusia yang pintar melanggarnya. Betulkah?
hm…, betulkah? sebilangan manusia sering kali memandang pada yang nyata, menyelak hanya yang ujud dan membaca hanya tulisan realiti.
PRINSIP KE2 SANGPELANGI
#2. Waktu yang kamu buang untuk berkeliaran di SangPelangi ini, adalah hutang bagiku. Semoga ada ’sesuatu’ yang kutulis dapat membayarnya. Atau ukhwah itu sebagai cagarannya.
~~ terima kasih mengingatkan kerana aku jua terlupa akan hutang-hutang aku pada mereka. moga terus maju dan sukses.
Balas komen ini.