Seorang ibu menulis demi anaknya.

Beliau ini, saya kira sangat unik perwatakan dan latar belakangnya. Setelah berkepompong dunia kejuruteraan selama 17 tahun, siapa sangka seorang yang juga bergelar ibu, bertindak menulis secara kreatif semata-mata sebagai alternatif bacaan anak-anaknya. Segalanya bermula apabila beliau mengekor anaknya di kedai buku, mendapati genre pilihan anak-anaknya adalah tema cinta yang tiada baiknya buat seorang yang bergelar muslim muslimah. Prinsip beliau cukup mudah.
Kalau bukan kita, siapa lagi?
Salam perkenalan buat Kak Norhayati Sapii, yang berjaya melahirkan ‘anak sulung’nya, Andai Aku Affrina. Berita lanjut di sini.
p/s: Mengenali beliau ketika Bengkel Penerapan Nilai Islami dalam Novel kendalian Ustaz Zakaria Sungib (mesra dipanggil Pak Ya).
















ainiaziz berkata,
May 31st, 2009 at 12:56 am
salam~
hurm..cemburunya pada semua org yang berkesempatan untuk pergi ke semua program2 yang menarik dan berilmu dan dapat kenal ramai manusia2 hebat..
anyway, terima kasih kerana berkongsi pengalaman dgn org2 yang tak “berpeluang” seperti saya..dan sangat menghargai tulisan2 semua ini~
~Tawau 1.56pm~
ainiaziz telah menulis tentang Tawau~sempoerna~mabul~table of 3900ft ht~. Mari baca!!
Balas komen ini.