Surat dari Pembaca #3
Surat elektronik kali ini diterima melalui kotak Facebook, dikirim oleh seorang yang bergelar W**** (keizinan telah diberikan, dengan syarat nama pengirim dirahsiakan). Aku tak ubah cara penulisan dan ejaan untuk mengekalkan keasliannya.
Mesejnya berbunyi:
Akum.. irfan,name aku W****.. peminat nombor satu jepun..
aku ade bc ko punye sangpelangi.. dan aku tertarik dengan cara ko berfikir ttg jepun…
aku nak tnya pandangan ko sebagai orang yang da ade pengalaman kat sane..
sebelum tu aku nak bgtau yang aku ni mmg giler abis ttg budaya jepun.. aku suka ikut dan semangat jepun bg aku yg terbaik didunia..
soalan 1 : mcmane ko bole x tpengaruh dgn budaya jepun?? mksud aku budaya muslim ko sangat kuat dan aku rase sangat pelik… x kah ko terasa nak enjoy n mengikutinya…???
soalan 2 : aku skrg dalam proses blaja bhase jepun basic 1, apa pandangan ko ttg org yg nak pg jepun, menetap disana dan kahwin org sane?? patut atau x dan kenapa…??
soalan 3 : ko ni al-arqam ker?? sebab bnyk sangat pasal ko dgn arqam..
harap maap kalau aku gunakan perkataan ‘aku’ disini sbb da terbiasa dan pgunaan sgkat sms sbb da x bole ubah gaya penulisan ku ini… arigatooooooooo………….. harap bole jawab sbb aku da tertanya2 ni..
Jawapanku untuk pertanyaan Wan;
Terima kasih kepada W****, atas persoalan yang kukira ada bijaknya. Jawapan di bawah ini adalah pandangan peribadiku semata-mata, jadi usahlah mengaitkan aku dengan apa-apa, ataupun sesiapa.
Jawapan untuk soalan 1:
Aku suka untuk mengkategorikan budaya ini kepada dua. Pertama, budaya berbentuk dalaman, kedua, berbentuk luaran.
Jika dalam budaya kerja Jepun (budaya dalaman), rasanya aku sudah cukup dipengaruhi, lebih-lebih lagi setelah aku di’bentuk’ oleh Funada Sensei. Seperti kata Ustaz Hasrizal, di dalam diri Jepun ada nilai islam yang tiada pada muslim (sumber). Mereka tidak beriman, tapi soal menjaga masa sudah dianggap sebahagian nyawanya, lebih hebat dari kita yang memegang amanah pada sumpah Allah terhadap masa. Ada juga budaya dalaman lain yang tidak kukupas di sini.
Tapi, dari pertanyaanmu, “adakah aku tidak ‘enjoy‘ mengikutinya,” mungkin kau sedang bermaksud terhadap budaya luaran, iaitu fesyen. (Maafkan aku jika andaian ini salah)
Siapa bilang fesyen itu percuma? Pengikut fesyen tertentu harus mengikuti perkembangan trend terkini. Jika melihat pada latar belakangku yang biasa-biasa, aku agak kekok membelanjakan lebih wang saku untuk tujuan ini.
Aku mengaku, aku punya rakan yang sanggup membelanjakan hingga beribu liter titik peluh rakyat (wang biasiswa) atau dari hasil kerja sampingan. Kata mereka, jika dah bosan nanti, boleh dijual semula. Apa yang aku faham, kepuasan ibarat sebiji gelas, andai dituang berlebihan pasti melimpah juga airnya. Ada juga yang menganggap kepuasan itu ibarat cawan yang tak pernah penuh airnya.
Tapi aku juga sedar, penampilan menampakkan kematangan. Cuma malangnya, kasutku yang mengikut trend telah dicuri oleh orang yang sama beberapa kali (sumber). Serik dah. Haha.
Pendek kata, dalam keruh air, masih ada elemen jernihnya. Ceduklah airnya dan mendakkan keledaknya, atau tapis jika ingin menyaring jernihnya.
Jawapanku untuk soalan 2.
Baiklah, ini cuma pandangan peribadiku semata-mata. Tak salah menuntut bahasa asing, tapi dalam masa yang sama, perkuatkanlah bahasa ibundamu. Agar kalian tidak lupa asal-usulmu kelak, kembali mencurah jasa pada tanah kelahiranmu. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, itu kata-kata siapa?
Soal berkahwin dengan orang Jepun dan menetap di sana perlu berbalik semula kepada diri sendiri. Adakah kita bersedia memegang amanah besar sebagai suami kepada mualaf? Sudahkah kita sudah nilaikan tahap iman kita, adakah sekuat amanah yang bakal kita pikul? Jika tidak, maka terus perhebatkan amalanmu, biarpun sebelum, semasa, ataupun selepas perkahwinan itu.
Perkahwinan campur harus kita letakkan misi dakwah di peringkat pertama kerana peranan dakwah adalah wajib. Usahlah mengutamakan nafsu dan keseronokan dalam hal ini.
Di Jepun, sebaran Islam makin berkembang, tetapi tidak sehebat di China. Orang Jepun Mualaf lebih ramai dari golongan hawa (maaf, aku tiada statistik, ia sedutan fakta dari Ustaz Ariffin, pengarah Japan Muslim Association (JMA) ).
Seorang pendakwah jalanan berbangsa Jepun, pernah menceritakan padaku. Begitu ramai wanita Jepun mualaf kembali menganut ajaran nenek moyang, kerana lemah menghadapi dugaan bergelar muslim di Jepun. Jadi, untuk menyelamatkan hal ini, beliau cuba mengahwinkan mereka dengan pendatang muslim, berbangsa Pakistan terutamanya (sehinggakan beliau menyaran aku membawa pulang seorang, tapi aku tak mahu.)
Err..OK. Dah meleret ni (harusnya menjadi satu buku untuk isu ini). Dipendekkan hujah, aku menyokong penuh perkahwinan campur, di Jepun terutamanya.
Jawapan untuk solan 3:
Aik? Benarkah banyak kisahku berkisar dunia Al-Arqam? Rasanya setakat dua, tiga entri saja. Aku dulu bersekolah tadika di Al-Arqam. Tidak bermakna aku dan keluarga adalah seorang pengikut Al-Arqam, kerana ia satu-satunya pilihan pra-sekolah beraliran Islam yang ada ketika itu.
Alhamdulillah, rakyat di Malaysia masih matang pemikirannya. Menolak ke tepi soal politik dalam hal ini semata-mata untuk masa depan anak mereka. Contohnya seperti sekarang, di tempatku, seorang pemangkah tegar Barisan Nasional menghantar anaknya ke PASTI Al-Irfan, adalah disebabkan ia satu-satunya pusat asuhan yang mendidik anak mereka untuk berjiwa Islam.
p/s: Oh ya. Bagi yang tidak tahu, di Pasir Gudang saja sudah ada lima buah PASTI. Kesemuanya dinamakan dengan PASTI Al-Irfan 1, 2,.. dan 5. Masalahnya, aku terpaksa menepis gosip liar yang mengatakan tadika itu dimiliki olehku. Hikhik. Sekian, edisi poyo.
Diharapkan terjawablah persoalanmu, ya W****.






Amalina berkata,
June 18th, 2009 at 8:31 pm
Assalamualaikum
Dah lama rasa aku tak komen di sini.
Bab kahwin dengan orang jepun ni, aku nak kongsi apa yang pernah jadi kat kosen -technical college- tempat aku belajar sekarang ni.
Dalam 15 tahun lepas, Ada student Malaysia kahwin dengan orang jepun. Tapi lepas beberapa tahun, cerai. Dan si isteri tu balik ke jepun dengan anak perempuan sprang.
Budak perempuan tu Islam tapi macam budak jepun lain. Sekarang dalam usaha nak selamatkan budak tu. Sepupu dia pernah bawa balik ke Malaysia.
Tak tahu la apa cerita sekarang.
Kebarangkalian bercerai dan aqidah saudara baru kena jadi priority pada pendapat aku la….
P/S: whoa Irfan, kau dah ada calon? Kahwin jangan lupakan kami di sini~
Amalina telah menulis tentang musim kawen skang ni~. Mari baca!!
Balas komen ini.
namasayaialahnamasaya berkata,
June 19th, 2009 at 12:14 am
salam,nak komen sal pasti2 lah. saya setuju benar kalau anak2 dihantar ke sekolah pasti, sebagai contoh adik saya sendiri, bila hantar ke sekolah tadika org putih yg dia tahu menyanyi 24 jam….lagu itu lagu ini haih…..tapi sejak dipindakan ke PASTI pasal ikhtilatpun dia dah tahu. Siap cakap “budak2 lelaki x blh campur muslimah!” tu baru 6 thn tu.Byk sangat lah kelebihan hantar anak2 ke sekolah cam ni…ermm….
then sal pengaruh terpengaru ni, erm saya suka peribahasa “Jangan jadi seperti lalang…bla…bla..” hidup perlu ada jati diri, baru ada ‘value’ tersendiri. sekian,terma kasih…arigatooooo
Balas komen ini.
anego berkata,
June 19th, 2009 at 1:56 am
anego pun gila jepun jugak,
tapi tak pernah terfikir pun sampai nak kawin dengan nihonjin.
anego sokong kata2 kamu fan-
“Pendek kata, dalam keruh air, masih ada elemen jernihnya. Ceduklah airnya dan mendakkan keledaknya, atau tapis jika ingin menyaring jernihnya.”
anego telah menulis tentang fujisan. Mari baca!!
Balas komen ini.
nbo_3 berkata,
June 19th, 2009 at 3:53 am
PASTI Al-Irfan? Maaf kerana bukan komen yang mencetus perbincangan. Hanya ingin melepaskan senyuman di sini
Balas komen ini.
Time Fly berkata,
June 20th, 2009 at 2:30 am
saya suka semangat orang Jepun
Semangat kuat dan rajin bekerja…
Semangat yang kurang ada pada bangsa kita 9tak semua)
dan Saya sendiri…
Balas komen ini.
izzy berkata,
June 20th, 2009 at 3:42 am
hari tu ikut usrah, bincang hadis tentang Islam dan Muslim. ye, Jepun adalah contoh golongan muslim bukan Islam. seperti ramai orang Islam tetapi bukan muslim.
topik menarik.
izzy telah menulis tentang the unexpected and the exception.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Syud berkata,
June 21st, 2009 at 12:32 am
Tahniah atas jawapan yang agak menarik untuk difikirkan bersama.
Nice blog & layout!
Jr. MRSM Mersing
Syud telah menulis tentang ~Car-suit-bar-roo?~. Mari baca!!
Balas komen ini.
Ikhwan berkata,
June 21st, 2009 at 12:48 am
Kalau lah agama Islam dapat dapat dikembangkan sepenuhnya kat negeri jepun. Nescaya Islam bertambah kuat dan hebat kat duniani.
Balas komen ini.
syahidah berkata,
June 21st, 2009 at 10:25 am
Sekitar 1989-1991, sukar waktu tu hendak dicari tadika yang menitikberatkan soal Islam dalam pembelajaran dan pengajaran.
Itupun tentu sekali mempengaruhi siapa kita sekarang ini. Waktu kecil sudah dididik dengan asuhan agama lengkap di rumah termasuk didikan guru di pra-sekolah.
Beruntung sekali ibu bapa sekarang, lambakan sekolah agama di Malaysia. Tunggu pilih lokasi dan yuran yang bersesuaian sahaja.
syahidah telah menulis tentang Kepak kepak kebung kebung!. Mari baca!!
Balas komen ini.
kelisa membalas pada July 25th, 2009 3:38 am:
Tertarik dengan apa yang diperkatakan tentang tadika,saya sendiri bekerja diprasekolah dan saya bertugas disekolah majoriti bukan islam,terdapat beberapa orang pelajar islam disana dan lebih menyedihkan budaya atau cara hidup mereka sudah terikut2 dengan perilaku orang kampung yang rata2 bukan islam…sampaikan saya terkejut membaca doa makan pun budak2 islam ni ikut cara budak lain ,rasanya saya bersyukur sangat dihantar bertugas disitu untuk dibukakan mata hati ini dan hampir 4 tahun saya berusaha untuk mengingatkan pada penduduk islam disini tentang pentingnya didikan agama dimasa awal kanak2…mula2 ada juga ibubapa yang melenting,maklumlah dikata kita ni nak tunjuk alim dan pandai2 nak ajar mereka soal dosa pahala,walaupun masih ada yang belum dapat terima teguran,saya masih mampu bersyukur sekurang2nya ada yang sudah mula sedar..
Terdetik dihati kecil,betapa beruntungnya penduduk dikota mendapat pilihan sekolah agama yang banyak berbanding penduduk luar bandar
Balas komen ini.
wan zayu berkata,
June 23rd, 2009 at 6:31 am
Seeloknya jika ingin berkahwin campur, didiklah mereka ketika di alam percintaan tentang Islam. Jangan pula kita melebih-lebih sifat dan sikap kita daripada orang yang bukan islam pula. islam itu mudah saja.Ikut suruhan Allah dan TINGGALKAN larangan Allah.
Wassalam!
wan zayu telah menulis tentang TERIMA KASIH SIFU KUSYI. Mari baca!!
Balas komen ini.
eyeman berkata,
August 4th, 2009 at 7:28 am
setuju. pasal bab kawin campur tuh..
Balas komen ini.