Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009
Barisan Pemenang dan Ulasan Juri (klik sini)
Perhatian! Ini adalah iklan.
SangPelangi diajak oleh seorang sahabat untuk sama-sama menganjurkan pertandingan ini. Pertandingan ini tidak bertujuan spesifik, melainkan meluaskan kenalan di kalangan penulis blog, di samping mengeratkan persahabatan sesama kita. Walaupun hadiahnya tidak selumayan yang dijangkakan, dari semasa ke semasa, saya dan sahabat akan berusaha menambahkan nilaian hadiah untuk menggalakkan penyertaan. (Jika ingin menjadi penaja, segera hubungi saya, ya.)
Pertandingan bermula secara rasmi pada hari ini. Jadi, tuliskan sesuatu di blog anda untuk meluah rasa yang jujur berkenaan ayahanda kalian. Kemudian, hantarkan pautan (link) entri anda itu di ruangan komentar di bawah, atau menggunakan borang ini.
*Setiap pemenang dianugerahkan satu banner seperti di bawah ini untuk diletakkan di bahagian tepi blog sebagai tanda penghargaan dan peringatan dari kami.
1 Hadiah Utama (satu pemenang)

- Wang Tunai RM100
5 Hadiah Penghargaan (Saguhati)

- Wang Tunai RM20
Syarat-syarat penyertaan:
1. Warganegara Malaysia. (Tidak kira di planet mana.)
2. Mempunyai sebuah blog, tidak kira dalam bahasa apa pun. (Percuma, atau berbayar bukan isunya.)
3. Entri untuk tujuan penyertaan wajib ditulis dengan Bahasa Melayu. (Singkatan SMS sangat dilarang.)
4. Entri berkisar jasa seorang ayah, pengorbanan, kisah suka duka, dan segala yang berkaitan dengannya.
5. *Entri haruslah ditulis pada tahun 2009.
6. Tarikh tutup adalah 12 tengahari (waktu Malaysia) Isnin, 15 Jun 2009. Senarai lengkap peserta akan diumumkan pada keesokan harinya iaitu 16 Jun 2009, manakala pemenang akan diumumkan pada 25 Jun 2009 di blog ini juga. Jadi, pastikan anda tidak silap menulis alamat emel anda supaya mudah dihubungi oleh kami nanti.
Kaedah Pengadilan:
1. Teknik dan gaya penulisan adalah bebas.
2. Anda tidak diberi markah tambahan untuk tatabahasa dan gaya bahasa yang betul, bahkan tidak ditolak jika salah.
3. Keseluruhan markah dinilai dari segi kreativiti, unik, dan mengesankan pembaca.
4. Elakkan tulisan dengan warna yang pelbagai, serta besarkan tulisan untuk memudahkan pembacaan.
Pengadil:
Bro Rudy, dari Bluehikari.com
Selamat Menulis!
Yang Menjemput,
Irfan Jani
Barisan Peserta (Diluluskan):
http://suaradimindaku.blogspot.com/2009/06/rindu-ayah.html
http://wnadila.blogspot.com/2009/06/entri-untuk-abah-saat-ini.html
http://silangbunga.blogspot.com/2009/06/1991.html
http://edahadiaron.blogspot.com/2009/06/abahku.html
http://art-atin.blogspot.com/2009/06/irama-bicara-buat-ayahda.html
http://thecutestprincess.blogspot.com/2009/06/ayah-kau-teristimewa.html
http://yourdrugbuddy.blogspot.com/2009/05/dia-sibuk-survey-hotel-di-bali-nak.html
http://yourdrugbuddy.blogspot.com/2009/04/anak-bapak.html
http://qausuquzah.blogspot.com/2009/06/abahku-garangnya-sayang-lelaki-hidupku.html
http://silentmuffler.blogspot.com/2009/06/bapa-oh-bapa.html
http://e-leeyana.blogspot.com/2009/06/kamu-tetap-ayah.html
http://labudancendawan.blogspot.com/2009/06/tulang-dan-kipas.html
http://nathirah.blogspot.com/2009/06/warkah-buat-ayah.html
http://arnamee.blogspot.com/2009/06/mehnah.html
http://myconcretebed.blogspot.com/2009/06/abahbukan-macam-itu.html
http://tintaharian.blogspot.com/2009/06/berbalah-dengan-autoriti.html
http://nurnana.wordpress.com/2009/06/14/doa-buat-ayah/
http://monologhillman.blogspot.com/2009/06/sila-tabik-bapak-saya-sekarang.html
http://sudahtertulis.blogspot.com/2009/06/ku-sayang-kepadamu.html
http://putrimahsuri.blogspot.com/search/label/pertandingan
http://fansurina.blogspot.com/2009/06/bakal-21-jun.html
http://izzyzatt.blogspot.com/2009/06/oh-abah.html
http://joegrimjow.blogspot.com/2009/02/cinta-penggali-kubur.html
http://sophieamr2508.blogspot.com/2009/06/keringat-tua.html
http://lifeofthestoryteller.blogspot.com/2009/05/abang-tolong-janji-dengan-ani-jagakan.html
http://heartz2heartz.blogspot.com/2009/05/ayah.html
http://najwashaari.blogspot.com/2009/04/kasih-seorang-ayah.html
http://aurisshaira89.blogspot.com/2009/06/saya-nak-jadi-macam-dia-boleh.html
http://keciks.wordpress.com/2009/06/13/kerna-ayah-pergi-dulu/
http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/bicara-syurga-di-telinga-bicara-azab.html
http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/siapa-yang-tolak-saya-jatuh-sungai-ada.html
http://najiroku.blogspot.com/2009/06/hari-untuk-abah.html
http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/dalam-diam-dia-berbicara-dan-mendidik.html
http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/apakah-pula-yang-kita-hadiahkan-pada-si.html
http://sahabat83.blogspot.com/2009/06/kehilangan.html
http://dewan-karut.blogspot.com/2009/05/bapak.html
http://bluetulipprincess.blogspot.com/2009/06/abah-kangen-sekali.html
http://zurinamore.blogspot.com/2009/06/ayah-saya-yang-pendiam.html
http://anismadihah.blogspot.com/2009/06/kisah-seorang-lelaki-bergelar-bapaku.html
http://cerpen-nathirah.blogspot.com/2009/06/andai-ku-tahu.html
http://kitatulis.blogspot.com/2009/06/cerpen-ayah-tak-pandai.html
http://nahwannurhidupku.wordpress.com/2009/06/08/dua-buat-kekasih-ayah/
http://nur-lulu.blogspot.com/2009/06/aku-kan-anak-ayah.html
http://srikandiputri.blogspot.com/2009/05/aku-anak-cikgu-dedikasi-hari-guru-bhgn.html
http://srikandiputri.blogspot.com/2009/05/aku-anak-cikgu-dedikasi-hari-guru-bhgn_20.html
http://rozinorazali.com/v8/2009/06/horizontis/
http://aie-akaike.blogspot.com/2009/06/doa-untuk-ayah.html
http://hairieusoff.wordpress.com/2009/06/04/sebuah-rasa-untuk-abah/
http://studiomuslim.com/tazkirah/kembara/di-sebalik-marahnya-abah/
http://sesuatuantarawaktu.blogspot.com/2009/06/selamat-hari-bapa.html
http://karyacerpennorgadis.blogspot.com/2009/06/selamat-hari-bapa.html
http://mahirahabd.blogspot.com/2009/04/selamat-hari-lahir-ayah.html
http://nuruddin83.wordpress.com/2009/05/26/singgah-dan-pulang%E2%80%A6/
http://dingin.blogspot.com/2009/06/cinta-kita-sebagai-anak.html
http://gigagurlz.blogspot.com/2009/06/sayang-abahku-sayang.html
http://oldbooks8.blogspot.com/2009/06/ini-cerita-saya-punya-superman.html
http://sepixituxindah.blogspot.com/2009/06/papa-mu-papa-nya-papa-ku-jua.html
http://interpretasi.blogspot.com/2009/06/arkib-gambar-ayah.html
http://masihmanusia.blogspot.com/2009/05/entri-untuk-ayah.html
http://catatanseorangkontraktor.blogspot.com/2009/05/hari-bapa-walau-aku-benci-papa-ku.html
http://cuakteam.blogmas.com/2009/05/28/untukmu-ayah/
http://mehatelife.blogspot.com/2009/05/ayah-saya-garangayah-awak.html
http://emneyya.blogspot.com/2009/05/layang-layang-mencari-tali.html
http://mulabelajarhentimimpi.blogspot.com/2009/03/titipan-buat-yang-tersayang.html
http://faredsyauky.com/2009/05/26/bapaayahabah/
















famia berkata,
May 25th, 2009 at 6:13 am
wah, irfan!
bagus ini. kempen menulis seMalaysia. tak sabar nak baca entri peserta.
famia telah menulis tentang Tolonglah, Aku Bukan Lelaki Sejati. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2009 5:11 am:
Barisan peserta sudah dikemaskini. Jangan lepaskan peluang untuk membaca perkongsian mereka, dan jangan lupa, saling berkenalan juga, ya.
Balas komen ini.
izzy berkata,
May 25th, 2009 at 6:22 am
wah! menarik! akan dipertimbangkan!
izzy telah menulis tentang i’ll just be me.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2009 5:14 am:
Tik tok tik tok.. masa terus berlalu. Jangan terlepas, menyesal nanti. Huhu.
Balas komen ini.
kN berkata,
May 25th, 2009 at 7:22 am
untuk ibu pula?
kN telah menulis tentang Two in a Row!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 26th, 2009 4:53 am:
Aku sudah agak, akan ada soalan begini, tapi maaf, aku tak mampu menjawabnya.
Balas komen ini.
ain fathihah berkata,
May 25th, 2009 at 8:55 am
wahh, bagusnya. kebetulan saya sudah ada entri berkenaan pengalaman saya mempunyai bapa seorang guru,
insyaAllah…akan diperkemaskan lagi entri tu untuk saya sertai pertandingan entri yang menarik ni.
ain fathihah telah menulis tentang Abu (bukan nama sebenar). Mari baca!!
Balas komen ini.
faha mieza berkata,
May 25th, 2009 at 9:20 am
InsyaAllah akan ada entrinya walaupun bukan tujuan untuk pertandingan ni…
tapi pe pun, usaha yang bagus dalam melatih bloggers semua mengarang….
faha mieza telah menulis tentang ~Selamat Hari Lahir Qila..~. Mari baca!!
Balas komen ini.
faisal berkata,
May 25th, 2009 at 9:46 am
salam…
bagus2..aku akan cuba…
faisal telah menulis tentang Women: A Woman Perspective. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2009 5:20 am:
Bagus.. bagus.. aku tak sabar nak baca karyamu.
p/s: Aku sedang membaca habis entri blogmu. Baru tahu kamu sudah lama menulis. Low profile rupanya ya. ;>
Balas komen ini.
Balqis berkata,
May 25th, 2009 at 11:07 am
Assalamualaikum,
Wah… Menarik sungguh – julung-julung kali pertandingan seumpamanya diadakan – menarik!
Mahu sertai, tapi sayang sekali bulan Jun itu saya sedang dalam musim peperiksaan. Sedih!
Tidak mengapalah, kalau saya masuk, adalah entrinya, kalau tidak – saya jadi penyokong kepada mereka-mereka yang mahu sertai sahajalah.
Ayuh, sahabat-sahabat! Jangan lepaskan peluang menarik ini. Bukan selalu
SangPelangi baik hati begini!mendapat peluang baik begini! Ampun, SangPelangi.Apa pun, tumpang berbesar hati atas inisiatif sebegini – di samping mengasah bakat terpendam, turut jua memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan bloggers. Tahniah SangPelangi dan rakan!
Saya doakan semoga usaha kamu semua berjaya, InsyaAllah!
Balqis telah menulis tentang Chantek air Dzur-Dzur. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2009 5:52 am:
Baiklah. Saya juga turut berdukacita kerana kamu tak dapat nak sertainya. Semoga di lain kali kamu masih berkesempatan.
Balas komen ini.
Flitz berkata,
May 25th, 2009 at 9:27 pm
Bagus…kepingin untuk hantar. cuma cuba cuba memeriahkan suasana pertandingan dengan isi entry yang pelbagai rasa. mimpi untuk menang? aku tak mahu mimpi…hihihi
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2009 5:54 am:
Saya menunggu penyertaan dari kamu, ya Flitz. Walau tak bermimpi untuk menang, kamu masih selangkah tapak ke arah itu.
Balas komen ini.
iliana berkata,
May 25th, 2009 at 11:02 pm
jika tak perlu diletakkan di blog mungkin saya lebih berani untuk turut serta
iliana telah menulis tentang PERLU KE?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2009 5:57 am:
Oh seperti penyertaan pertandingan esei di sekolah dulu? Kenapa agaknya ya?
Balas komen ini.
Qalam berkata,
May 26th, 2009 at 10:32 am
ah, ingin sekali aku turut sama mencoretkan pengalamanku bersama insan bernama ayah.hmm..akan dipertimbangkan dahulu
apapun, Selamat Hari Bapa buat insan yang bergelar ayah/bapa/papa/sebagainya
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
May 26th, 2009 at 10:59 am
Kepingin untuk turut serta, tetapi aku sedang bergelumang dalam buku kini, peperiksaan berbaris menantikan aku.. @_@
Tetapi.. masih boleh dipertimbangkan…
Balas komen ini.
abrar berkata,
May 28th, 2009 at 12:05 am
sudah dibuat entrinya.. ini pautannya http://tinyurl.com/p74wyf
abrar telah menulis tentang untukmu ayah. Mari baca!!
Balas komen ini.
en_me berkata,
May 28th, 2009 at 8:38 pm
kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. salamm jumaat
Balas komen ini.
Ruqaiyah berkata,
May 29th, 2009 at 5:13 am
Entri Hari Bapa. Ini pautannya ~~ http://lifeofthestoryteller.blogspot.com/2009/05/abang-tolong-janji-dengan-ani-jagakan.html
Ruqaiyah telah menulis tentang Demi kasih Abah... Mari baca!!
Balas komen ini.
eDa berkata,
May 29th, 2009 at 9:34 am
wah..sangat menarik..bagus usaha anda itu Irfan..
sebagai tanda sokongan saya turut mempromosikan ke dalam blog saya..
harap dengan keizinan (tapi dh letak dh..hehe)
eDa telah menulis tentang Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009. Mari baca!!
Balas komen ini.
aie akaike berkata,
May 29th, 2009 at 10:50 pm
usaha yang murni.
mahu cuba juga la.
aie akaike telah menulis tentang Sebelum, semasa dan selepas tidur, aku senyum kerana teringat…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
May 31st, 2009 at 11:39 am
Irfan, terima kasih menjemputku. Telah ku penuhi permintaanmu.
http://interpretasi.blogspot.com/2009/06/arkib-gambar-ayah.html
PS: ABC satu!
Nooreena telah menulis tentang Arkib Gambar Ayah. Mari baca!!
Balas komen ini.
dingin berkata,
May 31st, 2009 at 2:04 pm
Wow
wang tunai,
kekayaan, harta, dunia, dan nama
ok, aku masukkan aku sekali
http://dingin.blogspot.com/2009/06/cinta-kita-sebagai-anak.html
Balas komen ini.
jerangkung berkata,
May 31st, 2009 at 8:18 pm
Menarik ni. Saya nak ikut.
Balas komen ini.
jerangkung berkata,
May 31st, 2009 at 11:54 pm
saya nak daftarkan orang punya, sebab saya suka baca blognya. boleh?
Balas komen ini.
Dianah berkata,
June 1st, 2009 at 5:13 am
Salamu Alaikum… Saya nak join juga pertandingan ni, boleh? Link kat nama saya adalah alamat artikel tu.. terima kaseh..
Dianah telah menulis tentang Singgah dan pulang…. Mari baca!!
Balas komen ini.
sophie berkata,
June 1st, 2009 at 9:09 pm
inilah hasilku..
http://sophieamr2508.blogspot.com/2009/06/keringat-tua.html
Balas komen ini.
adawiah.zaini berkata,
June 2nd, 2009 at 2:49 pm
salam. saya ada sediakan satu entri untuk pertandingan ni.
terima kasih sebab anjurkan pertandingan, rasa bersemangat bila teringatkan abah. hehe
http://gigagurlz.blogspot.com/2009/06/sayang-abahku-sayang.html
adawiah.zaini telah menulis tentang sayang abahku sayang. Mari baca!!
Balas komen ini.
Mahirah Abd berkata,
June 3rd, 2009 at 12:26 am
nak join…tapi macam mane yer..??
tapi saya dah karang dah…bukak blog sy yer…
http://mahirahabd.blogspot.com -TQ-:mrgreen:
Mahirah Abd telah menulis tentang Minggu Hari Guru-KHAMIS (Part 3). Mari baca!!
Balas komen ini.
Norgadis Labuan berkata,
June 3rd, 2009 at 1:13 am
Saya baru jumpa blog ini, nampaknya ada pertandingan yang menarik, jadi saya pun cuba buat…
http://karyacerpennorgadis.blogspot.com/
Norgadis Labuan telah menulis tentang Selamat Hari Bapa. Mari baca!!
Balas komen ini.
siti jenar berkata,
June 3rd, 2009 at 2:06 am
hi!
ini entri saya, harap2 okey lahhh yer:
http://sepixituxindah.blogspot.com/2009/06/papa-mu-papa-nya-papa-ku-jua.html
siti jenar telah menulis tentang papa mu, papa nya, papa ku jua. Mari baca!!
Balas komen ini.
MeLL berkata,
June 3rd, 2009 at 3:17 am
irfan ini entri hari bapa:
http://sesuatuantarawaktu.blogspot.com/2009/06/selamat-hari-bapa.html
MeLL telah menulis tentang SeLamat HaRi BaPa. Mari baca!!
Balas komen ini.
Azree Hanifiah berkata,
June 3rd, 2009 at 5:43 am
Wah, saya sangat menyokong pertandingan sebegini! Ini entrinya tuan Irfan:
http://studiomuslim.com/tazkirah/kembara/di-sebalik-marahnya-abah/
Azree Hanifiah telah menulis tentang Di Sebalik Marahnya Abah. Mari baca!!
Balas komen ini.
Di Sebalik Marahnya Abah – studiomuslim.com berkata,
June 3rd, 2009 at 5:44 am
[...] Nota: Entri ini ditulis juga untuk menyokong pertandingan yang dianjurkan seorang sahabat di sini. [...]
joegrimjow berkata,
June 3rd, 2009 at 6:20 am
http://joegrimjow.blogspot.com/2009/02/cinta-penggali-kubur.html
nak join jugakkk
Balas komen ini.
faizburn berkata,
June 3rd, 2009 at 9:41 pm
Salam all bloggers..
aku tertarik nak masuk pertandingan ini. Saja seronok-seronok berkongsi fakta-fakta tentang dunia keABAHan.. ok hope u guys enjoy it.
http://faizburn.blogspot.com/2009/06/abah.html
faizburn telah menulis tentang ABAH. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 9th, 2009 8:13 pm:
Terima kasih, Faizburn, kerana berminat untuk menyertai kami semua. Cumanya, pastinya lebih indah kalau Faizburn dapat mengurangkan (atau meniadakan terus) bahasa rojak di dalamnya. Selepas kamu ubah semula, beritahu saya ya. Nanti saya akan mengemaskini barisan peserta.
Balas komen ini.
anis berkata,
June 4th, 2009 at 12:15 pm
suka n3 layang2 cari tali ..
Balas komen ini.
HE berkata,
June 5th, 2009 at 3:45 am
Tuan,
ini entri saya untuk join jugak..boleh kan?..hehe
http://hairieusoff.wordpress.com/2009/06/04/sebuah-rasa-untuk-abah/
HE telah menulis tentang Simpan Balik. Mari baca!!
Balas komen ini.
izzy berkata,
June 5th, 2009 at 9:14 am
Irfan,
ini entri saya!
http://izzyzatt.blogspot.com/2009/06/oh-abah.html
walaupun ringkas, tapi sangat dalam maknanya bagi saya.
izzy telah menulis tentang oh abah.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nurlulu berkata,
June 6th, 2009 at 3:54 am
Nurlulu telah menulis sebuah entri yang berisi 585 buah perkataan untuk menyokong pertandingan ini. Anda dialu-alukan untuk singgah ke laman saya
http://nur-lulu.blogspot.com/2009/06/aku-kan-anak-ayah.html
Terima Kasih Saudara Irfan!
Nurlulu telah menulis tentang Aku Kan Anak Abah. Mari baca!!
Balas komen ini.
ain fathihah berkata,
June 6th, 2009 at 8:38 am
ini entri saya
http://srikandiputri.blogspot.com/2009/05/aku-anak-cikgu-dedikasi-hari-guru-bhgn.html
dan
http://srikandiputri.blogspot.com/2009/05/aku-anak-cikgu-dedikasi-hari-guru-bhgn_20.html
ain fathihah telah menulis tentang aku musykil. kalian?. Mari baca!!
Balas komen ini.
JinGGa berkata,
June 8th, 2009 at 7:59 am
Tak Tahu cara nak menghantarnya jadi saya letak url untuk entri saya bertajuk “Ayah Tak Pandai” di sini
http://kitatulis.blogspot.com/2009/06/cerpen-ayah-tak-pandai.html
JinGGa telah menulis tentang Cerpen – Ayah Tak Pandai. Mari baca!!
Balas komen ini.
fanramli berkata,
June 8th, 2009 at 5:04 pm
salam saudara irfan.
nampaknya, semakin banyak penyertaan dr people around. ini entri drpd saya. sekiranya kamu ada masa utk menjenguk setiap link peserta² terdahulu.
jzkk!
http://fansurina.blogspot.com/2009/06/bakal-21-jun.html
fanramli telah menulis tentang bakal 21 jun : selamat hari bapa.. Mari baca!!
Balas komen ini.
rozinorazali berkata,
June 9th, 2009 at 1:33 am
salam.
sekadar memeriahkan lagi sambutan hari bapa.
http://rozinorazali.com/v8/2009/06/horizontis/
rozinorazali telah menulis tentang horizontis. Mari baca!!
Balas komen ini.
aie akaike berkata,
June 9th, 2009 at 2:59 am
saya juga mahu menghargai ayah saya.
http://aie-akaike.blogspot.com/2009/06/doa-untuk-ayah.html
aie akaike telah menulis tentang Doa untuk ayah. Mari baca!!
Balas komen ini.
zurina omar berkata,
June 11th, 2009 at 12:57 am
nak join juga
http://zurinamore.blogspot.com/2009/06/ayah-saya-yang-pendiam.html
zurina omar telah menulis tentang Menjahit perca ingatan seorang si pelupa.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nur berkata,
June 11th, 2009 at 6:05 am
Salam Irfan,
Ini entri nya. Moga kamu selamat2 sahaja, diberkahi dalam segala-galanya.
http://bluetulipprincess.blogspot.com/2009/06/abah-kangen-sekali.html
Nur telah menulis tentang ABAH – KANGEN SEKALI. Mari baca!!
Balas komen ini.
Najiro berkata,
June 12th, 2009 at 9:15 am
http://najiroku.blogspot.com/2009/06/hari-untuk-abah.html
Najiro telah menulis tentang Hari Untuk Abah. Mari baca!!
Balas komen ini.
puteri mahsuri berkata,
June 13th, 2009 at 1:35 am
sudah dibuat entrinya.. ini pautannya
http://putrimahsuri.blogspot.com/search/label/pertandingan
puteri mahsuri telah menulis tentang . Mari baca!!
Balas komen ini.
suhaila berkata,
June 13th, 2009 at 8:39 am
aku nak cuba nasib, http://keciks.wordpress.com/2009/06/13/kerna-ayah-pergi-dulu/
suhaila telah menulis tentang Kerna Ayah Pergi Dulu. Mari baca!!
Balas komen ini.
YobSumo berkata,
June 13th, 2009 at 1:01 pm
ok aku pn mahu cuba nasib…
http://sudahtertulis.blogspot.com/2009/06/ku-sayang-kepadamu.html
Balas komen ini.
Ainul Arina berkata,
June 13th, 2009 at 4:55 pm
Salam senpai!
Maaf terlewat. Harapnya saya masih tak terlepas peluang mencuba nasib sama.
http://aurisshaira89.blogspot.com/2009/06/saya-nak-jadi-macam-dia-boleh.html
p/s: Tapi saya ada letak sedikit sajak inggeris. Ada peraturan wajib perkataan semua berbahasa melayukah? Harapnya tiada la ya, Kalau tak, tersingkir lah jawabnya entry ini. ^_^
oh ya, tahniah atas perlantikan di PTS. Smeoga terus berjaya memandaikan masyarakat. Ganbatte kudasai !
Balas komen ini.
Najwa berkata,
June 13th, 2009 at 8:10 pm
Aku juga mahu mencuba nasib.
http://najwashaari.blogspot.com/2009/04/kasih-seorang-ayah.html
Balas komen ini.
Qalam berkata,
June 14th, 2009 at 1:14 am
Ah!Hari terakhir sebelum pertandingan!Mohon entri ini dipertimbangkan ya
http://labudancendawan.blogspot.com/2009/06/tulang-dan-kipas.html
Balas komen ini.
raden Qurratu'aini berkata,
June 14th, 2009 at 2:08 am
Mohon dipertimbangkan ya, akh irfan! Teirma kasih
http://qausuquzah.blogspot.com/2009/06/abahku-garangnya-sayang-lelaki-hidupku.html
Balas komen ini.
arnamee berkata,
June 14th, 2009 at 7:00 am
Salam..
saya juga, entri untuk pertandingan ini. harap dipertimbangkan.
http://arnamee.blogspot.com/2009/06/mehnah.html
p/s:saudara, saya juga ada hantar pada ruangan komen:)
Balas komen ini.
iliana berkata,
June 14th, 2009 at 8:16 am
fiuhh..akhirnya tergerak juga untuk turut memeriahkan..
p/s : harap-harap, ada entri khas sempena Hari Bapa dari Sang Pelangi juga.
http://e-leeyana.blogspot.com/2009/06/kamu-tetap-ayah.html
Balas komen ini.
Anota berkata,
June 14th, 2009 at 6:09 pm
Ini adalah entri saya…
http://silentmuffler.blogspot.com/2009/06/bapa-oh-bapa.html
Anota telah menulis tentang Bapa Oh Bapa. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara berkata,
June 15th, 2009 at 4:21 am
Salam Irfan…
Last minute desicion, sekadar menyambut pelawaan irfan untuk buat entry sempena hari bapa…
Rindu Ayah…
suara telah menulis tentang Rindu Ayah…. Mari baca!!
Balas komen ini.
iSya berkata,
June 15th, 2009 at 7:22 am
tatau smpat ke tak. hanto jelah
http://tintaharian.blogspot.com/2009/06/berbalah-dengan-autoriti.html
Balas komen ini.
darkk berkata,
June 15th, 2009 at 11:35 pm
Salam.
Harap sempat lagi untuk cuba sertai pertandingan ini.
http://darkk-avakadabra.blogspot.com/2009/06/selamat-hari-bapa.html
darkk telah menulis tentang Selamat Hari Bapa. Mari baca!!
Balas komen ini.
tintataghyir berkata,
June 24th, 2009 at 3:17 pm
Akh Irfan, maaf kalau ianya sangat terlewat. Bukan untuk dipertandingkan, hanya untuk semarakkan perkongsian dalam penghormatan untuk seorang bapa. Asalnya panjang, jadi elok saya sirikan. Bacalah sekira berkesempatan.
http://tintataghyir.wordpress.com/2009/06/25/siri-1secebis-diari-bersama-abati/
tintataghyir telah menulis tentang Siri 1:Secebis Diari Bersama Abati. Mari baca!!
Balas komen ini.
Kenji berkata,
June 25th, 2009 at 12:30 pm
Siapa pemenangnya?
bukankah 25jun?
bila?
Balas komen ini.
Keputusan Rasmi Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009 : : SangPelangi berkata,
June 28th, 2009 at 8:04 pm
[...] Berikut adalah sedikit dua kata dari Sang Juri kita, Bro Rudy dari Bluehikari.com untuk pertandingan yang lalu: [...]