Pernah jumpa manusia tanpa kepala? Bergerak-gerak?
“Dah pukul 9 malam ni. Tadi siang tak nak gunting. Tu lah.. buat kerja selalunya last minit… bla bla bla “, mama dengan nasihatnya yang berdepa-depa.
“Ala.. kalau esok pagi dah temuduga, bila lagi nak gunting rambut?” aku berdegil dengan mama. Temuduga JPA adalah jam 9 pagi. Jadi aku mesti bertolak dari rumah dalam pukul 5 pagi untuk ke Kuittho (atau nama barunya Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja)
“Yelah.. suka hati Ifan lah. Baik-baik bawak motor tu”, mama berlembut juga. Hehe.. Terima kasih ya mamaku sayang.
“Weeenggg…. ” (bunyi bukan macam mat rempit ya, ekzos aku ada “silencer”, harap maklum.) Ku pecut skuter kuning tu ke jalan belakang. Pak Bu tukang gunting jadi tujuan.
Laluan potong ke Taman Kota Masai, jadi pilihan pemandu yang pulang kerja waktu malam. Masih terang dengan lampu-lampu kereta.
Lepas berguntingan,
Tiit… Tiiit…. (bunyi Es Em Es la)
” KT MNE 2? SATE JOM! JGN IKUT JLN BLKG, IKUT MASAI LAMA” dari reporter pengesan roadblock, abang aku.
Alahai… Mengeluh panjang aku. Jalan lama tu lagi jauh. Mengenang roadtax yang dah lama “mati”, terpaksa juga aku turuti.
Sunyi, gelap gelita. Bunyi cengkerik. Tiang lampu jalanan memang tak ada. Biasalah, jalan “haram” buatan penduduk tempatan memang begini. Lubang lohong di sana sini. Kawasan kemalangan apatah lagi.
Kelihatan seorang berbaju putih mengayuh basikal tua. Serba putih. Berbaju putih, berseluar putih, berkasut putih, basikal pun putih, *tayar saja yang hitam.Dari belakang, kepala orang tu semacam tunduk ke bawah sambil mengayuh. Cuma nampak kolar saja. (sila bayangkan).
“Tidur sambil bawak basikal ke orang ni? Sorang-sorang plak tu, tak takut ke? Dah biasa agaknya die ni” bermonolog sendirian.
Ku pandu VS125 laju sekali. Terbayang sate yang dinanti-nanti. Memecut melintas pengayuh basikal putih tadi. Sempat ku toleh dia di kiri.
TAK ADA KEPALA!!!!!!! cuma kolar baju yang kelihatan.
BERDERAU. Aku toleh ke depan semula. Celaka. Selekoh tajam dengan lubang besar di hadapan.
TERSENTAK. Aku pusing handle motor 90 darjah. Terselamat. Toleh semula si pengayuh basikal tadi.
LESAP!! Aku beristighfar panjang. Menarik nafas.. hembus dengan lembut. Mengawal emosi.
….tenang… aku teruskan perjalanan. Jantung berdegup kencang. Takut-takut pengayuh basikal tak berkepala tadi menumpang skuter ku pula.
————————————————————————————————————–
“Ooo.. ifan dah jumpe ke orang tu? Tempat tu memang kawasan kemalangan. Ramai yang dah terjumpa. Lupe plak nak bagitau ifan tadi.”
Memang nak kena abang aku ni. Sabar je lah..
Moral:
1. Jangan lawan cakap mak.
2. Pastikan roadtax kenderaan anda masih “hidup”.
3. Jangan jadi mat rempit.
ubie79 berkata,
April 2nd, 2007 at 11:23 am
Huhuhuh, seb baik baca masa tgh senja….
Balas komen ini.
catz berkata,
April 2nd, 2007 at 1:12 pm
heheheh…efun..efun…kalau dia tumpang ko, nanti singgah kat stesen minyak..suruh dia bayarkan duit minyak motor ko..heheh
Balas komen ini.
cikgu azleen berkata,
April 2nd, 2007 at 4:55 pm
Dok kota masai ke ifan?? Isk isk isk. Jalan lama tuh kat mana? Boleh lah kite ngelak dari lalu situ..
Balas komen ini.
siti norbaya abu bakar. berkata,
April 3rd, 2007 at 12:30 pm
salam… citer btul ke ni??? heheeehehheheh… gempak jugak citer ko ni…kire ok jgk la yerk ‘dia ‘ naik basikal, kalu naik motor ajak merempet dgn ko cm ner???? mesti ko mng kan, al maklumla bwk moto mesti dgn gaya seorg juara kan???? heheeheheh..abg ko aper citer arr??? al maklumla abg ko kan kecik skit dr ko sehingga kami semua ingat dia adik ko dlu..heheeh..sorry yerr…
Balas komen ini.
kuburan berkata,
April 4th, 2007 at 9:31 am
mcm pernanh dgr citer ni. ko dah citer kt aku la fan…x suspen aku baca. huhu.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
April 4th, 2007 at 5:17 pm
ubie79 :
aii ubie.. “benda” tu tak kira waktu.. siang2 pun jadik..haha
catz Says:
kalo die tumpang, fuhh…
cikgu azleen :
jln tu dh tutup.. highway baru penghubung Taman Pasir Putih ke Taman Kota Masai dah siap.. harap2 “benda” tu tak pindah ke situ pulak ye?
siti norbaya abu bakar. :
ajak aku merempet? kite tengok sape makan asap..huhu
kuburan :
alamakkk… kalau dah tau.. baik xyah bace.. memang la dah x suspen.. (wat blog baru nampak?)
Balas komen ini.
al-Marbawi berkata,
May 9th, 2007 at 7:40 am
gile ah.. takotnye aku.. mintak dijauhkan la…
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 9th, 2007 at 10:32 pm
al-Marbawi :
eh, jangan mintak dijauhkan.. minta dihindarkan.. kalau dijauhkan.. nanti “benda” tu muncul plak kat tempat jauh, still boleh nampak jugak kan? haha..
Balas komen ini.
cgu ai berkata,
May 19th, 2007 at 2:46 am
nsb baek bc siang2 buta… da le duk sorng2 nih saje je ko ni fan
Balas komen ini.
hazeemanhazeeq berkata,
June 3rd, 2007 at 8:14 am
crite baru…terbayang gaye nye kalo die bercerita…
Balas komen ini.
sodep berkata,
June 4th, 2007 at 1:36 am
hohohoho… seram… tuh yang akutakut kuar malam tu… adeh…
Balas komen ini.
alirfan berkata,
June 4th, 2007 at 1:50 am
# hazeemanhazeeq :
tu aku yg dulu..takde tempat nak menulis..bercerita je la..
so skang dah ade tempat nak nulis..layan je lah.. huhu
# sodep :
tak boleh seram sebenarnya.. sebab yang nak kta takut cuma pada yg Satu.. bukan kt diorang sbb diorang pn sbnanye lg lemah dr kita manusia ini.. kan? kan?
Balas komen ini.
naim berkata,
September 3rd, 2007 at 2:47 pm
takot gak cite ko ni kan fan…….meyeramkan aku baca mlm lak tu…..
Balas komen ini.
bina comel berkata,
March 5th, 2008 at 8:21 am
hahha kalo irfan terjumpa lg, cuba try test, kentut sekali…for sure hantu lari lintang pukang punya lah!! bukan sbb apa, bau kentutan irfan lagi dasyat dari bau busuk hantu tu…kalo xcaya cuba la try test… hehheh
jgn marah eh irfan.. skali skala
Balas komen ini.
Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan. « Contengan usang di balik Pelangi.. berkata,
April 15th, 2008 at 5:57 am
[...] pagi. Sambil berjalan pulang, dada sentiasa terhantuk-hantuk. Kaki melangkah terketar-ketar. Bukan lembaga tak berkepala yang jadi igauan, atau Senjata Sakti bahan mainan. Tapi pada bala yang bakal kunjung [...]
kila-pt raja berkata,
October 30th, 2008 at 7:37 am
taktnye……………………….serm………..
Balas komen ini.
Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan. : : SangPelangi berkata,
November 26th, 2008 at 1:29 am
[...] pagi. Sambil berjalan pulang, dada sentiasa terhantuk-hantuk. Kaki melangkah terketar-ketar. Bukan lembaga tak berkepala yang jadi igauan, atau Senjata Sakti bahan mainan. Tapi pada bala yang bakal kunjung [...]