Aku menganut, bukan kerna nama.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

“Izdihar, nanti Mama nak keluar. Cuaca dah mendung, jangan lupa angkat jemuran, ya?”

Si ibu memberi pesan kepada anak daranya yang seorang.

“Baik, Ma.”

Dia menjawab ringkas sambil mengangguk.

Dengan berkereta, si ibu dan ayah pun bertolak ke sana. Memenuhi jemputan walimatul urus di hujung kampung, rumah si Mak Bedah.

Kali ini si ibu dan ayah terpaksa meninggalkan anak dara mereka keseorangan di rumah. Kerisauan mula timbul kerana sebelum ini Izdihar tidak pernah melakukan kerja rumah sendirian. Selalunya kerja seharian mereka ditolong oleh pembantu rumah. Apakan daya, pembantu mereka baru saja pulang ke tanah seberang untuk berjumpa suaminya yang kahwin lagi satu.

Selesai menyaksikan ‘makan beradat’, si ibu cepat-cepat mengajak suaminya pulang ke rumah. Hatinya meronta-ronta kegelisahan. Entah apa yang terjadi di rumah itu. Selepas mencapai ‘bontrot’, sepantas kilat si ayah memandu laju.

Sekembali di rumah, alangkah terkejutnya mereka. Klik sini untuk sambungan.

Gula-gula berharga senyuman.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Memerhati satu persatu pohon-pohon bergerak melepasi gerabak dari dalam. Membuatkan kepala semakin berat. Sesekali bahan rujukan dibelek sebagai persediaan. Dengan pena marker di tangan kanan, sambil tangan kiri menahan helaian tafsir Quran, aku terlalu asyik merenung setiap patah kata yang tersusun indah. Sehinggakan aku tidak sedikit pun menghiraukan siapakah dia yang duduk bersebelahan denganku. Malah selang setiap jam, bersilih ganti orangnya.

Perjalananku atas perjuangan menuntut ilmu wahyu ke Ibaraki, mengunyah waktu sepanjang lima jam perjalanan dengan keretapi. Beberapa kali aku bertukar tren dan kematu punggung menahan duduk.

Tiba-tiba, muncul dua butir gula-gula di atas kitab tafsir yang sedang terbuka. Aku menoleh ke kanan. Sepasang mata milik seorang wanita tua sedang merenung jauh menerobos mataku. Dengan berbaju compang-camping, dan bertopi kebun, lusuh. Namun, senyumannya sudah cukup menenangkan jiwa.

Douzo” (Silakan), pelawa wanita tua itu sambil tersenyum.

Akhirnya, membuat aku berhenti dari menelaah, lalu duduk bersandar sambil mengoyakkan gula-gula hadiah darinya. More

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.