Ada Masalah?
Ruangan ini dibuka kepada sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah untuk diselesaikan bersama. (kalau masalah duit tu, hehe.. faham-faham sajalah ya..;p)
Caranya mudah. Cuma nyatakan masalah anda di bawah, dan kita akan selesaikannya bersama. Fungsinya sama dengan ruangan forum. Cumanya, belum sampai masanya untuk saya mencipta forum di sini. (pelawat bukan ramai pun.. haha.)







ezfa berkata,
January 30th, 2008 at 1:13 pm
irfan,bg tips kat ak mcm mane nk mudah mengingat ye?bla time exam je,ak jd tension.ye r,smua subjek ak kna byk membc.klu dh bc tu,kna byk ingat r.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 30th, 2008 at 1:52 pm
Aice.. aku ingatkan prob virus ke ape.. kalu prob study ni malu la plak nak kasi tip.. haha..
ko tensen time nk exam je kn? so, solution die tiap2 ari abes klas, paling kurang, ko tulis blk poin2 dalam Mahjong Paper, tampal kt dinding.. aku pnah la buat.. duluuuuu la… zaman skola2.. ahah.. harap membantu.. eceehh.. ;p
Balas komen ini.
lil4ngel5ing berkata,
February 8th, 2008 at 2:45 am
haduh orang serumpun, kamu pinter banget kayaknya… kok bisa yah ke jepang… (suasana hati lagi down nih gara2 diomelin bos) hiks2 im still green… oh life sometimes hurt…
Balas komen ini.
alirfan berkata,
February 8th, 2008 at 3:42 am
wah.. kamu tak lihat teman senegaramu di sini. Cari saja best student di Jepang, Indonesian pegang segala. Kalau pinter, pinternya kalah si genius. Cemburunya aku!!
Balas komen ini.
anego berkata,
February 12th, 2008 at 9:03 am
cemana nak blaja bahasa jpn dgn cepat dan mudah! eheh
Balas komen ini.
sapik membalas pada June 27th, 2009 12:04 am:
pergi je kat negara jepun
Balas komen ini.
ILIANA berkata,
April 3rd, 2008 at 5:26 am
okeh……ni nk mintak pendapat siket blh x?
dlu…ade kwn ni mmg agk rapat…..3thn blaja same2 (diploma)
sekarang dpt wat ijazah same2 gak…..tapi, malangnye…….byk cite die da kantoi….senang cerita perangai buruk die :
1. suke malaga2kn org mcm ikan laga
2. talam 120 muka
3. berlagak genius
4. gile kuasa – nasib baik x take over jwtn Agong huhuhu
5. byk lagi laaaaaa
rupe2 nye slame ni die baik kt depan je…….so, skrg kwn2 sume xdpt nk trime die mcm dulu…..sakit ati punye pasal…….
mslhnye, kt cni, bilek die dkat dgn bilek sy n byk kls same gak……
cmane nk wat………
Balas komen ini.
hafizan membalas pada May 22nd, 2008 11:49 am:
salam kepada iliana
rasenye mungkin sebab ini lah kite lihat kaum2 hawa lebih berpuak2 berbanding dgn kaum adam. cara saudari bercerita seolah-olah menunjukkan yang saudari dan rakan2 ingin menjauhkan diri daripada kawan saudari yang banyak masalah itu.
cube bayangkan jika perkara ni berlaku kepada kaum lelaki… sudah tentu kaum2 lelaki ni akan berlagak macho di depan rakan mereka yang bermasalah dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku..dan selalunye kawan baik kepada rakan yg bermasalah itu akan cube mencari jalan bagaimana untuk menegurnya dan bukan mencari jalan untuk menjauhkan diri.
jika kite mencari jalan untuk menjauhkan diri sudah pasti si rakan tersebut ilang kepercayaan kepada kawan2 die dan akan mencari kawan2 yang mempunyai sifat yang same dgn die. so,secara tak langsung kite akan menambahkan lagi bilangan golongan2 seperti rakan saudari tersebut.
so,cara terbaik adalah buat biase sahaja depan die. jika saudari kata saudari pernah rapat dgn die sebelum ini, maka perlu lah saudari mencari jalan yang paling berhikmah untuk menegur rakan saudari ini. manusia nie kekadang tak sedar yang perbuatan mereka adalah salah dan tak disenangi oleh org lain. oleh itu mereka perlu diingatkan supaya mereka dapat membetulkan diri mereka.
seperti yang kite ketahui kemungkaran perlulah kite hadapi dgn 3 cara
1.) menghalang kemungkaran menggunakan tangan
jika tidak mampu
2.) halang mengunakan kata2
dan selemah-lemah iman adalah
3.) membenci dalam hati
kita tidak mampu mengunakan tangan kerana kita bkn la ibu-bapa kepada rakan saudari tersebut. so,dgn kata-kata lah kite kena mengubahnye…
saya doakan saudari berjaya menasihati rakan saudari tersebut dan banyakkan lah berdoa kepada ALLAH..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 22nd, 2008 5:25 pm:
Hafizan menyebut:
“seperti yang kite ketahui kemungkaran perlulah kite hadapi dgn 3 cara:
1.) menghalang kemungkaran menggunakan tangan.
jika tidak mampu
2.) halang mengunakan kata2,
dan selemah-lemah iman adalah
3.) membenci dalam hati”
Teringat pesanan ini yang selalu diulang-ulang oleh seorang senior saya, SamuraiSyahid, dan saya sangat bersetuju dengan kenyataanmu. Sebab orang yang paling rapat dengannya adalah orang terbaik yang mampu memberi kesan terhadap hikmah yang ditunjukkan.
Terima kasih kerana membantu proses perbincangan di sini, saudara Hafizan.
Balas komen ini.
iliana membalas pada September 1st, 2008 8:55 am:
sowi….agk lama xonline…..arini bru perasan komen dri sndri kt cni….buat pengetahuan saudara Hafizan, segalanya berjalan lancar, alhamdulillah…..sy ok dgn dia, tp ada org lain yg x ok….sy da wat yg terbaik, at last kdg2 sy plak yg tersepit….niat d ati nk wat baik dgn sume, tp ada plak yg cop sy jd talam 2/3/4++ muka…tp, xpe la….tahan kan je la….
iliana telah menulis tentang DR SHEIKH MUSZAPHAR KE TU?. Mari baca!!
Balas komen ini.
hafizan membalas pada September 1st, 2008 9:16 am:
besar sungguh dugaan saudari…nampaknye ade yg tak suka tindakan saudari berbaik dgn semua pihak. susah betul kn?wat baik salah,wat jahat pn salah. ape2 pn bsabar saja la..smoga Allah memberkati usaha saudari..
hafizan telah menulis tentang more than just friend?. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana membalas pada September 1st, 2008 9:46 am:
nk buat mcm mana….kdg d sbbkn org sekeliling yg busuk ati (sowi bhs kasar), org yg baik ati ni (sowi bhs perasan) yg jd mangsa….
iliana telah menulis tentang DR SHEIKH MUSZAPHAR KE TU?. Mari baca!!
Balas komen ini.
insan biasa membalas pada September 13th, 2008 12:08 pm:
hmm..sebenarnya susah kalau nak nak puaskan hati semua org..kadangkala tersilap langkah,kita yang akan menjadi mangsa keadaan..bersabarlah..pasti ada hikmah yang menanti di hujung sana..
sedikit renungan:
H.A.T.I tempat jatuhnya pandangan Allah..jasad lahir tumpuan manusia..utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia..(hehe..ni nasyid sebenarnya..)
insan biasa telah menulis tentang Salam Ramadhan. Mari baca!!
sapik membalas pada June 27th, 2009 12:03 am:
kurang kan aktiviti anda dgn dia
Balas komen ini.
Miza berkata,
April 3rd, 2008 at 4:32 pm
Salam, usaha yang baik…
semoga usaha murni mendapat balasannya…
Balas komen ini.
syafa^^ berkata,
April 30th, 2008 at 1:06 pm
how do u protect ur comp from viruses? ur favourite antivirus? teknologi sana kan canggih2 ni…ajar skt ek en.epan….kat sini virus bermaharaja lela tu…what do u think bout NOD32? bgs ke utk prophylaxys dari kena virus?
Balas komen ini.
apis17 berkata,
May 20th, 2008 at 11:49 am
i think Avira free edition dah cukup bagus utk perlindungan. dapatkan di http://www.free-av.com
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 22nd, 2008 5:14 pm:
Oh, terima kasih Apis17. Baru saya mendengar tentang Avira hari ini. Akan saya teroka cara penggunaannya nanti.
Saya pula gunakan AVG edisi percuma. Boleh dapatkan dengan menaip kata kunci “free AVG download” di enjin carian. Bagi saya AVG lebih stabil memandangkan hampir saban hari perlu dikemaskini.
Walaupun percuma, pakej itu bezanya dengan pakej berbayar tidak jauh berbeza. 5 bintang dari saya.
Balas komen ini.
apis17 membalas pada May 25th, 2008 6:25 am:
p:s/ saya bukan agen penjual Avira tu tapi melalui pengalaman je.. even kaspersky berbayar pun suks.. trust me.. want sample? sorry.. i’ve deleted the sample ok..
Balas komen ini.
syafa^^ membalas pada June 3rd, 2008 12:48 am:
yup…setuju tu apis17…byk virus kat sni AVG xdapat detect…local viruses sini kejam2 tu…harddisc pn sampai rosak…ada yg tau bout NOD32? tgh cr yg free version…hehee O.o
Balas komen ini.
apis17 membalas pada June 3rd, 2008 6:57 am:
Balas komen ini.
SangPelangi membalas pada June 3rd, 2008 3:16 am:
Hohoho.. terima kasih Apis. Memang sangat tepat ulasan awak.
Saya dah cuba Avira dan rupanya ada banyak virus yang tak dapat AVG kesan. Terima kasih kepada Apis.
Syafa patut cuba Avira ni.
SangPelangi telah menulis tentang Sajak: Jerung Retak.. Mari baca!!
Balas komen ini.
sYaFa^^ membalas pada June 18th, 2008 5:58 am:
O.o …..avira keren…..tq en.epan n apis17
Balas komen ini.
hafizan berkata,
May 23rd, 2008 at 6:57 am
hehe..nak tanye camne nak dptkn key yg br utk anti virus kaspersky internet security 7.0.sy punye dh black list hehe..
hafizan telah menulis tentang cuti-cuti malaysia. Mari baca!!
Balas komen ini.
kemala membalas pada May 23rd, 2008 8:56 am:
saudara hafizan,
sy xdpt nk aja awk cr nk dptkn key tu sbb byk iklan gmbar bogel kt ctu. ni sy dh uploadkn utk awk. donlod kt cni je bole http://www.savefile.com/files/1569305
Balas komen ini.
hafizan membalas pada May 23rd, 2008 11:03 am:
thanks kemala..tp sy tak reti la camne nak update key activation die nie.biase la bute it huhu..nway thanks..
hafizan telah menulis tentang cuti-cuti malaysia. Mari baca!!
Balas komen ini.
Tutorial : Poligami Yahoo Messenger berkata,
May 24th, 2008 at 7:03 pm
[...] Ada Masalah? [...]
Suraya berkata,
May 26th, 2008 at 3:26 am
Perihal Kedudukan Islam di jepun
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_04.htm&arc=hive
saja ingin berkongsi.
Suraya telah menulis tentang A Titre de Souverain [kedaulatan]. Mari baca!!
Balas komen ini.
yaadien berkata,
August 3rd, 2008 at 11:02 pm
syok yer stdy kat cna….ooo bleh jd kwn nih…tlg ajar bhs jepun..minta sgt…
Balas komen ini.
iliana membalas pada September 1st, 2008 9:05 am:
sape blh ajar bhs mandrin????? sem dpn kne amk bhs tu…huwaaaaaa~
iliana telah menulis tentang DR SHEIKH MUSZAPHAR KE TU?. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
September 1st, 2008 at 9:02 am
maslah sy adalah….jeng jeng jeng…..universiti utara malaysia ni amk t’lalu ramai international student…sampaikan sy rasa mcm sy yg b’ada d luar negara (hehehe…xyah susah2 g jepun) weeeee~ sowi tuan rumah……
birokrasi kat malaysia ni x abs2….sampai menyusahkan ramai org (terutamanya student)…..cm mane tu……
iliana telah menulis tentang DR SHEIKH MUSZAPHAR KE TU?. Mari baca!!
Balas komen ini.
sapik membalas pada June 27th, 2009 12:15 am:
tolong sy bleh x
Balas komen ini.
shela berkata,
October 8th, 2008 at 1:49 am
camne ye nk lupakn org yg kta syg,..,,..blh jd gileee dibuatnyee…
Balas komen ini.
iliana membalas pada October 12th, 2008 5:46 am:
salam…alamaks…ske plak aku nyibuk kat cni hehe….
cmni la, sy pn pnah alami dan sy rse sume org pnah alami gak….since bnda 2 da blaku dlm idup kte, mustahil tok dlupakan…mcm sejarah la juga, mana ada sejarah yg dlupakan malah sentiasa diulang2 mengingatinya smpai ada subjek khas, sejarah, etnik, kenegaraan n mcm2….sume tu sejarah….
kalau melibatkan org, mmg mkn mse…jgn pakse dri tok melupakan sebaliknya biasakan diri dgn ketiadaan org tu…yg penting, simpan dlm ati sume kenangan manis, buang semua kenangan pahit dan jgn bermusuh atau membenci org tu…
akhir sekali, redha….
p/s : nsb baik baru blh jd….tp jgn smpi btol2 jd ye hehehe…al da best n slmt menghadapi….
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 12th, 2008 8:44 am:
Haha.. sebenarnya aku pun terkedu nak jawab persoalan si Shela ni.
Sebab aku rasa soalan itu cuma boleh dijawab oleh kawan sesama jenis je.
Terimashita (terima kasih + arigatogozaimashita)
Balas komen ini.
iliana membalas pada October 12th, 2008 9:24 pm:
akhir2 ni aku byk jd penasihat la plak…klo tersalah bg nasihat tu, maap la ye…yg ko ni xudah2 dgn kaum sejenis nape??? ni kre masalah gak ni…
Balas komen ini.
sapik membalas pada June 27th, 2009 12:09 am:
kau nangis jee………….. pas 2 kau pergi karaoke…. hahaha……….. tapi yang sebenarnya kau kene igt tuhan banyak2 kerana tuhan itu maha adil lagi maha berkuasa.. sesuatu yang terjadi pasti ada kebaikan nya… yang kau tak tahu
Balas komen ini.
saharman berkata,
October 15th, 2008 at 4:02 am
Terima kasih kerana menyediakan ruang ni…masalah saya adakah saya punya blog ada masalah untuk update wordpress ke version terbaru dalam cpanel dgn fantastico. saya dah cuba update dah keluar erroe mysql data base je. Saya ada buat back up guna ftp untuk public folder dan juga dari back hosting dan selepas tu cuba remove wordpress yang lama dan cuba install yang baru tapi still problem. macam mana nak buat sekarang ni . Apakah cara yang betul untuk install balik setelah buat back up tu. Terima kasih …harap sudi menjawab. blog tu http://www.mhariz.com
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 15th, 2008 4:47 am:
Blog saya ini tak perlu susah-susah untuk upgrade wordpress, sebab saya ada install satu plugin “Wordpress Automatic Upgrade”. Sistem plugin itu akan melakukan segala langkah sukar untuk memudahkan pengguna biasa (termasuk backup SQL database) secara automatik.
Syarat untuk menggunakan plugin ini, kamu mestilah install wordpress ini bukan melalui Fantastico. Tapi install secara manual (iaitu, download ZIP dari laman wordpress, dan upload semula ke dalam public folder)
So, saya nak tanya, blog kamu sebelum ni install melalui fantastico, atau manual melalui FTP/File Manager di Cpanel?
Balas komen ini.
Miza berkata,
October 22nd, 2008 at 10:11 pm
Assalamualaikum semua…….
Saya Miza, boleh saya join dengan sang pelangi ni? Terima kasih sebab sediakan ruangan ini,diharapkan masalah saya dapat dikurangkan. Saya rasa sunyi la dengan pekerjaan saya sekarang ni. Kena jadi seorang yang peramah padahal saya seorang yang tak pandai brgaul, nak jumpa pelanggan la….. Bila la saya dapat kerja baru yang saya betul2 minat nak kerja.
Bagi la nasihat kat saya ni agar meneruskan pekerjaaan saya yang sekarang ni………
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 28th, 2008 12:21 pm:
Kerja mesti ada PHD,
Passion, Hunger, Desire
(baru baca ebook Irfan Khairi bertajuk Mentor Jutawan)
Jutawan Abang Abu mengamalkan prinsip itu. Kalau tak ada tiga ciri di atas, kita takkan bahagia di dalam kerja kita.
http://www.abangabu.com
Balas komen ini.
Panda membalas pada October 28th, 2008 10:53 pm:
mmg mudah untuk orang lain memperkatakannya tetapi sukar bagi orang yang mengalaminya. ini ditambah pula dengan sikap bapa yang memaksa anaknya dengan sesuatu yang bercanggah dengan minat anaknya,dan juga sunyi yang menemani dirinya sepanjang waktu. sesuatu yang diharapkan tidak kunjung tiba tetapi sesuatu yang tidak dinanti hadirnya tanpa diduga. semua yang diharapkan hancur berkecai seperti serpihan kaca yang jatuh ke bumi.
Balas komen ini.
X-FaR berkata,
October 28th, 2008 at 4:48 am
Salam dan selamat kpd Sang Pelangi….
Bz lagi ker skarang?? Blh x ajar cara nk promote service design?? (pada hujung minggu) dan tips untuk pelajar SPM???
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 28th, 2008 12:14 pm:
Salam.
Tips untuk pelajar SPM, aku bukanlah ahlinya. Sudah banyak bertimbun-timbun sumber motivasi yang ada. Kalau mahukan dariku, pasti sama saja isinya dengan mereka. Hihihi.
SPM ku tidak begitu cemerlang untuk dijadikan rujukan. Seperti yang aku nasihatkan pada adik aku juga, belajar itu cuma kepuasan menuntut ilmu Allah. Jalan hidup tidak tercetak di slip keputusan nanti.
Cara nak promote service tak ada masalah. Boleh diajar. Tapi, diajar selepas SPM lah.
Boleh?
Balas komen ini.
X-FaR membalas pada November 11th, 2008 11:42 am:
Salam……
Kaifahaluka??? Sihat..
Thanks……. Arigato!!! I’ll try my best!!!!
Insyaallah…… 14A1 SPM 2009>>>>
Blh ajar x cara nk buat duit dgn Internet sbb sy b’hajat nk join Darul Digital lepas SPM…
Bayarannya lebih kurang RM 1600 utk 2 bulan.
Harap2 ko x kenakan sebarang bayaran….. hehehe>>>
WISH ME LUCK SPM 2009
Balas komen ini.
pipit berkata,
November 2nd, 2008 at 4:40 am
salam….n selamat petang…
critanya mcm ni…
aku ade sorg kwn yang agk baik dgn aku sejak sthn yg lalu…dia housemate aku tapi skrg ktorg xmcm dulu lagi…hal ni sebab sblm pose ari tu aku tak tahu knape kwn aku sorg ni mrh btl dgn aku…tiime2 aku nk p kuar dgn kwn aku yg lain…aku tnya dia brng aku dia ade smpn kat mane..aku tnya dia elok2.pastu dia bgtahu..aku ckp aku xjumpe…pastu dia bngun sambil marah dia pn tunjuk brg aku..aku ckp kat dia td ckp kt lain…aku xksh pn die slh bgtahu tp aku kck ati yg dia nk mrh2 aku xtntu pasl knpe?aku dh ckp lek lok dgn die…lps peristiwa2 aku jd xmesra mcm dulu lg…kdg2 aku tegur die bt don’t know je…time raya aku ade htr gk ucapan kt dia tapi dia lyn.aku pk mybe die xde krdt time2…
aritu dia senyum dkt aku…aku pn tgur die…ktorg bebaik balik time2….tp aku xrase mcm dulu lg…kdg2 skrg ni kalo aku terserempak dgn die dlm umh die mcm nk elakkn diri je drp aku….aku pn xphm dgn die…kdg2 die snyum kat aku n tegur aku…tp bler kwn2 die ramai2 dtg umh die msamkan muke kat aku….aku tak tahu nak bt ape skrg…aku tkut die akn slh phm kalo aku tnye dia knape die brskap mcm2 ..aku tak tahu nak puaskan hati org lain mcm mana lagi…
Balas komen ini.
hafizan membalas pada November 18th, 2008 11:51 am:
jawapan aku..
camnie la.baik ko biasakn diri dgn perbuatan die tu.sbb maybe die akan ulang bnda nie beberapa kali @ selama-lamanye. so,jgn la pendam dlm ati ape yg die wat tu.tp terima jer.lame2 die akan sedar kalo tgk ko ttp baik dgn die. bg die mase utk legakn ape yg tersimpan dlm hati die tu. die mgkn ade terasa dgn ko. maybe ade perbuatan ko yg bg org len biasa tp bg die menyakitkn dan bile bnda tu dikumpul lame2, tu yg die wat perangai tue. time ok,ok la.time tak ok,die masam la..lg satu tak salah kite mintak maaf w/pn kite tak wat salah ape2. kalo ko mintak maaf kat die,die akan malu sndiri. so,ape2 pn tindakan ko pastikan bnda tu baik.jgn skali2 bls perbuatan die dgn kejahatan. makin teruk nnt..selamat berjaya…
Balas komen ini.
lalat berkata,
November 13th, 2008 at 2:23 am
salam…
sy nak mintak pendapat nih..sy ada sorang kawan pompuan yg baik hati sgt..mmg takde apa masalah lah kiranya kalo kawan ngan dia nih.. tapi satu je yang sy ralat skit..cara dia berpakaian terutamanya bila dia kuar dating.. memula sy tk kesah kalo nak pakai skirt ke short jeans ke kalo setakat lutut cam tuh tapi bebaru nih skirtnya dah makin tinggi.. saya sebenarnya sayangkan dia tapi cuma tak gemar bila pakaian nya cam gitu.. nak tegur segan abes nak buat cam mana ek..
Balas komen ini.
bintang bercahaya berkata,
November 18th, 2008 at 9:20 am
Assalamualaikum,
dah lama saya ternampak ruangan ada masalah ini tapi baru kini terbuka untuk meluahkan masalah.
Saya punya satu masalah dimana saya ada seorang kawan yang selalu sangat menyakiti hati saya. Dia selalu sangat menghina saya dgn pelbagai perkataan yang amat menyakitkan hati (rasanya tak perlu saya sebutkan perkataan- perkataan itu) dan kadang2 bila saya ada buat kesalahan yang walaupun sedikit, pelbagai makian akan keluar dari mulutnya. Mmg ramai teman2 yang mengakui sikapnya yg panas baran. Nasihat saya sukar diterimanya.Katanya lagi saya suka berlagak bagus.
Mula-mula saya sabar dengan sikapnya kerana saya sayangkan kawan saya. Namun semakin hari perasaan sabar yg saya simpan menjadi sakit hati yang teramat dan akhirnya menjadi dendam… saya mula membalas setiap apa yang dia katakan pada saya dan sesekali saya pula yang menghinanya…
andai ada yang tahu bagaimana hendak membuang perasaan dendam ini, harap2 sudilah membantu..saya mahu berubah kerana dendam ini menjadikan saya bukan diri saya yang sebenar…
Balas komen ini.
bintangtimur membalas pada April 28th, 2009 10:34 pm:
hai sahabat,
apa nama kawan jika selalu menyusahkan,saya rasa ada baiknya orang sebegitu dihindari. ingat satu pesanan, jika kita berkawan dengan orang baik, kita berpotensi untuk jadi lebih baik. tapi jika akrab dengan orang yang tak baik, dengan kita kita sekali orang pandang tak baik, walaupun kita tak buat jahat. got my message?
Balas komen ini.
sapik membalas pada June 27th, 2009 12:11 am:
awak kene buat kelakar… baru lah dia x jadi marah.. hahahaha……..
Balas komen ini.
alqasam berkata,
November 22nd, 2008 at 7:35 pm
Salam en Irfan.
Boleh ke tumpang tanya, macam mana nak buat folder untuk link-link kita macam di Saifulislam tu. Ke kena ada domain sendiri?
Terima kasih.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 22nd, 2008 8:09 pm:
Oh, itu menggunakan plugin bernama Wp-dTree (link) Boleh tengok screenshot di sana. Plugin wordpress cuma boleh dipasang pada blog yang dihost sendiri.
Saya tak tahu blog kamu di Hadithuna itu boleh dipasang plugin. Kalau boleh, sila rujuk di link yang saya sertakan di atas. Kalau tak boleh, kamu boleh membuat permintaan pada pemilik Hadithuna di link ini.
Harap membantu.
Balas komen ini.
alQasam membalas pada November 25th, 2008 10:18 pm:
Salam.
Saudara, terima kasih atas meluangkan masa memberi respon dan membantu. Ana dah download, tapi tak tahu macam mana nak exceprt dari file yang didownload ke plugin Hadithuna. Banyak sangat filenya wp-dTree yang diambil tu. Maaf, memang quite ignorant sikit bab-bab ni. Tak mengapa, mungkin tangguh dulu hal ni. Terima kasih sekali.
Balas komen ini.
cacimp0k0D0t berkata,
February 3rd, 2009 at 8:19 pm
ada cadangan tak tentang movie-movie yang best ditonton untuk gathering ? movie yang santai tapi berisi macam ‘kiamat sudah dekat’ ke? (tapi ni dah selalu sgt org tonton), tak kira dari negara mana pun, kalau ada sari kata oklah. ada cadangan ? terima kasih
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 4th, 2009 6:57 am:
Maaf sebab lambat bertindak. Sebab tak ada idea lagi nak menjawab. Kali ni, cadangan yang dapat saya beri, adalah filem bertajuk Tjoet Njak Dhien. Saya rasa ianya bagus untuk ditonton beramai-ramai.
Maaf kalau gathering sudah lama berlalu. Nanti lain kali buat gathering lagi sekali ya. Hehe.
Balas komen ini.
cacimp0k0D0t membalas pada March 15th, 2009 6:54 am:
terima kasih ya, filem ni memang berisi, menimbulkan perbincangan hangat di kalangan penonton
Balas komen ini.
EIQA berkata,
March 4th, 2009 at 4:14 am
askum..
sy bru dpt tau psl web ni. sy student mekatronik di sbuah IPTA di M’sia. sy perlukan idea untuk final projek sy. sbb proposal kami sblum ni dah kne rject. so mintak jasa baik anda untuk beri pendapat atau idea..thanks
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 4th, 2009 7:11 am:
Wassalam Eiqa.
1. Boleh terangkan lanjut ciri-ciri projek kamu yang ditolak itu? dan kenapa ia ditolak?
2. Walaupun saya bukan berlatar belakangkan robotik (saya bidang elektronik), tapi dari pembacaan, saya berpendapat robot yang berupaya bantu manusia dalam kerja berbahaya mudah dapat perhatian.
Contoh: Robot tahan lasak, untuk mangsa gempa. Atau, robot kalis api dan tahan panas, untuk mangsa kebakaran. Atau robot boleh berenang untuk selamatkan orang lemas (sekadar cadangan picisan dari saya).
3. Kena datangkan ciri-ciri terbaru dan unik dalam setiap penciptaan.
Contoh yang belum ada (mungkin), robot yang dapat kenal bau, kenal warna (dah ada rasanya), atau robot yang boleh terjemahkan suara kepada teks. Err.. tak pasti idea ini sepatutnya untuk penuntut bidang IT, atau bidang mekatronik. Tapi dua bidang ini saling banyak membantu.
Balas komen ini.
arabella berkata,
June 30th, 2009 at 2:28 am
sy sbnrnya ada mslh cinta tp xtau nk hadapinya.. hope sangpelangi dpt membntu..
Balas komen ini.
aishah berkata,
July 4th, 2009 at 11:19 pm
salam…boleh tak saya dapatkan emel address ustzh siti norbayah..TQ
Balas komen ini.
zuliana faaizin.. berkata,
July 16th, 2009 at 9:44 am
maafkan saya kerana bahasa sms……
sya ada msalah sama kwan…..
dia sorang lelaki…………
skrang,,sya tdak tahu,siapa yg salah dan siapa yg betul……
saya ingin memohon maaf padanya……
bagaimana ya??
sad gurl here….
Balas komen ini.
fyza berkata,
August 6th, 2009 at 11:28 pm
Assalamualaikum…
Di sini, saya ingin berkongsi masalah dan harap saudara dapat menolong saya serba sedikit..
Saya seorang perempuan yang pernah bertunang dan skang hubungan bersama bekas tunang tetap sama…kami berpisah bukan kerana org ke-3, bukan kerana ego..tp mungkin kerana ujian hidup..kami meredhoi perpisahan kami ni..di mata orang lain, kami masih bersama kerana keakraban kami selepas putus..namun hati ini hanya kami je yang tahu.
Masalah saya skang ni, ada cinta datang lagi dalam diri sy dan sy sudah pun memaklumkan pada yang baru sy pernah bertunang..saya masih keliru ngn cinta yang ada skang..dlm ms yang sama sy xsanggup nak melukakan hati bekas tunang sy ngn memberitahu saya sudah mengenali seorang lagi lelaki selain dia..wlupun da putus, saya masih lagi xsanggup melukakan hati dia..sekarang saya dlm di lema..bekas tunang sy berkata, “kalo ada jodoh tahun depan kita kawin”..dan seorang yg baru hadir ni pulak..”tahun depan saya masuk meminang” saya penin dilemma 2 lelaki..mmg sy lebih mengenali bekas tunang saya dr yang baru ini..tp yang bru ni membuatkan saya suka dia adalah..dia dapat membimbing saya…bukan sy nk ckp bekas tunang xbimbing saya..dua2 terlalu baik pd saya..
Saya harap, saudara dapat menasihatkan ataupun ape2 pun la pada saya ni agar saya tidak hidup terus dlm dilemma..saya sayangkan bekas tunang dan sayang yang baru nie..saya mahukan perkahwinan saya..tapi dengan sapa? Ape yang sya mohon agar Allah sentiasa memberikan teman yang boleh membimbing dan mendidik saya…
Balas komen ini.
blup berkata,
September 14th, 2009 at 9:06 pm
salam..
sorry klu gune bahasa sms..actually i’m one of your fren..sy tahu kamu pernah menuntut d UTMKL n melanjutkan pengajian dlm bidang engineering..tp ble tgk ur page ..i’m little bit suprise
..coz kamu bisa berbicara seperti seorg penulis..lepas membaca ur blog..baru sy tahu kamu sudah menukar kerjaya…syabas
kerna mampu memilih kerjaya bedasarkan pada bakat n minat yg dianugerahi ilahi..coz sekarang ramai yg beranggapan..bidang sastera tidak sehebat bidang science..sometimes.kte dilahirkan dgn bakat yg tertentu…namun akibat terlalu inginkan glamour dan mengikut tren..kte abaikan bakat yg dberikan…taniah..
Balas komen ini.
rizal berkata,
November 15th, 2009 at 10:25 pm
A’kum.d mana sy bole cari kedai kamera 2nd hand sekitar lembah klang?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:38 pm:
Entahlah Rizal. Saya cuma tahu kedai di Jalan Pudu. Lain tidak.
Balas komen ini.
perempuan berkata,
January 23rd, 2010 at 3:43 am
bolehkan sy berkongsi masalah rumahtangga disini..
saya sudah 4 tahin berkahwin.. ada seorang anak .. sy mempunyai masalah dengan suami.. saya amat sunyi kerana kurang mendapat belaian dari suami .. dan kami jarang bersama .. saya selalu menangis apabila suami saya bersikap dinggin dengan saya. sudah beberapa kali saya cuba meluahkan rasa hati saya .. tapi suami masih tidak berubah .. apabila saya merajuk @ marah barulah suami dtg menyentuh saya .. saya tidak tahu apa yg silap pada saya .. kerana saya sudah pun melakukan tanggungjawab saya sebagai isteri ..
Balas komen ini.
nurul berkata,
February 5th, 2010 at 10:36 pm
mcm mane nak wat robot…. nie tuk final projek… ape yang kite perlu tau dulu sebelum nak cipta robot.
Balas komen ini.
ngexz berkata,
February 14th, 2010 at 10:45 pm
hai..boleh tolong tak macam mana nak buang virus yang dalam yahoo messenger tuh..dia akan auto anta URL kat other list member dalam YM..tolong..plishhh
Balas komen ini.