Jun
1
Sajak: Jerung Retak.
Pada June 1st, 2008,
ia ditulis oleh
Al-Irfan
Jerung Retak.
Bilis Kayu membiduk selat,
“Kita ke hulu,” tempik nakhoda.
Sedang arus melawan lalu.
Di kuala temu,
bertempur hebat dengan Jerung Retak,
buangan dari si Paus Besi.
Kala menang,
sekocoh-kocoh nakhoda melompat;
ke Jerung Retak yang kian karam.
Apa lagi ingin dikejar?
Harta rampasan perang?
Peta tinggalan Qarun?
atau labu-labu balingan Luncai?
Biarkan Nakhoda yang bijak pandai.
naikkan sauh,
“Ke hulu misi kita!!”;
pemangku nakhoda menduga langkah.
Al-Irfan
Numazu 080601.
P/S: Ini bukan main ‘lompat-lompat’. Katanya ‘kepulangan’ semula nakhoda lama.
Abang Di berkata,
June 4th, 2008 at 9:12 pm
Salam
Petang semalam rakyat Malaysia di serang histeria… ramai pemilik kereta menyerang station2 petrol kesan dari pengumuman PM harga petrol dinaikan kepada 2.70 bermula tengahmalam tadi… adakah Malaysia perlu Nakhoda baru untuk meneruskan “ke hulu misi kita”..
Balas komen ini.
adibah abdullah berkata,
June 8th, 2008 at 2:20 pm
salam irfan,
aku cadangkan ko hantarkan puisi2 ko ke media… jangan siarkan di blog dulu.
semua pesan dan diskusi di GKLN tu.. tak perlu aku nak ulang2 lagi di sini =)
meow~
adibah abdullah telah menulis tentang For The Sake of A Dream. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 10th, 2008 12:31 am:
Yang ke media, lain sajak yang aku hantarkan.
Yang di sini cuma sekadar suka-suka.
Aku faham, pertindihan sajak di dua media berbeza bisa membuatkan editor media akan ‘ban’ penulisnya.
Balas komen ini.
siddiq berkata,
June 9th, 2008 at 7:19 am
aku suka puisi kamu.
kalau kau tak nak hantar ke media aku tahu kenapa.
siddiq telah menulis tentang satu saranan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 10th, 2008 12:35 am:
Haha.. betul tu Siddiq. Apa yang di kepalamu itu, memang betul-betul seperti apa yang saya fikirkan.
Zaman sekarang, tangan yang mengetuk kekunci pun bisa menggoncang dunia, kan? Hehehe..
Balas komen ini.
al fannani berkata,
June 11th, 2008 at 2:10 am
Terima kasih irfan, insyaAllah nanti kalau ada antologinya saya akan utuskan ribuan merpati ke wilayah mentari terbit dengan khabarnya.insyaAllah.hehe~
Sekali lagi terima kasih banyak banyak.
Moga kita bisa menjadi penulis yang mantap.
al fannani telah menulis tentang Gerimis di Al-Hambra. Mari baca!!
Balas komen ini.
aliff berkata,
June 16th, 2008 at 12:49 am
ipan, blog ko ni penin nak baca layoutnya berterabur…. design lama lebih mudah.
jangan marah.. komen ikhlas
aliff telah menulis tentang Penyaksian Hati. Mari baca!!
Balas komen ini.
Hazia Izzah berkata,
July 24th, 2008 at 4:37 am
Assalammualaikum Irfan,
Ini kali pertama saya tinggalkan komen di sini. Sebuah sajak yang saya kira cukup menarik dan punya makna yang halus tapi tajam
Balas komen ini.
Malaysia seperti perahu pecah. : : SangPelangi berkata,
February 8th, 2009 at 5:22 am
[...] Oh ya, satu lagi sajak bertajuk Jerung Retak. Baca juga di link ini, ya? ;p Sila bookmark jika [...]