Penghargaan dari SangPelangi

posted by Al-Irfan in Sembang Kopi

Kelmarin, aku telah menghantar mesej peribadi kepada seluruh ahli SSP (Sahabat SangPelangi) serba sedikit tentang tahap kesibukanku dalam menghadapi sisa-sisa perjuangan ini. Ya, aku memanggilnya “sisa” kerana ia adalah saki baki yang tinggal selama keberadaanku di Jepun ini. Apa saja takdir yang ditentukan-Nya selepas ini, pasti akan membuka lembaran di dalam perjuanganku yang baru pula. Sementelahan, perjuangan manusia ini memang tiada noktahnya, bukan?

Dalam menakung keringat, bersepak terajang dengan kertas laporan, persediaan ke Akita dan Muroran, aku masih sempat menulis kad ucapan raya kepada keluarga dan sahabat terdekat.

Untuk menghargai pembaca tegar kisah di SangPelangi, aku dengan ini berbesar hati untuk menghantar kad ucapan AidulFitri kepada kalian. Kali ini, kad ucapannya agak berbeza. Aku mengutus kad ucapan perkahwinan yang tradisional hasil buatan tangan Jepun (atau Made In China mungkin, Haha..) sebagai gantinya. Bagi aku, tiada salahnya jika kad ucapan perkahwinan ini dipelbagai gunakan kerana ia sangat unik. Klik sini untuk sambung bacaan