Orang asing adalah milik orang asing.
Dahulu, aku sering memperlecehkan orang asing yang bertandang ke negaraku. Mereka merampas peluang ekonomi. Ada juga, teman-teman yang kehilangan bakal isteri/suaminya dek dilarikan orang asing. Orang asing malah kutuduh sebagai penjajah tidak bersenjata.
Itu dahulu. Semasa aku belum kenal apa maksudnya ‘orang asing’. Ketika aku tidak lalui kehidupan sebagai seorang yang asing. Akhirnya, aku akui, hanya orang asing yang mengenal siapakah orang asing itu. Dan orang asing sahaja yang menjadi milik orang asing itu.
Orang asing, berhijrah demi memperjuangkn survivaliti diri dan keluarganya. Orang asing, ke mana sahaja bermodalkan Allah dan rasul-Nya. Orang asing tidak menjadikan dirinya unik, tetapi mereka memperjuangkan apa yang dijuangkan oleh orang asing juga.
Bila kita menganggap diri sendiri seperti orang asing, dan melayani orang di sekeliling seperti orang asing juga, maka itulah yang menyatukan kita.
Ayuh, selami kata-kata sahabatku yang menyihirkan ini: (Baca penuh di link ini. Kalau entri begini dijadikan teks khutbah, pasti menangis jemaah mendengarnya)
We ask Allah that He make you and I among the strangers. We ask that he gives our son and daughters love for the strangers. We ask Allah that whoever that has gone astray will come back to become strangers. We ask Allah, whoever that comes to the masjid will return again to the masjid so that they can pray with the strangers.
Kenapa?
Because when the Muslims in Palestine, in Afghanistan, in Somalia, in Yemen, In Malaysia and when the Muslims wherever they are, they come out, began to pray in the Masjid as strangers, then Allah will give the earth back to them, their Quwwah, the strength back to them. Then Islam will be back.
Tiada hairan, mengapa kita disuruh meramaikan rumah-rumah-Nya bila tiba waktunya.
aisyah berkata,
June 14th, 2010 at 4:38 pm
video itu antara penguat saya dari dulu
bila rasa mahu jatuh
bila rasa mahu rebah
Balas komen ini.
shirah berkata,
June 28th, 2010 at 11:41 pm
salam, hurm, saya rasa semangat atau persepsi “menganggap diri sendiri seperti orang asing, dan melayani orang di sekeliling seperti orang asing juga” sebenarnya bukanlah dapat menyatukan kita secara realitynye, tp tu kite sebut “perasaan kekitaan atau asabiyah ”
Menjadi perantau dan mengamalkn sikap beginilah yg jadikn kite seorg yg sombong kerana tidak menganggap orang yang baru kita kenali sebagai teman. untuk apa kite berhijrah? untuk membina ukuwah, untuk menambah kenalan dan saudara seislam dan bukan islam, jika kite menganggap org asing yg baik dengan kite hanya sbg org asing saja mana mungkin boleh mesra dan menjadi saudara. datang dan pergi, tu ke yg kita cari? tak ada terkesan dlm hati?
mungkin dalam konsep ke masjid di tempat yg asing kita boleh merasa mcm tu tp pecayalah bila kita sendiri membuka pintu hati untuk menerima orang asing sebagai saudara secara automatiknya kite memupuk sikap penyanyang…betol tak?…apa akan jadi bile kita menganggap setiap baris saf adalh saudara baru dan bukan org asing sj, byngkn betapa byk kasih syg dan doa diterima oleh kita.
sunyi hidup kalo jd perantau yg ‘asing’ semata2, behijrah bukan setakat memperjuangkn survivaliti diri dan keluarga. mmg perlu berbekalkn Allah dan nabi tp kena ingat setiap manusia yg berada disekeliling kita juga amanah tuhan utk kita lindungi dan dilindungi.
well, just my opinion, wasalam
Balas komen ini.
huzaifah berkata,
December 4th, 2011 at 8:42 am
salam perkenalan dari saya..nice artikel..
Balas komen ini.