Penghargaan dari SangPelangi
Kelmarin, aku telah menghantar mesej peribadi kepada seluruh ahli SSP (Sahabat SangPelangi) serba sedikit tentang tahap kesibukanku dalam menghadapi sisa-sisa perjuangan ini. Ya, aku memanggilnya “sisa” kerana ia adalah saki baki yang tinggal selama keberadaanku di Jepun ini. Apa saja takdir yang ditentukan-Nya selepas ini, pasti akan membuka lembaran di dalam perjuanganku yang baru pula. Sementelahan, perjuangan manusia ini memang tiada noktahnya, bukan?
Dalam menakung keringat, bersepak terajang dengan kertas laporan, persediaan ke Akita dan Muroran, aku masih sempat menulis kad ucapan raya kepada keluarga dan sahabat terdekat.
Untuk menghargai pembaca tegar kisah di SangPelangi, aku dengan ini berbesar hati untuk menghantar kad ucapan AidulFitri kepada kalian. Kali ini, kad ucapannya agak berbeza. Aku mengutus kad ucapan perkahwinan yang tradisional hasil buatan tangan Jepun (atau Made In China mungkin, Haha..) sebagai gantinya. Bagi aku, tiada salahnya jika kad ucapan perkahwinan ini dipelbagai gunakan kerana ia sangat unik.
Oleh kerana ahli SSP yang kini sudah menjejak seramai 203 orang, aku semakin bingung. Sehelai demi sehelai rambut berjatuhan melayang dari kepala. (haha.. gurau saja.) Aku bakal kekeringan poket pula nanti.
Oleh itu, aku cuma mengehadkan cuma empat penghantar alamat yang pertama saja. Namun, setelah membuka tawaran, aku tidak sampai hati melihat berpuluh-puluh lagi alamat yang sampai sepantas kilat selepas itu. Oh, Ramadanku ini begitu memujukkan.
Jadinya, aku telah menyelongkar semula koleksi poskad yang masih dalam simpananku. Alhamdulillah, masih ada tujuh keping. Kepada tujuh lagi alamat selepas empat yang pertama itu, selamat menerima sebuah poskad yang bersetemkan Jepun, ya. Kesemuanya, ada 11 penerima. (Nanti aku khabarkan nama penerima itu kepada ahli SSP semua. Ini mesti dilakukan, supaya tidak ada yang kecewa menunggu.
)
Kad ucapan yang sudah siap ditulis. Ambil masa 1 jam.
Aku mencuba-cuba pula untuk memegang pen khat, setelah hampir dua tahun meninggalkan bidang ini. Agak kekok juga pada mulanya. Hasilnya mungkin tidak sebaik yang aku mahukan, sekurang-kurangnya dapat juga aku melepaskan rindu pada tulisan jawi. (Nanti aku ceritakan pengalaman menulis khat di jalanan pula ya?)
Cuma ini saja yang mampu diberi oleh SangPelangi di balik Fuji ini untuk menghargai kalian.
Kepada semua, Irfan dari SangPelangi mengucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI mengejar LailatulQadar. Boleh baca tulisan Ustaz Zaharudin berkenaan malam bertuah ini. Ustaz Hasrizal pun ada huraikan tentang malam itu.
Aku masih tidak akan terus berhenti menulis di sini. Mungkin di masa hadapan nanti, pasti akan ada barisan penulis tambahan pula. Mereka barangkali terdiri dari isteri dan anak-anakku, siapa tahu? (Ia adalah misi SangPelangi sejak ia dibangunkan)
p/s: Ada yang cadangkan aku hadiahkan tiket pergi balik Jepun Malaysia kepada ahli SSP. Aku gelak golek-golek membacanya. ![]()
p/p/s: Yang belum sertai ahli Sahabat SangPelangi, silalah masukkan nama panggilan dan alamat emel di dalam borang di bawah ini, ya? Aku hadiahkan sebuah ebook yang bersejarah di dalam hidupku. Ebook yang pertama dibeli (tahun 2003) sejak aku mengenal dunia internet.







Inda berkata,
September 20th, 2008 at 10:07 pm
Waaahh..
Dari jauh ni, tengok tulisan khat irfan cantik! Tak tau la kalau tengok dekat-dekat camne…
Mesti 2 tahun yang lalu, hasilnya lebih cantik kan?
(( Tangan sendiri pun dah keras untuk menulis khat, lama dah tinggal sejak keluar sekolah menengah ))
Ke Muroran untuk menyambung misi ek? Didoakan semoga dipermudahkan segalanya…
Selamat mencari Laylatul Qadr
PS: Nak tanya, ‘sementelahan’ itu maksudnya apa?
Inda telah menulis tentang Lenaku dikejutkan Ilahi. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 20th, 2008 10:11 pm:
Mestilah tak cantik. Sebab tu ambil gambar dari jauh saja. Hahaha..
Wah, tulis khat juga? Bolehlah buat kumpulan khat pula lepas ni.
Sementelahan = Lebih-lebih lagi.
Mari mencari LailatulQadar.
Balas komen ini.
Inda membalas pada September 20th, 2008 10:24 pm:
Baru ni balik Malaysia, tiba-tiba terasa nak buka balik buku-buku khat zaman sekolah dulu.. Siap bawak balik sebuah ke Jepun. Konon-konon nak test skill yang dah berkarat ni… huhu
Seronok kalau ada member-member yang sama-sama minat seni khat ni…
Inda telah menulis tentang Lenaku dikejutkan Ilahi. Mari baca!!
Balas komen ini.
sueella membalas pada September 21st, 2008 11:37 am:
mesti best kad raya tu kan.. tp.. sape la la yg bertuah dpt kad tu..
Balas komen ini.
tie_ibu wawanis berkata,
September 20th, 2008 at 10:17 pm
Salam, nak juga kad raya berstem jepun
. Baru je register minggu lepas agak2 dapat dipertimbangkan tak
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 20th, 2008 10:26 pm:
Alahai Ibu Wawanis. Seribu keampunan kepada Ibu. Tak dapatlah saya nak menolongnya. Cuma itu saja yang saya mampu. Nanti kalau saya mampu, bolehlah ya? hehe..
Balas komen ini.
amalina berkata,
September 20th, 2008 at 11:22 pm
受験頑張って。。
n selamat mencapai tak kira ape jua misi senpai.
(ke senyap2 dah jumpa calon nya?)
lawa khat tu……..sayangnye saya terlambat menghantar emil kepada encik senpai……
n selamat mencari lailatul qadr…..
ja na.
amalina telah menulis tentang Tha Kare Series. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 21st, 2008 10:48 pm:
Tak mengapa. Rezeki setiap orang lain-lain. Hari ini bukan hari kau, esok lusa pun bukan hari kau juga. Hihihihi (eh aku gurau saja
)
Balas komen ini.
amalina membalas pada September 22nd, 2008 3:36 am:
………………………………….
xpe ko senpai……………
ada hari aku balas…….-walaupun aku tatau nak balas camne-
kad kawin MESTI ko mcmana pun sampai kat tgn aku…..
AKU TGU!
lagipun…xlama lagi kan?ko pun ckp kat komen bawah…lagi 2,3 tahun kan…….time tu insya allah aku kat jepun lagi pun….AKU MAU KAD KAWEN KO!
bluek!
amalina telah menulis tentang Rindu. Mari baca!!
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
September 21st, 2008 at 1:12 am
wah..ramainya ahli SSP..
sbnarnya yg paling pntg ingatan seseorg pada rakannya di dlm doanya….hehe..
slpas ni,aku menunggu kemunculan penulis tambahan yg terdiri drpd isteri n anak2 hang pulak..hehe
(mungkin, akan muncul pula SangPelangi junior pada 15-20 taun yg akan dtg?haha)
p/s:hmm..aku x kisah kalo xdapat kad raye tu ..cheewah..(memandangkan rambut kau yg mungkin akan semakin menipis /botak
)..kalo nak bg orait gak.haha..kecil tapak tangan,seluas padang golf saya tadahkan..
p/s:(err…kalo dpat tiket tu pun lagi ‘aiman x kisah’….haha)
insan biasa telah menulis tentang Salam Ramadhan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 21st, 2008 10:49 pm:
15-20 tahun? Lamanya..
Mungkin lagi 2,3 tahun kot? Hahaha..
Balas komen ini.
insan biasa membalas pada September 22nd, 2008 12:38 am:
really rainbow??:shock:
congrate..congrate…
p/s:akupun nak kad jemputan jgak ..ngeh..ngeh..ngeh..
insan biasa telah menulis tentang Roses in the sky... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 1:31 am:
Gurau je lah!!
Balas komen ini.
insan biasa membalas pada September 22nd, 2008 1:54 am:
ah..tak kire..aku nak percaye jgak! hehe..
insan biasa telah menulis tentang Roses in the sky... Mari baca!!
Balas komen ini.
wan atiqah berkata,
September 21st, 2008 at 1:30 am
memg cantik tulisan khat irfan….teringat dulu irfan tulis kt white board kelas 5musytari….ntah kini masih tertera di situ atau pun tidak….5tahun sudah berlalu…
wan atiqah telah menulis tentang Itu Dahulu……. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 21st, 2008 10:51 pm:
Tahap cantik tu tidaklah. Bolehlah ada rupa sikit-sikit.
2 tahun lepas aku pergi masih ada lagi. Khat aku ditulis semula oleh seorang junior, tapi susunannya masih dikekalkan. Kenangan berganti kenangan.
Balas komen ini.
warkahraudhah berkata,
September 21st, 2008 at 2:36 am
Salam lailatul-qadar.Selamat berjyuken.
Inginkan mutiara,selamilah lautan,
Inginkan bahagia,tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan,relailah pengorbanan..
Ketahuilah setiap kepahitan itu terkandung seribu kemanisan.
~成功~
転んだり立ち上がったり、また転んだりまた立ちあがったり、
最後まで頑張らなければならない。
いつもアッラーを覚えて下さい。
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 21st, 2008 10:52 pm:
Terima kasih, Duan kerana mengingatkan.
InsyaAllah.. nama-Nya akan selalu jadi bayangan.
Balas komen ini.
iliana berkata,
September 21st, 2008 at 4:45 am
1. hasil buatan tangan Jepun (atau Made In China mungkin)
p/s : kalau made in Al Irfan lagi best
2. Sehelai demi sehelai rambut berjatuhan melayang dari kepala
p/s : xpe…tuan rumah ade byk lg stok rambut
3. barisan penulis tambahan. Mereka barangkali terdiri dari isteri dan anak-
anakku, siapa tahu?
p/s : kalau xdpt kad raye xpe…tp klu xdpt kad jmputan????
4. sekurang-kurangnya dapat juga aku melepaskan rindu pada tulisan jawi
p/s : huuuu…teringat zaman sek dlu tgn msti itam sbb wat khat
rumusan : salam aidilfitri, maaf ats segala salah dan silap
iliana telah menulis tentang AKU TERTIPU. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 21st, 2008 10:54 pm:
Kad jemputan? Aku jemput seorang, jangan sekampung pula yang kau bawa. Haha..
Balas komen ini.
aj berkata,
September 21st, 2008 at 7:42 am
wah.. seronoknye siapa dpt kad raya dr sangpelangi..
hehe)
walaupun aku x dapat… takpelah, dpt juga tengok kad rayanya..(pujuk diri sendiri..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 21st, 2008 10:56 pm:
Eh, kejap seronok, kejap sedih? Bahaya ni..
Nanti lain hari, kalau ada rezeki ya.
Balas komen ini.
nur kasih berkata,
September 21st, 2008 at 12:11 pm
Pandai hang wat tulisan khat ye. Benda ni aku belajar time sekolah rendah jer, then tak pernah sentuh2 dah pastu.
Rajin jgk hang dok hantar kad-kad ucapan hari raya. Budak perempuan mesti ramai suka, haha Suasana sekolah aku dulu tidak menggalakkan hal cmni, jadi sampai sekarang aku tak suka bagi kad ucapan kat orang lain. Cuma satu kad jer aku akan paksakan diri aku suka, yakni tak lain tak bukan KAD JEMPUTAN KAHWIN.
sheikh, datang la yer kenduri kahwin aku. haha
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 1:16 am:
Itulah, lepas ‘open table’ bukan main laju budak perempuan ni. Kesian aku tengok yang lelaki. Ada juga lelaki yang bernasib baik. Aku tak tahu sama ada perempuan ini lebih hargai seni dari lelaki agaknya?
Serius? Kau dah nak kahwin ke, Nur Kasih? Perkh.. tak boleh jadi ni, kena lumba.. hihihi..
Balas komen ini.
syida berkata,
September 21st, 2008 at 8:58 pm
salam..E-book itu telah di teliti..tapi kurang ‘clear’ bab mirroring..hope dlm SP ada entry mengenai ‘body language magic’ itu..supaya tak salah faham dengan ‘imitate’..’copy’..’mimicry’..mimicry tu 1st time jumpe perkataan ni..huhu..belek kamus weh..(mungkin kena baca semula 2nd time)..hope ada perbincangan ya
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 1:26 am:
Cadangan yang baik. Saya memang sudah lama merancang untuk menubuhkan ruangan forum khas di SP, tapi saya dikhuatiri tak berkemampuan untuk menampung kos server di kemudian hari.
Ketiga-tiga perkataan itu membawa maksud yang sama.
imitate = tiru
copy = salin
mimicry = Macam perbuatan mengajuk rasanya.. atau mencemik? mencebik? aduhh.. susah ingin diterangkan.
Tapi, kesemuanya hampir-hampir sama.
Siapa di sini boleh bantu Syida?
Balas komen ini.
iliana membalas pada September 23rd, 2008 2:14 am:
hummm…ni apa yg sy fhm dr bidang sy la ye (pemasaran)….
imitate : kte tiru idea or apa2 je la dr org lain n kte modify sikit
copy : copy rights contol hehe…yg ni 100% tiruan
mimicry : mimik…yg ni biar tuan rumah yg xplain huhu…sbb gue pn nggak pasti…
p/s : klo xbtol jgn mare ye….
iliana telah menulis tentang AKU TERTIPU. Mari baca!!
Balas komen ini.
syida membalas pada October 9th, 2008 8:34 am:
Balas komen ini.
anego berkata,
September 22nd, 2008 at 12:32 am
fuhh..elok tu tulisan khat kamu…next time x payah beli2, beli jek card stock yg cantik2 kat kedai2 stationery kat jepun tu n kamu tulis sendiri. dakara , x payahlah memikir sampai gugur rambut! hahaha….
p/s: anego siap borong card stock dari tokyo lagi!kat mesia susah nak jumpa dan mahal2!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 1:28 am:
Elok, tak semestinya cantik. Biasa-biasa.
Daripada beli stok kartu, apa kata saya beli Manila Kad saja? Hahaha..
p/s: Anego, tak mahu letak link blog? Mahu aku ubahkan? Atau ingin dirahsiakan?
Balas komen ini.
anego membalas pada September 22nd, 2008 10:23 pm:
alahai..manila kad kat mesia pung murah fan..ehehehe…tapi rasanya kalau khat kamu mampu ‘bersinar’ atas kertas apa pun org akan kagumi! tahun depan kirimkan pada anego plak ek?ehehehe….
anego telah menulis tentang akhir. Mari baca!!
Balas komen ini.
hamba ALLAH berkata,
September 22nd, 2008 at 2:34 am
kad kawin bleh jd kad raye eyk? haha
toriaizu, selamat berjuken senpai…
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
September 22nd, 2008 at 6:30 am
Fan, pengalaman abg duluk amik kelas shodo 4 thn kat fukushima. then abg create shodo nihongo campur jawi. mmg laku kawan2 jepun..n obachan tachi beli n frame kat umah dorg…
ne, jyuken gambatte sa.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 7:44 pm:
Oh, Shodo. Saya tak pernah terlintas untuk mempelajarinya. Tapi sempat juga berjudo.
Nanti saya akan curi-curi masa belajar shodo. Thanks, bro.
Balas komen ini.
matahati berkata,
September 22nd, 2008 at 8:38 am
Salam ramadhan,
Salam mujahadah,,
(Insylah.. lepas grad dari madrasah opthalmology.. saya akan cuba siapkan script buat Graduan Madrasah Ramadhan & hantar buat Pelangi)..huhu. Semuga sempat andai tak sibuk
Hmmm..banyak differential diagnosis ni. Tapi alopecia areata, universalis or totalis..Nanti saya bagi 5 ddx.. kesian2..
Ganbate
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 22nd, 2008 7:45 pm:
Waduh. Pelajar ubat. Semakin berpenyakit aku membaca nama penyakit itu. Haha..
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
September 22nd, 2008 at 9:12 am
hihi ketawa tergolek2….wow ada misi 2 penulisan sang pelangi dari satu generasi ke generasi, tabik spring lah bro…..
sangpelangi siri merenung diri
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 23rd, 2008 4:54 am:
Ya, SangPelangi perlu melalui dari generasi ke generasi, supaya ada sesuatu yang boleh direnungkan nanti, sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir.
Balas komen ini.
yatie berkata,
September 22nd, 2008 at 6:32 pm
wow..sumer org tertunggu2 kad raya dr sang pelangi..
sapelah yg bertuah tu ek…
tulisan khat tu mmg cantik la..kalo xdpt kad raya,anto kad bezday pn xpe..hehehehe..
dpt kad kahwin pn xpe…Tp…dgn sape ek????
salam lailatulqadar..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 23rd, 2008 4:58 am:
Haha.. amboi? Sudah gaharu cendana pula?
Walau tak tahu, kita buat-buat tahu saja. Haha..
Balas komen ini.
yatie membalas pada September 23rd, 2008 8:07 am:
hahaha nk tergelak plak..
tahniah pada kesebelasan nama yg dpt kad dr sang pelangi…
p/s sedihnya sbb xtercalon dlm kesebelasan tu
Balas komen ini.
afwahasya berkata,
September 22nd, 2008 at 8:15 pm
wah sangpelangi pandai tulis khat…
saye kagum dgn kebolehan yang ade pada sangpelangi..
bukan setakat pakar dalam sastera ni, seni tangan pun tak kurang hebat ye..
dulu afwa pun selalu tulis khat tapi da lame tinggal, skill pun da takde..
pegang pen pun da cam tak betul..hehe
tahniah kepada semua penerima kad raye dari Al Irfan..kalian memang bertuah..
Irfan,
bile nk produce kad raye sendiri ni?
tak kad raye pun kad walimah pun ok gak…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 23rd, 2008 4:56 am:
Adoi.. kenapa semua minta kad walimah ni?
Kenapa tak minta kad laporan prestasi anak Melayu kah? Kad purata tahap kesihatan ibu bapa di Malaysia kah?
Ok.. ok..
Balas komen ini.
bloganaigh berkata,
September 23rd, 2008 at 12:53 am
salam
blog dan komuniti menarik!
boleh link?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:05 pm:
Silakan bloganaigh. Kasitau di mana link itu kamu letakkan ya. Boleh kita saling bertukar.
Balas komen ini.
suara berkata,
September 23rd, 2008 at 4:03 am
Salam Ramadhan penuh keberkatan.
Mesti best bila dapat menguasai tulisan khat. Macam kak su nih… tulis jawi pun banyak yang salah, macam bebudak je, inikan pulak nak tulis khat. huhu…
Minggu lepas borak dengan salah seorang teman blogger.
“Su, nak alamat. Nak hantar kad raya.”
“Nak hantar kad raya? Terima kasih. Tapi su tak balas tau!”
Teringat kad raya yg dalam peket yang entah dimana kak su simpan. Beli bertahun-tahun yg lepas. Tahun lepas pun abg beli lagi. Tapi tak tertulis, apatah lagi di hantar.
suara telah menulis tentang Antara Sedih Dan Syukur.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:07 pm:
Kalau macam tu, bolehlah tukar-tukar kad raya among bloggers plak kan?
Balas komen ini.
Kamel berkata,
September 23rd, 2008 at 2:42 pm
kita doakan smoga insyaAllah sangpelangi dimurahkan rezeki. ameen2. next year, bleh claim kad raya ramai2. hahaha!
Kamel telah menulis tentang Darlin’ Sunset. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:16 pm:
Heh. Kalau ada rezeki lagilah, kan? Hihi
Balas komen ini.
'Aqil berkata,
September 23rd, 2008 at 4:49 pm
Salam’alaikum Irfan
wah wah! cantik sungguh khat kamu! Pernah tak promote khat kepada orang2 Jepun? Mesti mereka terpana dengan kehalusan seninya. Oh, dan Irfan ada mention pernah menjual Khat di jalanan? Nanti ada masa dan waktu, kongsi la dengan kami ye!
‘Aqil telah menulis tentang 008 Of Patience and Perseverance. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:17 pm:
Oh. Sudah ditulis lama dahulu. Nanti aku update di SangPelangi, ya?
Balas komen ini.
en_me berkata,
September 24th, 2008 at 4:09 am
salam ramadhan abang pelangi.. selamat ariraya aidilfitri.. maaf zahir bathin..
Balas komen ini.
aliff berkata,
September 24th, 2008 at 10:27 am
Salam Ipan,
Selamat Hari Raya 1429 H dan Semoga Ipan Berjaya dalam Pelajaran…
Ipan,
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kannnn..
aliff telah menulis tentang Si Putih T.Bolt !. Mari baca!!
Balas komen ini.
ruqi berkata,
September 24th, 2008 at 11:17 am
Walaupun tulisan khat nampak kekok, tetapi very proud of you. ada seni
Baik menunggu pengalaman menulis khat di jalanan dikisahkan (paksa tulis,sebab kena tulis, eh tak gitu? haha) begitu juga kisah ustaz fakih..janganlah buat berangkai..menguji kesabaran orang dibulan puasa betul lah..Hehe
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 26th, 2008 11:20 pm:
Hihihi.. kalau tak dirangkai, jadi novel pula nanti. Merah-merah mata nak membacanya. Haha
Balas komen ini.
yadien berkata,
September 28th, 2008 at 2:17 am
salam…Selamat Hari Raya…wah22 cantik boleh tahan gak tulisan khat tu
Balas komen ini.
ruqi berkata,
September 29th, 2008 at 1:53 pm
Merah mata? Ait.. Bukan ka tuan rumah banyak peminat? Sampai ada yang letak banner dekat blog sendiri promo..Hihihihi!
Nway, Eid mubarak, maaf zahir dan batin..taqabbalallah minna w minkum!
Balas komen ini.