Rajuk yang tertangguk.
Maafkanku wahai Sang Pelangi, setelah lama kubiarkan kau di langit tanpa sebarang contengan buat ingatan. Tiada lagi karangan hati buat menghias dirimu ini, melainkan berbatil rajuk yang melecunkan hati. Terkadang, seperti ingin dikuburkan saja Sang Pelangi tidak bernisan, kerana aku benci akan kenangan pahit yang jadi ukiran.
Kelmarin, sewaktu bangkit di subuh hari, sekonyong-konyong kelopak ini dibuka, hati berderum tak keruan. Entah kenapa tiba-tiba menangis bersendirian. Dada seperti dicengkam keluar wayar-wayar uratnya berselirat. Hilang punca. Semalamnya tiada mimpi ngeri yang diputarkan di layar tidur. Rupanya aku cuma udang yang merentak di dalam tangguk semata.
Air mata berderaian lebat menghentam di jeram pipi. Aku cuba duduk bersila sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati ini masih ralat dipujuk. Lalu tangan tergerak mencapai kitab tafsir di sisi katil. Aku menebuk halamannya secara rawak. Ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 64 – 66. Bismillah.
64. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga.
p/s: Kau selayaknya di “kerusi” itu, Maha Melihat lagi Maha Mendengar.







aisha berkata,
August 4th, 2008 at 8:08 am
salam perkenalan, setidak-tidaknya kamu lebih tegar dari aku alhamdulillah..moga peroleh ketenangan =]
Balas komen ini.
NisanKu berkata,
August 4th, 2008 at 8:22 am
Wahai sahabatku..kemana kau menghilang??
Entri ini seperti kau bersedih sahaja…
AKu berharap kehidupanmu lebih baik mendatang…
Semoga Allah merahmati mu…
NisanKu telah menulis tentang Itulah manusia…. Mari baca!!
Balas komen ini.
amalina berkata,
August 4th, 2008 at 9:17 am
gambare senpai!jgn putus asa!insya allah ada hikmah nye!!!!
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
August 4th, 2008 at 11:22 am
chill out…
insan biasa telah menulis tentang ~ I wish…. Mari baca!!
Balas komen ini.
en_me berkata,
August 5th, 2008 at 7:40 am
me insaf dgn kelemahan dan kekurangan diri me yg inih..
Balas komen ini.
berett berkata,
August 6th, 2008 at 6:58 am
syahdunyer..nk menangis plak aku bace artikel ni
berett telah menulis tentang cuba jaya M mode. Mari baca!!
Balas komen ini.
aj berkata,
August 8th, 2008 at 1:45 pm
awk percaya x, semasa hati awk terdetik utk mewujudkan sang pelangi… ia adalah kehendakNya? dan kenapa awk y terpilih untuk itu? jd jgn putus asa ya.
Balas komen ini.
hafizan berkata,
August 9th, 2008 at 9:54 am
fan,rilex fan.jgn sdih2 sgt.walau ape pn ko rase mngadu je kat Allah.aku takla pandai sgt so,kalo sdih2 kat Allah je aku mngadu..ape yg ko wat tu dh btul pn..
Balas komen ini.
Miera berkata,
August 17th, 2008 at 9:27 am
erm, salam fan… btol tindakan ko tu fan.. aku pn kalau tgh2 malam bgn (tersedar) terus amik wuduk n ngaji.. lbh2 lagi sejak atok aku n emak aku sakit…
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
September 19th, 2008 at 10:55 am
hurm….bro nangis napo???
Cause in every life.
A little rain must fall
On every thought that come out wrong
Just learn from it and please stay strong
Its not easy to understand
But you must hold on you stand
There is a hope on every fright
There is a light on every night
gambate !!!!
Balas komen ini.