Sajak: Kedut Wajah Abah
Sajak: Kedut wajah Abah.
Kutancap tajam wajahmu.
Menyelinap segenap dahi,
hingga menerobos sendi urat.
Kutemu luas amal akhirat,
ilmu dunia sebagai keringat.
Terkesima! Rupanya,
tiada garis-garis benci,
atau serpihan jalur keji.
Kujalar ke bawah lagi.
Oh, ternyata!
Kedut tuamu di sudut mata.
Petanda Abah senantiasa ceria.
Kau, insan pemurah senyuman,
cantik sungguh rekaan Tuhan,
kan?
Irfan Jani,
2 Disember 2008,
Numazu.
p/s: Sajak ditujukan khas buat Abah di kampung. Kalau Abah membaca ini, ketahuilah anakmu ini sedang merindukanmu. Sajak untuk Ama, aku karang kemudian, ya? Hehe.
















NisanKu berkata,
December 2nd, 2008 at 7:28 am
Sedih bunyinya sajak ini..
Sabar sahabtku…
Insyallah…kamu akan kembali jua kepangkuannya…
NisanKu telah menulis tentang Jom Bertutur!!!…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 8:49 am:
Kehkeh. Tak adalah aku bersedih. Sebenarnya tadi aku tengok gambar Abah aku. Ada kedut di sebelah matanya. Aku baru perasan, bila Abah tersenyum, baru kedutku timbul. Jelas menunjukkan Abah suka bersenyum.
p/s: Ama ku tak ada kedut. Dia awet muda. Kehkeh.
Balas komen ini.
ibnurashidi berkata,
December 3rd, 2008 at 12:22 am
Sajak ini membuatkan saya mengingati ayah dan ibu di kampung halaman…semoga tahun 2009 kami dapat bersua kembali..
ibnurashidi telah menulis tentang Ilmu hitam : Kemuncak Dendam Kesumat Secara Halus (2). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 3rd, 2008 8:48 am:
Usah dilewat-lewatkan, ya. Mereka sedang menanti.
Balas komen ini.
irshadian berkata,
December 3rd, 2008 at 1:31 am
ayahku lagi banyak berkedut, walau kedut mana dan hodoh, anak-anak tetap rasa kasih kepada ibu bapanya. hah, ini petanda kasih Tuhan melalui insan. ah, besarnya kasih mereka, kasih Tuhan.
irshadian telah menulis tentang Sejuta Harapan Pada Sebuah Nama. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 3rd, 2008 8:51 am:
Hodoh ke? Taklah. Kenapa Abah aku maintain macho? Hihi.
Balas komen ini.
solehah berkata,
December 3rd, 2008 at 2:09 am
solehah telah menulis tentang pertama…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 3rd, 2008 8:55 am:
Alahai. Internet ada. Telefon ada. Apalah nilaian wang ringgit (atau rupiah) dengan harga suara ayah?
Balas komen ini.
suara berkata,
December 3rd, 2008 at 2:44 am
Bila bercerita ttg kedut dan awet muda ni, kak su teringat dakwaan Khir Toyo yang mengatakan rahsia awet mudanya adalah tempe.
suara telah menulis tentang Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 2). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 3rd, 2008 8:56 am:
Aik, Kak Su. Ke situ pula dia.
Saya dan Abah suka makan tempe. Aku suka makan Tempe mentah.
Balas komen ini.
EmahTimah berkata,
December 3rd, 2008 at 4:30 am
Saya kagum bila melihat website saudara
EmahTimah telah menulis tentang Jawatan kosong DBKL. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 3rd, 2008 9:00 am:
Err. Walau pujian itu saya anggap bukan untuk saya, Terima kasih jua.
Balas komen ini.
amir berkata,
December 3rd, 2008 at 8:40 am
wah sajak pasal ayah ka
ang nak tau dak,birthday abah aku baru ja lepas aritu,30hb nov..baru sangat lagi kan..aku hanya ucap ja..tak bagi apa2 pon..takpa kan,sekadar ingatan..
rindu nya kat umah..
amir telah menulis tentang Washlet. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 3rd, 2008 8:58 am:
Asalkan kau selalu ingat dia, dalam doa selalu tak lupa namanya.
Semoga abah kau panjang umur dengan amal.
p/s: Kau panggil ayah kau, Abah? Wah, biar betul?
Balas komen ini.
amir berkata,
December 3rd, 2008 at 9:50 am
yup,aku kami suma panggil Abah..hehe
amir telah menulis tentang Washlet. Mari baca!!
Balas komen ini.
Barukisu berkata,
December 3rd, 2008 at 2:10 pm
Selepas baca sajak ini, terus saya lihat gambar ayah di atas meja. ‘Aik, takder kedut pun! Tapi ayah saya juga suka tersenyum. Mana pergi kedut-kedut di mata itu? Adakah kerana wajah ayah sedikit berisi atau memang belum wujud lagi kedutan-kedutan itu? Apa pun rambut ayah sudah putih dahulu, petanda bahawa kami memang nakal-nakal belaka sewaktu kecilnya (oh, sekarang juga!), kasihan, ayah!
(tiba-tiba terfikir mahu buat sajak, ‘Putih Rambut Ayah’, ah, nantilah!)
Barukisu telah menulis tentang Ittadakimasu!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:19 am:
Haa.. Putih Rambut Ayah. Aku pun mahu idea itu. Bagus, bagus. Terima kasih kerana memberi aku idea. Hehe.
Balas komen ini.
Intan Sheffie berkata,
December 4th, 2008 at 2:00 pm
salam, aah, yes. do phone your parents every single day! that’s what i did (and still am!). few years in england, i’ve become nocturnal – ikut waktu Malaysia! =p
Mr. Irfan, whatever that you wrote for your parents, do let them know. whatever that you felt about them at any moment, don’t forget to say you love them each time. so you wont feel any regrets later. (you always came up with something which somehow clicked with situations that i’m having! that’s what i love about your writings). i’ve less than a year to bermanja with Daddy before his time comes… (or maybe saya yg pergi dulu!)takpelah, Allah swt has better plans for us. thanks for this lovely entry =)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:22 am:
Oh, betul juga, kan? Baiklah, aku akan hubungi dia untuk membaca sajak ini.
Ah, tak apa, tak perlu suruh dia baca, biar aku yang deklamasikan kepada dia melalui telefon. Hehehe.
Balas komen ini.
anego berkata,
December 4th, 2008 at 10:03 pm
anego setuju dgn komen Intan.
kamu patut bagitau/tunjuk pada abah. tulis saja di kad dan hantarkan.
biar dia tahu,dia punya anak yg boleh menulis sajak dan ada yg ditujukan khas untuk dia!
anego telah menulis tentang puji:keji. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:23 am:
Ala. Kad itu lambat sampai. Aku akan telefon juga nanti.
Balas komen ini.
En Kid berkata,
December 5th, 2008 at 2:08 am
Menarik sajak ni..
Suka2..
ibu dan ayah mana yang tak kagum kalau anaknya bijak berbahasa..apatah lagi satu sajak untuk diri mereka!
pasti menyentuh kalbu..
En Kid telah menulis tentang Hasad. Mari baca!!
Balas komen ini.
indrasakty berkata,
December 5th, 2008 at 3:44 am
Psst.. nanti tidur bisik-bisik dalam mimpi. Moga nanti ayah kan bangun pagi terus terbaca SangPelangi.
indrasakty telah menulis tentang Kau Tentu Tahu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:32 am:
Rumah aku tak ada internet, lah indera. Haha.
p/s: Indrasakty. Pertama kali jejak ke blog kau, menarik!! Nanti aku selalu ke sana, ya. Hehe.
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
December 5th, 2008 at 4:00 am
wajib bonda merajuk ni…cpt fann tulis sajak utk bonda plak :p
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:33 am:
Nantilah dulu, bro. Kering idea. Haha.
Balas komen ini.
MS Rizal berkata,
December 6th, 2008 at 8:08 am
Ayahku juga telah berkedut juga wajahnya. Dahulu semasa kecil kupandang dia gagah bergaya. Sekarang sudah beruban dan hampir botak tengah pula.
Masa berputar, giliran kita untuk menjadi ayah yang berkedut akan tiba juga.
Balas komen ini.
amalina berkata,
December 6th, 2008 at 11:47 am
abah aku adalah orang paling macho,ensem,kacak,paling segak,paling pandai masak (dan lain lain…) dalam hati aku. hohoho~~~
mungkin kalau ditakdirkan ada lelaki lain yang ketuk pintu hati aku ni
dia akan jatuh no 2.
abah aku jugak no 1.
crap.rindu kat abah aku la pulak.esok sebelum 1Q mahu telefon abah aku la~~~
amalina telah menulis tentang Kontradiksi?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 8:16 am:
Heh. Aku kata abah aku kacak, kau pun nak cakap macam tu. Oklah, macam ni. Abah aku paling kacak antara abah-abah yang ada kat dunia ni. Boleh?
Balas komen ini.
ABU SAIF berkata,
December 7th, 2008 at 4:46 am
Kedut-kedut pada wajah itulah, kerinduan yang kubawa mati….
ABU SAIF telah menulis tentang Kamu Sentiasa Layak Diuji. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 8:20 am:
Nanti saya juga akan menjadi bapa. Orang kata, bila bergelar ayah ibu bisa menyelami betapa dalamnya kita disayangi selama ini. Mungkin ustaz juga merasakan begitu.
Balas komen ini.
perMYsuri berkata,
December 8th, 2008 at 1:07 am
1st time bc blog awk terasa..pelik! ade jgk anak melayu yg guna bhs dewan bhs cam nie.nyway ucapan tahniah kerna mengangkat bhs melayu..sajak kedut wajah abah..yess!abah i pun byk kedut dimata…must be kerna usia..nyway selamat hari raya aidiladha!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 8:24 am:
Oh. Pelikkah. Kalau begitu, kau pun harus sama-sama bersama kita semua memperjuangkan bahasa ibunda.
p/s: Mari lihat tempat mana yang kedut awal. Kalau di hujung mata, mungkin orangnya banyak tersenyum ceria.
Balas komen ini.
yazid husain berkata,
December 9th, 2008 at 3:06 am
rindu abah di kampung halaman. btw selamat hari raya
yazid husain telah menulis tentang Tag: Ten Ten. Mari baca!!
Balas komen ini.
ziera berkata,
February 9th, 2009 at 12:10 pm
Mata ayah..
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang~
rindu arwah ayah….
Balas komen ini.