Subjek Robotik di Sekolah
Pasti kalian pelik dan haiwan hairan, kenapa dalam kesibukan pun aku masih sempat menulis. Sebenarnya, aku telah meniru strategi seniorku, Bro Luqman untuk menulis seberapa banyak artikel yang boleh, semata-mata sebagai persiapan bila datangnya kesibukan nanti. Blogger akan cepat kehabisan idea dan selalu dihimpit waktu untuk mengemaskini blog. Jadi, persiapan untuk menyediakan draft yang banyak adalah sangat penting (dengan syarat, idea yang dibawa tidak ditelan zaman atau semakin lapuk).
Jadi, artikel ini telah siap ditaip lebih dua minggu yang lalu bersama banyak lagi artikel lain. (termasuk Episod Pertemuan Semula dengan Ustaz Fakih – hehe.. ramai yang masih bersabar nampaknya.)
Mari semua. Duduk baik-baik. Bersandar dan sediakan sekotak tamar di sebelahmu sebagai jajan, sambil menikmati SangPelangi.
***********
Pengalaman ini berlaku sekitar tahun 2006. Aku dipelawa oleh Ohara Sensei untuk membantu beliau menguruskan aktiviti luar kelas, iaitu Kelas Robotik bersama kanak-kanak di sekitar kawasan kolej.
Pada mulanya, aku agak kekok juga. Ia adalah kali pertama aku berdepan dengan kanak-kanak Jepun setelah hampir beberapa bulan menjejakkan kaki di sini. Oleh kerana aku suka ‘menyusahkan’ diri, aku terpaksa sahut ia sebagai satu cabaran baru dengan harapan ada sesuatu yang boleh aku pelajari darinya. Mujur tidak keseorangan kerana aku bersama dengan beberapa orang rakan sekuliah yang lain turut menjayakan program ini.
Aku ditugaskan untuk memberi penerangan tentang kaedah pengoperasian alat pengesan (sensor). Tidaklah sesukar yang disangka, sebab modul khas yang disediakan oleh Ohara Sensei memang banyak membantu. Selama seminggu, modul itu menjadi makanan ruji, supaya aku tidak tersalah atau terlebih ajar. Hehe.

Kawan baik. Kiriku, Funatsu. Kananku, Hirata. Dua-dua ‘kepala gila’. Haha
Aku ketika sedang berceloteh berkenaan sensor.
Funatsu, bertanggung jawab menerangkan aspek perisian.
Program selama 5 bulan ini, cuma diadakan dua kali seminggu saja (Sabtu dan Ahad). Aku kehairanan juga kenapa hari minggu yang dipilih. Rupanya, program sebegitu akan melibatkan ibu bapa peserta. Jadi, ibu bapa berpeluang untuk turun padang memberi sokongan kepada anak mereka.
Suasana dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa.
Oh. Terlupa untuk memperkenalkan kit yang kami gunakan. Baiklah, kit dan perisian yang diguna pakai adalah hasil buatan syarikat LEGO. Komputer riba dan perkakasan lain pula disediakan oleh pihak kolej kami.
Kit yang digunakan, buatan LEGO (siri lama 2003)
Dari kacamataku, uniknya program sebegini bukanlah pada kecanggihan atau usaha keras yang dicurahkan ke atasnya. Tapi, pada modus operandi mereka yang sememangnya membuatkan aku begitu teruja. Kanak-kanak tidak diajar satu persatu untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ketika belum pun berusia sedekad, mereka sudah dipaksa untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.
Aku cuba untuk menegaskan pada kalian, sebenarnya kanak-kanak itu tidak diajar membuat robot. Tapi secara halus, mereka ditunjukkan CARA BERFIKIR untuk menghasilkan robot. Kami sebagai tenaga pengajar, cuma menerangkan tentang bagaimana mengendalikan perkakas dan beberapa input asas tentang pengoperasian robot. Selebihnya, peserta sendiri yang akan menggerakkan tangan dan kaki mereka tanpa disaran atau disuruh.
Paling menarik, yang tak dapat aku lupakan, adalah ketika siri minggu-minggu terakhir di mana Ohara Sensei telah memberi kejutan kepada mereka. Sebuah pertandingan yang dilakukan secara mengejut untuk menguji siapakah peserta paling bijak sesama mereka. Peserta yang dapat membuatkan robot mereka mengelilingi bulatan terpantas akan ditabalkan sebagai pemenang.
Kami di bahagian tenaga pengajar, sama sekali tidak dibenarkan untuk membantu peserta. Cuma kami mestilah memberikan petua dan tip (hint) secara kasar. Selebihnya, semua itu perlu difikirkan oleh peserta itu sendiri. Di sinilah, detik-detik berharga yang dapatku curi dari mereka. Ketika itu, masing-masing sudah bermain dengan angka untuk melaraskan kekuatan sensor. Kemahiran mengurus kesinambungan gear di dalam robot pun perlu dititik beratkan. Sama ada menggunakan tayar besar dan kurangnya gear, ataupun gear yang banyak dengan tayar bersaiz kecil. Semua itu perlu difikirkan sendiri oleh peserta.
Sebagai juri penjaga masa.
Pemenangnya, Kagiyama-chan, sebanyak 15.09 saat.

Ohara Sensei menyampaikan sijil penyertaan di akhir siri perjumpaan. ;_(
Begitulah jalan peristiwa yang aku dapat titipkan pada kali ini. Walaupun sudah agak lama ia berlalu, diharap aku masih sempat untuk menitipkan kisah ini kepada semua. Kalian pasti dapat menggali ’sesuatu’ sepanjang pembacaan sebentar tadi, kan?
p/s:
Pengalaman yang dapat dikutip telah aku ceritakan kepada beberapa orang guru di maktab lamaku melalui emel. Setelah beberapa kali berutus emel, aku dapat tahu Cikgu Zamzana telah mencadangkan buah fikiran ini ke tuan pengetua (kami memanggilnya Ayahanda). Ayahanda kemudiannya membawa idea ini ke dalam mesyuarat bersama pihak MARA.
Akhirnya, awal Mac 2007, sekembalinya aku ke tanah Mersing, sudah terbangun sebuah badan yang menguruskan kelas robotik ini. Seorang guru khas pun sudah dilantik untuk mengendalikannya. Alhamdulillah, sudah nampak usaha untuk memantapkan pengajian robotik di sekolah. Subjek Robotik masih lagi dalam peringkat percubaan di mana cuma beberapa maktab terpilih saja yang sudah memulakan sesi pengajarannya (aku tak pasti di MRSM mana).
Tapi, bila difikir-fikirkan semula. aku dapat merasakan masih ada elemen yang kurang di dalam bidang ini. Iaitu, slot memanusiakan manusiawi (pinjam istilah Ustaz Hasrizal hehe). Di dalam silibus, tidak diterangkan kenapa manusia mereka robot, dan apakah kesan penciptaannya terhadap pembangunan dan ketamadunan manusia.
Hmm.. apa perlu kita buat dengan anak-anak kita, ya ?






















mollek berkata,
September 24th, 2008 at 11:32 am
CARA BERFIKIR menghasilkan robot.. herm, menarik. sememangnye untuk menghasilkan apa pun kita perlu ada CARA BERFIKIR yang tepat..
Bila ko sebut tentang kenapa manusia mereka robot, dan apakah kesan penciptaannya terhadap pembangunan dan ketamadunan manusia, aku teringat buku TAMADUN ISLAM oleh Yusuf Al-Qardhawi yang di dalamnya, ada saintis barat menyebut yang boleh aku rumus sebagai : Permulaan teknologi adalah satu punca kesilapan besar yang memusnahkan manusia. Ada kebenarannya..Erm.. fikirkan.
mollek telah menulis tentang Segaris Rindu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:45 pm:
“Permulaan teknologi adalah satu punca kesilapan besar yang memusnahkan manusia. ”
Teknologi banyak sudah merosakkan alam kita, kan?
Balas komen ini.
mohd shahizal berkata,
September 24th, 2008 at 3:21 pm
salam
sebelum ni jd silent reader (pembaca senyap?) je. ni sj sibuk2 nk komen. bertuah anda diberi peluang sebegini. bukan mudah untuk meyakinkan orang di sana untuk dorg beri peluang sebegini kepada anda. nanti balik malaysia boleh la ajar pelajar-pelajar Malaysia pulak.
Saya belajar pasal robot ni separuh jalan je. Tu pun dh ada asap sikit-sikit keluar kt telinga. hehe. Tu baru masuk bab PLC.. mukaddimah baru..isk..
mohd shahizal telah menulis tentang Ukhwah sesama muslim. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:58 pm:
Tak tahu lagi jalan masa depan macam mana. Cuma merancang saja.
Baru PLC, sudah berasap? hiihihi.. nasib baik tak berapi.. hehe
Balas komen ini.
JIMI berkata,
September 24th, 2008 at 4:18 pm
Irfan, salam. Terima kasih kerana singgah ke blog saya.
Alangkah seronok jika aplikasi sesi robotik ni dibuat di Malaysia, saya sebagai guru pun agak terkilan dengan kurikulum pendidikan kita yang lebih tertumpu pada peperiksaan semata-mata.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 27th, 2008 1:02 am:
Saya rasa, sudah sampai sistem pointer gred digunapakai di sekolah? Apa kata cikgu?
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
September 24th, 2008 at 8:06 pm
Kalau MRSM sudah memulakan, kita harap sekolah harian biasa juga perlu memulakan.
Balas komen ini.
suara berkata,
September 25th, 2008 at 3:56 am
Salam Ramadhan Irfan…
Robot..? Ermmm… Bila sebut robot, kak su teringat kat movie transformers je. Robot yg berperasaan. Itu rumusan dan kesimpulan mudah kak su. Bukan tengok beria-ia pun movie tu, sekadar temankan anak buah menonton CD kat rumah je.
Teringat cerita lama lakonan Robin William kot. Tajuk tak ingat. Kisah kemanusiaan manusia yg cuba nak memanusiakan robot. Kemudian bila robot tu dah berperasaan, robot tu pulak nak memanusiakan diri. Sehingga nak mati seperti manusia. Heh… fantasi manusia memang keterlaluan rasanya.
Tiba-tiba terlintas di fikiran yg masyarakat skrg ni sedang nak ‘merobotkan diri’ sehingga hilang kemanusiaannya. Maksud kak su… keje sehingga tak ingat tanggungjawab terhadap Tuhan. Moga kak su tak sampai ke tahap itu. Huhu…
Irfan… Selamat beraya ye! Maaf kalau adakala komen kak su tak sesssuuaaaiii… (sesuai tu baca dgn nada sengau tau)..
suara telah menulis tentang Antara Sedih Dan Syukur.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 27th, 2008 1:29 am:
Manusia memang tak pernah sentiasa senang.
Bak kata A’a Gym, “Apa sebenarnya yang kau cari? Kerja untuk apa? Harta untuk apa? Pasangan untuk apa? Jawapannya pasti sama, kita semua mahukan BAHAGIA.”
Balas komen ini.
KNizam berkata,
September 25th, 2008 at 10:56 am
selamat hari raya aidilfitri 1429H
maaf zahir batin….hohoho baliikkk kammppunggg. hehe
Balas komen ini.
Far East berkata,
September 25th, 2008 at 11:12 am
Fan..kalau ko ingat transformer, aku ingat kat Wall E..hehe..
Kalau ko tak tgk lagi citer tu, tgk laa..ade gak kesan penggunaan robot kepada manusia..manusia akan jadi pemalas nauzubillah..smpai nak berjalan pon dah tak larat..hahaha..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 27th, 2008 1:49 am:
Heh. Robot tu bukan penyelesai masalah, tapi penambah masalah lagi ada. Hihi
Aku tak boleh bayang dunia kita macam tu nanti. Tak mustahil.
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
September 25th, 2008 at 11:28 am
Syabas saya ucapkan atas semangat dare to take the challenge anda!
Pengalaman menerangkan kepada pelajar Jepun tentang isu-isu teknikal di dalam BAHASA JEPUN memang bukan satu perkara yang mudah. Tetapi sudah pasti ianya juga salah satu kenangan manis yang akan dibawa pulang.
Tahniah juga atas usaha anda untuk membawa ilmu-ilmu berguna dari Jepun untuk diaplikasikan di Malaysia. Memang banyak yang boleh dipelajari dan diperbaiki.
y4ku24 telah menulis tentang Komik: Siddiq Cerdas. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 27th, 2008 1:51 am:
Terima kasih bro. Aku rasa kamu pun ada banyak yang nak dibawa pulang tu, kan? Apa-apa pun, memang cara pemikiran yang patut kita aplikasi nanti.
Balas komen ini.
SooYa berkata,
September 25th, 2008 at 12:23 pm
Salam…
Sblom ni,sy sama gak dgn mohd shahizal…silent reader..since jan/feb 2008 kot. Terserempak dengan blog ni pun sbb cari maklumat pasal robot…tp bila bca entry2 kt sini..terus jatuh hati ngn gaya penulisan n contentnya…so..jd la pengunjung setia…menanti nk bca entry terkini…(yg lain sume dah abis bca..)Tahniah buat tuan empunya blog.
Tergerak hati nk tinggal komen kt sini sbb topiknya robot. actually bukn komen …tp sj nk berkongsi…tentang robotik d M’sia.Skrg ni dah byk skolah2 d M’sia yg terlibat ngn robotik..baik sek menengah mahupun rendah. Tp belum lg smpai peringkat menjadi subjek..(sdg diusahakan, mungkin dlm proses?- prnah terdengar brita..sbuah sek di perak kalau tk silap, telah mula menjadikan robotik sebagai subjek di sek) kbnyakkan program robotik d sek dijlnkan sbg xtvt kokurikulum. Kementerian juga telah memperuntukkan kit robotik (LEGO Education-NXT) kepada skolah2 secara berperingkat. maka bnyk lah skolah2 yg telah menubuhkan kelab robotik dan mengambil bhgn dalam ptndngn robotik. Kalau dahulu, ada sekolah yg membeli sendiri kit..dr sykt pengedar- SASBADI untuk mengmbil bhgn dlm ptndingn yg dianjurkan(skrg kementerian bekerjasama dgn SASBADI). kalau tak silap, M’sia tlh mengmbil bhgn dlm World Robot Olympiad(WRO) since 2005.
Baru2 ni, 16Sept2008 tlh diadakan pertandingan akhir peringkat kebangsaan National Robotics Competition(NRC) di Johor. Peserta2 terdiri drp pemenang d p’kat negeri, yg mewakili negeri masing2. So, ada 13 pasukan utk setiap kategori (5 kategori sume nya – skolah menengah dan sek rendah). Ada dua jenis kit yg dgunakan dlm ptndingn ini, salahsatunya mcm sama ngn yg ifan tunjuk dlm gmbr tu kot…RCX kan?
Pemenang2 d p’kat kebangsaan ni akan mewakili M’sia dalam WRO yg akan diadakan di Yokohama, Jepun(PACIFICO CONVENTION PLAZA YOKOHAMA -dekat tk ngn tmpt ifan?)1st Nov 2008 ni kot..(jenguk2 la team M’sia d sana jika berkesempatan)
(memanusiakan manusiawi dlm pendidikan robotik ) – ssuatu yg sy sendiri trlupa…mungkin tidak terfikir…akan cuba dipraktikkan pd masa akn dtg.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 27th, 2008 1:56 am:
Wah SooYa. Pembaca senyap. Sekali kau komen, perkh dah macam entri blog.
Aku suka !!
Nampaknya hal ini telah anda cerahkan kepada kami di sini yang menjadi tanda tanya. Pasti SooYa bukan calang-calang orangnya ni. Hehe.. (bolehlah saya hubungi kamu untuk hal-hal robot ini, ya? hehe..)
Saya Yokohama tak jauh, 30 minit dengan tren peluru. 1 November?? Mudah-mudahan saya berpeluang ke sana nanti. Hehe..
Balas komen ini.
kikiey berkata,
September 26th, 2008 at 3:19 am
hye there:]
slmat hari raya
Balas komen ini.
X-FaR berkata,
September 27th, 2008 at 10:24 am
Selamat Hari Raya !!!!!!
Selamato Hari Rayai!!!!>>
Kerajaan Malaysia sepatutnya lebih maju kehadapan. Menteri Pendidikan sentiasa menumpukan pada akedemik, padahal ianya hanya simbolik dan ikon sahaja.
Irfan, blh hantar robot x kat sini…. Gundam pun jadilah>>>
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 28th, 2008 11:52 am:
Oh. isu sensitif juga ni. Hihihi..
Gundam? Aku tak reti pilih robot yang tiada litarnya. Maaf ya
Balas komen ini.
X-FaR membalas pada September 28th, 2008 1:34 pm:
Heheh…. isu panas nie~~~
blh msk ISA nie !!! takutnya
Main robot lego jer ke???? Kat luar tu mesti budak2 mrk tlh terdedah dgn teknologi macam robot lego>>>>
X rasa tercabar ker main lego lagi besar-besar nih!!!:mrgreen:
Kalau robot tu ada litar blh kasi x???
Selamat Hari Raya!!!!!
X-FaR telah menulis tentang A Called From Mufti. Mari baca!!
Balas komen ini.
Adz Ariff berkata,
September 27th, 2008 at 5:21 pm
Salam. Wah menarik pengalaman yang diperoleh di sana tu. Teringat mak sy dulu, kerja dgn syarikat jepun, deal dengan robots jugak. Tapi skrg dia dah surirumahlah. Heh.
Saya baru terjumpa blog ini. Nak add dlm blogroll, supaya sy boleh baca entry-entry yg lalu.
Selamat hari raya in advance…
Adz Ariff telah menulis tentang Madinah: Masjid Al Nabawi. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 28th, 2008 12:16 pm:
Wah. Dari engineer bertukar ke Suri Rumah? Bagus tuh.. sokong2!! (mesti lepas ni ramai engineer perempuan tak puas hati kat SangPelangi. Haha..)
Selalu-selalu la jenguk ke sini ya. Boleh saya jejak semula di blog kamu nanti.
Balas komen ini.
nooreena berkata,
September 28th, 2008 at 4:03 am
Kunjungan ini membawa khabar gembira. Saya tak pasti kamu beraya di mana. Jika di Jepun, jangan sedih-sedih. Saya akan hantarkan duit raya, kuih raya, ketupat, rendang dll. (dalam format .jpg)
He. Jangan marah. Minta maaf ya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
nooreena telah menulis tentang Menyentuh Hati. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 28th, 2008 12:17 pm:
Oh. Terima kasih duit raya dan segala macam di dalam JPG itu ya. Buat susah-susah saja (walau rasa tak memerlukan. Kehkeh)
Balas komen ini.
irshadian berkata,
September 28th, 2008 at 8:24 am
ingatkan dia ni layan blues bila suka pelangi, tapi pembuat robot
ingatkan suka robot, tapi tgk pelangi, ada korelasi ke kat situ. yang pasti aku suka sangpelangi.com yang mempunyai gaya sendiri, slumber tapi berisi..ini first komenku setelah lama membaca entri irfan.
irshadian telah menulis tentang selamat berjuang. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
September 28th, 2008 at 8:34 am
irfan, kau seperti cacing kepanasan. macam2 nak buat, maksudnya antara tuntutan belajar, menulis dan dakwah masih seiringan. share la dengan org lain macam mana nak ajak org muda spy kerja keras dan tak pk benda yang tak pekdah, khasnya among mahasiswa kat mesia
irshadian telah menulis tentang selamat berjuang. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 28th, 2008 12:30 pm:
haha.. gelak golek-golek bila kau kata aku cacing kepanasan.
Apa nak buat, dah semua benda tu aku minat. Kalau tak minat, aku tak cerita lah kat sini, betul tak?
Nak ajak orang muda kerja keras, kena tengok orang tua kerja keras dulu. Nak pukul kuda, kena tengok cemetinya dulu.
Balas komen ini.
kumb@ng berkata,
September 28th, 2008 at 10:09 am
robotik ni aku kurang masyuk sket…tapi kalo bab elektronik communication, komputer network…haa yg itu ok…
memang dari segi mereka cipta malaysia jauh ketinggalan dengan jepun. negara kita ni lebih kepada pengguna contohnya peralatan telekomunikasi semuanya diimport dari eropah,cina dan jepun…entah bila negara kita nak cipta benda2 ni semua…10-20 tahun lagi belum tentu kalau dasar pendidikan negara tak berubah….
apa-apa pun..selamat hari raya…raya ni tak balik pasir gudang ke?
kumb@ng telah menulis tentang Salam Aidil Fitri. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 28th, 2008 12:37 pm:
Sebut pasal aspek penciptaan, aku teringat negara China sudah melancarkan satelit kedua, dan sudah melakukan selenggara manual di luar kapsul angkasa. Yang aku teruja, semua bahan pembuatan seperti material. dihasilkan di negara sendiri.
Hasilnya, banyak industri berkembang maju di China. Kalian patut baca,
Klik di sini
p/s: Tahun ni Pasir Gudang sepi tanpa kehadiran dua jejaka. Satu di Jepun, satu di Korea. Kasihan mamaku di sana. Kau pergilah beraya rumah aku, tambahkan suasana. Hihihi..
Balas komen ini.
en_me berkata,
September 28th, 2008 at 8:16 pm
assalamualaikum tuan rumah,
mengisi pulut ke dlm buluh, buat lemang juga ketupat, menyusun jari nan sepuluh, maafkan me wahai sahabat..
selamat hariraya maaf zahir batin dari en_me
Balas komen ini.
iliana berkata,
September 29th, 2008 at 2:32 am
chewahh…ble my sis n bro da pulang, rileks la den…huhu mari membaca….
robotik??? bertuah sungguh anak2 jepun…kecik2 dah d dedahkan dgn ilmu2 mcm ni…malaysia??? xperlu la d tanya, pasti semua dah tahu jwpn nya….xde pengalaman dlm bidang robotik….cuma mse sek2 dlu slalu join pasukan sek sediakan bahan tok pertandingan puisi sains….pehhh yg tu je pn da agk susah, lg kn ni….(sbb tu tuka bidang dr sains tulen ke bisnes hehe)….
teknologi yg terlalu canggih pn membahayakan….keghairahan manusia dgn teknologi kdg2 x menilai aspek ekosistem dunia…cth nya, ttg projek bangunan berpusing d dubai yg ingin djalankan….apa yg d kejar hanyalah nama sehinggakan tidak mengambil berat dgn impak yg besar terhadap tanah sekiranya bangunan tersebut berpusing….
samalah spt penciptaan robot ni….kemumculan robot utk memudahkan…tp apa yg d sebaliknya adlh manusia semakin malas….sbb tu org skrg ni ramai yg sakit….dulu2 xda la seteruk ni penyakitnya, pelik2 pula tu….semuanya di sbbkn kemajuan dan x slh sekiranya sy ltkkan bahan kimia antara punca utama….
jd, sesuatu penciptaan tu haruslah dipertimbang dgn seberat2 nya dahulu…jgn alam dah tercemar, ekosistem dah songsang baru sibuk nk berkempen….mcm eco-friendly….mampu ke kte ubahnya? sedangkan manusia dah terbiasa dgn penggunaan bahan2 yg mencemarkan tu?
harap2….kajian dan penciptaan robot akan jd penawar, bukannya barah kpd manusia…fiuhhhh abs sume aku pusing…xpe, bwk tuan rmh berjalan2 jap hehe…da abs interview kn….
selamat ari raya….
iliana telah menulis tentang . Mari baca!!
Balas komen ini.
ashaf berkata,
October 6th, 2008 at 2:40 am
takda komen papa pasal article ni.nak komen pun tak celik technology.heee..emm 1st time tgk muka tuan empunya blog betul2.
“kerna Allah untuk manusia” phrase yg aku terbaca.. ada sesapa nak komen pa2.. bukan pa, aku terfikir kenapa tak ditulis “kerana Allah untuk Allah”…
Balas komen ini.
fajar berkata,
October 10th, 2008 at 8:37 am
Irfan,
Saya pernah jadi pengadil utk Robotic Competition. byk sekolah rendah/menengah yang dah terdedah dgn program robotik ni. kbykan mereka cukup luar biasa dgn berfikir utk selesaikan satu masalah. Insya Allah, in future, pasti lbh baik.
Oh ya, bidang kita lebih kurang sama je kan?
Balas komen ini.
mohamad ridzuan berkata,
May 28th, 2009 at 6:06 am
Jazakallah.Semoga berajaya di sana.Dah keluarkan buku baru nanti, kongsi-kongsikan beritanya.InsyaAllah,moga aku juga jadi pembelinya yang pertama.
InsyaAllah.Selamat berjuang disana.Doakan kami disini.
mohamad ridzuan telah menulis tentang Laskar Pelangi-lembut mendidik. Mari baca!!
Balas komen ini.
Khairul berkata,
October 12th, 2009 at 1:14 am
saya ada menjual robotic kit untuk pelajar sekolah dan juga mengadakan
workshop untuk programming C melalui mikrokontroller. kalau berminat boleh kontek..saya juga ada menjual humanoid robot kit untuk beginner level.
boleh layari laman web saya:
http://www.bizbot-technology.myportal.my
baru2 ni kami ada masuk robogamez UNITEN.sampai semi final sahaja..juara Universiti Malaya..ada jugak student skolah menengah yang masuk dalam open kategory.robot mereka buat pun boleh tahan.handmade.made to battle..majulah sukan robotik untuk negara.
wassalam;
Khairul
Balas komen ini.