Puasaku dirai..
Lemah longlai aku menapak. Tingkat empat dirasakan seperti bertingkat-tingkat sebuah kondominium. Terasa aku seperti bukan menaiki tangga, tapi tangga itu seakan bergerak ke atas. Sesekali aku melihat jam di lengan. Ada sebelas jam lagi menjelang waktu berbuka.
Inilah akibatnya kalau tak bangun sahur. Bayangkanlah, segala juadah sahurku yang tersusun di atas meja. Roti, jem coklat, tin milo, epal, kurma dan entah apa lagi yang tak termasuk senarai. Bukan setakat dua biji jam loceng dah aku kunci, tak termasuk “alarm” di laptop dan dua biji telefon bimbit lagi.
Sayang sekali. Bunyi-bunyian itu cumalah sebagai lagu dodoian saja. Membuatkan lenaku bertambah asyik. Walaupun sedih tak dapat bangun sahur, aku mesti tetap bersyukur sebab Dia masih mahu membangunkan aku ketika waktu subuh. Dalam “kemeriahan” bunyian itu, tetap bunyi azan di laptop juga yang berjaya membangkitkanku. Aku tekad. Akan aku buatkan semua jam loceng dan telefonku melaungkan azan nanti. Tengoklah..
Sebaik aku menyelak daun pintu. Semua rakan sekelas bertepuk tangan. Ada juga dua tiga orang yang sanggup bangun dari tempat duduk dan bersalam denganku.
“Tahniah Irfan.. Tahniah.. semoga dapat bertahan.. Ganbare!! “, Katou-san bersemangat memberi perangsang.
“Irfan.. Ramadan kali ni tak ada ‘kereta’ ke? Rindu nak makan ‘kereta’ tu..”,Tatewaki-san bertanyakan pasal ‘kereta’. (yang belum membaca hal ‘kereta’ di kala Ramadan lepas, boleh klik di sini untuk mengetahuinya)
“Maaflah kali ni tak dapat nak bawakan ‘kereta’ untuk kamu semua. Aku tak sempat nak beli minggu lepas. Wah.. macam mana boleh tahu aku puasa hari ni? Siapa yang bagitahu?” aku bertanya kehairanan. Masakan tidak. Tiba-tiba aku seperti diraikan seperti seorang pemecah rekod dunia larian 100m pula.
“Haha.. Dari berita lah. Pemberita tu yang bagitahu yang muslim seluruh dunia akan mulai berpuasa hari ni,” Hirata-san bergelak walau tak lawak.
“Ohh.. soudeska.. Tengoklah dalam minggu ni. Nanti aku belikan ‘kereta’ tu banyak-banyak”, aku membuat janji. Entah kenapa Ramadan kali ni aku seperti tak bersedia dari segi luaran, walaupun sebenarnya di hati ini telah lama ternanti-nanti. Aku tak sempat membeli ‘kereta’ itu untuk kawan-kawan dan pensyarah yang lain dek kesibukan minggu peperiksaan yang bakal tiba.
Tengahari itu cuaca panas terik. Seorang demi seorang mengeluarkan kipas kertas atau kain yang dibawa dari rumah. Masing-masing mengepak-ngepakkan kipasnya. Ada juga yang mula menanggalkan baju dan berpakaian singlet saja (masih berseluar ya..)
“Ohh.. Irfan-san.. Hebat.. masih boleh tahan berpuasa hari panas macam ni,” suara Tatewaki-san menghentam dinding-dinding kelas. Semua terkejut dan mulai sedar. Aku masih kelihatan tenang seperti tiada apa berlaku. Tanpa kipas, aku tetap tak berpeluh.
“Kalau nak diikutkan, di Malaysia panas lagi. Jadi, panas macam ni dah biasa sebenarnya,” aku cuba menerangkan, namun tiada sekelumit unsur riak. Memang benar cuaca agak panas. Tapi di Malaysia lebih panas. Berbezanya Malaysia, panasnya berserta lembap. Panas di sini kering dan mengeringkan anak tekak. Jadi dugaan berpuasa di Jepun adalah aku terasa sangatlah hausnya tekak ini.
Semoga kita sama-sama terus berusaha dan jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas sudah. Ganbatte..
p/s: Aku masih seperti biasa. Aku berlakon ceria dan bersemangat bukanlah kerana ingin menunjuk-nunjuk pada mereka semua. Tapi, aku bimbang kalau-kalau aku nanti dituduh sebagai pemfitnah kepada agama sendiri. Aku tak mahu mereka memandang puasa ini sebagai satu yang menyeksakan. Dan aku tak mahu mereka nampak Islam itu agama yang berat sedangkan ia adalah mudah dan menyenangkan. (tapi tak boleh dipermudah-mudahkan)
amir hensem berkata,
September 14th, 2007 at 11:53 am
haha..sampai camtu skali ang disambut..
bila bdk kls aku tanya aku lapaq ka dak,aku jawab heiki..aku ckp,dah biasa camni..dari kecik puasa..tp tak best la panas sini
Balas komen ini.
catz berkata,
September 14th, 2007 at 1:52 pm
hehehehhe..kita kena buktikan puasa tu ‘kacang’ jerk..heheheh
Balas komen ini.
megat berkata,
September 15th, 2007 at 12:40 am
cam best lak baca entri ko nie. cam nk rasa situasi cam ko. kuatkan semangat!
Balas komen ini.
mdpai berkata,
September 16th, 2007 at 10:37 am
bagus betul orang jepun ni, supportif… tak macam org europe, agak kurang la sikap ke”supportif”an tu
Balas komen ini.
chot berkata,
September 17th, 2007 at 1:36 am
umat islam pasti bole! walaupun xbersahur…tapi byk pahala kalau bangun sahur..ehhee
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
September 18th, 2007 at 9:08 am
Musim panas di sana? Sudah tentu siangnya panjang kan?
Balas komen ini.
alirfan berkata,
September 18th, 2007 at 11:06 am
amir hensem:
panas die pelek sket ek? kalo kene tiup angin, bknnye makin sejuk..makin panas lg ade.. biaselah.. cuaca kan lain2..
catz:
Waduh.. puasa2 begini.. jgn disebut2 perkataan kacang.. sedap tu..
megat :
Nak rasa ke megat? hmm.. bile dh rs nti mnyesal plk.. x best sgt pn.. pcayalah..
mdpai :
Emm.. tak semua org jpun supportif, melainkan die knal dgn kte.. kalau x knal.. huh.. xtau nk ckp cmne..
chot :
ala.. tu la chot.. aku bukan saja2 xnk sahur.. rugi2.. ishk2 Sunat tu kan?
Azhar Ahmad :
Ha’ah.. mmg siang lg panjang.. tp tak terasa sgt sbb waktu kuliah still mcm biasa.. kalau sibuk, terasa siang tu pendek.. kalau free.. 1minit terasa mcm 1jam tau.. hehe
Balas komen ini.