Sajak dari ibu: Pencarian yang Ketiadaan Noktah
Semalam, semasa aku menelefon ibundaku, Ama, aku diperdengarkan sebuah sajak bertema ketuhanan. Sajak ini ditulis ibunda sewaktu pulang dari mengerjakan haji 2006. Jadi, atas keizinan ibunda, aku mempersembahkan, Pencarian yang Ketiadaan Noktah untuk lauk santapan rohani kalian.
Penghayatan sajak ini, memerlukan penelitian pada teknik pembacaan. Jadi, aku cadangkan kalian mengawal intonasi demaklasi berpandukan tanda baca di setiap akhir ayat-ayat dan bait-bait.
Selamat menjamu rohanimu dengan penuh selera.

Pencarian yang Ketiadaan Noktah.
Di sini..
Siapa pun bisa sebak,
membawa segala keresahan cinta.
Dan di sinilah..
sesekali sendirian di tengah manusia, mencari
dalam segala kerendahan hati.
Di sini..
sesekali ada yang resah,
menunggu dengan gelisah.
Bagai pencari yang bimbang.
Bagai musafir yang malang.
Ruang luas tak mungkin aman dan selamat.
Berilah aku aman di perutMu yang sejuk.
Di marmar lembut hamparan permaidani,
merangkup segala duka bahagia.
Keamanan terasa.
Lari dari kelelahan.
Lari dari keresahan.
Dalam penyerahan,
sebak di dada adalah cinta padaNya.
Haru rasa adalah kasih rindu padaNya.
Di sini..
Aku kesepian.
Aku dalam pencarian.
Aku dalam kesetiaan,
di lautan manusia, siapalah aku????
MencariMu melaluiNya
Akukah itu di tengah manusia sebak dada,
kerana cinta padaNya
Di manakah kau tika itu…?
Di sini..
Aku tak bisa lama,
Sampai saat dan ketika senja menggulung jua,
lalu kubiarkan detik berputar.
Masa beredar,tapi..
ketiadaan noktah.
Ya Allah..
Aku ini hambaMu.
Rumah ini rumahMu.
Kau mudahkanlah segala urusanku.
Hanya nikmatMu jua hanya rehdhaMu jua,
tambah-tambahkanlah keredhaanMu itu padaku.
Baikkanlah kepulanganku.
Datangku bukan yang terakhir,
atau gantikanlah syurga untukku.
Amin..
Ya Rabbil Alamin.
Majlah bte Ayup
12 Januari 2007
















rudy berkata,
April 25th, 2008 at 4:49 am
doakan aku bisa menjejak tanah haram ini.
Balas komen ini.
Iza berkata,
April 26th, 2008 at 4:03 am
semoga di mana sahaja kita berada, akan sentiasa di bawah lindunganNya.
dan semoga apa sahaja yang kita lakukan diberi petunjuk dan memperoleh redhanya.
Balas komen ini.
anego berkata,
April 27th, 2008 at 1:53 am
tak sabarnya nak menginjak kaki bermukim di lokasi sajak tu ditulis.
semoga perancangan kita semua untuk ke sana menjadi nyata. Insya Allah.
Balas komen ini.
kamil berkata,
April 27th, 2008 at 3:30 pm
InsyaAllah..bila la agaknya aku akan sampai ke sana.. InsyaAllah andai diizinkan olehNya..
Balas komen ini.
yaadien berkata,
August 4th, 2008 at 12:24 am
best la sajak ni…aku kurang minat tp bile bc je sajak nie………..
Balas komen ini.
Intan Sheffie berkata,
October 29th, 2008 at 5:53 pm
salam, i’m writing this to compliment your mother.
wah, aunty, what you’ve written is indeed exactly what I felt when I was there.I dont know how to express it but thanks for this ’sajak’. Yes, the coldness of the marble, each sujud was indeed a blessing. Walau berjuta perasaan, dan manusia menghimpit, tawaf tetap tenang dengan izinNya. And I always, always doa, Allah, moga dipermudahkan segala urusanku. ‘Baikkanlah kepulanganku’ yes, my ustaz told me that, haji seseorang tu bukan pada gelaran, tetapi pada amalannya selepas pulang. Apakah bertambah baik dirinya? Amalannya?. Alhamdulillah, Allah swt beri saya rezeki dpt megerjakan haji pada usia yg muda. Baru nak kenal dunia.Alhamdulillah.
Sure aunty cant forget all the memories there kan? =) If it was Haj 2006, perhaps we might had encountered each other there and then. Who knows?May Allah swt accept our Hajj =) InsyaAllah.
To Mr. Irfan, do send my salam to your mother
Balas komen ini.