Menjinak Bongkak, Bagai Mengopak Balak dengan Kapak.
Setakat ini, apa perubahan pada diri selama di sini?
Kemudian diselang diam yang lama. Persoalan itu tak pernah aku tanyakan sendiri kepada diri ini. Pengurus unit yang tak suka digelar bos itu tiba-tiba menanyakan soalan yang tidak disangka-sangka, selepas mengajakku duduk bertentang empat mata untuk sesi bermuhasabah, atau disebut post-mortem dalam istilah profesionalisme.
Saya semakin kasar.
Jawabku itu adalah kudus yang paling kudus. Sebetulnya aku menangis tidak berairmata, tatkala meluahkan ayat yang pendek tapi berbisa itu. Ya. Aku semakin kasar kebelakangan ini. Hatiku memberontak, setiap kali menghadapi orang yang merasa dirinya lebih karma dariku. Sebelum ini, sering juga terdengar-dengar akan kisah manusia yang menyangka ilmunya lagi tinggi dari menara universiti. Tidak kusangka jenis insan begitu selalu saja datang dan pergi dalam diari ini.
Jenis manusia begini tanpa dipinta membentangkan senarai anugerah yang pernah beliau (sebetulnya ‘dia’) terima sebagai senjata. Menyuruhku memanggilnya dengan gelaran Datuk, Haji, atau pelbagai hiasan lain yang tidak tercetak pada kad pengenalan diri. Menulis siap-siap buku yang mengajak pembaca merendah diri, tapi kata-katanya di luar buku jauh panggang dari api.
Jangan seperti sebahagian penulis ini, menjeling orang dengan kepala mendongak dan mata mengecil. Yang penting, kita belajarlah merendah diri. Nescaya apa kau minta, semua Dia tunaikan.
Ayat pertama itu aku paparkan di khalayak biar Bang Ramlee menyuruh off-record kata-kata perangsangnya. Setinggi penghargaan kepada beliau yang sudi menurunkan ilmu. Jika ada orang bertanya padaku, hadiah apa yang dirasa paling berharga, semestinya jawapanku cuma satu; insan-insan yang sudi membetulkan semula naluri fitrahku yang dulu-dulu. Mujur, dalam sabar yang bercampur geram, jalan hidupku diteman juga insan-insan pakar yang tak lokek berkongsi ilmu.
Tuan, berikan susu kalau dia mahukan susu. Bukannya, piza. Kita tidak tahu, nasib orang yang kita menyampah itu di lain hari. Silap-silap, kita juga yang kena.
Terima kasih juga kutitipkan buat ‘bonda‘ (sebenarnya dalam diam, sesama rakan sekerjaku, ramai yang menggelar CEO kami begitu). Ayatnya itu kucuplik dari Bengkel Bahasa Persuasif yang beliau kendalikan. Rupa-rupanya ada rahsia untuk mengurus bakat dan mengurut-urut ego manusia. Walaupun dengan jiwa dibadai taufan ketika jemari menghentak-hentak papan kekunci, atau bibir mengherot dalam telefon; perjuangan harus tetap nombor satu.
Fuhh.. Menjinakkan bongkak bagai mengopak balak dengan kapak. Tak susah, tapi penat.
Dik Mal berkata,
November 17th, 2009 at 7:57 pm
Salam Tuan Irfan,
Semoga di permudahkan segala urusan.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:37 pm:
Salam Cik Dik Mal. Semoga kamu juga dipermudahkan oleh-Nya.
Balas komen ini.
aliff berkata,
November 17th, 2009 at 9:00 pm
Salam,
Irfan, masa aku mula bekerja dulu naif yang amat. Terkejut jiwa raga dengan kasarnya perilaku masyarakat bandar yang bergelumang dalam “rat race”. Sudahnya aku sering berkonflik dengan mereka. Teguran hikmahku disambut caci dan hina. Hasilnya setelah setahun, aku hampir bersikap seperti mereka. Namun bila baca balik tulisan-tulisan di blogku, malu sendiri. Menulis mengajak orang jadi baik, realitinya aku sendiri terikut budaya kasar dan tidak cakna.
Kini, aku kembali ke pangkal asal sebagai anak negori yang terkenal dengan adat. Bak ular menyusur akar, manakan hilang bisanya!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:37 pm:
Rat race memang membunuh rasa survival kerana masih dalam zon selamat. Hasilnya manusia separa robot yang kita ciptakan.
p/s: Anak negori, syabas kerana memenangi perlawanan bola sepak tempoh hari. Memang berbisa ular anak negori, ya. Opps.. keluar topik.
Balas komen ini.
time fly berkata,
November 18th, 2009 at 5:22 am
manusia mudah dipengaruhi oleh keadaan atau persekitaran. begitu juga diri ini.
hati mudah merungut tatkala kerja yang diberi tak sepatutnya dibuat oleh pelajar. ya. sewajarnya, seorang pelajarkah yang perlu mengisi borang atau menguruskan borang kenaikan pangkat seseorang??
aku benci sebab aku tak pandai melawan….aku bukan tunduk, tapi aku tak mampu untuk mengelak…
Tuan Irfan,
boleh bagi nasihat untuk pujuk hati ini….
Terima kasih
Time Fly….
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:32 pm:
Saya masih menganggap suruhan berbentuk begitu bertujuan mengajar kita belajar melakukan ‘kerja baru’ yang mendatangkan ilmu. Kalau kita pernah isi borang naik pangkat, kita dah boleh agak apa kriteria naik pangkat kalau dah bekerja nanti, bukan?
Balas komen ini.
time fly membalas pada November 21st, 2009 7:35 pm:
kini sudah mampu tersenyum kerna sudah siap 50 %.
diri ini…jgn merungut lagik..
Balas komen ini.
iliana berkata,
November 19th, 2009 at 5:58 am
hmm~ ada benarnya. saya sendiri mengalami perubahan dari status ‘budak sekolah’ kepada ‘awek garang’. yang menggalas bebanan tanggujawab adalah saya, yang menaggung silap adalah saya. orang marah tindakan saya, orang tak nampak apa dalam fikiran saya.
sentiasa ingat kata pensyarah saya, “manusia ini semakin dewasa, semakin ramai musuhnya”
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:30 pm:
Kalau semakin dewasa, semakin bijak berkawan, kesannya, jumlah musuh pun boleh semakin kurang. Sekarang masih juga bergelar Awek Garangkah? Hehe.
Balas komen ini.
Ruqaiyah berkata,
November 19th, 2009 at 12:10 pm
Manusia berdiri bila terasa sudah dapat memetik bintang di langit. Tapi mereka tak sedar langit itu berapa ribu hasta jaraknya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:27 pm:
Kalau bukan bintang yang ingin dipetiknya, jadi yang paling tinggi mencapai pucuk pohonan pun dah memadai bagi mereka.
Balas komen ini.
joegrimjow berkata,
November 20th, 2009 at 4:53 pm
menarik perumpamaan
kene ready ni
da xlama da
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:26 pm:
Apalah agaknya yang sedang kamu persiapkan, ya. Dah tak lama lagi? Fuh.
Balas komen ini.
Farah Imani berkata,
November 20th, 2009 at 6:09 pm
salam alaik…
Kali pertama saya menjadi tetamu sang pelangi.
Namun sungguh mengujakan
Gaya bahasa dan penyampaian seindah pelangi petang yang memikat mata dan menyejukkan hati yang berasa.
Tabarakallah a3laik..
Sungguh berbakat penulisnya..
Saya akan terus membaca SANG PELANGI..insyaAllah.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:25 pm:
Terima kasih kerana sudi singgah ke SangPelangi yang biasa-biasa ini. Teruskan membaca selagi isi tidak mengajak kepada apa yang memburukkan. ;>
Balas komen ini.
Siti Fatimah Ahmad berkata,
November 23rd, 2009 at 12:27 am
Assalaamu’laikum Irfan
Subhanallah… mengapa baru kini, saya menyedari laman irfan ini sudah berubah dan boleh dimuatkan komentar. tidak seperti laman lama dulu. Alhamdulillah.. kerana kembali menghubungi saya.. saya berbangga dapat bersilaturahmi semula dengan Sang pelangi yang hebat ini.. harap selepas ini jalinan persahabatan akan kembali bertaut di dunia maya dan realiti jika benar-benar ia akan terjadi. salam mesra dari saya di bangi.
*Saya terus addkan laman irfan ke ruang MENUJU DUNIA SAHABAT di laman saya agar silaturahmi akan sentiasa mekar selamanya di dunia maya ini.
SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA buat Irfan dan keluarga.
Balas komen ini.
akuzle ayu berkata,
December 9th, 2009 at 1:48 am
aduuhhh…. memang terkena kt batang idung neh…. huhuuhuhu
Balas komen ini.