Pelaburan yang Untung Dua Kali Ganda
Dulu, aku pernah tertanya-tanya, kenapalah agaknya aku seronok bekerja menjadi seorang editor buku. Pernah juga termenung seorang diri menghadap bukit Batu Caves dari kejauhan, semata-mata mencari jawapan ini.
Tidak tahu dari mana datangnya kebahagiaan yang membahagiakan ini, sehinggalah aku ditemukan oleh Allah kepada situasi yang mengujakan.
Lihatlah wajah anak-anak ini. Betapa gigihnya mereka menabung bagi mendapatkan buku kegemaran mereka. Dua tabiat manusia kelas pertama yang tercanai dalam diri setiap anak-anak ini. Pertama, tabiat menabung. Kedua, tabiat membaca. (Ketiga, tabiat tidak malu bergambar denganku. Hehe.)

Dari kiri, Abdullah Muaz bin Zainol Abidin (8), Afifah Izzah (10), Asma’ Amatullah (14 tahun) dan Ahmad Amin (13).
Kalaulah dapat kuhadiahkan sesuatu kepada anak-anak ini, tahukah kalian apakah hadiah itu? Jawapannya ialah buku-buku yang dapat memandaikan mereka, juga memandaikan generasi-generasi mereka seterusnya. Biar mereka pintar. Biar mereka rampas takhta empayar Islam yang sudah terkubur lama.
p/s: Aduhai. Aku tidaklah membenci buku-buku soalan koleksi UPSR PMR SPM. Cuma tidak selesa apabila terdengar kata-kata seorang ayah kepada anak-anaknya,
“Ahh.. Tak perlu baca semua ini. Habiskan dulu buku latihan PMR kamu.”
Mujur sewaktu kecil dahulu Abah dan Ama tidak sekejam itu.











Syahida Majid berkata,
March 23rd, 2010 at 11:53 am
Nangis! Tiap dentingan sen itu adalah butir gigih mereka.
Balas komen ini.
Uzair Zulkifly berkata,
March 23rd, 2010 at 12:12 pm
Saya sempat berjumpa dengan adik Afifah Izzah semasa berada di gerai PTS tadi
Nampak sedang khusyu’ membaca. Pada mulanya saya tak menyangka yang sedang membaca itu kecil tuannya. Bila diperhatikan, rupanya masih kecil lagi. Memang kuat semangatnya. Tekun membaca.
Saya juga sempat memerhati. Rupanya mereka datang bersama mak. Mak yang bersemangat membawa anak-anak dan sanggup menggendong bayi kecil untuk datang ke Pesta Buku. Memang hebat! Teringat pengalaman semasa zaman kanak-kanak, ayah akan bawa kami adik beradik ke pesta buku anjuran DBP. Ayah akan belikan buku tentang kisah para Nabi dan kisah teladan untuk kami adik beradik.
Balas komen ini.
Ann Ismail berkata,
March 23rd, 2010 at 5:48 pm
Tangan saya yang mengira duit si kecil itu. Biarpun mereka hadir tanpa kupon, saya beri juga diskaun yang terbaik untuk mereka. Kegigihan mereka mengira setiap sen itu amat menyentuh hati saya.
Balas komen ini.
Ummu Amin berkata,
March 23rd, 2010 at 11:35 pm
Terima kasih…kpd kalian yang menghargai dan mendoakan anak-anak saya. Ia adalah detik yang paling manis dan menyentuh buat mereka (sebenarnya 8 semuanya).
PBAKL adalah acara tahunan terpenting kami sekeluarga. Anak-anak menabung sepanjang tahun untuk ini, dengan ini mereka akan lebih menghargai buku dan ilmu akan lebih bermakna di hati & minda kerana ia hasil kesungguhan & kesabaran mereka sendiri. Alhamdulillah, saya diizinkan Allah utk menemani mereka walaupun terpaksa membawa adik mereka yg berumur 25 hari.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu…..”
Balas komen ini.
Restecpa! « Terowong Tanpa Hujong berkata,
March 24th, 2010 at 12:33 am
[...] Nak tau lebih lanjut, baca ini BLOG! [...]
Lynn berkata,
March 24th, 2010 at 12:36 am
Saya memang seronok melihat gelagat kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang kurang mampu berusaha untuk mendapatkan bahan bacaan untuk dimiliki. Beberapa tahun yang lalu, semasa saya bertugas di PBAKL, saya sering berjumpa dengan tiga orang adik-beradik yang tinggal di flet Jalan Pekeliling. Mereka bertiga berada di PWTC setiap hari selepas waktu sekolah. Setelah beberapa kali bertembung dengan mereka, saya pun mengambil peluang berbual-bual dengan mereka. Rupanya, mereka memang minat membaca tetapi tiada wang untuk membeli. Oleh herana minat yang begitu tinggi, mereka sanggup datang setiap hari hanya untuk membaca secara percuma. Saya terharu mendengar cerita mereka yang berumur di antara 8-12 tahun ketika itu. Saya pun memberi sedikit wang untuk mereka mendapatkan buku-buku yang mereka hajatkan dan pada masa yang sama telah mendapatkan sumbangan daripada beberapa syarikat yang mengambil bahagian untuk mereka. Apabila saya bertemu mereka sekali lagi pada keesokan harinya dan menyerahkan sumbangan tersebut, mereka berasa sungguh gembira hingga memeluk saya. Rasanya itulah hariyang paling gembira bagi mereka kerana tidak pernah menyangka akan mendapat buku yang begitu banyak. Keesokan harinya mereka mencari saya kerana mahukan saya menulis nota kepada ibu bapa mereka kerana tidak percaya yang anak-anak ini telah mendapat buku yang begitu banyak tanpa wang.
“I find satisfaction when seeing children read without being asked to.”
Balas komen ini.
ashiena berkata,
March 24th, 2010 at 1:51 am
sungguh terharu dan bertuah jurugambar dapat bekukan saat mereka membayar ini..
Balas komen ini.
muaz berkata,
March 24th, 2010 at 7:40 am
Balas komen ini.
balqis berkata,
March 24th, 2010 at 8:41 am
Wohoho. Terkedu. Anak-anak ini. Subhanallah.
Balas komen ini.
Marliana berkata,
March 24th, 2010 at 8:58 am
Wah, kagum saya melihat kanak-kanak itu. Demi buku mereka sanggup mengeluarkan wang tabungan. Teringat pula zaman saya kanak-kanak dahulu, susah untuk beli buku. Apa yang ada di sekolah sahaja menjadi bahan bacaan. Kanak-kanak sekarang lebih beruntung, banyak medium yang dapat digunakan bagi memandaikan bangsa. Moga akan terhasil lebih ramai lagi kanak-kanak yang minat membaca di samping dapat memandaikan bangsa…amin.
Balas komen ini.
LensaHati » Blog Archive » Aduhai Karipap-Karipap Cinta berkata,
March 24th, 2010 at 11:32 am
[...] Akhirnya saya hanya pulang dengan secangkir teh. Lebihan 3 cawan lagi sudah habis dibeli manusia lain. Buku Three Cups of Tea masih kekal berada dalam senarai hajatan saya. Hingga ke gedung penerbitnya juga kehabisan. Ah, Karipap-Karipap Cinta hanya berjaya menggoda hati saya. Namun saya tidak memilih untuk mengahwininya. Tinggal dia di sana, mungkin dipunyai lain manusia. Ha, satu lagi, ada kisah menarik yang boleh saya kongsikan. [Ada di sini] [...]
sil berkata,
March 24th, 2010 at 10:17 pm
Saya pun rasa sangat bahagia bila diulit buku. Dari kecil sampai sekarang. Teruja sangat. Setiap sen yang dibelanja tu sangat-sangat berbaloi. Tak sabar nak ke PBAKL sabtu ni
Balas komen ini.
Azizah Aling berkata,
March 25th, 2010 at 4:04 am
Sebak. Terima kasih atas entri ini. Golongan dewasa yang sombong dengan buku wajib rasa malu dengan amalan mulia anak-anak ini.
Balas komen ini.
muhammad zaky berkata,
March 25th, 2010 at 6:29 pm
Salam,
Terperasan gambar kamu dengan pipiyapong kat pesta buku di hilangpunca.com..
Otai sungguh
Balas komen ini.
betik_muda berkata,
March 26th, 2010 at 10:38 am
malu sy pada adik2 yang menabung utk membeli buku..fuh,tyersa tercabar..saya juga perlu menabubf seperti mereka dan bawa tabung ke booth PTS juga tahun depan,insya-Allah
Balas komen ini.
anego berkata,
March 28th, 2010 at 10:10 pm
salam,
anego ke KLIBF juga. ada di satu sudut, ternampak sorang ibu sedang menggendong anak dan kelilingnya ada 3 orang lagi yang lain, di hadapnnya ada 2 buah bakul penuh dengan buku. sugoiii!! dan byk lagi gambaran2 yang boleh membuatkan anego terfikir, betulkah purata rakyat malaysia membaca 3 buku setahun?
p/s: anego cari kamu di booth, tapi mereka kata kamu berada di tpt lain.
Balas komen ini.
Nurul berkata,
March 29th, 2010 at 11:25 pm
just blog walking ,.but find this intresting entry..hahahaah kadang2 budak main nak beli je buku2 tp malas nk buat latehan dalam buku.tu yg buat parents bengang dan mls beli lagi..i dont know if it is good or not.not yet become parents tho
Balas komen ini.
Azree Hanifiah membalas pada March 30th, 2010 9:04 pm:
Semasa saya kecil dahulu, yang beli buku latihan adalah ibu bapa saya. Saya pula lebih suka beli buku cerita.
Kadang-kadang saya akan merungut sendirian kerana banyak buku latihan yang dibeli.
P/s: Jarang saya dengar ada budak-budak yang beli buku latihan sendiri.
Balas komen ini.
Izanor berkata,
March 31st, 2010 at 7:57 am
Huhu mata bergenang. Saya mendoakan yang terbaik buat adik-adik tersebut!
Balas komen ini.
famia berkata,
April 8th, 2010 at 10:23 am
Oh, begitu ke rupanya takrifan manusia kelas pertama.
-_-”
Balas komen ini.
shaher berkata,
April 8th, 2010 at 10:20 pm
salam,
tak jumpa sangpelangi pun masa kt pesta buku
Balas komen ini.
mohamad ridzuan berkata,
April 11th, 2010 at 6:58 am
Alhamdulillah, masih berpeluang baca tulisan kamu, irfan. Pertamanya, ingin sekali aku menanam cita-cita untuk beristerikan seorang isteri yang mampu mendidik anak-anak kecil seperti yang kamu ceritakan. Betapa beruntungnya , bu dan ayahnya.
Kisah kali ini , cukup baik buat bekalan motivasi. Jangan sesekali kita terleka dengan rezeki yang diperolehi. Ingin sekali aku berkongsi lagi dan lagi . Doakan sahabatmu ini, juga irfan. Semoga berkongsi lagi kisah-kisah seperti ini. Ia nya terselit bekal untuk memajukan bangsa, mengembalikan islam kembali di tanah air kita.
Aku juga banyak sekali berita gembira. Tidak sabar untuk berkongsi selalu. Ada peluang dan ruang, akan aku cuba kongsikan lagi. Selamat maju jaya sahabatku, terus laju lagi berlari kedepan.
Semoga Allah mengikat hati – hati kita selalu. Salam perjuangan dari bumi seberang.
Sama-sama berusaha mencari keseronokan dalam bekerja.
Balas komen ini.
zack berkata,
April 25th, 2010 at 1:13 am
Balas komen ini.