Nota buat adik: Pintu kejayaan itu di mana?
Aku punya seorang adik perempuan tunggal. Dialah satu-satunya bunga di taman larangan teratak kami. Waktu sekolahnya dulu, hidup di asrama. Kononnya nak belajar hidup berdikari. Tapi, Ama kata, Izdihar ini orangnya banyak main. Pernah satu ketika, semasa sesi hari terbuka, cikgunya awal-awal sudah berkata pada Ama,
“Saya tak boleh kasi jaminan, Puan. Kelas anak puan ini, yang paling banyak main pelajarnya.”
Oh, ibu mana yang tidak terkilan bila ayat itu diucapkan di hadapan anak sendiri.
Prestasi adikku selepas itu kian menjunam. Makin memburukkan. Keputusan SPMnya, menyugulkan Ama sehari-hari. Aku memberi kekuatan pada ibu,
“Ama, jangan ditangiskan kegagalan dia. Izdihar pasti belajar sesuatu.”
Adikku itu, murung dan monyok saja wajahnya (berbulan-bulan mungkin).
Dia menyambung pula pengajiannya di salah sebuah kolej MARA. Alhamdulillah, keinginan untuk berjaya makin membara. Semakin hari, semangat semakin memulih. Dari yang biasa-biasa, ke tahap luar biasa. Sehinggakan sudah mampu melangkah naik ke pentas menerima entah apa namanya.
Suatu hari ada berita yang mengejutkan. Ama bilang, adikku itu menangis teresak-esak dalam perbualan sesama mereka dalam telefon. Aku terus menukar siaran, berhubungan terus dengan adikku di sana. Entah apa masalah besar yang sedang dia tempuh itu.
Rupa-rupanya, di dalam kuliah, ada seorang perempuan yang entah kategori apa yang sesuai untukku labelkan padanya. Aku namakan budak yang busuk hati itu sebagai N (merujuk perkataan ‘Nakal’). N itu sering menabur fitnah pada adik gadisku seorang ini. Pantang adikku ini membentangkan apa saja di depan, pasti ada saja kerenah N itu. Diketawakan dari belakang, atau dilemparkan soalan yang entah apa-apa. Selain itu, apa saja pakaian adikku itu akan jadi bahan bualan N dan kroninya.
N itu sungguh kuat pengaruhnya di sana. Menurut cerita dari kawan terdekat adikku, N itu sebenarnya cemburu bila nama adikku disebut-sebut oleh pensyarahnya di sana. Pasti ada suara sumbang di belakang kelas. Kata N, adikku itu memilih bulu untuk berkawan. Tapi, kata adik, dia sudah cuba banyak kali untuk berbaik dengan N, tapi N itu bermuka-muka. Di depan lain wajahnya, di belakang istighfar panjang kita.
Demi kejayaan bersama, adikku selalu menawarkan diri untuk membantu secara sukarela pada N sekumpulan. Tapi kasihannya, N itu sudah seperti mengawal jadual harian adikku. Sesuka hati menukarkan waktu sesi pertemuan. Disuruh adikku ke sini sana, meminta ajar itu dan ini. Uhhh… (aku mengeluh). N sudah menterbalikkan lumrah alam, bahawa ilmu itu tidak dikejar, malah disuruh datang pula.
Sudahnya, adikku itu semakin tertekan. Walau kawan rapat ada yang menyokongnya, tapi dia tiada kekuatan. Bayang N selalu mengejar dia. Bila dugaan itu tak tertanggungkan, diluahkan pada Ama dalam esak tangis yang panjang, kerana tidak dapat tumpu pada pelajaran.
Aku tiada nasihat pujuk dodoi buat dia. Cuma tergelak saja. Jawapanku buat adik cukup mudah.
“Kejayaan itu makin dekat, bila ada musuh yang menarik kita dari belakang. Syabas. Selamat datang ke pintu kejayaan. Sikit lagi. Hehe.”
Semoga ayat itu menjadi tangkal buat adikku di sana.
p/s: Adikku, kalau kau membaca ini, ketahuilah bahawa abangmu ini, tak pernah lupa namamu di dalam doa.
amalina berkata,
October 12th, 2008 at 11:23 am
assalamualaikum….
ok…
I kinda tersenyum jugak.at the same time,nak offer a hug to your lil sister.
kesian sampai nangis2.
dont worry sis,you brother tatau how hard being a girl and at the same time,having a friend from hell….
actually,aku pun pernah ada benda macam ni jadi.
kawan aku yang aku dah kenal sejak sekolah rendah tetiba gangs up,dan start kutuk2 aku.hard.sbb kawan tu,mak bapak aku kenal.kalau kitaorang tetiba gaduh,mak bapak kitaorang akan start tanya.so bayangkan la susah n perit nya pagi buat muka happy taknak bagi parents risau but mase sampai kelas,rasa nak nangis.
tu satu.
lepas beberapa tahun,ada lagi.sama ngan your sis punya
die akan bagi aku buat suma keje berkaitan ngan sekolah.ngan kelab.sume.and die nak nama.pastu,bila die dgr orang puji aku,die start kutuk.die pernah panggil aku `hodoh` depan aku.
so….biasa la kena kutuk.biasa lah orang amik kesempatan
life.
-aku dah tatau nak ckp ape- bluek
amalina telah menulis tentang aku. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 12th, 2008 11:29 am:
Itulah, aku pun rasa cuma girl saja yang boleh memahami sesama mereka.
Tapi, pengalaman seperti ini, boleh mendewasakan kita, betul tak?
Balas komen ini.
amalina membalas pada October 12th, 2008 11:31 am:
yep.pengalaman camni yang akan buat seseorang more careful mse pilih kawan.
just harap adik ko x paranoid je la.
amalina telah menulis tentang aku. Mari baca!!
Balas komen ini.
RajaOtai berkata,
October 12th, 2008 at 11:57 am
Sesungguhnya pengalaman2 begini la yg mewarnai hidup sesorang, menjadikannya lebih bermakna
RajaOtai telah menulis tentang Another Eid Update. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
October 12th, 2008 at 9:18 pm
utk adik kamu itu : (jgn curi2 bace ok, tok c adik je
)
hidup ni takkan blh lari dr penangan terduga dan diduga. lect sy pnh ckp, bila kita membesar, musuh kita pn makin besar…jadi, jgn terlalu fikirkannya…itu semua lumrah alam, tak mungkin kita dpt lari….cuma bg sy, N tu agak kebudak2an sbb bertindak mcm tu. jadi, harap awk tak kebudak2an juga malah bertindak lebih dewasa dr dia…
jangan menangis, menangis takkan selesaikan mslh…tp, klo tok luahkan perasaan tu ok la
tp, skjap je ok jgn lame2…dah abs nangis, berdiri dan hadap muka dia dan ckp “aku tak takot pon!”….bykkn berdoa…owh ya, sy pnh gak kne n apa yg sy wat, wat xthu n wat xnmpk je muka dia…buat mcm dia tak wujud…kalau dia tanya bukan2 mse presentation, awk kne sedar, topik itu awk yg punya jd klu dia tnya lari dr topik, bg je dia balik, tak pun tunjuk je kat tajuk topik tu…takkan tak fhm yg kls tngah bincangkn psl apa kn…
dia buli awk sbb dia thu awk lemah…so, pasni kuatkn dri n jgn takut melawan (lawan secara profesional)…lama2 msti dia akan takut tgk awk sbb awk lebih berani dr dia…
salam senyum dr sy
dont worry n b hepi….
iliana telah menulis tentang KELUHAN SUARA. Mari baca!!
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
October 12th, 2008 at 10:14 pm
hmm..tak sangka masalah yg sama juga turut dihadapi oleh adik kau..nak bagi nasihat pun aku tak reti sangat..sebab diri sendiri pun masih berjuang dalam kekalutan ini..harapnya si adik dapat bersabar..anggaplah ini sebagai cabaran /persediaan kerana mungkin pada masa depan lebih besar cabaran yg akan dihadapi.
~setitis derita melanda,segunung kurniaan-Nya
Balas komen ini.
Nazliah berkata,
October 12th, 2008 at 11:43 pm
salam. wahh.. terharu ada abg mcm ni. hehe
kuatkan semangat!chaiyok2!kejayaa itu suatu yg amat manis bila anda telah melalui semua jurang kesusahan dalam belajar.ini sebahagiannya..
to ur sis, biasa lah dugaan semasa belajar, teruskan berusaha, abaikan manusia seperti parasit tu..cuba sdaya upaya melawan apa jua virus yang hadir tanpa diundang
Nazliah telah menulis tentang Aturcara Majlis Konvokesyen Ke-3 Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Mari baca!!
Balas komen ini.
izzati_ar berkata,
October 13th, 2008 at 8:41 am
bagus nye abg irfan
utk adik Izdihar, nagis la puas2
luahkan masalah
akak pun penah nagis jugak sbb kwn .tp akak nagis diam2 hehe
takpe .ALLAH sentiasa dgn kita:)
Balas komen ini.
shairah berkata,
October 13th, 2008 at 3:28 pm
“Kejayaan itu makin dekat, bila ada musuh yang menarik kita dari belakang. Syabas. Selamat datang ke pintu kejayaan. Sikit lagi. Hehe.”
ayat yg direct. i like! =)
kadang2 perempuan ni x perlu ayat bunga2 sgt. cakap direct je supaya ‘tersedar dari lena’ sket. hehe. smoga adik kamu dikurniakan kejayaan dunia akhirat. aminn.. =)
shairah telah menulis tentang The ‘Bajetness’ of ‘Ahli Syurga’. Mari baca!!
Balas komen ini.
AiniAziz berkata,
October 13th, 2008 at 8:56 pm
Hm..
Aduhai adik..
pengalaman mendewasakan…eh..tidak..sebenarnya..
Pengalaman semalam menjadikan siapa kita hari ini…
Reaksi hari ini menentukan bagaimana kita akan diingati esok..
Banyak sabar ya buat si adik..
Balas komen ini.
suhaila berkata,
October 14th, 2008 at 3:03 am
bila kita berniat baik orang akan salah sangka..
bila kita berbuat baik dan ikhlas makin orang tikam kita dari belakang..
bila kita humble makin orang mengata dari belakang..
manusia jahat memang mencari orang baik untuk menambah koleksi dosa mereka.
itu semua ujian,
Balas komen ini.
bloganaigh berkata,
October 14th, 2008 at 5:29 am
Pernah terbaca ini;
Hati resah tidak tenteram bermaksud hidayah sudah mula mahu datang. Gapailah ia. Ia peluang yang dikhususkan untuk kita.
Kesusahan demi kesusahan datang kerana kemenangan sudah hampir benar. Bersabarlah.
Balas komen ini.
syida berkata,
October 14th, 2008 at 7:06 am
ermmm..normal je situasi camni berlaku kat girls..adus..jangan amik pusing sangat..wat x tau je..
90 % budi pekerti mulia terdapat pada sikap suka memaafkan kesalahan orang lain..
Jadilah seperti besi y kukuh menghadapai berbagai peristiwa ,kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai~
Balas komen ini.
en_me berkata,
October 14th, 2008 at 9:52 pm
en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
Balas komen ini.
| …pada-Mu ada kedamaian berkata,
October 14th, 2008 at 11:55 pm
[...] si adik ini adalah sama sebiji dengan aku. Terasa kuat bila terbaca nasihat abg kepada adiknya[...]
izzy berkata,
October 15th, 2008 at 4:48 am
bila kita menghadapi dunia akhir alam remaja dan permulaan dewasa ni, memang sifat iri hati itu sangat tinggi. sebenarnya N itu sangat meminta perhatian. mungkin sifat izdihar yang bersabar itu lama2 akan buat N terpaku sendiri, dan tidak pelik jika satu hari nanti N akan hargai izdihar dan mereka berkawan baik.
note to izdihar: bersabarlah, orang hebat sentiasa kuat.
izzy telah menulis tentang rumah dan alamat sendiri.. Mari baca!!
Balas komen ini.
hidayah berkata,
October 15th, 2008 at 6:37 am
Slam,
wah kalau beginilah gamaknya, cuba amalkan
‘selawat pelindung diri’ dan
‘selawat menanam kasih sayang’.
ada dilagukan kumpulan nowseeheart… biasalah family lak jauh, tuhan segala2nya walau dimana dan bila2
memang beberapa tahun ini aku perhatikan rata-rata perempuan sinonim dengan sifat ‘individualistik’..masing2 nak lebih superb dari org lain..apala yang diorang nak sebenarnye, berbeza dgn lelaki yang lebih senang BERPASUKAN…semangat kebersamaan tu tinggi.. sebab tu lah diorang tak abies2 tgk BOLABOLABOLA
Sama2lah kita doakan kepada yang MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG agar pintu hati ‘N’ dibukakan pintu rahmat dan dicucuri sifat belas kasih dari-NYA. Sikap ‘N’ itu juga menuntut kt mendoakan mrk berdamai dan ‘N’ berbaik sangka dengan sesiapa sahaja selepas ini.
kerana ‘N’ juga punya hak untuk didoakan.Mari kita selamatkan ‘N’ dan adikmu itu..
biarlah ‘N’ bertukar kpd ‘W’
Apapun KEBALKAN NIATmu menuntut ilmu dan TEGUHKAN KEIKHLASANmu agar tidak goyah @ tumbang dari si penjentik…
Balas komen ini.
hidayah membalas pada October 19th, 2008 8:23 pm:
Afwan jiddan,
untuk komen diatas;
Sebenonya nak cakap segelintir perempuan = 0.001%
bukan semua…
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak komen, pos baru huhu
jzklh
Balas komen ini.
ashaf berkata,
October 15th, 2008 at 11:25 am
emmm….normal la cam gitu…lelaki perempuan pasti ada sifat iri hati cam gini. yg menjadi kan hal ni complicated, girls ni sensitivity nya teramat la tinggi compared to boys. that’s why bila diuji dgn kenkawan yg ada penyakit hati yg terzahir spt “N” ni, umpama nya hidup ni dah tunggang langgang jadinya…
paling penting SABAR…sabar…sabar…
kejayaan itu milik Allah..nak taknak kena jgk kembali kpd Allah..mgkn kekadang ada kealpaan, jadi Allah dtgkan sdkt ujian utk mengingatkan…
tatapan yg dikongsi oleh temanku…
“mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian, baginya ujian itu tarbiyyah dari Allah, tanda kasih sayangNya, jua penghapus dosa…”
Balas komen ini.
Al-Irfan berkata,
October 15th, 2008 at 1:43 pm
Terima kasih atas komentar kalian, Rajaotai, iliana, insan biasa, Nazliah, Izzati_ar, Shairah, AiniAziz, Suhaila Bloganaigh, Syida, Izzy, Hidayah (ada yang tertinggal?)
Hmm.. nampaknya, aku tidak dapat membalas satu persatu di antaranya. Terima kasih kepada kalian yang menitipkan kata-kata semangat kepada adikku. Akan aku forwardkan kepada dia nanti. Akan aku suruh dia memberi komentarnya juga di sini (itupun kalau dia mahu
hehe)
Kes ini mungkin dipandang remeh oleh seorang lelaki, tapi sangat dipandang berat oleh seorang perempuan. Seperti yang pernah aku baca di dalam buku “Aku Terima Nikahnya” tulisan Ustaz Hasrizal, lelaki melihat sesuatu perkara melalui logik akal, perempuan pula melihatnya dari sudut perasaan. Sesuatu isu yang remeh di pandangan lelaki, mungkin adalah sebuah isu besar di mata perempuan.
Jadi, untuk mendapatkan titik kesefahaman, lelaki perlu memandang seperti yang dilihat oleh perempuan.
Balas komen ini.
sam berkata,
October 16th, 2008 at 8:00 am
… hATI perempuan tak siapa tahu..
..dalam mencari dalam diri.. mereka kadang-kadang terperangkap dalam ilusi..
bayang-bayang disangka kawan sejati..
Perasan keliru fikiran bercelaru..
Mulut membisu..
Kepala membatu.. cemburu terus memburu..
itulah wanita yg penuh persoalan dan jawapan…
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
October 22nd, 2008 at 2:25 pm
manusia..manusia….
Balas komen ini.
irshadian berkata,
November 8th, 2008 at 10:20 am
ish2 emosinya
adikku juga mengadu
di uni
roomate bising masa study,solat dll
hairan, semakin berisi tunduk ke bumi,
ini,
semakin bijak semakin rosak
Balas komen ini.
ieqa berkata,
November 9th, 2008 at 8:28 am
situasi izdihar same dengan situasi diriku..
nangis sorg2 je laa dalam bilik.
Balas komen ini.
jakaranda berkata,
November 20th, 2008 at 7:19 am
smua tu ad hikmahnya buat pembuli dan org yg kene buli…..tunggu je la….
Balas komen ini.
Bedah ebook. Million Dollar Wedding Photographer : : SangPelangi berkata,
December 2nd, 2008 at 12:21 am
[...] aku teringat nasihatku terhadap adik perempuanku dulu, Kejayaan itu makin dekat, bila ada musuh yang menarik kita dari belakang. Syabas. Selamat [...]
NICKY berkata,
August 20th, 2009 at 12:00 am
aq psti syg bgt m adikku…………..
Balas komen ini.
azah berkata,
October 25th, 2009 at 2:10 am
..bagus..bagus..anda seorang abang yang baik
dulu masa tgh frust pun, abg pernah kata:
…he’s not worth it. u deserve s/one better than him….
pastu terus rasa lega. xde rasa bersalah, xde rasa hampa. hidup mesti terus.
terima kasih, abang.
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
October 25th, 2009 at 4:35 am
padanlah, seperyi pernah baca saja artikel ni. hm.. Apa khabar adik kamu sekarang irfan? dah setahun kan …hm, lebih tabah atau sudah berubah, kepada yang lebih cemerlag insyaallah.
Hm..masalah perempuan. Biasanya lebih senang kalau dapat berbincang dgn perempuan. Tapi, bukan masalah juga kalau semua adik beradik lelaki, mungkin ada pandangan yang lebih logik dan kurang emosi. Tetapi, emosi tu lah yang menguatkan perempuan;))
Balas komen ini.
nurnana berkata,
October 25th, 2009 at 5:37 am
salam irfan,
masa aku sekolah dulu, aku pernah di pulaukan, pernah juga dipergunakan kawan-kawan di sekolah.
pembelajaran aku terganggu juga kadang-kadang.
apa yang aku buat, aku terpaksa belajar sendiri dan cuba kuatkan semangat setiap kali aku berdepan dengan masalah.
aku pekakkan telinga, walaupun terkadang aku menitis juga air mata.
hmm… lama-lama aku terbiasa bersendirian pulak. mungkin sebab tu, aku tak suka tinggal di asrama.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:45 pm:
Kasihan. Mujur kamu tidak bereaksi negatif dan semakin matang dengan pertambahan usia. Kisah lama, biarkan dibakar. Walau segala perkara dibuat bersendiri, carilah kawan yang boleh menceriakan.
Balas komen ini.
fara klate berkata,
May 3rd, 2010 at 1:00 am
hum..masalah pompuan memang gitu..selalu je ada orang yang iri hati..fara pon penah di pulaukan masa belajar..kawan-kawan buat tak tahu je kalau farah cakap apa-apa..sampaikan farah give up..farah tak kawan dengan budak sekelas..farah kawan dengan budak kelas lain tetpi same kos..mujurlah dioarng tu faham farah..banyak bagi nasihat..then farah ok berjaya..ramai plak yang nak kawan dengan farah,,pelik pon ada..tapi farah bersykur la..berkat farah sabar tu buat farah jadi bersemangat nak buktikan farah berjaya tanpa dioarang,harap adik pon macam tuh..
Balas komen ini.