Pelawat Friendster ku MENINGKAT MENDADAK??? (Persoalan yang dah Terjawab)

Pada January 4th, 2007, ia ditulis oleh Al-Irfan

Kebiasaannya, mmg aku tak pernah ambik kisah pasal bilangan visitor friendster aku.. Tapi lepas log-in td, agak terkejut bila visitor aku bertambah kpd 63org..musykil2…
.
Bile tengok “Who’s Viewed Me” plk ade byk visitor2 yg tak dikenali.. Kebanyakannya budak-budak belasan (dan hingusan..hehe) yang view page aku.
.
BIla aku bukak inbox mesej, berlambak mesej2 orang bg..tanya itu ini..
.
Setelah dikaji, barulah aku dapat tahu, muka aku dan ID aku masuk majalah FOKUS SPM utk bulan ni..
.
OOoo..baru teringat, dulu2 ada seorang wartawan yg mintak artikel dari aku. Dia pun ade mintak nak masukkan cerita2 dalam blog aku ni dalam majalah tu (Terutamanya kisah Kurma Kereta tu)..
.
Nama wartawan tu Nurul.Halawati. Dia adalah seorang journalist dari majalah FOKUS SPM dan majalah NONA.. die dapat emel aku pun dari sorang mmbe aku..
Dengar cerita, wartawan Nurul Halawati tu dah naik pangkat, die berpindah ke Agensi Bernama plak.. Tahniah ye..kepada Kak Nurul..
.
Ucapan untuk Kak Nurul:
Kerja baik-baik dan bersemangatlah!!! Semoga Boss terpikat dengan anda dan dinaikkan pangkat lagi…hehehe…Thanks ya..
.
Ucapan untuk kawan-kawan kat Malaysia:
Jangan lupa dapatkan majalah FOKUS SPM edisi Januari 2007 ya. Banyak cerita menarik di situ. Cepat, Sebelum Kehabisan STOK!!

Tiada katakunci yang telah saya set.

Sudah menjadi ahli Sahabat Sang Pelangi? Ada hadiah bonus, tau. Sila masukkan:
Nama Panggilan:
Alamat Emel:

Sila semak peti emel anda untuk melihat balasan dari saya (termasuk di kotak SPAM). Jika tidak menerima apa-apa, boleh hubungi saya di ruangan kontek di atas, ya?


Jika punya waktu, silakan jenguk entri ke lain, ya.
Klik tajuk di bawah.