Mouri Sensei.. benci orang asing??
Tadi kertas Denjiki (electromagnet).. soalan yang diberi memang agak “Sejibik” macam dalam report yang dia suruh hantar kelmarin. Tapi, soalannya tidaklah sesenang makan kacang NganYin. Mungkin tiada masalah bagi sesiapa yang dah kuasai rumus dan formula berkaitan.
Masa yang diberi adalah 1jam30minit, aku siapkan semua soalan dalam 45 minit termasuk menyemak semula hampir 10kali. Aku ada lagi banyak masa terluang yang perlu diisi.
Serupa dengan rakan yang lain, hampir separuh kawan sekelas yang dah minta keluar. Tinggal beberapa orang lagi yang masih memandang langit sedang mencari ilham agaknya. Ada juga yang sudah mendaratkan kepala di atas meja untuk mengulit mimpi-mimpi indah.
“hmm.. takkan aku nak tidur kot?? rasa mcm kurang hajar pulak nanti” Senior berpesan untuk memberi contoh terbaik sebagai seorang warga Malaysia yang Muslim. Nak balik awal? Nanti nak buat apa pulak kat luar tu? Bukan boleh balik bilik pun..”
Jadi, apa yang aku buat?? Inilah dia..

Nama karikatur yang aku lukis ni ialah.. Mouri Sensei. Aku melakar wajahnya di kala kebosanan membara.. Umur dia lingkungan 50-an, sedikit uban dan sangat garang.
Sejak awal-awal aku mengikuti kuliahnya, dalam sehari hatinya tidak akan senang kalau tak “sembang geybang” (istilah di ATMA, sumbangan Acat). Ada sahaja benda yang ingin di“belagak“kan setiap minggu.
Teringat pesan senior aku, Yen Ling namanya.. “You jaga-jaga sikit dengan sensei tu. Kelas dia memang boring. Lebih banyak bercakap besar daripada mengajar.. Kalau you tak faham, boleh tanya kat I, atau tanya kawan-kawan yang atama ii (bijak). Kelas dia memang ‘ZERO’…“
Jepun maju itu.. Jepun maju ini.. Negara-negara lain banyak meniru Jepun.. Sebab tu ramai pelajar asing kat Jepun.. Calon Nobel itu.. Calon Nobel ini.. Negara Islam itulah.. inilah.. Malaysia macam tu, Indonesia macam ni..Palestin lah.. Amerika lah..
AHHHHHH!!!!!!!! AKU DAH MUAK DENGAR NI SEMUA!!!!! (jeritan dalam hati..hehe)
Aku tak tahu apa motifnya dia menceritakan benda-benda sebegini. Pendapat yang sangat tidak rasional dan dia bercakap atas dasar seorang yang tidak memandang sesuatu isu itu dari sudut berlainan. Ahh.. ada apa dengan Jepun?? Apa yang nak dibanggakan?? Setakat manis di luar kelat di dalam..Hampas!!
Kalau sekali-sekala, boleh tahan lagi bang.. ni dah setahun macam tu, bukannya boleh jadi lali, makin berapi. Cuma kesabaran yang boleh membendung semua ini.
Pernah sekali, aku rasa betul-betul marah sebab Mouri Sensei kutuk negara Iran, Pakistan dan negara Arab. Dia samakan pula dengan Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Memang manusia itu boleh berkata sesedap rasa, tapi kalau dah babitkan soal agama dan negara, telinga mana yang tak menggelegak? Sesekali aku membantah dengan hemah..tapi disangkal dengan fakta dan statistik merapu dan menggelaban. Ini kelas Elektromagnet ke atau kelas Politik Dunia ni??? Aku minta izin nak ke bilik air, tapi tak kembali sampai habis waktu.
Pernah sekali dia naik minyak, mengamuk, sebab ada kawan aku yang tertidur masa dia berceramah isu “politik dunia” nya.
Tiba-tiba, sambil-sambil memekik-mekik.. tersembur sesuatu dari mulutnya. Terus terdiam, menggelabah tak tentu pasal. Terbongkok-bongkok mencari sesuatu.
“Tepi!!!! Tepi!! Mana?? mana??? ” terjenguk-jenguk lehernya ke bawah meja mencari sesuatu.
“Cari apa sensei?” Matsuzawa, kawan yang berdekatan bertanya,kalau-kalau dia boleh tolong carikan.
“Gigi aku la..” Nada perlahan dia menjawab.
“EEEEEEyyyyyyyyy…….” Semua orang pun pelik dan terkejut.
“Ha.. ni dia!!! Dah jumpa..”
Dengan tak berbasuh lalu dia pun pasang lah sebatang gigi tu kat depan kami semua. (canggihnya Jepun, gigi palsu pun mampu terbang)
“EEEEEEyyyyyyyyy…….” lagi sekali, semua terkejut dan geli dengan tingkah lakunya.
Sejak saat itu, maka pecahlah rahsia Mouri Sensei yang selama ini bercakap besar. Rupa-rupanya dia memakai sebatang gigi palsu.
MORAL:
1. Jangan cakap besar, nanti malu sendiri.
2. Masuk kandang kambin mengembek, masuk kandang Rimau?? kene ngap!!
p/s: bukan bermaksud untuk memburukkan sesiapa, tapi untuk renungan. Semoga pembaca yang mungkin terdiri daripada cikgu-cikgu, bakal-bakal cikgu, atau mempunyai isteri/awek/kawan/adik beradik yang nak jadi cikgu tidak akan ikut perangai dia ya?
















alan_best berkata,
February 16th, 2007 at 9:39 am
camne ko leh ambik gmbar lak?pelik aku…pawer giler leh bnyak masa buat xm..aku pon ader bnyak mase pk..tapi dah tak tau nk wat camne, pk camner pon tak tau gak..geli giler sensei ko..kesimpulan nyer..semua geli kecuali aku sorang..hahaha
Balas komen ini.
harisNoor berkata,
February 16th, 2007 at 9:46 am
kalau bekas cikgu pula bagaimana? hehehehe…
Balas komen ini.
husmi berkata,
February 16th, 2007 at 10:27 am
aku nak gelak je…..ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha(sampai mouri sensei letak jawatan)
Balas komen ini.
ubie79 berkata,
February 16th, 2007 at 1:22 pm
Apapun, dia tetap sensei kita….. Adat org belajar kannnn
Balas komen ini.
men hensem... berkata,
February 17th, 2007 at 2:27 am
ko kate kat mouri sensei tuh,jom lwn gg ngn aku..haha.gerenti die klh..sasuga nihonjin da ne..tringat aku cter `lagi-lagi senario`,yg gg ttaggal kat roti canai…haha
Balas komen ini.
Siti Norbaya Abu Bakar. berkata,
February 17th, 2007 at 2:58 am
salam…hehehehehe..lawak la irfan citer ko ni..bagus citer versi lawak jepun.hehehehehh…poyo sungguh lect ko tu..sabar je la..dah nasib insan merantau,tapi sbg pelajar kite mesti hormat kat dia,sebab keberkatan ilmu tu penting untuk seorang pelajar..sbgai bakal guru aku malu giler la..sbb peragai buruk cam tu menjejaskan profesyen guru..huhuhuhu…HAMPEH sungguh!!! Sabo je la yerk…
Balas komen ini.
pauhfc berkata,
February 17th, 2007 at 3:05 am
ish..ish..malangnya nasib ko.tp, ok apa dia bg paper ok kat ko.45 minit dah dpt siap.
lecturer aku dedicated sgt smp baut soalan mcm nak bunuh orang.apa2 pun, tetap perlu hormat guru kita walaupun kadang2 tu mmg rasa nyampah sgt ngan dia.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
February 17th, 2007 at 3:34 am
alan_best
aku lukis la..bukan ambik gambar..exam tu mmg kene baca kakkomon..ade jgk paper yg susah gile..
harisNoor
hahaa.. lupe plk HarisNoor ni bekas cikgu.. takpe2.. nanti boleh nasihat kat anak murid yg nk jadik ckgu plk..hehehe
husmi
sensei ko ade yg cmni tak husmi?? kdg2 lawak gk die ni..
ubie79
bukan adat.. adab belajar.. tu yg org kate msuk kandang kambing mengembek tu kn?
men hensem
gigi ko takde sape boleh lawan la.. sekali senyum habis cair salji2 di kaki2 Fuji.. hahahaha… (jom lepak johor pasni, ko nak gi rumah awek ko kn??)
Siti Norbaya Abu Bakar.
hehe.. bakal guru ke?? aisey.. tu yg nak kene wat btul2 tuh.. tapi aku pcaya la.. profesion perguruan kt negara kita ni masih di darjat yang tinggi… (tang naik turun court sume tu, puncanya dari mereka yang tak sygkan guru)
Balas komen ini.
van_zwan berkata,
February 17th, 2007 at 4:35 am
wei fan … mouri sensei(nama cam dlm cite conan) ko tu dh power sg ke dlm bidang politik?panggil dia…. biar aku berdebat dgn dia…. 1st time dgr nihonjin bangga2 dgn negara dia… mmgla maju negara jepun… tp… aku kt sini ckp kt nihonjin negara diorg power pn.. diorg ckp negara diorg sucks!!! bayi kurg, cukai mahal, brg mahal, remaja rosak,kes bunuh diri,pembelajaran english tk bagus, ekonomi tk baik dll… exam ko 1jam 30 min eh? lama gile.. aku 50 min je.. tu pn kdg2 rasa cm 5 min.. wei fan mana link blog aku?(ni yg frust ni).. apa2 pn sensei ttp sensei kita kena respect…
saya setuju dgn cik siti nurbaya tu…haha…nama cam `cikgu` yg ajar cakar harimau tu..hehe (nampashiteiru)
Balas komen ini.
faqir berkata,
February 17th, 2007 at 7:19 am
Aduh, menariknya pengalaman kau ni. rindu pulak kat jepun. huhu..
Balas komen ini.
deetokyo berkata,
February 17th, 2007 at 5:26 pm
Assalamualaikum irfan….pertama kali maaf diatas kekalahan ko ms game pool kite….sasuga amatur darou….hahhahaa…ok pasal cite ko ni aku pun br je pas sembur tanin sensei aku yg berckp tanpa alas pd murid2nye..dia ingat kita ni melayu bleh pijak2 ke…datang jepun pun tetap melayu yg berkeris betul tak?….byk la cite tak bestnya…geram takyah ckp la….tp pendekkan cite atas dasar menuntut ilmu dan mencari keberkatan aku pun memohon maaf je drpd dia…hbis cite…mls nak peduli dia..yg penting dah mohon maaf….moralnye fan buruk2 ,jelik2,hancus2 mcm mn pun sensei tu sukunakutomo 20% sonkei wo shita ho ga ii…ma omae ga jibun de kangaerareru jyanaidesuka….
Balas komen ini.
deetokyo berkata,
February 17th, 2007 at 5:30 pm
fan……betul ke tak ni ha dah tak ingat ( koi ni ittewa koi ni shitagaette ) tahu kan? slh betulkan
Balas komen ini.
cgu ai berkata,
May 19th, 2007 at 3:00 am
1 pengjran yg baek buat cgu d sini hehe
jgn benci sensei lbh2 fan take d +ve value drpd dia
Balas komen ini.
al-farisi berkata,
October 23rd, 2008 at 10:35 pm
Balas komen ini.
hayiwada berkata,
November 13th, 2008 at 6:19 am
haha..tergelak besar bace entry ni..hehe.pengotor botol..lg lawak tyme lukisan ‘kartun’ yg lawa bangat 2..nampak macam bosan tahap ‘gaban’..mesti kalo irfan tunjuk kat sensei 2 konfem die terharu smpai nangis2 la..sbb ade org sudi lukis gambr die..hehe..saya bakal pendidik..insyaAllah..moge tak mewarisi ‘jin’ tak baik..ameeeeeeeeeeeen..
Balas komen ini.