Siri Dialog Kritikal #2.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
“Walla.. Huwalam”
Dia cuba mengulang sebut sambil mengangkat kening kirinya,
“Hu.. ‘Alam.. Kau tekan sikit di perkataan ‘alam’ itu”,
aku membetulkan sebutannya.
“Wallahu, ‘alam.. Yess.. dah boleh. Only God Knows. Huhu”
bukan main seronok dia hari itu.
Berani aku katakan, sepanjang jelajah basikal kami, Wong Fei Hung sudah melafaz zikir itu hampir ribuan kali. Sejak kami bertolak, singgah di bank, main boling, sehingga membeli-belah pun, tak pernah terputus ucapan zikir itu.
Aku yang cukup pelik dengan telatah dia hari itu, cuba mengorek apa punca dia begitu berminat untuk belajar menyebut kalimah itu.
“Lu mahu tau ah? Aku layan itu youtube semalam, dengar itu Pak Lah ada sebut ini satu word masa dia komen Tun keluar UMNO. Subtitle dia tulis bawah Only God Knows. Aku suka itu ayat. Terima kasih ajar aku ha, Ifan.”
“Haha. Wong Fei Hung, ni aku ada satu lagi ayat yang ‘berat’ punya. Aku jamin kau susah nak sebut ini.”
aku cuba menjerat sentak hatinya.
“Wah!! Berat? Kenapa berat?”
“Kau bayangkan sebuah gunung. Contoh gunung Fuji. Ayat ‘berat’ itu, kalau jatuh di atas gunung Fuji, bisa terbarai cerucuknya, bersepai lereng-lerengnya. Kalau kau campakkan ayat itu ke awan gemawan, habis meruntuh tiang-tiangnya jatuh meluruh menimpa bumi,”
aku menambah resah di benak dia.
“Wallawehh… Bila kau mau ajar aku itu ayat?”
menggelegak semangat Wong Fei Hung, sehangat darah jantan yang mengalir di badannya.
“Oh, rahsia. Kau berlatih ayat yang Pak Lah ajar kau tu dulu. Kalau kau dah lancar, nanti senang aku nak ajar kau yang ‘berat’ itu. Barulah boleh ‘upgrade‘ sikit. Hehe..”
Maka, sejak saat itulah, “Wallahu’alam” tak pernah kering di bibir Wong Fei Hung. Membuat aku turut merasa malu, sesungguhnya aku sudah kalah dengan semangat dia. Terima kasih buatmu yang mengingatkan aku tentang Dia, dalam setiap masa gerak kerja sehari-hari.
P/S: Terharu. Kali ini, kita sedang berlumba, siapakah nanti yang lebih mulia di sisi Dia. Walau kecil tadahan telapak ini, harapan sebentang laut yang tiada tepi, semoga hati Wong Fei Hung di tangan Dia. Amin.
Yang belum ikuti Siri Dialog Kritikal #1, boleh baca di sini. Klik Sini.
Jika punya masa, bolehlah menjenguk entri saya yang lainnya :
25 Responses to “Siri Dialog Kritikal #2.”
-
rudy bluehikari
Says:
May 22nd, 2008 at 10:25 amKalau tidak silap ini AlHasyir ayat 21-24?
-
Suraya
Says:
May 22nd, 2008 at 1:23 pmSemoga Dia memelihara hati Wong Fei Hung.
Kerana hidayah berada di tangan-Nya.Sudah masuk tahun ketiga saya di universiti, dan sebagai pelajar undang-undang kami semua tidak kira muslim dan non-muslim perlu mengambil subjek Islamic legal history, Islamic Law I & II , dan seringkali benda yang sama kami semua pelajari, tentang keagungan Al-Qur’an, tentang syariah yang bersifat universal , keadilan dalam Islam, hikmah hukuman-hukuman dalam Islam, keindahan Islam dalam menjaga kebajikan, sebagai agama yang syumul, dan sebagai satu cara hidup.
Namun sikap prejudis yang mereka ada masih tidak terkikis.Masih menganggap Islam agama yang rigid dan terlalu ‘text-based’.
Kata-kata mereka semasa minggu peperiksaan seperti
“ I want to burn the Islamic law notes @ I want to flushed the Islamic notes down to the toilet after this exam”
Kecewanya saya Tuhan saja yang tahu.

Tidak tersentuh kah mereka dengan kebenaran dengan apa yang diajarkan semenjak 3 tahun itu.?Lalu, saya baca entri akhi, dan saya terfikir, mungkin apa yang mereka pelajari itu bukan dengan objektif mencari kebenaran tapi hanya ingin skor di kertas semata-mata.
Semoga Wong Fei Hung akan bersama kita nanti.eratkan genggaman dengan dia ya.
Mungkin Hidayah di tangan Tuhan, tapi kita yang perlu membimbing mereka mencapai hidayah itu, seperti yang diceritakan dalam siri dialog ni dengan cara yang lebih berhikmah .Semoga lebih banyak orang seperti akhi.
Dan saya juga perlu bimbingan untuk membimbing orang lain.
p/s : ni komen ke buat entry blog ni?
Maaf panjang pulak. heheAl-Irfan
membalas pada May 23rd, 2008 12:51 am:Fuh.. berpeluh nak habiskan komenmu Suraya. haha..
“ I want to burn the Islamic law notes @ I want to flushed the Islamic notes down to the toilet after this exam”
Ada cara bagaimana kita nak atasi situasi begini? Adakah melalui hikmah pensyarah itu? atau dari rakan sekuliah mereka?
Suraya
membalas pada May 26th, 2008 12:23 am:erm. mungkin dari pensyarah tu sendiri kot.
masa dia mengajar tu, saya rasa nak pergi ke depan dan mengajar sekali rasanya. terlalu subject based. tanpa objektif menyampaikan.hehe.takpela, tunggu je saya jadi lecturer nanti.mungkin.

-
rudy bluehikari
Says:
May 22nd, 2008 at 7:31 pmfan dah baca terjemahan ayat Al-Hasyir 21-24?
Al-Irfan
membalas pada May 22nd, 2008 10:44 pm:Sudah bro. Terima kasih ingatannya.
Bismillah.
21. Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
22. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
23. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
-
kak ana
Says:
May 22nd, 2008 at 7:40 pmakak rasa Mengucap 2 Kalimah Syahadah kot..
-
suhaila
Says:
May 22nd, 2008 at 9:27 pmPerkataan Allah?
suhaila telah menulis tentang Luahan Hati Seorang Budak. Mari baca!!
-
Al-Irfan
Says:
May 23rd, 2008 at 12:49 amHampir tepat. Hehe..

-
erah
Says:
May 23rd, 2008 at 1:28 aminsyaAllah kot??
Al-Irfan
membalas pada May 23rd, 2008 6:52 pm:Ohh.. perkataan tu saya dah ajar dia beberapa hari sebelum tu. Kurang tepat ya. Cuba lagi. Hehe..
-
titan
Says:
May 23rd, 2008 at 3:10 pmdulu masa aku kat sabah lagi la memacam. Sakit jiwa gak dibuatnya. Yang aku bengang..
Ehm. biarlah. Benda dah lepas. Aku harap mereka lebih baik dr dulu..
titan telah menulis tentang New Paid Per Lead : The Internet Marketing Cure. Mari baca!!
Al-Irfan
membalas pada May 23rd, 2008 6:48 pm:Macam mana tu Titan? Kau duduk di Sabah? Cerita la sikit boleh kita kongsi sama-sama.

-
alan
Says:
May 24th, 2008 at 12:26 am“Kau bayangkan sebuah gunung. Contoh gunung Fuji. Ayat ‘berat’ itu, kalau jatuh di atas gunung Fuji, bisa terbarai cerucuknya, bersepai lereng-lerengnya. Kalau kau campakkan ayat itu ke awan gemawan, habis meruntuh tiang-tiangnya jatuh meluruh menimpa bumi,”
Aku tak caya ko cakap camtu kat wong.Siot je menipu..insaf2.. Haha..
Al-Irfan
membalas pada May 24th, 2008 12:53 am:Hahaha..
tak caye sudey.. 
Weh, real la. Tak caya ko kol Wong Fei Hung tuh. Ko ade nombor die kn? Memang aku cite macam tuh la.. kekeke
P/S: siot ko lan reply auto messenger aku ah. hahaha..
sabow je la. -
kenkyu-kun
Says:
May 24th, 2008 at 2:32 amAdakah ko maksudkan Wong _ _ _ _ _ ? .. Wong pn layan Youtube ke ? dia aku rasa tk pnh bazirkan masa dgn perkara tk berpaedah selain menjawab soklan yg ssh2 dr buku teks … tk bleh blah betul Wong … haha .. tokorode , asl Wong Fei Hong plk ?

Al-Irfan
membalas pada May 24th, 2008 2:44 am:Eh, dia layan youtube setiap minggu woo.. macam-macam drama die tengok. Hihi..
(Maaf kenkyu-kun, aku terpaksa sorokkan identiti die. Nak elakkan sesuatu. tapi memang betul sangkaan kau.) -
ainohikari
Says:
May 24th, 2008 at 7:27 amSesungguhnya tidak akan berlaku kiamat sekiranya masih ada manusia di dunia ini yang mengucapkan kalimah `berat` ini. Dalam hadith yang lain mengatakan kalimah Allah Allah.
Ada satu kali selepas Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah diajarkan sesuatu yang membolehkannya mengingati dan menyeru Allah, lalu Allah mengajarkannya kalimah `berat` ini. FirmanNya, jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan disebelah neraca dan kalimah `berat` di sebelah yang lain maka neraca di sebelah kalimah `berat` itu lebih berat. masya Allah
p/s: adakah betul jawapanku ini sheikh irfan.

Al-Irfan
membalas pada May 24th, 2008 10:01 am:MasyaAllah..
Sheikh ainohikari (bermaksud ‘Cahaya Cinta’)..
Sangat tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya itulah kenyataan yang aku maksudkan. Sangat benarlah jawapanmu itu. Iaitu kalimah tauhid “Lailaha illallah” yang terkandung dalam syahadah kita.Sabda Baginda, “Sesiapa yang mengucap: Bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya nescaya Allah haramkan api neraka daripada menyentuhnya”. riwayat Muslim. (betulkan saya kalau tersilap)
-
dasarhati
Says:
May 24th, 2008 at 9:51 pmMacam baca balik adegan dalam buku FT - Tuhan Manusia. Semoga dipermudahkan usaha dan Allah turunkan hidayah kepada WFH

-
Izzat
Says:
May 25th, 2008 at 4:56 amEm…semoga WFH trus terbuka hati..amin..mmg susah nk jumpu org mcm WFH ni..ko sgt bruntung dpt jmpe org mcm WFH..
Seperti kate Alan,aku pun x caye ko ckp gunung berderaila…awan runtuhla…susah nk pecaye..
-
qurrah
Says:
June 5th, 2008 at 8:59 amsalam.
suka sangat baca post ini.
ana rasa bahagia walaupun bukan ana di posisi akh irfan sekarang.
moga Allah hadiahi sahabat akh dengan hidayah…
amiin~
*maaf, mungkin dah lama sgt tak ke sini. teruja!

dialog ini memang berat~“Fasobrun jameel”..
qurrah telah menulis tentang Monolog. Mari baca!!
-
hamba ALLAH
Says:
August 2nd, 2008 at 12:55 amooo… wong ni la yg menang fight kikai numazu??
-
itu_aku
Says:
September 4th, 2008 at 7:41 pmsalam.menarik ye kisah kamu dgn encik wong fei hung =)
sye pon ade sorang kwn yg nmpk mcm ade ‘harapan’…moga2 Allah bukakan hatinya,amin..
itu_aku telah menulis tentang Antara Mahu dan Harus. Mari baca!!





















Al-Irfan
membalas pada May 22nd, 2008 5:33 pm:
Oh, tidak. Lebih ringkas dari yang itu supaya memudahkan Wong Fei Hung menyebutnya. Hari-hari kita menyebutnya. Cuba teka? (dah macam teka-teki la pula
)
Terima kasih perkongsian untuk Al-Hasyr ayat 21-24. Berkesan ayat ini untuk memujuk hati ketika sering murung.