Ramadan terakhir kita. Barangkali.
Di dalam kocoh gerabak keretapi, sibuk penghuni perutnya bersilih ganti, aku masih sebegitu. Duduk di hujung sudut, di hadapan berdiri beberapa kerat manusia sambil memaut palang.
Jari telunjuk pun berjalan, mengunjuk setiap baris kata-kata Tuhan. Semuanya dibaca lidah tanpa sepatah bunyi, walau bibir bergerak rancak. Kalimahnya yang tercetak cilik terkadang membuat leher lenguh membengkok, mata terjegil.
Sesampainya di suatu rangkap, sekonyong-konyong tulisan itu kian berkabus. Pandangan berkaca. Satu persatu manik cairan putih menghentam helaian yang sedang terbuka. Dengan pantas jari telunjuk menggosok kelopaknya. Aku meneruskan bacaan, memaksa kesemua kabur tulisan itu ditancap mata.
Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: ” Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzkikan Allah kepadamu.” Mereka (penghuni syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir (Al A’raaf, 50)
Selang beberapa kalimah, terhenti. Ya Tuhan. Sungguh. Di SangPelangi, aku tak bisa merungkaikan runtun jiwa ini dengan kata-kata. Jantung yang bergetar maha dahsyat membuat tubuh menggigil menahan sendu.
Lirikan senyum kau itu sering menghantui sembah sujudku. Melusuh tikar sejadah. Semuanya kerana kasih dan sayangku padamu, wahai kawan. Kau berwatak tak tumpah seperti abang kandungku.
**********
“Aku nak ikut kau buka puasa di Tokyo dengan Din. Please..“
- “Terpulang. Tapi, nanti kau akan rasa lain dengan kami.”
“Rasa lain? Rasa apa? Don’t worry la Irfan, macamlah kau tak kenal aku yang steady ni. Haha.”
Gelak tawanya masih tak mencuitku. Aku tetap berwajah serius.
- “Kau akan menjamu selera seperti makan yang biasa. Seronok kita nanti berbeza.”
“Oh really? Kenapa begitu?”
kening berkerut, seribu tanda tanya.
“Orang berpuasa ini ada dua jenis kegembiraannya. Satu, gembira tika makan berbuka, dan satu lagi gembira tika menemui tuhanNya. Kau jangan jealous dengan kegembiraan kami nanti. Hehe..”
sambil tersenyum, bersungguh aku memancing dia.
“Fuhh… Aku nak rasalah kegembiraan tika berbuka tu. Ifan, aku nak puasa esok!”
Gulp. Tertelan tenggorokan dibuatnya. Sedikit terkujat. Bimbang juga sahabatku ini nanti tak upaya melaksanakannya. Pertama kali dalam hidup, dia tak pernah ada pengalaman berpuasa.
“Ala. Relaxlah. Aku cuma mencuba. Nak rasa ‘kegembiraan’ macam kau semua rasa.”
bersungguh dia memberi sejuta keyakinan.
**********
“Slrupp..“
sambil mata tertutup, dia mencicip air sejuk, sedang tangan kanan memegang tamar. Terdiam sepuluh detik.
“Thanks God. Patutlah aku tengok orang berbuka begitu bahagia.”
Sebelum berpisah, kami berpelukan erat. Tanpa dapat aku mengawal syahdu. Airmata berjatuhan lagi. Hari ini, aku menangis, kerana kegembiraan kita menyambut kejayaan bersama.
Maafkan aku, sahabatku. Lembaran kenangan kita mungkin sampai di sini saja. Walau bumi terbelah dua, awan meruntuh bersepahan, takdir ini tak dapat diubah lagi.
Hari ini juga, aku menangis, kerana kita yang sudah sedarah sedaging, tidak akan ketemu lagi selepas ini. Aku menangis, kerana aku tak sanggup membayangkan tawa riangmu itu, bertukar jerit pekik menanggung seksa neraka nanti. Aku menangis kerna aku bimbang sebelum sempat menyelamatkan syahadahmu, tak dapat kita mengecap sentosa bersama seperti yang kita lalui selama ini.
Ya Tuhan. Peliharalah gembira kejayaan kami, hingga ke gerbang syurgaMu nanti. Jangan kau leraikan jujur kasih sayang ini.. di antara kami.. sesama kita dengan Ilahi.
**********
Aku tersentak. Emosiku dibantut oleh sepotong tangan yang menghulur helaian tisu. Suasana gerabak keretapi menjadi sepi. Kesemuanya berwajah kasihan, melihatkan esak tangisku yang menghambat mereka. Al-Quran itu basah lagi.
Mungkin semalam, nostalgia Ramadan terakhir kita. Barangkali.
p/s: Ini rentetan kisah Siri Dialog Kritikal. Yang tidak tahu pangkal cerita, (#1) klik sini untuk menjejak semula kisah sebelumnya di SangPelangi. Bersambung ke Siri Dialog Kritikal #4, klik di sini.
[flash ]
















anego berkata,
September 15th, 2008 at 1:44 am
wong fei hong dah tak de ke fan?
anego telah menulis tentang Hedeiki. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 15th, 2008 6:23 am:
Kami bakal berpisah selepas ini.
Keduanya membawa haluan masing-masing nanti.
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
September 15th, 2008 at 3:05 am
Dah lama nak bertanya. Cerita ni tersurat atau tersirat? Apa pun, didoakan semuanya baik-baik saja.
Wah, karya berjudul “Pendekar Jiwa” itu hebat.
[ Baru selesai membelek-belek "Bahasa Bumi". Dihadiahi seseorang.
Teruskan usaha kalian. ]
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 15th, 2008 6:27 am:
Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Kisah ini tidak dicedok dari kepala semata.
p/s: Oh, Pendekar Jiwa. Syukur kau dapat menghayatinya.
Teringin benar aku ingin kongsikannya di sini. Apakan daya, aku juga perlu menjaga kredibiliti Antologi Bahasa Bumi. Kalau dah disiarkan di sini, tiada guna lagi membeli Bahasa Bumi. Betul tak?
Pembaca lain, tak mahu beli Bahasa Bumi, kah? Limited edition. Tak ada dijual di kedai-kedai buku, tau. Hehe..
Balas komen ini.
wan nurul adila membalas pada September 16th, 2008 2:03 am:
Oh ok.
p/s : Aku itu bukanlah orang yang pandai menghayati puisi. Tapi kadang-kadang layan juga. Hah, sengaja aku utarakan tentang “Bahasa Bumi” tu di sini, nak buat promosi percuma.
Betul betul betul [ gaya Upin dan Ipin ]. Kalau semuanya dah ada di sini, tak ada gunanya susah-susah ‘publish’ buku. Tapi, aku lebih suka baca buku. Tambahan lagi, “Bahasa Bumi” memang mesra pembaca. Kecil, senang nak mengangkutnya ke mana-mana.
Balas komen ini.
Sarah Mohd Shukor membalas pada September 20th, 2008 8:46 pm:
Salam Irfan. KS ada ikuti pangkal cerita ni dulu. Macam ni penyudahnya. Ada sebak yang kamu berjaya kongsikan dengan ramai pembaca. KS sendiri pun teringatkan kisah dengan seorang kawan yang lebih kurang begini.
Ehem, Dila, KS macam tau je siapa pemberinya
p/s: Ini pertama kali KS meninggalkan jejak di sini setelah menjadi pembaca sepi sejak beberapa bulan lalu
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 20th, 2008 10:22 pm:
Tak disangka, begini akhirnya, kan? Aku masih ada 3,4 bulan lagi untuk berusaha.
KS, aku tak faham kenapa kau bahasakan diri KS. Wah, wah.. nampak glamer nama itu.
p/s:
Elleh, macam aku tak tau siapa pemberi Bahasa Bumi pada pada Dila. Bukan kau ke? haha..
Balas komen ini.
en_me berkata,
September 15th, 2008 at 5:32 am
wah, sonoknyer berpuasa di negeri oghang yerrr.. salam ramadhan bro
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 16th, 2008 11:51 pm:
Puasa di mana-mana pun menyeronokkan.
Salam ramadan juga buatmu.
Balas komen ini.
mims berkata,
September 15th, 2008 at 7:12 am
hurmm..
sedih kan kalau orang yang kita sayang tak dapat bersama dengan kita kelak?
hidayah ALLAH tu sangat mahal. Bukan semua orang boleh mendapat hidayah tu.
teringat pula kisah bapa saudara Rasulullah, Abu Tolib. Walaupun Abu Tolib banyak membantu Rasulullah ketika hayatnya tapi sayang dia tidak mendapat hidayah untuk menerima Islam dan meninggal dunia tanpa menyebut kalimah tauhid. Rasulullah sangat sedih.
Kesimpulannya, kita hanya mampu untuk mendoakan supaya Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang kita sayang. Tapi sama ada mereka mahu terima atau tidak hidayah itu terpulang pada individu.
Sama-samalah kita memperbaiki diri
mims telah menulis tentang What is life?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 16th, 2008 11:54 pm:
Kalau hidayah harganya nyawa, aku rela membelinya untuk si dia.
Balas komen ini.
nurul0505 membalas pada September 19th, 2008 11:05 am:
All the sentimental feeling
That sometimes makes our heart burning
Balas komen ini.
watak kecik berkata,
September 15th, 2008 at 7:58 am
tabahkan hidupmu di “neraka dunia” itu bersama sahabatmu…
aku di sini hanya mampu berdoa…
watak kecik telah menulis tentang matouqe. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 16th, 2008 11:56 pm:
Terima kasih, sebab sudi menyertai iftar tempoh hari.
Terima kasih juga atas dialog “hidup tanpa tuhan” antara kita bertiga itu. Dia balik dan berfikir.. terus berfikir…
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
September 15th, 2008 at 7:58 am
insan biasa telah menulis tentang Salam Ramadhan. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
September 15th, 2008 at 8:44 am
terkedu seketika…
sebabnya, sy ada seorang guru yg free thinker…dia mahir selok belok ag Islam hanya tinggal lafaz syahadah shj…besar niat d hati ingin mengIslamkan dia…malangnya terlewat…dia telah pun meninggal dunia…ble bce cte ni, betapa ralat nya gwa…kamu masih blum t’lewat Irfan sbb dia msh d dunia…jgn tggu sampai dia dh tiada…gusarnya gwa xkn hilang smpi ble2…
iliana telah menulis tentang PRIA BERHATI MULIA. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 16th, 2008 11:58 pm:
Aku tak bisa terburu-buru, tapi masa meluru menderu-deru. Aku sedang merancang sesuatu.. doakan kami..
Balas komen ini.
iliana membalas pada September 17th, 2008 12:02 am:
doa sentiasa mengiringi kamu dan semua…
iliana telah menulis tentang KETANDUSAN BERAGAMA. Mari baca!!
Balas komen ini.
ultromhh berkata,
September 15th, 2008 at 10:51 am
Kita hanya mampu berusaha. Semoga sahabatmu itu diberikan hidayah oleh Allah dan sama-sama dapat mengecapi nikmat Islam.
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah -lah yang memberi hidayah kepada yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”
(Al-Qashash:56)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:04 am:
Atau mungkin usaha aku masih kurang lagi?
p/s: Kawan lama, kau tak tulis blog? Marilah sama-sama.
Balas komen ini.
Al-Fannani berkata,
September 15th, 2008 at 2:43 pm
Siapa sangka, kisah ini sungguh enak, dikunyah rasa syahdunya. Sedap! Namun sabarlah Irfan, kerana perpisahan itu sememangnya akan terjadi dalam hidup manusia. Sedang ulama dulu juga terpaksa berpisah dengan keluarga tesayang demi kerana satu tanggungjawab yang wajib. Namun kita harus mencontohi, doalah moga kesabaran sering mengguyur diri. Kerna jika diizin-Nya, cahaya pertemuan itu pasti ada.
Al-Fannani telah menulis tentang Ramadhan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:10 am:
Diharap ada pelangi di hujung sana nanti.
Terima kasih atas dorongan itu. Teringin aku seperti mereka, yang sanggup tinggalkan segala demi agama. Ansar dan Muhajirin berkorban harta dan nyawa, demi sebuah persaudaraan suci.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
September 15th, 2008 at 7:54 pm
Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Andai kata Allah memberikan hidayah kepada seseorang hasil daripada usahamu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan isinya”
doakan agar pintu hatinya dilapangkan untuk menerima hidayah dariNya.
wish u luck!
suhaila telah menulis tentang Hipokrit Dalam Berperasaan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:14 am:
Lebih baik dari seluruh dunia dan isinya?
Subhanallah..
Balas komen ini.
meSuraya berkata,
September 16th, 2008 at 12:45 am
Sedihnya.
meSuraya telah menulis tentang Facts of weirdo. Mari baca!!
Balas komen ini.
Firdauz takes 5 berkata,
September 16th, 2008 at 2:14 am
Aku suka blog ini!
Tulisan dia cantik cantik.
Kamu memang penulis yang bagus.
Aku suka
=)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:16 am:
Terima kasih, kawan.
Diharap pujian itu tidak melekakan aku, tidak menerbangkan aku ke tinggi awan.
Balas komen ini.
suara berkata,
September 16th, 2008 at 2:44 am
Sungguh berkesan sekali Irfan…
Entry sependek ini mampu membuatkan kelopak mata kak su bertakung air. Kalau panjang macam novel, mahu banjir kak su nanti…
suara telah menulis tentang Rezeki yang ‘pulang’. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:18 am:
Kalau begitu, nanti saya letakkan peringatan, untuk sediakan tisu sebelum mula bacaan.
Balas komen ini.
aj berkata,
September 16th, 2008 at 10:07 am
perpisahan memang menyedihkan apatah lagi perpisahan yang dipisahkan oleh benteng keimanan.. Sesungguhnya hidayah itu milikNya~berdoalah
Balas komen ini.
shairah berkata,
September 16th, 2008 at 9:18 pm
salam.
i have a friend, a good friend of mine. mmg die sgt baik, sye berani ckp he is much better than most of my muslim friends here.
slalu kami berbincang bout religious stuff, and he said that he understand the logic behind having a ‘god’ and practicing certain religion. but it just didnt work for him, he said. he had this kind of idea that ‘i will do as much good deeds as i can when i’m still alive; masuk neraka or masuk syurga tu blakang cerita.’
it hurts so bad; sedih memikirkan the fact that he is such a good student, a good friend, a good son and all..no one but God knows how would he end up in the afterlife kelak =( harap2 die akn dapat hidayah one fine day nanti. amin..
shairah telah menulis tentang Antara Mahu dan Harus. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 17th, 2008 12:22 am:
Orang sebegitu, kadang-kadang dapat membuat aku sendiri malu. Kita yang sudah dididik berbuat baik, masih tak sebaik dia. Nilai Islam itu ada, malangnya dia bukan Muslim.
Balas komen ini.
aliff berkata,
September 17th, 2008 at 1:17 am
Ipan,
Semoga Wong Fei hung itu diberikan hidayah oleh Allah SWT!
aliff telah menulis tentang Yang bernama dekat. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 19th, 2008 5:05 pm:
Amin..Ya Robbal Alamin..
Balas komen ini.
herneologist berkata,
September 17th, 2008 at 11:54 am
bila ko ckp ramadhan terakhir.
aku teringat statement bpk aku sahur menggu lepas.
manalah tau ni ramadhan terakhir abah.
sentap aku
rupa2nya ni kisah lain. okeh. anyway aku pn pn ade member yg dah try nk fit in dgn rerakan seislam. apapun rncangan kau, share bersama k.
herneologist telah menulis tentang kisah abg keduaku. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 19th, 2008 5:07 pm:
Aku rasa, kau patut memaksimakan hubungan kau dengan bapak. Ada sesuatu yang tersirat di dalam ayatnya.
Balas komen ini.
kamel berkata,
September 17th, 2008 at 3:04 pm
sedih la bro..mcm kak su jugak, bertakung air mata baca entry ni. teringatkan kawan2 kat sini yang baik & rapat..huhu.. lagi2 lepas baca ayat al-quran tu..
kamel telah menulis tentang Bila jiwa kacau. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 19th, 2008 5:11 pm:
Aku turut mengikuti perkembangan kamu dan kawan-kawan di blog kau. Semoga kau dapat memanfaatkan sesuatu atas persahabatan itu.
Balas komen ini.
sueella berkata,
September 17th, 2008 at 7:48 pm
seronok bila membaca sesuatu yang puitis.. kata-ta yang sedap didengar.. menusuk jiwa bila menghayatinya.. t
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 19th, 2008 5:13 pm:
Semoga apa yang tertusuk di jiwa, tidak meluka. Yang dibaca, tidak dialpa.
p/s: Ini Kak Sue QDW kan? Ingat lagi.. pernah komen di IrfanReka, kan? yeah..
Balas komen ini.
sueella membalas pada September 19th, 2008 6:35 pm:
ialah.. kak su QDW
.. Qualiy Deep Water.. nak order ayaq.. mai oder ngn akak.. hehe
.. yaya.. blaja tutorial photoshop ngn IrfanReka, skrg dh mahir seket..
Balas komen ini.
Ibnu Alwi berkata,
September 17th, 2008 at 10:36 pm
Bro Irfan, sungguh aku juga berada di dalam situasi yang sama. Tetapi bukan seorang, malah dua orang yang aku mengharapkan Allah dikurniakan mereka hidayah.
Hanya tinggal setahun setengah hingga ‘dateline’ aku pula.
Semoga Allah permudahkan aku dan engkau di dalam usaha ini. Amiin.
Ibnu Alwi telah menulis tentang I think, therefore I am (explained). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 19th, 2008 5:17 pm:
Wah, dateline yang agak suntuk juga, untuk kau langkahkan dua bakal penghuni syurga. Mari kita sama-sama berdoa juga, bro. LailatulQadar masih boleh dikejar.
‘Dateline’ aku kurang empat bulan lagi. Aku tak tahu apa yang patut dibuat dalam waktu sesingkat ini.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
September 17th, 2008 at 11:23 pm
Teringin benar aku melafaz kata kesumat buat para sahabat…
‘Ucapkanlah syahadah’
cikgu_eya telah menulis tentang Tag Paling Comel. Mari baca!!
Balas komen ini.
ruqi berkata,
September 18th, 2008 at 5:30 pm
Salam tuan rumah, sejak bila pindah rumah? (soalan nampak sangat tak mengambil tahu perkembangan)
Lagi satu, macam mana buat blog ni? Macam mana ada .com? Under mana? Macam mana..macam mana? Ah, dah pening dah dengan benda alah ini..
*kebuntuan*
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 19th, 2008 5:25 pm:
Ha. Itulah. Kau asyik berpindah. Penat aku nak jejak kau. Dot Com ni panjang ceritanya. Aku membayar server bulanan, semata nak “memaksa” diri untuk menulis. Kejam pada diri sendiri. Hihi..
Balas komen ini.
ruqi berkata,
September 19th, 2008 at 5:41 pm
Ya Allah..baik punya tuan rumah membayar secara bulanan.. Kaya tuan rumah, raya boleh bg duit raya nanti.. Haha
Balas komen ini.
Arynet berkata,
September 19th, 2008 at 6:00 pm
Assalamualaikum.. sungguh seronok membaca disini.. salam kenal – Ahmad Rushdi
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 20th, 2008 11:08 am:
Waalaikumsalam.
Salam kenal ya Ahmar Rusydi. Saya Al-Irfan dari SangPelangi. ARYNET itu apa maksudnya ya?
Balas komen ini.
arynet membalas pada September 20th, 2008 5:58 pm:
arynet ni.. panjang sejarahnya.. hehe..
Balas komen ini.
shah berkata,
September 20th, 2008 at 7:52 am
brader irfan,ada no kontek budak-budak korea tak?ade sahabat dari malaysia mintak tolong.onegaishimasu
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 20th, 2008 8:05 am:
Aku akan kasi nombor adik aku di sana. Tapi, dia bertanya atas sebab apa.
Nanti kau hantarkan mesej di ruangan “Kontek” di atas ya, supaya terus masuk ke inbox aku nanti..
Balas komen ini.
syida berkata,
September 20th, 2008 at 9:50 am
pertama kali memberi pandangan (skema
)…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 20th, 2008 10:15 pm:
Yah. Tepat-tepat. Kejayaan pun dilihat sebagai dakwah juga, kan?
p/s: Ala.. boley je nk komen2 bhs SMS cmni.. xskema pn xpe. Saje nk bg klonggaran pd yg xbiasa dgn bhs skema ni. Hihihi..
Balas komen ini.
syida membalas pada September 20th, 2008 11:53 pm:
Balas komen ini.
afwahasya berkata,
September 22nd, 2008 at 9:06 pm
setelah meneliti kedua2 siri dialog kritikal, meremang bulu roma ku…
terase ingin mengalir air mataku membaca tulisan kali ni..
Subhanallah…setiap kalammu penuh berhikmah…
kamu cukup bijaksana menitip kate2 Irfan..
mudahan hidayah Allah milik Wong Fei Hung..
perbanyakkan doa utk Wong, Irfan…mungkin suatu mase nanti dia kembali mencari sangpelangi….sungguh pertemuan dan perpisahan itu dalam rencana Allah..
moga satu saat nanti dia dtg bukan dgn Wong Fei Hung lagi..insyaAllah…
dulu saye penah cube utk mengislamkan seorang sahabat kristian..
tapi saye hanya mampu tunjukkan jalan, hidayah itu milik Allah..
ambil iktibar dari ape yang terjadi…
Balas komen ini.
enne berkata,
September 24th, 2008 at 5:46 pm
Ladang Ramadan.
Musim Ramadhan ini,
Sudah hampir tamat waktunya,
sudah mahu ditutup gerbangnya,
Sudah dibunyi sirennya.
Cepat-cepatlah kau,
Petik buah yang bergantungan tu,
Semuat pangkuanmu,
Seluas depaanmu,
Seberat pikulmu,
Buat bekal sampai musim depan,
Jika kau masih di sini.
Kerap-keraplah jumpa Penguasa taman,
Mohon agar diawetkan hasilanmu,
Agar segar sampai musim depan,
Jika gerbang-Nya dibuka kembali.
Aini Aziz
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:11 pm:
Wah, analogi yang bagus.
Aduh.. aku tak boleh tengok puisi tidak bertajuk dan tiada nama penulis.
Rugi sungguh puisi sebagus ini tidak ada unsur asas itu.
(Puisi ini kalau dihantarkan ke majalah, insyaAllah RM100 dalam tangan. Hehe..)
Balas komen ini.
ENE membalas pada September 30th, 2008 5:38 pm:
Selamat graduasi dari madrasah Ramadhan..
Salam kemenangan graduan ramadhan..
Salam aidilfitri….
Terimas2.. berbunga hati mendapat “bagus” dari senior.
Tajuknya? tak dapat difikirkan yang sesuai. Mungkin kamu boleh berikan pandangan…
Penulis? mestilah yang menghantar puisi.
Salam aidilfitri dari Malaysia,
Salam ketupat rendang dari sini,
-Aini Aziz-
ENE telah menulis tentang Jalan ini... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 30th, 2008 5:58 pm:
Aku letakkan tajuk, “Ladang Ramadan”, ya. Nama penulis pun sudah diletakkan. Sekarang ni, kau simpan baik-baik segala puisi ciptaan sendiri di dalam satu folder.
Kalau berminat nak hantar sajak ini ke media, boleh hubungi aku di ruangan ‘kontek’. Aku akan ajarkan caranya, dan kau akan dapat habuannya. yosh.. (mataku bersimbol Yen)
Balas komen ini.
Siri Dialog Kritikal #4 : : SangPelangi berkata,
October 24th, 2008 at 10:18 am
[...] dari Siri Dialog Kritikal #3: Ramadan Terakhir Kita Barangkali. Sila bookmark jika berminat: Tiada katakunci yang telah saya set. Sudah menjadi ahli Sahabat Sang [...]
Siri Dialog Kritikal #2. : : SangPelangi berkata,
November 19th, 2008 at 7:44 am
[...] di sini. Klik Sini. Sambungan ke Siri Dialog Kritikal #3 (Ramadan Terakhir Kita, Barangkali) boleh ke sini. Sila bookmark jika berminat: Tiada katakunci yang telah saya set. Sudah menjadi ahli Sahabat Sang [...]