Sajak: Paus Besi

Paus Besi.

Gelombang China Selatan melonjak-lonjak,
diterajang angin ribut 13 Februari.

Nakhoda tua menghunus keris menitah,
“Kau, kau, kau.. Terjun!”
“Itu, itu, itu.. Campak!”

“Kayuh! Kayuh!” jerkah si pengawal angkuh.
Sahaya dengan tubuh terbirat luka,
dikerah hayun sedang kaki dirantai besi.

Paus Besi terus gah membelah ombak.
Gelora kian meninggi,
langit semakin hitam.

Oh,
Bilis Kayu yang dibuang tadi,
termuat tubuh-tubuh kecil yang berjiwa wira,
kini selamat tiba di pulau abadi.

Khabar Paus Besi ditelan angin sepi,
Ke manakah pergi? Disedut pusaran laut, mati?
Barangkali..

Irfan Jani,
080224 Numazu,Shizuoka.

P/S: Hari ini penamaan calon. Selamat tinggal nostalgia lama.

Jika punya masa, bolehlah menjenguk entri saya yang lainnya :

13 Responses to “Sajak: Paus Besi”

  1. achoeyNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 5:05 am

    Benar2 Antum multi talenta.
    Puisinya juga berasa.

  2. Azhar AhmadNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 5:20 am

    Owh owh…. Sungguh sarkastik, dan analogi kamu melwati jangkauan akal!

  3. budakHutANNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 5:30 am

    Paus besi Masih gagah harungi,
    ombak ganas yang silih berganti…
    cuma sayang kini realiti…
    tiada lagi ia berpenghuni…
    mereka sudah mati.

  4. Far_eastNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 10:48 am

    Haa…kemana menghilangnya paus besi?
    Paus besi ade kat blakang rumah aku..kehkeh..
    siot..susah sajak kali ini..
    sukar sekali nak di interpretasi…

  5. Safuan a.k.a SipenglipurlaraNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 12:22 pm

    Puitis sungguh sajak tuan hamba..

  6. Cabe RawitNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 12:38 pm

    Ane lagi merenung… jidat ane mengkerut, nyoba memahami ada afa di balik fuisi ini… :mrgreen:
    Ah… rufa-na di Shizuoka ya… Lagi ambil progaram apa bang? Di Shizouka University kah?

  7. alirfanNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 12:43 pm

    # achoey :
    Tapi, mungkin sudut cernaanmu sedikit berbeda, kerna aku sedang persembahkan pentas di Malaysia. Bisa dikongsi dari bucu pandanganmu, sobat?

    # Azhar Ahmad :
    Hmm.. sarkastik, sudah lama tidak kudengar perkataan itu. Bro Azhar punya pantun teka teki apa cerita? Penat memikir jawapannya.. huhu..

    # budakHutAN :
    Tiada berpenghuni?
    Masakan bisa mereka mati,
    sedang Paus Besi gah berdiri.
    Atau diculik makhluk fantasi?
    Ohh.. Barangkali…
    (wah2.. best btul dapat supporter macam ko ni budak hutan.. aku tampalkan kamu di sahabat Sang Pelangi)

    # Far_east :
    Ala Fais.. try aar.. ko bukan slalu try ke sajak aku?
    Paus Besi tu apa?? Nakhoda tu??? Kenapa ada Bilis Kayu (kira sampan la ni.. HINT2.. hehe)

    # Safuan a.k.a Sipenglipurlara :
    Silakan si penglipurlara. Keterlibatanmu sangat didamba. Ngehehe

  8. realylifeNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 1:47 pm

    Alhamdulillah bisa silaturahmi di sini lagi.
    damai dan tenang rasanya membaca sajak ini
    insya Allah mengingatkan kita semua
    terima kasih kemarin sudah silaturahmi ke blog saya
    silahkan silaturahmi lagi , there is a new posting

  9. Mr Ah FaNo Gravatar Says:
    February 24th, 2008 at 5:14 pm

    Wooo, berdebar-debar aku membacanya.

    Emosinya sama macam tengok movie 300 :-D
    Syabas inspector sahab!

  10. anegoNo Gravatar Says:
    February 25th, 2008 at 4:31 am

    kapal besi seperti durian
    dan bilis kayu seperti mentimun…

    si mentimun andai terlanggar pun parah
    andai melanggar pun susah…

  11. alirfanNo Gravatar Says:
    February 25th, 2008 at 6:35 am

    # Cabe Rawit :
    Hehe.. apa bisa pusing? ambil ringan saja.. hehe
    di Numazu, daerah Shizuoka, bidang digital. Salam Kenal, ya?

    # realylife :
    semoga ukhwah berterusan.. wah, boleh tahan juga karyamu ya?

    # Mr Ah Fa :
    300? Oh adegan sebat2 tu? ganas tuh..

    # anego :
    Ohhoo.. setuju sangat!!
    Tapi mentimun tu takkan terus lembut,
    sebab nantinya dia akan mengering keras melahir benih.

  12. BudakhUtaNNo Gravatar Says:
    February 25th, 2008 at 1:47 pm

    tak BerpenghuNi tak bermaksud ‘mati’…
    kerana mereka lah gah si Paus Besi
    Benak telah bijak dari akal bistari…

    mungkin 13 hari nanti…
    kisah itu berulang lagi…

    ( wah, terima kasih Sang PelanGi… kerana sudi Menampal… ahakz)
    dorang blum dapat tgkp maksud neh… aku bagi clear sket..

  13. titanNo Gravatar Says:
    February 25th, 2008 at 5:53 pm

    Hemm..mendalam gak maksudnya. ADa gak yg terkene dgn aku. huu..

Leave a Reply

SangPelangi © 2006 - 2008 Adalah Hak Milik Peribadi.
Pengisytiharan!
Blog SangPelangi tidak mempunyai pertalian apa-apa dengan mana-mana agensi/badan/persatuan/parti. Ia cuma sebuah pandangan peribadi yang tidak bersangkut paut dengan mana-mana pihak. Anda dinasihatkan untuk tidak mencerna 100% apa saja yang penulis sampaikan secara bulat-bulat. Anda perlu menggunakan pertimbangan yang wajar untuk menilai setiap pembawaan di dalam SangPelangi. Jika anda tidak merasa selesa, kurang selamat, atau tertekan ketika melawat SangPelangi, diharap dapat meninggalkannya serta menjauhkan diri dari SangPelangi. Ini kerana lawatan anda ke SangPelangi adalah di bawah hak kerelaan sendiri dan tanggungjawab masing-masing. Di atas pengakuan tersebut, maka, saya berhak, secara langsung, atau tidak langsung, untuk tidak diheret ke mahkamah di atas segala kenyataan saya. Di bawah akta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Perkara 19) : Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. Baca Lebih Lanjut...