SangPelangi akan dibukukan.
Kalau ingin kutitipkan sekeping maaf atas kebosanan yang membadai SangPelangi seperti sekarang, pastinya maaf itu tak tersambut lagi. Masakan tidak. Permohonan maaf atas kelewatan mengemaskini blog, atau kekeringan cerita oleh pemblog, adalah tidak bernilai lagi zaman sekarang.
Buktinya, dengan menggunakan tool khas, aku mengesan jumlah pautan semula (baca: backlinks) ke laman SangPelangi kini semakin berkurang, digugurkan dari paparan blog lain, dek tiadanya relevan lagi berbuat demikian. Tidak hairanlah ada yang merajuk kerana SangPelangi semakin culas mengemaskini lamannya. Jadi, apalagi yang boleh aku ungkapkan? Pendek kata, tiada maaf bagiku, bukan? Hehe.
Apa pun, aku harus berterima kasih juga kepada Faiz Sulaiman kerana masih sudi memberi teduh SangPelangi di server miliknya, walaupun aku sedikit terlewat melunaskan hutang penyewaan ini. Hmm.. bagaimana caranya untuk aku menampung kos SangPelangi agaknya, ya? Baiklah, inilah jawapannya. SangPelangi akan dibukukan dan dijual. Lalu, dapatlah ia menanggung kos SangPelangi untuk terus beroperasi. (erk.. sebenarnya kos server bulanan SangPelangi cuma RM15 saja)
Alhamdulillah, Tuhan menemukan aku dengan seorang hambaNya yang aku kira, lembut bicara lagi profesional orangnya. Atas cadangan Ustaz Hasrizal, aku diperkenalkan dengan Ustaz Zakaria Sungib, pemikul amanah Editor Kanan di Jabatan Buku, Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Bertemu dengan beliau yang sudah jauh berpengalaman dalam industri ini, memang takkan aku sia-siakan. Bermacam ilmu sempat kukutip darinya. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas semua ini.
Mulanya, aku kurang berkeyakinan, kerana aku merasakan sangatlah hijaunya teknik penulisanku andai dibandingkan dengan penulis sedia ada. Tambah-tambah, bukannya tidak pernah, tetapi SELALU, aku menerima keluhan pelawat baru (melalui emel) akan ‘berat’nya pengolahan bahasaku. Tapi, aku berterima kasih jua kepada Ustaz Zakaria kerana sudi merangsang dan membakar semangatku.
Nampaknya, Ustaz Zakaria mencadangkan aku membukukan SangPelangi dalam bentuk novel. Lagipula, aku harus merahsiakan beberapa identiti yang sedia terkandung di dalam blog ini atas sebab-sebab peribadi. Kerana itulah bentuk novel adalah lebih sesuai. Semoga, SangPelangi dapat memberikan satu kelainan kali ini.
Apa pendapat kamu?
Sebahagian nota yang sempat kutulis sepanjang bersama Ustaz Zakaria:
1. Dari bengkel anjuran Faisal Tehrani, plot itu sebenarnya bukanlah dianggap sebagai jalan cerita seperti yang kita pelajari dalam KOMSAS di sekolah. Ada kesilapan di situ. Sebenarnya plot adalah ‘sebab dan akibat’ yang berlaku di dalam cerita. Owh.. begitu rupanya.
2. Tapi, ada juga teknik penceritaan yang menggunakan antiplot, yang kisah latar dan wataknya tidak bersangkutan. Boleh dikata berbentuk ala sketsa. Ustaz Zakaria memberi contoh penulis antiplot yang baik seperti Muhd. Affendi Hassan. Aku pula, bila bercakap teknik antiplot, aku teringat tulisan Rebecca Ilham, sahabat di GKLN. Dia gemarkan teknik ini. Betulkah, Becky? Hihi.
3. Satu teknik untuk mencambahkan kreativiti dalam menulis, adalah menggunakan teknik gambarajah. Contohnya, dari dua gambar, seorang perempuan muda, dan seorang perempuan tua, cuba kembangkan menjadi dua watak yang berlainan dan kontra. Kemudian, ditambah satu gambar lokasi, gambar restoran misalnya, cuba kaitkan dua watak tadi untuk dijadikan kisah yang berlaku di dalam restoran itu. Hmm.. Menarik, kan?
4. Teknik dari Faisal Tehrani pula, beliau memulakan sesebuah penulisan dari perkembangan watak terlebih dahulu. Setelah habis menyenarai segala keperibadian watak, maka akan jadilah satu cerita. Pun menarik juga, kan?
5. Novel VT tulisan Hilal Asyraf yang setebal 500 halaman itu, rupanya disiapkan dalam masa sebulan. Lebih-lebih lagi, bila dapat tahu dari penulis Ummu Hani, bahawa Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani itu juga disiapkan sebulan juga. Wah. Ini benar-benar membakar semangatku. (Maaf Hilal, aku tak sempat nak mengulas novelmu, kerana aku baru saja menamatkan tiga buku. Ada lagi empat sedang menunggu. Nantikan ya.)
6. Kalau berminat untuk menulis di bawah Galeri Ilmu dalam kategori novel, pertama sekali yang perlu dilakukan oleh bakal penulis, adalah menyediakan satu sinopsis keseluruhan dan sinopsis untuk setiap bab terlebih dahulu. Kemudian, andai diluluskan, penulis akan diberi tempoh 3 bulan untuk menyiapkan manuskrip penuh. Untuk penulisan berbentuk motivasi pula, atau di bawah kategori Travelog Tarbiyah misalnya, yang diperlukan adalah manuskrip penuh.
7. Bulan Ogos ini, ada Pesta Buku peringkat negeri Selangor di PKNS (tak sempat nak tanya Ustaz di PKNS mana). Galeri Ilmu sekali lagi akan mengambil bahagian. Yeay!
Setakat ini saja nota yang sempat kutulis. Maaflah andai blog ini sudah seperti lambakan nota harianku pula.
p/s: Yess.. ada alasan kukuh untuk SangPelangi bersawang lagi selepas ini. Haha. Gurau saja.






hariz,H berkata,
May 6th, 2009 at 12:42 pm
wah, bertambah lagilah penulis baru nampaknya. Oh, Hilal memang sempoi. Saudara kenal Hilal secara peribadi? Banyak karyanya ada di dalam komputer aku. Cuma nak baca tak sempat, banyak bahan kuliah yang perlu ditelaah. Hihi.
hariz,H telah menulis tentang # Musim Bunga 2. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 12:48 pm:
Hilal juga sahabat GKLN. Sepatutnya aku diminta mengulas novelnya, tapi tak berkesempatan seperti kamu. Hihi.
Eh Hariz, kau Jordan di mana? Mu’tah?
Balas komen ini.
hariz,H berkata,
May 6th, 2009 at 12:55 pm
Irbid. bukan Mu’tah. Hilal pun sama. Cuma universiti beza, aku Jordan Uni of Science and Tech dan dia Universiti Yarmouk.
Negeri yg sama, dan rumah dekat saja. Jalan tak sampai seminit.
hariz,H telah menulis tentang # Musim Bunga 2. Mari baca!!
Balas komen ini.
Abqori berkata,
May 6th, 2009 at 1:22 pm
Salam perkenalan semula Irfan.
Lama tak dengar khabar selepas dah balik Malaysia ini. Twitter pun jarang update. Tak mengapalah. Lagipun saya tahu dan pernah merasa delima sebegini tahun lepas, semuanya gara-gara pulang ke Malaysia. Lihat juga seperti Tawel yang blog Hembusannya dahulu sering dibanjiri peminat, sekarang juga melalui waktu yang sama. Rindu sungguh akan waktu blognya selalu “bising” dahulu.
Dibukukan? Rasa amat teruja. Sebab banyak juga entri-entri lama yang tidak berbaca atas sebab lambat menjumpai blog ini. Teruskan usaha dan semoga berjaya dengan kerjanya.
Cuma janganlah lupa untuk membuat penghantaran secara percuma ke luar negara. Bukankah kita sama-sama pernah merasa susahnya mendapatkan buku-buku berbahasa ibunda akibat merantau ke penjuru dunia? Kasihanilah kami!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 8:30 pm:
Betul, kan? Aku ingat ianya cuma mitos, tapi bila dah alaminya, memang racun yang sukar ditawarkan. Tak tahu kenapa rentak itu semakin susah nak dijejak lagi.
InsyaAllah, Abqori, kalau ada permintaan yang mencukupi sehingga dapat menampung kos penghantaran itu, akan dipertimbangkan.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
May 6th, 2009 at 2:03 pm
Wah, lama sungguh aku tak dengar khabar dari sini. Fan, kalau jadi nanti, jangan lupa aku ya. Hadiahkan ku satu mungkin.. hehe
SangMentari telah menulis tentang KAU PANDAIKAH? USAH MENGAKU PANDAI KALAU SEBENARNYA BODOH!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 8:33 pm:
Oh, kenapa mesti aku melupakan sahabat yang ada? Memang biasa begitukah, hihi.. Aa.. sebelum tu, aku tak terima lagi buku petua kesihatan yang ditulis kau dan abang sekembarmu. Hik3
Balas komen ini.
SangMentari membalas pada May 7th, 2009 7:10 am:
Oh, mahu berbalas-balas ya.. haha..
p/s aku ada perancangan untuk pulang tak lama lagi, ada kesempatan nanti, aku hadiahkan kau satu ya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:23 pm:
Pulang saja nanti, terus hantarkan no telefonmu padaku di FB ya. Siapa tahu ada gunanya nanti. Hehe.
Balas komen ini.
Rebecca Ilham berkata,
May 6th, 2009 at 5:40 pm
Salam Irfan,
tahniah! Semakin iri pula saya dengan teman-teman yang “berbuku.”
Sebenarnya nak kata suka sangat teknik antiplot tu tak juga, cuma apabila wacana mendominasi cerpen yang punya ruang terhad, kesempatan untuk menyelitkan aksi-aksi watak tidak banyak. Tetapi saya juga berpendapat seperti FT, bahawa wacana dan cerita masih sama penting. Oleh sebab itu, meski menulis secara antiplot, aspek-aspek sastera lain tidak diketepikan.
Selamat menulis!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 8:41 pm:
Oh ya, satu lagi yang terlupa ingin kutanyakan sebelum ini. Nampaknya kau bawa sedikit kelainan kali ini untuk Kimono Ungu Bersulam Bunga. Kau belajar bahasa Jepun dari siapa?
Balas komen ini.
Rebecca Ilham membalas pada May 6th, 2009 9:32 pm:
Ahaahaha. Dari Asada Ryutaro dalam Team Medical Dragon
Sekarang asyik dengan Dragon Sakura sambil ulangkaji Well Stimulation
Inshaallah, sedang memeram idea untuk satu lagi cerpen berlatar Jepun (dan akan berada di Osaka 8 hari lagi
)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:27 pm:
Isk3. Kau sudah dilanda demam Dragon Sakura. Masa mula-mula aku membaca tajuk Kimono Ungu itu, aku ada firasat itu hasil ‘kerjaan’ kamu, walau dah lama aku tak buka GKLN.
p/s: Kalau mahukan kamus English-Jepun, aku sarankan kau guna pautan di tepi ini.
Balas komen ini.
amalina berkata,
May 6th, 2009 at 5:52 pm
お久しぶり
がんばってください!
amalina telah menulis tentang lensa bayi. Mari baca!!
Balas komen ini.
hakima berkata,
May 6th, 2009 at 5:59 pm
wah…sangat menanti karya itu.. semoga sukses ya! amin…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 8:44 pm:
Yup. Semoga ada yang beli.
Balas komen ini.
'atiqah jasni berkata,
May 6th, 2009 at 6:26 pm
Assalamualaikum…
Diharap SangPelangi sihat wal’afiat di tanah tumpah air.Wah! SangPelangi akan dibukukan!Satu idea yang menarik.Jika sudah siap nanti jangan lupa untuk dipasarkan melalui BE untuk pasaran Jepun ya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 8:43 pm:
Waalaikumsalam. Ia perkara pertama yang sempat aku terfikir semalam ketika membicarakan soal pasaran. Semoga ada manfaatnya untuk semua yang ada di sana.
Balas komen ini.
IlhamHamdani berkata,
May 6th, 2009 at 9:21 pm
Salam,
Tahniah adinda Irfan SangPelangi!
Cemburu sih, kerana langkah-langkah di tanah sakura tak diambil sepenuhnya.
Saigo made .. gambarimashou!
IlhamHamdani,
Canberra, Australia
IlhamHamdani telah menulis tentang SURAT 21: SUNGGUHKAH BERTUAH HIDUP DI LUAR?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 10:23 pm:
Salam kekanda Ilham. Kenapa kamu katakan langkah di tanah sakura tidak diambil? Kelahiran Hidayah Cinta karyamu itu bukan antara darinya?
Balas komen ini.
famia berkata,
May 6th, 2009 at 9:31 pm
Wahoo..~~
Sugoii.
Kenyanglah kami nanti. Dapat bahan baru.
Bila keluar?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 6th, 2009 10:28 pm:
Kenyang? Tapi, membaca tak harus berhenti sebelum kenyang.
Tarikhnya bila keluar belum dapat dipastikan.
Balas komen ini.
wan nurul adila membalas pada May 8th, 2009 2:22 pm:
Tak akan pernah kenyang untuk membaca. Hehe. Teruskan menulis supaya kami semua dapat membaca
wan nurul adila telah menulis tentang Reading for Love.. Mari baca!!
Balas komen ini.
PermataNusantara berkata,
May 6th, 2009 at 11:39 pm
wah…sangpelangi mulai mewarnai dunia penulisan berbentuk buku/novel……semoga berjaya!!!!!
PermataNusantara telah menulis tentang Tolong Saya…... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:08 pm:
Apa sangatlah yang boleh SangPelangi corakkan. Sekadar menghangatkan lagi..
Balas komen ini.
Amirez berkata,
May 7th, 2009 at 1:20 am
aku yakin karya kau nanti akan dapat sambutan hangat irfan.
ganbatte
Amirez telah menulis tentang Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:10 pm:
Wallahuallam, tapi aku sedia turun padang mempromosikan bersama pasukan GISB.
Balas komen ini.
yatie chomeyl berkata,
May 7th, 2009 at 1:26 am
saya setuju kalau ia di bukukan…apa salahnya memeriahkan lagi arena penulisan tanah air dengan karya penulis muda seperti anda
yatie chomeyl telah menulis tentang Baby’s Need or Mommy’s Desire ??. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:11 pm:
Tersangatlah mudanya saya ini, kan?
Menjejak 23
Balas komen ini.
iliana berkata,
May 7th, 2009 at 3:04 am
ohhh~ baru faham maksud ayat di FB tu..
saya sokong kelahiran penulis muda (muda lagi ke ni?) sepertimana terujanya saya bila ada pelajar berumur 22 tahun sedang menduduki phD di UUM ni..kagum kagum~
semoga sukses ya encik Sang Pelangi..
iliana telah menulis tentang AMARAN BUAT SI MUSLIM. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:11 pm:
Wah, dia itu 22 tahun mengambil pHD, jurusan apa? Terkejut juga.
Balas komen ini.
iliana membalas pada May 11th, 2009 5:52 am:
saya tak ingat la jurusan apa. tapi, dia pelajar Indonesia di UUM ni. pelajar sana guna sistem akademik US yang lebih singkat berbanding Malaysia yang guna sistem British.
tawaran UUM, jika dapat degree 1st class, boleh terus ambil phD di sini. sebab itu la~
iliana telah menulis tentang DARI FANTASI KE REALITI. Mari baca!!
Balas komen ini.
insan kerdil berkata,
May 7th, 2009 at 3:16 am
assalamualaikum..
hrmm..idea yg bernas!!!tahniah kepada sang pelangi yang akan mengorak selangkah kehadapan tidak lama lagi:D…semoga segala urusan saudara dipermudahkan oleh Allah taala..amin ya rabb
p/s: tidak ku sangka..nk menulis perlu ada teknik2 tersendiri…hurmmm~:)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:13 pm:
Lain penulis, lain tekniknya. Ada teknik melukis carta, menyediakan ‘rangka ikan’, macam-macam. Aku pun teruja.
Balas komen ini.
damai berkata,
May 7th, 2009 at 3:44 am
salam sang pelangi…
tahniah buat kamu…
semoga Allah terus memberkati tulisan2 kamu ^^
damai telah menulis tentang baiki,baiki dan baiki kelemahan….. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:14 pm:
Allah memberkati juga kepada penerbit, dan pembelinya, Amin.
Balas komen ini.
anego berkata,
May 7th, 2009 at 3:57 am
wahhh…nampaknya kamu bakal menemani anego sepanjang perjalanan pergi dan balik dari berkarya di pejabat melalui buku kamu itu. buku kamu itu anego nantikan!-
ganbatte!
anego telah menulis tentang senyum. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:19 pm:
Oh, kalau pergi dan balik, boleh dimaafkan. Kalau di pejabat, silap-silap diberi surat amaran.
Balas komen ini.
aliff berkata,
May 7th, 2009 at 5:39 am
Salam,
Akan kutunggu hasilnya.Moga-moga kamu berjaya. Kaedah Galeri Ilmu guna itu samalah dengan syarat yang aku letakkan kepada setiap penulis skrip yang dulu menghantar karya padaku untuk diterbit(cuma medium berbeza, aku terbitkan karya penulis di stesen tv).
aliff telah menulis tentang Kau suka warna apa dalam hidupmu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:21 pm:
Oh, penulisan skrip dramakah? Wah, senang-senang nanti bolehlah aku menuntut teknik menulis skrip dari Aliff pula. Boleh?
Balas komen ini.
Ainul Arina berkata,
May 7th, 2009 at 4:26 pm
salam
tahniah senior…!
makin ramai nampaknya yang dah berbuku nih. Haha, gembiranya dengar semua makin hebat. Baguslah. Semoga kalian dapat lebih banyak bantu semaikan budaya ilmu kepada masyarakat kita.
Ainul Arina telah menulis tentang Wajah Sekitar KARISMA’09′. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 7th, 2009 6:22 pm:
Huish. Hebat jauh sekali. Tapi, mudah-mudahan pembaca puas hati.
Balas komen ini.
miss nur berkata,
May 8th, 2009 at 2:36 am
saudara irfan,
bila agaknya buku ni akan dipasarkan?
saya bakal pembaca setia bagi karya saudara…
Balas komen ini.
Sumaiyyah berkata,
May 8th, 2009 at 3:21 am
Salam,
Alhamdulillah.. bertambah lagi seorang penulis.. Akan ku beli bukumu itu.
Balas komen ini.
mollek berkata,
May 8th, 2009 at 7:02 am
Alhamdulillah.. tumpang gembira dengan perkembangan kau.
Awal-awal lagi dah ada yang seakan berjanji nak beli buku kau irfan.. hehe.
Kalau jualan tak capai target, bolehlah kau ‘tuntut’ daripada mereka ni.. hihi.gurau saja. Semoga buku pertama kau nanti mampu memberi ‘sesuatu’ kepada pembaca ya. (dan buku seterusnya juga..insyaAllah.)
Balas komen ini.
Faridrashidi berkata,
May 8th, 2009 at 3:15 pm
Salam,
Sekalung tahniahku hadiahkan buat kamu wahai sang pelangi..semoga permulaan yang baik mencetuskan pengakhiran yang baik juga.
Faridrashidi telah menulis tentang Bolehkah Haiwan Ini Di Makan?. Mari baca!!
Balas komen ini.
ashaf berkata,
May 8th, 2009 at 10:02 pm
tahniah..mubarak..al da best!!!!
Balas komen ini.
FahdRazy berkata,
May 10th, 2009 at 1:57 pm
Apa lagi…tulis…tulis…
Balas komen ini.
Balqis berkata,
May 12th, 2009 at 3:43 am
Wah, Sangpelangi akan dibukukan? Ternanti-nanti produknya, mahu melihat gaya penulisan kamu di dalam buku pula. InsyaAllah, saya mungkin salah seorang pembelinya nanti.
Dan juga terima kasih kerana berkongsi tip-tip itu semua. Subhanallah, nampak mudah menulis ini, rupanya perlu juga kepada teknik-teknik yang tertentu bagi penghasilan karya yang bernas dan baik.
Semoga berjaya, sangpelangi!!!
InsyaAllah.
Balqis telah menulis tentang Usrah Terakhir. Mari baca!!
Balas komen ini.
rudy berkata,
May 12th, 2009 at 8:26 pm
sedikit perkongsian; kita menulis bukan kerana khalayak. Jadi, ada waktu2 tertentu kita tidak dapat menulis jd sawang pula blog. Bagi abang, ada atau tidak pembaca itu perkara kedua. Kalau mereka nak luruhkan link pun bagi abg itu bukan satu perkara penting. Apa yang paling utama, ilmu dari penulisan kita. Tidak dibaca hari ini, mungkin pada masa akan datang.
Mungkin itu resepi abang bertahan 9 tahun dalam dunia blog, tanpa sebuah bukupun secara kendirinya lahir dr penulisan bluehikari. (kecuali beberapa buku yang dikongsi bersama ahli2 GeJu).
Teruskan menulis bro. abg galakkan.
Balas komen ini.
umaralfateh berkata,
May 17th, 2009 at 4:50 am
Salam dari kejauhan.
sudah lama tidak singgah di sini.
tahniah aku ucapkan buat kamu.
langkah kamu semakin jauh.
bagus, bagus.
hanya mampu menitipkan doa buat kamu.
umaralfateh telah menulis tentang Kalian Suka Bunga?. Mari baca!!
Balas komen ini.