Sambutan Tahun Baru 2007 di Shibuya….NOTHING… (siap gambo)
Lepas sakit2 badan main snowboard, kitorang bergegas ke Tokyo dari Hakuba,Nagano dengan bas. Bertolak dari sana 11pm sampai kat Shinjuku jam 5am.Lepak2 kt masjid ShinOkubo, sembahyang subuh berjemaah, bersiap2 dgn baju Melayu smua..Siang 31Disember2006 tu kitorang sembahyang raya kat Embassy, fuh..dh lama tak makan nasik minyak..alahai rindunye kt Mesia..
.
Ok, masuk topik utama. Malam tu tak tau nak buat apa, shobbri ajak ktorang pegi Shibuya. Ahli rombongan Gjol (Kurokage), Yeh, Barak, Ani bruang, Bazsyir, Alan geli, Beb, Zwan, Amet, Shobbri, Nizam, Zamih..
.
Detik menjelang 12am dinanti dengan sabar. Mengharapkan sesuatu yg luar biasa dan lain dari yang lain. Jalanraya semakin lengang, sesekali van NHK dan syarikat2 TV lalu di jalan tu. Polis trafik dan anggota2 lain sibuk dengan wiselnya mengawal keadaan yg semakin sesak di bahu jalan.
.
Bukan setakat orang Jepun, ramai juga manusia berkulit putih,bermata biru, ada juga berkulit hitam, dan macam2 jenis orang. Fesyen plak jangan ditanya, pelbagai fesyen pelik2 yg diperagakan model2 jalanan yg tak bergaji.
.
Suhu semakin berkurang, sesekali angin sejuk menghembus dan meniup kami. Sejuk winter yg tidak bersalji di sini tetap memerlukan kami memakai pakaian setebal mungkin. Tangan dan kaki yg menggeletar sedikit mengganggu kami untuk memegang kamera dengan betul.
.
Detik 1200 kian hampir, orang ramai semakin aktif, menjerit memukul gendang yg dibawa sendiri, jalan semakin sesak dan padat. Apa yang pelik, tiada jam besar yg ada di situ, tiada skrin TV besar yg dihidupkan walaupun ada DUA skrin TV besar di atas bangunan di tengah2 bandaraya itu. Mereka cuma mengira detik dengan jam tangan masing2.
.
Tak disangka, tiba2 detik 1200 berlalu begitu sahaja. Cuma sorakan orang ramai yg kedengaran dengan jeritan “Happy New Year” di sana sini. Tiada bunga api yg bergemerlapan di situ. Kami seolah2 merasakan seperti hari itu bukan Tahun Baru 2007 yg selama ini meriah disambut kt Mesia.
.
Lepas 20 minit berlalu, suasana bertukar tenang dan takde apa2 yg dapat digambarkan, cuma kebosanan yg melanda, melihat dengan selamba, bersorak tak berdaya. Hmm..NOTHING… cuma itu yg mampu disebut.
.
Itulah keadaan sambutan tahun baru kat Shibuya (6km dari Tokyo). Cuma sekadar ingin berjalan2 untuk pengalaman tahun baru di tempat orang. Takde apa yg istimewa di sini.
Lpas tu, ktorang pn balik, sempat layan Piza seafood ramai2 konon2 nak celebrate NewYear la..hehe..
p/s: Semoga ibadah jemaah Haji kita dimudahkan..amin..























Pisang berkata,
January 7th, 2007 at 10:47 am
aku x pasti sambutan tahun baru di sheffield mcm mane, sbb aku duk dlm bilik je mlm tu. x sanggup nk bersejuk. tp yg pasti rmai gk kawan2 aku ke london nk celebrate new year. meriahnye dah tentu la. thanks fr sharing anyway.
[Balas komen ini.]