Pantai Berubah, Ombak pula Kekal hingga Kiamat.
Tangan mereka bersedia dengan pen dan kertas konon-kononnya ada sesuatu yang mereka tunggu untuk ditulis. Beginilah hidup seorang penuntut ilmu agaknya, akrab sungguh dengan alat tulis.
Seandainya 10 tahun dari sekarang pantai ini boleh berubah, tahukah kita apa yang tidak berubah sampai kiamat?
Beberapa peserta cuba menjawab namun perlahan-lahan semuanya sepi. Tiada satu pun telahan mereka yang tepat.
Pukulan ombak tidak akan berhenti, hatta sehingga hari kiamat.
Kerut di mata mereka makin meruncing, mungkin sedang tercari-cari maksud tersirat di balik kenyataanku.
Ombak cabaran tidak akan bercuti menduga kita. Tapi, kenapa hati kita yang selemah pantai itu boleh berubah?
Satu per satu wajah sahabat seperjuanganku dulu-dulu menerjah pandangan kilas. Mataku sebetulnya sudah memuntahkan kepulan air namun cepat-cepat kuseka dengan tangan kanan konon lagak mengelap peluh.
Ke mana sahabat saya dulu di barisan kepimpinan di sekolah pergi selepas menginjak ke universiti?
Ke mana sahabat saya dulu di barisan kepimpinan di universiti pergi selepas tamat graduasi?
Begitulah sedikit sedutan dari pengisianku baru-baru ini dalam Kem Kepimpinan MRSM di Tanjung Resang, Mersing. Aku cuba menyiram mentaliti tunas hijau bahawa kepimpinan itu bukan demi popular semata-mata. Aku perjuangkan kepimpinan yang bukan dikeranakan kertas bercop merah sahaja. Yang kemudiannya dijaja sebagai lesen untuk kita ke mana-mana? Yang akhirnya nanti ia setaraf kertas bungkus nasi lemak sehinanya?
Aku lebih mengagungkan prinsip kepimpinan bergaya akar bakau, kuat, berselirat tapi akidah tidak kacau. Aku rindu pada teman-teman yang berjuang dengan tidak dibayar apa-apa samada wang mahupun sijil. Ke mana mereka semua pergi agaknya? Adakah mereka masih berpaut teguh akan ikrar yang kita jeritkan bersama, dengan bersaksikan salji sewaktu lama dahulu?
Kita punya haluan dan jalan berjuang sendiri-sendiri. Paksi dan kiblat kita masih terus satu, mudah-mudahan.
















sil berkata,
January 29th, 2010 at 12:19 am
Memimpin kerana populariti atau tanggungjawab, tepuk dada tanya akal. Semuanya bergantung pada niat.
Tiba-tiba terkenang rakan seperjuangan di universiti dulu. Mereka masih berjuang nampaknya. Saya yang hampir kecundang
Balas komen ini.
akuzle ayu berkata,
January 30th, 2010 at 11:44 pm
salam, adik irfan….
tunas hijau itu perlu disegarkan dengan baja2 organik yang begitu asli dan tulus…. perlu disirami dengan realiti dunia dan kehidupan masa sekarang supaya boleh menjadi pemimpin yang telus dan ikhlas juga…. yang mana sangat sukar untuk dicari sekarang…. penyampaian motivasi yang disertai metafora dan ironi yang mudah sangat sesuai…. selamat berjuang!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
February 1st, 2010 at 3:04 am
haishh~ menarik sungguh kisah ombak dan pantai..terima kasih atas entri..
Balas komen ini.
SifuPTS berkata,
February 2nd, 2010 at 9:15 am
Tuan Sang Pelangi,
Jangan tidak percaya, banyak yang dulu hebat berjuang kini sedang diam-diam di rumah hasil penjinakan selepas berkahwin…..
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
February 7th, 2010 at 5:30 pm
Terima kasih
Terkesan
Tahniah
Terima kasih kerana menulis akan tajuk ini.
dengan tajuknya saya sudah terkesan, isinya lebih-lebih lagi.
Ini bukan pujian, tetapi tahniah la.
untuk siapa? Untuk saya kerana tuhan masih bagi peluang.
Haha. macam serius pulak bunyinya;)
tahniah untuk kamu yang pandai berkata
Balas komen ini.
dyana berkata,
February 11th, 2010 at 9:19 pm
salam ‘alayk…
lama sudah tidak menjenguk ke blog sangpelangi…
shbt,
usah di tangisi mane perginye teman seikrar…
mungkin mereka dilapangan yang same cume jarak yang memisahkan…
mungkin juga, mereka telah berpaling, lebih rela mendiamkan diri….
seribu persoalan kan?
ape pun,
berdoalah, semoga suatu saat nanti mereka kembali bersamamu….
ameen…
good luck!
Balas komen ini.
pelangikehidupan berkata,
February 20th, 2010 at 7:56 am
Salam, alhamdulillah blog ini terisi entry terbaru. Saya sering bermuhasabah diri sehingga menyebabkan saya merasakan bahwa saya telah gagal dalam kepimpinan. Kadang-kadang saya terlalu leka memimpin insan lain sehinggakan saya terlupa keluarga saya yang begitu hampir dengan saya dibiarkan begitu sahaja. Bukan niat saya untuk membiarkan mereka tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai kekuatan jiwa untuk memimpin mereka. Kerna itu saya tidak lupa untuk mendoakan mereka agar Allah memberikan hidayah kepada mereka. Walaupun saya masih mendoakan mereka, tetapi saya tetap merasakan bahwa saya bukan pemimpin yang terbaik kerana pemimpin yang terbaik adalah mereka yang mampu mempraktikkan segala ilmu kepimpinan apabila bersama keluarga, masyarakat dan bersendirian. Ini adalah kerana pemimpin yang baik memimpin bukan kerana nama. Sama-samalah kita bermuhasabah adakah segala ilmu kepimpinan yang kita pelajari dan kita praktikkan dalam kepimpinan, kita mempraktikkannya dalam kehidupan seharian?
Balas komen ini.