Pengetua aku ditangkap rasuah.

Pada April 7th, 2008, ia ditulis oleh Al-Irfan

Semalam beberapa orang junior yang baru tiba dari Malaysia mendapat sekeping surat rasmi dari pihak pentadbir. Surat itu juga dipaparkan dalam laman rasmi kampus kami di sini.

Ia berbunyi:

Seperti yang semua maklum, pengetua kita telah ditahan atas dakwaan rasuah, adalah sesuatu yang paling memalukan. Kami (sangat) memohon maaf atas kerisaun yang timbul di pihak anda semua.

Mendapat kerjasama penuh dari pihak err.. (macam BPR) sambil menunggu laporan penuh, segala aktiviti pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan memberi kesan.

Kepada semua penuntut dan ibu bapa penjaga, kami secepat mungkin akan memaklumkan kepada anda semua jika terdapat sebarang berita.

Insiden ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada jentera pendidik di seluruh Jepun khususnya para sensei di kampus aku.

Gambar Pesalah

Inilah dia wajah pengetua aku itu, Ooshima Sensei

.

Sidang akhbar. Sebelah kanan tu sensei aku. Hihi..

Berita lanjut di sini, di sini, dan di sini. Laman yang aku bawakan tadi menggunakan bahasa Jepun. Jangan lupa aplikasikan perisian ini.

P/S: Ditangkap kerana disyaki rasuah saja sudah dianggap kesalahan membunuh. Itu baru saja disyaki. Di Malaysia entah macam mana pula keadaannya.

Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya. Klik tajuk di bawah.