Promosi Jalinan Ukhwah: Mari Beriman Sejenak.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Saya memang tak dapat sabar lagi. Pengalaman bersua dengan Mualaf warga Jepun di Tokyo nanti pasti akan terlipat kemas sehingga nafasku yang terakhir. Mudah-mudahan Tuhan memudahkan urusan dan perjalanan kami untuk menggendong kenangan manis ini.
Pihak Ikatan Persaudaraan Islam Jepun tahun ini melakukan satu kejutan besar. Penganjuran Program Jalinan Ukhwah yang akan dilakukan di empat lokasi berbeza serentak di seluruh Jepun iaitu kawasan Kantou, Hokuriku, Tohoku dan Toukai; bertujuan menjalinkan ukhwah sesama kita, selain memberikan perkongsian jiwa dan rasa dalam memahami apakah sebenarnya cabaran sebagai seorang muslim dan apakah di sebalik persepsi orang Jepun terhadap agama kita yang dicintai ini.
Disebabkan saya berdekatan dengan pusat bandar Tokyo, jadi saya dan beberapa orang junior akan menyertai untuk program di Kantou pada 14 Jun 2008 bertempat di Masjid Asakusa.
Menariknya tema yang diangkat, adalah berbunyi “Mari Beriman Sejenak” yang dipetik dari ungkapan bahasa Arab “Hayya Nukmin Sa’ah“. Read the rest of this entry »
Tags: Akira Nagai, Asakusa, Association, Hayatus, hokuriku, ipij, Jalinan, Japan, Jepun, jma, Kantou, Mari Beriman, masjid, Mualaf, Muhammad Ariffin, Muslim, muslim association, persaudaraan islam, qiyamullail, Sohabah, Tokyo, Ukhwah
Harga sebuah kekuatan diri.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
“Omae bakka,” (kau bodoh!!) herdik Funada Sensei.
“Lupakan hasrat untuk ke Universiti Toyama dan Fukui. Kau tak layak,” entah sejak bila dia menjadi seorang pelabel.
“Omae bakka da yo. Shitteru kai?” (Kau memang bodohlah. Tahu tak?)
Aku diam menunduk sambil jelingan tajam menembak lantai.
“Hoi. Hoi. Kiite iru kai omae? Ha?” (kau dengar tak ni?) sambil jari-jari Funada Sensei mencucuk-cucuk bahuku. Matanya kemerahan; bak kata juniorku, seperti orang kemabukan arak.
Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik gerobok di depan ni agaknya. (istighfar)
“Hait,” ringkas aku menjawab. Read the rest of this entry »
Tags: banda acheh mosque, bururu, gempa bumi, kobe mosque, masjid