Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah (skop-pengiklanan) #2
Semalam seorang sahabat saya, Encik Aku (pelabur maya BSKL), mengutarakan sebuah pandangan yang agak serupa, iaitu melahirkan agen pengiklanan internet yang lebih bercirikan Islam.
#Disalin daripada kata-kata Encik Aku. Diubahsuai untuk memenuhi ciri-ciri tatabasa semaksima mungkin.
Terlebih dulu, mari kita fahami apa itu PPC.
| Pay per click (PPC) is an advertising model used on search engines, advertising networks, and content websites/blogs, where advertisers only pay when a user actually clicks on an ad to visit the advertiser’s website. Advertisers bid on keywords they predict their target market will use as search terms when they are looking for a product or service. When a user types a keyword query matching the advertiser’s keyword list, or views a page with relevant content, the advertiser’s ad may be shown.Sumber: Pay per click – Wikipedia, the free encyclopedia |
Sekiranya anda orang baru, PPC ni konsepnya seperti di bawah:
Pengiklan – Orang Tengah – Penerbit
Pengiklan membayar Orang Tengah untuk memaparkan iklan mereka di laman web Penerbit laman web.
Dalam industri PPC, Orang Tengahlah yang berkuasa. Mereka berkuasa menentukan caj terhadap Pengiklan. Mereka juga berkuasa mewujudkan perkongsian upah dari Pengiklan kepada Penerbit-penerbit.
Baiklah, siapa Orang Tengah yang adik-adik kenali?
Baik, yang angkat tangan tu, jawab..
1. Google (Google Adsense)
2. Yahoo!
3. Advertlets
4. Nuffnang
OK. Bagi pasaran global, Google dan Yahoo mendominasi industri ini. Bagi pasaran Malaysia, Adverlets dan Nuffnang memiliki perkongsian pasaran tempatan. Kedua-dua pelopor pasaran tempatan ini masih baru. Maka reliabiliti mereka masih boleh diragukan. Dalam kes terbaru, Adverlets menghadapi masalah memperbaharui domain (alamat dot com). Ini sesuatu yang sangat memalukan. Sepatutnya domain didaftarkan paling kurang 5 tahun bagi menjamin masalah begini tidak berlaku.
OK. Sekiranya ditanya tentang Adverlets, aku tidak akan mengkelaskan sebagai Scam, tetapi sebagai Unreliable. Maybe Shuth (webmaster WC) boleh mengemaskini artikel beliau tentang scam dengan menambah liputan berkenaan reliability.
Ini kerana sesuatu itu dikatakan scam sekiranya ia dicipta untuk menipu (bukan hanya kerana tidak membayar), manakala tidak reliable pula adalah suatu program yang tidak dicipta untuk menipu, tetapi kemampuan membayar oleh pemilik program masih boleh diragui kerana ia masih baru.
OK. Itu baru intro untuk topic ini: PPC Islamik.
Kenapa dinamakan PPC Islamik, ini kerana artikel ini akan membincangkan PPC yang Islamik. Ya, betul jawapannya jika anda bertanya di dalam hati, Google Adsense belum cukup Islamik kah?
Sebabnya, masih terdapat keraguan tentang keikhlasan Google meng’ban’ (menyenarai hitamkan) mana-mana akaun. Yakinkah kita Google akan memulangkan wang kepada Pengiklan? Betulkah semua yang diban benar-benar melakukan kesalahan?
Dalam kes kemelut Advertlets yang mendakwa Penerbit melakukan click fraud, betulkah perkara ini terjadi? Atau adakah ini taktik ‘hold duit untuk “makan” interest‘? Atau masalah kewangan dalaman, maka sesuatu perlu dilakukan untuk menyekat pengaliran wang keluar?
Maka di sinilah amalan PPC yang Islamik perlu diketengahkan. Tidaklah perlu program PPC itu dinamakan dengan Google Adsense Islamic atau sebagainya. Cukuplah di dalam amalan prosedur penyekatan akaun, pembahagian keuntungan dan seumpamanya dilakukan secara Islamik.
Bagaimana tu? Sama-samalah kita fikirkan.
P/S : Google sudah berani melabuhkan “pelantar”nya di Malaysia. Baca di sini. Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pemikir tegar (“think tanker“) dalam industri ini.
P/P/S : Blog SangPelangi dari semasa ke semasa akan terus membawa info-info terkini buat anda berkenaan topik ini. Siri 1 boleh di baca di sini.
Azhar Ahmad berkata,
January 29th, 2008 at 11:06 am
Oh ok… saya tunggu yang selanjutnya… Menarik ni….
Balas komen ini.
Azree MH berkata,
February 4th, 2008 at 4:03 am
Selain menggunakan advertising orang tengah, rasanya laman web bersifat dakwah ini boleh juga menyediakan ruang iklan di blognya seperti yang dilakukan oleh sdr SZAB di weblognya. Cuma mungkin cara ini agak susah untuk mencari pengiklan sendiri.
Atau pemilik web dakwah juga boleh mengiklankan dirinya sendiri untuk memberi ceramah atau motivasi. Ada seorang kawan saya yang hanya menggunakan freewebs(Blognya jarang sungguh diupdate) dijemput untuk memberi ceramah hanya dengan meletakkan no contact beliau di blognya. Rate dua jam ceramah dalam RM200 untuk pelajar.
Balas komen ini.
pakdi berkata,
February 4th, 2008 at 8:41 am
ya. saya memerlukan tukang iklan yang islamik. segan juga terpapar gambar wanita seksi dalam blog…….
Balas komen ini.
Tawel berkata,
February 16th, 2008 at 11:12 pm
Google pun pernah kena tuduh melakukan click fraud:
http://www.webpronews.com/insiderreports/2005/06/30/google-sued-for-click-fraud
Saya rasa, PPC is broken already. Someone need to come up with the new business model.
Balas komen ini.