Sajak: Nafiri Sakti
Nafiri Sakti
Tatkala itu,
guntur memanah berserakan,
pohonan tumbang bersilangan,
tanah berlipat terbentur rapat,
dijungkir balik seluruh jagat.
Aku tercari-cari di mana payung,
buat menahan runtuhan awan.
yang tiangnya jatuh dipanah getaran.
Aku serba kecipal mencari capal,
menahan perih terpijak onak,
yang tumbuh melata dari timbunan dosa.
yang permata meraja jiwa,
yang maruah dibida di papan bursa,
yang caci cerca bahan ceria,
yang kuasa ditukul besi,
yang berjiran ditembok batu,
kini berwajah sesal,
dek kendong ilmu tinggalkan amal.
Nafiri sakti ditiup,
gempita alam sekali desup,
desingan bingit memarit langit,
selautan insan lentang,
longlai gelintang bak sungai kontang.
Disergah lagi bunyi nafiri sakti,
bangkit tubuh ditimbang kati,
berat di kanan atau dikiri,
sudahkah dapat kau pasti?
Irfan Jani
070724 Numazu,Shizuoka.
disiarkan di Dewan Sastera,
sisipan Tunas Cipta edisi Julai 2008
P/P/S; SangPelangi tiada cerita menarik kali ini. Cuma dipenuhi dengan habuk-habuk sajak hijau. Sebenarnya sedang mood minggu peperiksaan. Haha. Ada lagi seminggu. Urghh… Sabar ya.
















en_me berkata,
February 25th, 2008 at 9:12 am
sabar menanti bro.. kalo ader rejeki, insyaAllah xkan kemaner..
thank u singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg inih..
Balas komen ini.
Mr Ah Fa berkata,
February 25th, 2008 at 9:52 am
Whoaaa, selamat study bro!
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
February 25th, 2008 at 10:14 am
Nafiri… Hummmm… adakah sama dengan sangkakala… pasti berbeda…
Balas komen ini.
BudakhUtaN berkata,
February 25th, 2008 at 1:52 pm
susur kata bijak di olah, punya maksud yang jelas tersurat, di sebalik erti tersirat… persoalan yang akan buat pembaca merenung dan berfikir… bijak bijak..
Balas komen ini.
abrar berkata,
March 7th, 2008 at 4:06 pm
memang tersirat seribu erti di dalamnya..memang bagus untuk dihadam bersama.
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
November 16th, 2008 at 2:37 pm
betullah sajakmu diciplak… apa yang mahu kamu lakukan?? perasaan marah itu normal, jika tidak kamu pastinya orang yang paling pemurah di dunia.. tetapi menguruskan amarah itu yang menjadi titik tolak..
Balas komen ini.