Mengantuk.
Sebelum mata ini terlelap,
aku terkebil-kebil membawa hati ke dunia lain.
Merangkak-rangkak ke “laluan masa” sepanjang hari-hari yang berlalu. Cuba mencari apa kurangnya,
apa lebihnya,apa salahnya,
apa kesannya gerak langkah ku pada dunia.
Berkecamuk;
Yang ada cuma keluhan dan ngomelan.
Itulah aku kini.
Jika dulu waktu kecil,
terngiang-ngiang suara abah membisikkan kata perangsang,
sayup-sayup kedengaran suara mama mendodoikan lagu semangat.
Kini semuanya bergentayangan.
Tercari-cari aku di dalam kabus,
kalau-kalau wujud lagi suara halus.
Walau sejauh hamparan samudera,
bisikan dan nyanyian itu sempat juga ku rakam.
Untuk dimainkan sebelum lena,
sebagai pemanggil mimpi indah.
Al-Irfan
4 Feb 2007
Numazu, Shizuoka
——————————————–
Muhasabahlah sebelum dilamun mimpi,
jangan dinanti hari berganti,
takut waktumu kejar berlari.
Maafkan mereka,
maafkan dirimu,
dan minta maaf pada Dia.
SELAMAT TIDURRRR…

















yatie berkata,
February 4th, 2007 at 2:15 pm
moral..muhasabah la diri sblum tdo..smoga kita xkan terus tlena tanpa terjaga..smoga Allah pnjg kan umur kita..insyaAllah
[Balas komen ini.]
heartless berkata,
February 5th, 2007 at 4:46 am
Pengembaraan sang Hati…
menarik.
[Balas komen ini.]
siti norbaya abu bakar. berkata,
February 5th, 2007 at 8:14 am
salam.tidur itu adalah mati yang sementara… “malam itu panjang jangan dipendekan dengan tidur,dan siang itu terang dan jangan pudarkan dengan dosamu” Syeikh Yahya Ibni Muaz Arrzi.
[Balas komen ini.]
ubie79 berkata,
February 5th, 2007 at 11:22 am
Amalkan selalu agar hidup lebih tenteram dan lebih indah
[Balas komen ini.]
adibah abdullah berkata,
February 6th, 2007 at 2:43 pm
salam’ alaik.
Muhasabah itu bagus. Perlu. Sangat-sangat bagus.
Memikirkan apakah kesan setiap langkah yang diatur kepada diri, kepada umat, kepada agama, kepada dunia. Dan tentunya kita tidak mahu mengimbas kembali langkah-langkah itu dengan kekesalan.
Masa muda-muda ni, eloklah kita gunakan sepenuhnya untuk mentarbiyah diri dan menyumbang ke arah da’wah serta islah umat. Teringat kata-kata instructor judo semalam, walaupun dia merujuk kepada penyertaan dalam tournament, tapi boleh sangat-sangat untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita yang singkat ni. Rasanya lebih kurang beginilah.
“You have got to do it now, when you’re young. Perhaps now you don’t really feel like doing it. You felt like you wanted to wait. But when you’re older, when you can’t actually do it anymore, you’ll say, I wish I had done that before. I wish I can do it now.”
Masa tidak boleh diputar kembali, dan masa itulah yang akan menjadi modal untuk kita berhadapan dengan Allah nanti.
Apa yang akan berlaku kepada kita dalam usia ‘tua’ kelak, sunnatullahnya, berkait rapat dengan apa yang telah kita lakukan sewaktu ‘muda’. Dan selalunya impaknya berganda.
You reap what you sow. Sow the wind, reap the whirlwind.
And Allah knows best.
meow~~
[Balas komen ini.]
alan_best berkata,
February 6th, 2007 at 4:19 pm
mengucap sbelom tido baik utk masa depan yg kita tak tau..
[Balas komen ini.]
harisNoor berkata,
February 7th, 2007 at 2:46 pm
Mengapa sebelum tidur itu waktu yang paling sesuai untuk bermuhasabah? Kerana saat-saat sebelum tidur itulah kita sebenarnya kesunyian. Keseorangan. Kegelapan. Tika itulah fikiran mula mencapai perkara-perkara yang sukar dicecah apabila tidak berseorangan. Masa untuk bermuhasabah.
Salam perkenalan Irfan.
Saya Haris, sahabat kepada Adibah Abdullah. (Hehehe… tak taulah mem’promote’ diri ke atau mem’promote’ Adibah…)
Eh… apsal formal sgt nih… aku melayang2 dlm jaringan internet dan satu ari tersesat ke blog ko… akhirnye ade org yg cakap jepun jugak… susah btol nk cari… *sigh*
aku minat jepun tp terpelanting ke australia… huhuhu… takpe la… tak luak pon btol tak?
ape2 pon aku ingin menambah link dr blog aku ke blog ko? Boleh?
[Balas komen ini.]
myself berkata,
February 7th, 2007 at 6:46 pm
jgn lupa pula utk berdoa dan berharap…alangkah indahnya tidur kita diiringi dgn seribu pengharapan dan doa. semoga esok lebih baik dr skrg (disamping bermimpi yg indah lg melucah,hehe)
[Balas komen ini.]
zf_zamir berkata,
February 8th, 2007 at 6:27 am
salam..
kalau manusia yang banyaknya tidur dari muhasabah?
[Balas komen ini.]
van_zwan berkata,
February 8th, 2007 at 4:27 pm
bapak aku ckp klu ngantuk tido je tkyah study …..ssh klu nk paksa otak ni klu tgh ngantuk nk study..bapak aku pesn tido then bangun kul 3,4 pg study… tu dlu aku pnh buat skg tkla..itupn klau aku ngantuk aku tdo kekadang tk bangun pn study haha…
mission impossible 4: wei irfan mana link blog aku? dh nk sotsugyo dh ni hehe
[Balas komen ini.]
ejark berkata,
February 11th, 2007 at 10:57 am
mmm..stu amlan yg hrus d amalkn tu,doa tdoq pon jgn lpe bace….lgi stu,klu ade per2 mondai yg pyh nk dslesaikn psal tidoq ni,jgn brslindung,jgn malu,jgn segan,rujuk sje pda pakarnye…tk len tk bkan….S*LL*H….hayati nikmat tidoq!!!hahaa
[Balas komen ini.]
alirfan berkata,
February 13th, 2007 at 6:09 am
kekeke… aku penah kene “tindih” masa kat asrama dulu.. mungkin sbb tido yang tak beradab agaknya…
Sapa lagi ada pengalaman kene “tindih” ni?? tak mau crita ke?
[Balas komen ini.]
aziem berkata,
April 23rd, 2007 at 5:50 am
sejak aku dok U ni tak pernahla plak mengelamun sebelum tido..cozz setiap hari kepenatan jadualnye padat..essigment lagi melambak pas satu, satu tak abis2…asal letak je apa lagi tido jela…tak sempat nak fikir pe2 pun.. nak cite pasal kene tindih nie tak pernah la pulak kena..tapi kawan bilik aku ni…selalu gak kena..dia dok kat katil atas..tak tw la nape…alhamdulllah aku tah pernah kena… tula baca doa sebelum tido..muhasabah diri memang perlu dalam setiap ape yang kita lakukan..manala tw hari ni dah susahkan org lain ke,salah guna nikmat yg allah beri…salam perkenalan..aku suka dengar cite org kat luar negara niee…membara nak g gak…
[Balas komen ini.]