Promosi Jalinan Ukhwah: Mari Beriman Sejenak.

Pada June 11th, 2008, ia ditulis oleh Al-Irfan

Saya memang tak dapat sabar lagi. Pengalaman bersua dengan Mualaf warga Jepun di Tokyo nanti pasti akan terlipat kemas sehingga nafasku yang terakhir. Mudah-mudahan Tuhan memudahkan urusan dan perjalanan kami untuk menggendong kenangan manis ini.

Pihak Ikatan Persaudaraan Islam Jepun tahun ini melakukan satu kejutan besar. Penganjuran Program Jalinan Ukhwah yang akan dilakukan di empat lokasi berbeza serentak di seluruh Jepun iaitu kawasan Kantou, Hokuriku, Tohoku dan Toukai; bertujuan menjalinkan ukhwah sesama kita, selain memberikan perkongsian jiwa dan rasa dalam memahami apakah sebenarnya cabaran sebagai seorang muslim dan apakah di sebalik persepsi orang Jepun terhadap agama kita yang dicintai ini.

Disebabkan saya berdekatan dengan pusat bandar Tokyo, jadi saya dan beberapa orang junior akan menyertai untuk program di Kantou pada 14 Jun 2008 bertempat di Masjid Asakusa.

Menariknya tema yang diangkat, adalah berbunyi “Mari Beriman Sejenak” yang dipetik dari ungkapan bahasa Arab “Hayya Nukmin Sa’ah“.

Di kawasan Kantou yang akan saya kunjungi ini, IPIJ telah menjemput seorang warga Jepun yang bernama Muhammad Ariffin (nama asalnya adalah Akira Nagai) selaku pengarah kepada Japan Muslim Association (JMA) dan pengarah kepada Japan Islamic Trust, untuk sama-sama menjayakan Program Jalinan Ukhwah ini. Program ini turut mendapat kerjasama Japan Muslim Association (JMA).

Tentatif program adalah seperti berikut:

Sabtu Jun 14 2008
1000~1130: Ucapan dan Pengisian dari Tetamu Kehormat 1
1130~1230: Solat Zuhur dan Makan Tengahari
1230~1400: Pengisian dari Tetamu Kehormat 2
1430~1600: Hayatus Sohabah 1 (Kisah Hidup Para Sahabat)
1600~1630: Solat Asar dan minum petang
1630~1900: Riadhah/ Jalan-jalan Asakusa
1910~1930: Solat Maghrib
1930~2000: Makan Malam
2000~2100: Hayatus Sohabah 2
2100~2120: Solat Isyak
2120~0145: Tidur

Ahad Jun 15 2008
0200~0240: Qiyamullail
0240~0300: Solat Subuh
0300~0700: Rehat
0700~0730: Sarapan
0800 : Bersurai

Maklumat lanjut boleh berpaut ke link ini.

Kepada sesiapa yang berada di Jepun dan sedang membaca entri ini, anda dijemput hadir sama-sama mengimarahkan program Jalinan Ukhwah ini.

Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya.
Klik tajuk di bawah.