Mencintai Suami Orang.
Berfikir aku setanak otak. Tidaklah cuak isu ini membuak-buak. Tapi secubit rasa, lontaran idea dari kalian (pencorak SangPelangi), bisa merungkai rantaian ribut sebelum bencana.
Aku bukanlah tabib cinta. Apatah lagi pakar motivasi hubungan keluarga. Dari sekecil masalah cinta hingga belenggu hidup keluarga, entah kenapa ditembak tembus ke dalam telinga. Aku seperti sebuah pondok telefon. Tempat bergayut sang perjaka meluah masalah tentang cinta.
Terkadang bimbang tutur kata ini menambah duka. Tapi, demi kawan, siapa mahu lihat mereka derita? Tangan ini masih kuat untuk dipaut, teman. Paling tidak, hati kau nanti sedikit tenang. Nanti, kau carilah mereka, “penikmat garam” yang lebih usia.
Maaf, entri ini bukan ku tujukan pada pembenci “madu”. Jika anda antara di kalangan mereka, jauhkan diri dari entri ini, bukan dari SangPelangi. Hehehe..
—————–Dipetik dari Utusan————–
Idayu (bukan nama sebenar), 23, mahu masyarakat tahu bahawa tidak semua gadis yang berkawan dengan suami orang itu dianggap pengikis dan perampas.
“Saya bukan gadis yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti yang lelaki harapkan sebagai teman hidup. Sikap saya amat kasar dan tidak tahu menjaga adab sopan apabila di khalayak. Tapi sebaik bekerja di syarikat ini saya mula berubah dan punya keyakinan untuk menjadi wanita sejati,’’ katanya.
Lima bulan setelah bekerja di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, kata Idayu, seorang lelaki dikenali sebagai J cuba mendekatinya.
“Pada permulaannya, J selalu datang ke syarikat saya untuk berurusan dengan pegawai atasan kami. Setiap kali dia berkunjung ke pejabat saya kami hanya berpandangan dan saling melempar senyum.
“Selama tiga bulan itu juga saya merasakan ada perubahan pada diri saya. Hati dan perasaan saya menjadi tidak keruan setiap kali terpandang wajahnya.
“Keinginan untuk berkenalan dengannya semakin hebat. Risik punya risik, saya mendapat khabar J sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
“Menariknya pula, J sering bertanya tentang saya kepada para pegawai atasan. Rupanya saya tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga suka kepada saya dan ingin berkenalan.
“Dengan bantuan kawan-kawan, J akhirnya dapat menghubungi saya. Mulanya kami hanya mengirim mesej. Selepas itu telefon bertanya khabar. Mungkin Kak Nor bertanya kenapa saya melayannya?
“Jawapannya mudah saja. Saya sunyi sebab tidak ada kawan lelaki. Layanan dia terhadap saya membuka hati saya untuk terus berhubung dengannya,’’ tambah Idayu.
“Perkenalan itu memberi saya harapan bahawa J baik orangnya. Dia tidak mengambil kesempatan ke atas saya. Selalu dia bercerita tentang keletah anak-anaknya apabila kami berbual di telefon. Dia juga pandai menjaga hati saya, tidak menyakiti perasaan saya, walaupun saya selalu buat perangai. Dia cukup tabah dan sabar. Yang paling penting dia pandai buat saya ketawa. Saya bahagia bila dapat mendengar celotehnya. Itu kelebihan yang dimiliki J,’’ ujar Idayu berterus terang.
Namun kata Idayu, jangan salah sangka J tidak pernah memberi kemewahan, malah tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.
“Kami juga tidak pernah keluar berdua. Hanya berpandangan di pejabat, telefon dan bertanya khabar,’’ jelas Idayu.
Tambah Idayu, dia ingin tegaskan bahawa bukan semua gadis muda yang berkawan dengan suami orang itu ingin mengikis.
“Seperti saya, sekadar ingin menumpang kasih. Tidak lebih daripada itu. Belum terniat untuk mengahwininya sehingga ke saat ini. Ada masa, saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anaknya. Tetapi saya akui semakin hari hati saya semakin sayang kepadanya. Saya cuba tinggalkan dia dan cari yang lain tetapi lelaki-lelaki bujang di luar sana tidak menghargai saya.
“Mereka tipu dan cuba kikis duit saya, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan bersama J, dia terlalu menjaga hati saya. Dia percayakan saya, malah dia benarkan saya berkawan dengan orang lain yang sesuai untuk saya. Hubungannya itu turut diketahui oleh ibu,’’ kata Idayu.
“Saya tidak pernah berselindung apa-apa daripada ibu malah ibu juga pernah berbual dengan J menerusi telefon. Ibu juga mengatakan J seorang yang baik. Tapi ibu mana yang inginkan anak gadisnya berkawan dengan suami orang, tapi ibu nampak bahagia di mata saya apabila J menelefon mungkin sebab saya satu-satunya anak gadis ibu. Walau marah dia terpaksa telan.
“Kak Nor, saya sebenarnya serba salah. Sama ada hendak tinggalkan J atau meneruskan hubungan dengannya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya betul-betul menyayangi dia tetapi setakat ini belum terfikir untuk berkahwin dengannya.
“Adakah saya perosak rumah tangga orang? Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh berkawan rapat dengan J. Tolonglah saya selesaikan masalah ini Kak Nor?’’
(baca ulasan dari Kak Nor di sini)
———————————————–
Situasi ini tak ubah seperti yang pernah ku dengar dulu. Sahabatku (seorang hawa), entah kenapa tiba-tiba meluahkannya. Tapi, ternyata caraku dengan Kak Nor ternyata berbeza. Biasalah, rambut sama hitam, hati lain warna.
Aku namakan sahabatku itu sebagai Lamda, teman lama sekolah rendah dahulu kala. Juga menaruh hati pada seorang suami orang bernama Gamma. Bezanya, lokasi mereka dipanah cinta. Mungkin “gatal”nya Romeo Gamma boleh dianggap punca. Tapi, mari kita lihat dari sudut yang lain.
Aku tidak seperti Kak Nor, menasihati Lamda untuk meninggalkan Gamma sedangkan sedia tahu Gamma seorang yang baik. Lebih-lebih lagi, ibu Lamda sudah mengetahui perhubungan mereka. Pertama sekali, aku menanyakan Lamda apakah dia sedia berbagi kasih? Berkali-kali ku peringatkan, madu yang ini tidak manis, malah sepahit gelugor di air masin.
“Lamda bersedia”. Mengangguk-angguk.
Jadi, aku cadangkan Lamda berbincang dengan ibunya. Katakan hasrat untuk bernikah dengan Gamma. Kemudian, ku suruh Lamda meminta Gamma memperkenalkan dia dengan isterinya. Biar kau tahu bagaimana rupa si isteri Gamma. Adakah lengannya seketul Sazali Samad, atau pemegang sabuk emas tinju wanita?
Beberapa bulan aku setelah keberangkatanku ke sini, sepucuk emel yang kuterima dari Lamda.
“Terima kasih, Mazni.” (dulu, orang memanggilku Mazni.)
Jadi, persoalannya sekarang, apakah salah Lamda menyukai Gamma? Kejamnya kita menghalang cinta sedang jalan penyelesaiannya bukanlah terlalu sukar. Islam itu mudah (tapi tak boleh dipermudahkan). Mengapa mesti suku kata Pe-Ram-Pas itu difobiakan?
Hampir tak semua Hawa gemarkan “madu” yang ini. Tapi, percayalah, jika hubungan dibina atas niat yang betul, berlandaskan syariat, apakah salahnya kita berusaha? Percayalah, setiap amal yang dikerjakan atas kerana nama Dia, pasti akan dimudahkan olehNya. Barangkali, ruang-ruang hubungan ukhwah itu nanti kan terbuka luas, sebentang sawah di alam syurga.
Perempuan lebih ramai daripada lelaki? Aku tahu alasan ini sudah tak boleh dipakai lagi. Tapi, sedarlah kawan-kawan, umat Muhammad nanti ibarat buih di pantaian. Sekali dihentam ombak, apa bisa bulat ke sedia kala?
Jodoh kan urusan Dia. Mengapa mesti kau pakai jalan rimba sedang lebuh raya terbangun di sana? Oh, lebuh raya ada tol? Fikir-fikirkanlah.
Diulangi, entri ini bukan untuk pembenci “madu” ya? Hahaha..
P.S; Kalau orang tanya aku, mahu “madu”? Aku geleng. Jawab ringkas, tak mampu. Haha..
Far_east berkata,
January 25th, 2008 at 1:10 pm
Hurm..pasal madu la plak!!menarik=P
Err…lambda mane yg ko maksudkan neh?yg aku tawu lambda = v/f
hehe..:D
Balas komen ini.
rasso berkata,
January 25th, 2008 at 1:24 pm
Chenta tak kenal ruang dan waktu…
waima madu… ermm…. gadis begini menarik bukan? ehehe
Balas komen ini.
ya karim berkata,
January 25th, 2008 at 1:26 pm
Aih, macam2 irfan ni. ada saja idea nak kasi hangat sangpelangi.
weh, jalan rimba tu susah nak eksyiden tau, jalan highway tu kerajaan punya.. banyak eksyiden plk tu. Hahaha
Balas komen ini.
selipar jepun berkata,
January 25th, 2008 at 1:27 pm
Lamda tu mungkin satu dalam sejuta.
Balas komen ini.
en_me berkata,
January 25th, 2008 at 2:15 pm
me teringat movie indon: berbagi suami iteww..
salam weekend bro!
Balas komen ini.
suhaila samsuri berkata,
January 25th, 2008 at 10:56 pm
Ya Allah, klu aku jatuh cinta, biarlah dgn lelaki yg bukan suami org, sbg org perempuan, sy sendiri dpt bygkan betapa pahitnya klu org yg kita syg suka kat org lain, dtmbah lagi klu dah jd suami..cewahhh tp kan tgk kes di atas, lelaki juga yg mulakan dulu, tak cukup lagikah isteri yg ada haih..*mengeluh
Balas komen ini.
Jade membalas pada June 17th, 2011 2:34 am:
SETUJU……
Balas komen ini.
iziana berkata,
January 26th, 2008 at 12:49 am
hurmmmm…
mencintai suami org seboleh-bolehnya perlu dielakkan
tp jodoh tu ditangan tuhan kn?
lgpn poligami memang halal dlm islam
cuma lelaki kenalah cermin diri dulu b4 take d step
mampu ke dia adil? boleh ke dia tanggung 2 famili nnt?
jgn ikut perasaan saja la
kena rational kn?
Balas komen ini.
m_aiman'09 membalas pada June 28th, 2009 4:26 pm:
ya saudari IZIANA.., saya menghormati serta kagum akan luahan hati saudari itu..tapi dipenghujung ayat nya itu saudari seolah-olah sudah lupa semula apa yang saudari sendiri ucapkan..maka BETUL la kalau orang selalu sebut pompuan ni memang cepat melatah yea..izinkan saya memberitahu saudari apa yang saya katakan saudari melatah tu…bila JODOH seseorang dah sampai dengan izin ALLAH maka kahwin la dia,tapi masa bertemu JODOH tu rasanya TUHAN tak syarat kan pun DUIT kena ada banyak mana dalam bank kan? pasal REZEKI ni sebenarnya TUHAN dah tentukan tapi kalau kita duk diam je camne duit nak datang,dia tak ada kaki atau sayap kan..kena saling memahami la kalau nak BAHAGIA kan..semua orang tau DUIT bukan segala-galanya…Wallah hu wa’lam..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2008 at 1:16 am
# Far_east :
lambda tu mane ko knal.. anak pakcik Alpha.. ;p
# rasso :
Heh.. pantang ko eh.. dahi dah ckup licin ke? hehe..
# ya karim :
Uik.. identitimu sukar ku kenal.. orang baru eh? syape name?
# selipar jepun :
mungkin j
# en_me :
cerita ape tu eh? tak pernah plak dengar tajuk camtu..
# suhaila samsuri :
erm.. lelaki boleh disalahkan dalam hal ni..
# iziana :
biase kita dengar dan lihat, jarang kes macam ni berakhir dengan bahagia..
tapi, rupanya propaganda media je tu..hehe
setakat dalam pemerhatian aku, yang tak bahagia tu kes terpencil..
selalu jumpa jenis yang OK je.. (tapi, kalau diorang tak bahagia pon, mane aku tau, kan? takkan nak sibuk2 jaga tepi kain orang)
haha..
Balas komen ini.
iziana berkata,
January 26th, 2008 at 1:30 am
miahahhahaa
btol2
ada je membe2 aku yg mak dia bini nombo 2
tp dia ckp eventho mak dia dan madunya x rapat
tp x gado pon
jez biasa2 jer
haha
Balas komen ini.
ezfa berkata,
January 26th, 2008 at 3:52 am
ak tertarik dgn isu yg ko utarakan.kdg2 kita x blh gak nak slh wanita atau lelaki.msg2 b’hak utk dicintai atau mencintai.x semestinya kita b’kwn dgn suami org dianggap satu kslhn.di akui memg akn menyakitkan hati isteri.tp yg penting adlh kejujuran dan keikhlasan.klu kita sekadar ign b’kwn atau b’kongsi mslh,ia x jd mslh.tp cuba kita fikir sejenak atau fkr byk kali jika ianya terjadi pd diri kita sndri(wanita).adakah kita sgp utk menerima hakikat bhwa suami kita dicintai oleh org lain?Fikir2kan lah apa yang tersurat dan cuba fahami apa yg tersirat.
Balas komen ini.
niena membalas pada August 18th, 2010 8:27 am:
i setuju dgn anda….walaupun tidak mengalaminya…tapi kita tidak dapat menidakkan kehadiran seseorang yang hadir dalam hidup kita……susah nak cakap…kalau boleh elakkan dari menjalin hubungan seperti ini walaupun ia amat pahit dan sukar….
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2008 at 4:08 am
# iziana :
erm.. tak rapat.. tapi tak gado.. hik2..
entah.. tu mane kita tau.. takkan gado nak tunjuk2 kat orang kot? ;p
# ezfa Says:
Aa.. senang je tu.. bace komen Rasso kat atas..
Cinta itu buta, beb.. haha
Balas komen ini.
suhaila samsuri berkata,
January 26th, 2008 at 4:52 am
to ezfa : aku ada tebaca buku ‘membina hati bahagia’ by dr Tuah, salah satu tips utnk menjga pehubungan ialah, jgn kita meluahkan apa2 masalah2 kpd suami org, isteri org, dan yg sudah berkahwin jgn pula nak ngadu kat perempuan/lelaki bujang, kerana di kuatiri simpati bertukar syg maka terjadilah kes spt di atas.
actually, aku byk dengar kisah2 mcm ni, dr kwan2 yg putus sebab org ketiga, berpunca dr sifat simpati. ish2…
Balas komen ini.
titan berkata,
January 26th, 2008 at 5:49 am
Aku teringin. Tapi aku takut mak abah aku tak bagi je. Girls aku no hal..Diorang ok. Parents aku je tak bagi. Abah aku ok jer. Mak aku tu je..
Hehe. Apapun, dengarlah cakap orang tua. Berkat tu penting..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2008 at 7:12 am
# suhaila samsuri :
Hohoo.. kalau part sampai putus tu.. Memang salah sangat la..
Benda makruh tapi paling dibenci Tuhan.. Cerai..
Thanks rekomen buku tu.. Nak try baca jgak la..
# titan :
Amboi titan, lain macam je tu?? Haha.. Ye la, orang dah mampu.. bole la..
Erm, betul, betul, betul (gaya ipin)
Jangan sesekali membelakangkan family.
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
January 26th, 2008 at 8:20 am
Uhum…. kadang2 cinta tak mengenal darjat….. Tetapi, kamu perasan tak siapa yang silap…. Dua orang perempuan yang silap. Permpuan di pejabat – Kenapalah suka main api, kedua – perempuan di rumah – Kenap[alah tak belai sisuami…
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2008 at 10:02 am
# Azhar Ahmad :
Alamak.. no komen la Bro.Azhar.. blom kawen lagi.. takleh nak tau.. hik2..
Tapi kan, boleh jadi salah si suami yang mudah tergoda?
Godaan.. dugaan..
Bak kata Ustaz Hasrizal, “kucing yang lapar, jangan di acah dengan ikan”.. jadi, salah si peng”acah” itu ke?
Balas komen ini.
ramzy0 berkata,
January 26th, 2008 at 10:42 am
aku blom kawin, so tak leh nak ckp pepe. tapi kalu dah jodoh, nak wat camaner erk..
Balas komen ini.
mardiah berkata,
January 26th, 2008 at 11:16 am
Salam. bagi saya, ia bergantung kpd lelaki tu sendiri. kalau pompuan goda cemane pon, kalu leaki tu teguh hati, teguh iman n sayang kat isteri die, die takkan mengkhianati janji dia jugak.
And, kalau die bebetu nk kawin dua, dia sepatutnya menggunakan care yang halal dan berhikmah, yakni, beritahu isteri yg pertama terlebih dahuu, bukan main tepon2 pompuan lain, cite pasal anak2 die dan sebagainye. Itu tak mengikut Islam.
Dan bile dah kawin dua, atau 3, 4, lelaki jugelah yang kene bersikap adil dn sebagainya. So, kalau ade berlaku masalah dlm ketiga-tiga situasi ni, yang paling bersalah adelah lelaki!!! Because they have the main influence dan kuasa kawin lebih or jatuh cerai pun di tangan mereka? betul x?
Yelah, kan ade hadis psl seorang perempuan akan menarik 4/5 lelaki bersmanya ke neraka? Sebab keempat-empat lelaki tadi tidak menunaikan kewajipan mereka yang sangat besar itu lah. Sebab tu jugelah lelaki dapat bahagian yang lebih dalam harta pusaka, sebab kewajipan n tanggungjawab mereka lebih besar! Tapi, adekah lelaki sume sedar mende ni? Yang mereka nampak hanyalah part yang nikmat itu saja, bab tanggngjawab, tolak ke tepi! Wahai muslimin, bangunlah, dan tunaikanlah kewajipanmu!!!
maafla, saya ni mmg feminist sket. nak wat camne, byk sgt nampak sikap2 kaum adam yang sangat menyedihkan n mengecewakan. macammane Islam nak gemilang, kalau pemuda-pemuda nya dok sebuk bermain cinta?
wallahua’lam, wassalam.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 26th, 2008 at 1:29 pm
# mardiah :
hai.. entalah mardiah.. ingatkan lelaki ni dah kawen masih terpelihara dari cinta sebegitu.. rupenye blom lagi.. tapi tak semua tau mardiah.. picisan2 itu yang mesti dididik..
Balas komen ini.
yukidaruma berkata,
January 27th, 2008 at 5:59 am
xlayak nak bg komen sbb xder pengalaman.but nice topik r senpai.haha.
bg aku la..kalo bakal suami aku tu MEMANG boleh adil..aku xkisah.lagipun,suami bukan hak milik sepenuhnya seorang isteri…stakat ni mmg pk cmni..tpi rse nye kalo dah kawen..ahaks..xtersanggup gak kot.ahaks.
Balas komen ini.
rudy@bluehikari.com berkata,
January 27th, 2008 at 4:08 pm
memang pahit hidup bermadu. tetapi ia HALAL. hanya hawa yang kuat dan tabah sahaja boleh mengharunginya.
Balas komen ini.
bizarre berkata,
January 29th, 2008 at 4:56 am
salam..eerk..ada gaya jd penulis novel nih..huhu..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 29th, 2008 at 8:14 am
# yukidaruma :
Betul.
# rudy@bluehikari.com :
Hoho.. kata nasihat dari seorang Abang yang sudah berumah tangga. Bro, pernah tengok kes madu bahagia dikalangan kawan2 tak?
# bizarre :
Aik? Novel tang mana tu? Part mana yang macam novel tu? Haha.. jauh sekali..
Balas komen ini.
fajar berkata,
January 30th, 2008 at 12:22 pm
Salam,
Menarik betul isu ini. Satu perkara yang sangat pasti adalah kepayahan untuk membahagikan kasih sayang secara adil dan saksama. Bukan mudah untuk menjadi suami yang memiliki dua isteri atau lebih. Tapi, seandainya niat itu murni dan bersyariatkan Islam, maka berdepanlah dengan penuh ketulusan dan kejujuran.
Balas komen ini.
fajar berkata,
January 30th, 2008 at 12:22 pm
bukan saja kaum Hawa saja kena kuat, bahkan Adam juga kena kental.
Balas komen ini.
beezeewhiz berkata,
February 4th, 2008 at 7:45 am
assalamualaikum.
Sebagai seorang muslim, bagi saya kita tidak boleh menolak atau menghina hukum poligami yang ditetapkan Islam. Saya takut jika terlebih ‘bercakap’, boleh terjejas iman saya.
Sebagai seorang isteri yang mengamalkan monogami, saya tidak punya hak untuk menjadi judgemental-sama ada untuk memandang rendah atau memandang tinggi kepada praktis poligami ini kerana saya tidak ada pengalaman.
Tetapi hati wanita saya cuma berkata “Saya tidak sanggup untuk menghadapinya”. dan saya salute kpd wanita2 yang tabah mengharungi hidup poligami ini. Nak tahu hati isteri/wanita? Jadilah isteri/wanita.
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
June 11th, 2008 at 1:22 am
cinta tu betulke buta?
insan biasa telah menulis tentang forgive and forget... Mari baca!!
Balas komen ini.
ibu berkata,
August 1st, 2008 at 11:28 am
salam…saya sendiri berkawin dgn bekas suami org. punca suami saya menjadi bekas suami org,kononnye krn saya.itu pendapat bekas isteri suami saya.tapi saya tak fikir saya bersalah sbb bks isteri suami dah kawin lagi awal dari kami nikah.elok2 lps dia abis edah. n suami tak pernah cerita buruk ttg dia. ntah lah…tapi kami sgt bhg n sdg menunggu baby yg bakal lahir.
Balas komen ini.
Cinta berkata,
June 8th, 2009 at 11:12 am
assalamualaikum..
ntah napa tgerak hati aku nak buka website nih..
aku mengalami situasi ini..
salahka aku mencintai suami orang??
kami sama2 saling mlengkapi..
aku gembira bsamanya…Begitu juga dia..
klu tahu bgini mesti dia tunggu aku dr awl..
tp uda takdir dia dah beristeri dan mempunyai anak 2..
aku tau dia lelaki yg baik…
coz tidak pena sdiktpun dia abaikan tanggungjwbnya walaupun bcinta dgnku..
dan aku sgp ketepikan prinsip aku…dan hormati had2 aku sbg yg ke-2
Dia cukup sempurna d mataku…
Banyak kali dia mluahkan utk jadikan aku isterinya,
tp aku tak sgp bagi jwpn..takut isterinya tak sgp terima aku jd madunya..
sumpah aku tak pena tlintas pun nak minta dia ceraikan isterinya..
cukupla aku menumpang kasih…
aku tau aku akan bt isterinya tluka,,,
My family pun tak suke aku kwn ngan suami org nih….
tp aku dah jatuh cinta betul kat dia…Korang pahamka???
Salahka aku??? Aku dah cukup tsiksa…
klu ikutkan hati, aku pon tak mahu tlibat dgn cinta terlarang nih,,
jodoh dan takdir d tgn tuhan..dan aku tak tdaya mau mlawan,…
aku sedih betul..kdg tertanya2 knapala aku terlambat untuk btemu dgnnya..
Smoga yg berlaku ini ada hikmahnya…
I’m so sad..somebody help me…
Balas komen ini.
m_aiman'09 membalas pada June 28th, 2009 5:07 pm:
Salam Sejahtera buat semua..CINTA adalah gabungan lima huruf yang menggambarkan perasaan seseorang terhadap sesuatu/seseorang..(itu apa yang hanya ku faham, bukan menurut Kamus Dewan),tetapi mata dan telinga kita seringkali dihidangkan dengan kejadian-kejadian yang tak terjangkau dek akal kita bila ada insan yang terlalu sedih jika ‘PUTUS CINTA’ bukan,terjun bangunan,cederakan diri konon nya tidak ada lagi insan yang menyayangi diri nya..so pada pendapat saya yang bukan ahli fikir ni manusia bebas untuk mencintai apa saja,siapa saja,dimana sahaja dan mungkin pada bila-bila masa..Cuma setiap manusia punya pegangan hidup (UGAMA). Bagi mereka yang TAAT kepada ugama nya tidak akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh ugamanya bukan..Kesimpulan nya disini sebagai Manusia NORMAL kita harus lah BIJAK untuk mengatur perjalanan HIDUP kita sendiri..disamping itu juga kita tidak boleh lupa kepada kekuasaan ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani kepada makhlukNya…
Balas komen ini.
Cinta membalas pada June 29th, 2009 1:46 am:
Dugaan baru bermula..
Hidup semakin mencabar..
My family dah buat perintah berkurung kat aku..
Namun kami masi berhubung macam biasa..
Aku dah buat keputusan berserah pada yang Esa..
Sesungguhnya Dia yg lbh mengerti…
Friendz….wish me luck…
Even dia bukan ditakdirkan jd jodoh aku sekalipun, but i’m so hepi…
I’m learning so much about tiz life…
Kita hanya hambanya yg kerdil..mengharap kesudahan yg baik di ‘sana’ nanti.
Balas komen ini.
Cinta berkata,
June 29th, 2009 at 1:52 am
antara aku dan dier, kami tau batas2 kami..
dia jg aku dgn baik…thats why i like tiza guy…
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 3:49 am:
Anda tak terfikirkah bagaimana perasaan isteri kekasih kamu tu?
Balas komen ini.
Roslia Rosli berkata,
August 2nd, 2009 at 8:25 am
Aslmkum smua…
Rasanya topik ni, mmg slh satu topik yg hangat utk diprbualkn….
Aku sndiri mngalami situasi sebegini, mmg perit rasanya mnumpang kasih dgn suami org…tp aku ni bkn ank dara, janda yg blm sah taraf branak 4.
Mmg byk duka dr bhagia…kena sedar diri & kena tau had2nya….mnuntut sbr yg bkn sdikit…tp itu lah dugaan yg tuhan bagi utk mnguji kita….
Suami aku dh ceraikn aku, tp tk mau prgi makamah uruskn kes prceraian kami….4thn aku turun naik makamah uruskn kes aku….sblm tu knln yg aku anggap kwn biasa, tb2 scara tk sngaja blh jtuh cinta…dia lelaki yg brtanggungjwb pnuh dgn sifat perhatian & kasih syg…bkn hnya pd aku, ttpi jga pd ank2 aku…
Dia dh pnya ank 3org, isterinya tahu hbgn kami & mnentag keras2…smpai skrg isterinya memohon pd aku supaya mninggalkn suaminya, tp aku tk brdaya….
Suaminya pn tk pnh abaikn tanggungjwb, malah prhatian dia pd kluarganya mmg lbih krn dia fhm apa mkna ktua kluarga…itu yg buat aku syg dgn dia & yg paling aku respect, ank2 adalah keutamaan….prkara tu buat aku trharu…
Skrg ni aku msih menguruskn hal prceraian aku, yg aku sndiri tk tau bila akn slesai…spanjg aku hdp sndiri tnpa suami…dia lah yg byk membantu aku dr segi kwgn,nasihat & sbginya…dia mmg insan yg brtanggungjwb, aku tk rela mlpskn lelaki sbaik ini…yg aku sndiri tk pasti bila lgi blh trsua insan yg memiliki sifat yg hampir smpurna sptnya….harapan aku biar aku dpt brkahwin dngnya nnti,itu bkn hnya hrpn aku sndiri…malah hrpn ank2 aku jga yg sgt mnyayanginya…mak aku pn tlh mrestui hbgn kami, hrp2 Allah memprmudahkn jalan jodoh aku dgnnya…
Balas komen ini.
riana berkata,
October 19th, 2009 at 5:07 am
askum..cerita aku lebih krg sama dgn kes CINTA..
aku juga terlibat dgn cinta suami org..
rasa brslh sentiasa dtg dlm diri tapi seiring dgn dia yg sentiasa dtg mengetuk hati ini..
walaupuntelah cuba tuk berjauhan dan tdk mengendahkan tapi dia ttap sbr melayan karenah aku..aku cb utk buat dia membenci aku tapi dia ttap mnjga hati aku dn trus berharap..
katanya dia mahu aku berharap kerana dia juga berharap pdku..
kdg2 terpkir jgk apa smua ni? knapa harus dia berharap pdku?
aku jatuh cinta bkn sebab wang kerana dia hnya org biasa dn taraf pndidikan pun biasa sdgkan aku lulusan universiti..mgkin nmpk mcm bodoh sb sorg pelajar yg lulusan tinggi yg agk cemerlang/aktif/berdikari/tegas tapi terlibat dlm cinta yg sbgini..
ntah lah..dia sgt memerlukan aku dlm hidupnya utk mengubah nasibnya lebih senang dari skrg..katanya aku seorg yg tabah dn sabar dn hanya dgn aku dia bersemangat utk majukan diri..dn perluku nyatakan disini..sepanjang bercinta dia selalu meniti maa depan bersama aku..dia bercadang ingin membuka perniagaan ats usaha kami berdua..ya allah ..knapa begini?
pernah aku luah rasa berslh pd dia tapi katanya “jgn pk algi kita fokus matalamt dn impian kita biar berjaya dulu..sy perlukan awk..ati sy sunyi tanpa awk..”
boleh dikatakan kami mcm sling melengkapi..ntah lah..
Balas komen ini.
riana berkata,
October 19th, 2009 at 8:59 pm
tambahan pula dia mempunyai tekanan yg tinggi dari keluarga mentuanya..
dia selalu berceriata padaku higga kan sampai satu masa dia menangis di depan ku.dia sememangnya laki yg baik tak pernah abai tggungjawab,tak pernah menolak utk membantu org lain dan seorg yang begitu tenang walaupun dlm hatinya ad bermacam2 masalah..kdg2 aku membuat kesimpulan sendiri tdk bhagiakah dia bsama isteri? tapi baru sja dpt bayi perempuan yg comel..kahwin tanpa restukah?? kerana isterinya tidak pernah pulang ke kampung suami..hampr 8 tahun kawin tapi anak nya yg sulung masih blum mengenali salasilah keluarga dia..aku ad membuat persoalan knapa si isteri tdk mainkan peranan,cuba berbaik dgn kelurga dia ke.?? ntah lah mcm2 persoalan timbul..dia pernah bgtau nk kahwin dgn aku kerana merasakan aku sesuai dgn keluarganya sebab aku jenis ramah dn suka ahli keluarga ramai..dn disini aku ingin nytakan pihak keluarganya juga pernah menyuruhnya berkahwin seorg lagi dan bawa pulang ke kampung mereka..
sehingga kini masih bnyk soalan dan kisah yg belum jelas dna msih belum diceritakan pada aku..
aku terasa bersalah kerana kalu dia bahagia brsama isteri dn anak2 kenapa harus ada aku? knpa dia masih perlu aku?
walaupun isteri hndak bersalin dia msih lagi bersms aku dgn menyatakan rindu,syg, tgh tggu wife bersalin..nk pergi klinik check baby pun msihsms bgtau aku..seolah2 smua bnda dia nk berkongsi dgn aku..
terpk jgk aku kalu dia ada mslah tempat luahan adalah pd isteri dn sbagai isteri pastilah sdh dpt mengagak kalau suami bermasalah..dn mnjadi tggjwb utk bertanya dan sekaligus jadi penyejuk dn penawar hati suami..tapi..isterinya tidak sedarkah yg dia sdg tertekan dgn keluarga isterinya..tertekan dgn ekonomi yg agk teruk tika ini..akhirnya bila aku dtg aku dijadikan tempat luahan,wlaupun pd mulanya aku menolak utk tidak dilimpahi dgn simpati tapi lama kelamaan aku dan dia jtuh cinta..kami terlalu serasi dn boleh berbual mcm2 topik..memang lah aku muda lagi bru 24 tahun dn dia 12 tahun lebih tua tapi aku nmpak agk matang dari usia sebenar..mgkin juga kerana pengalamn hidup sebagai kakak dn anak sulung dlm keluarga..krana kematangan aku membuat kan hatinya terpikat..dia kata tenteram dan tenang dia hanya bila bersama aku..bila dia blik rumah hatinya kusut dgn masalah2 yg aku sendiri tak ketahui sepenuhnya..kerana msih bnyak rahsia,cerita yg blum di ceritakan padaku..
dia takpernah melupakan aku walaupun tgh cbuk dgn hal anak yg bru lahir..
ntah lah..aku sendiri yg membeli ubat utk ikhtiar anaknya yg penyakit kunig..dn aku pernah memegang bayi kecilnya..dn saat tu air mata aku jatuh..mgkin rasa bersalah pdnya ataupun naluri aku seorg wanita@ibu..
em ntah lah..kalu ditanya hati mmg aku sygkan dia..pertama kali aku berjumpa laki yg amat serasi dgn aku..sblum ni lelaki yg hadir dlm hidup aku cuma nak main2 cinta saja..sdgkan aku ingin mncari seorg suami dn ayah pd bakal anakku..dan aku telah berjumpa..syangnya dia juga milik mutlak seorang wanita lain..
Balas komen ini.
riana membalas pada October 19th, 2009 9:17 pm:
*ops nati ada yg terslah paham pula..maksud aku “aku ingin mencari seorg suami dan ayah pada bakal zuriatku di masa yg akan datang”..
Balas komen ini.
estkira berkata,
December 16th, 2009 at 4:39 am
Sorry, I choose to write in English because my Malay is not very good..
I had been truly, madly, deeply in love with a married man. He did not know about my feelings at first. Later, he came to sense that. Being a good man, he put a distance between us. But he did so only after giving me the hints that my feelings were not one-sided. It was all only in the way we looked at each other, not more and not less. His advance was only in honorable words, stating a fact that he was confused of who I was to him. Was I a friend or more than that? Nevertheless, he went away and never attempted to make any more advance towards me, not even for the mere sake of friendship. I was very hurt at first by his attitude, because it made me feel so foolish, to be the one who was “being thrown away” from our friendship. But later on, much much later on, I realized that it was the only way for us to be able to stay honorable. I am very thankful to God that the man I fell in love with was a very honorable man. I also realized that my hurt has changed into a deep appreciation of him. An appreciation so deep that I, somehow, think it is a true love experience to me.
He still dwells in my heart and mind until this very minute. I suspect that he must have thrown me away from his life. But I also suspect that he may not have thrown me away from his heart, yet. I do not know why, but I feel it in my deepest heart that while I am typing these words, he is thinking of me in his deepest heart too. I miss him very much. I pray that God Willth Make him forget me forever, so that I can forget him too. I pray that God Bless him and his wife, body and soul, forever and beyond. I am happy as long as he can find happiness in his life. This, I think, is what true love means. To love, but not be possessive about it. Especially when he belongs to someone else.
Balas komen ini.
thysa berkata,
December 27th, 2009 at 11:42 am
ini sangat mnyentuh ht sy & sy mrsa sgt trpkul krn sy jg mrskn hal yg sama.sy mncntai suami org dan bbrpa kali u/mningglknnya tp sy gk snggup bgtupun dia tdk mw brpsh dgn sy bhkn dy ngjak sy mnkah.tp sy msh brfkr pnjang.d satu sisi sy mnginginknx mjd mlikq tp d si2 lain sy tdk snggup mnjd yg ke 2 dlm hdpx & Sy tdk snggup mlukai ht istrix.sy sgt trsksa dgn prsàan ini.ntah kpn ini akn brakhir.jujur aq sgt mncintaix.
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 3:57 am:
sy faham bagaimana perasaan kamu…tapi kamu kena ingat sebelum kita jatuh dalam pencubaan ini, kita sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang berlaku… kalau kamu tahu kamu tak nak sakitkan hati isterinya, dari awal kamu dah buat keputusan tak nak cuba-cuba mencintainya walaupun lelaki tu seorang yg baik lainlah dari awal lelaki tu mengaku bujang dan bila hati tu dah cinta baru tahu cerita sebenar yg dia tu dah beristeri.
Balas komen ini.
nasibku berkata,
February 4th, 2010 at 11:56 pm
entah macamana tiba2 sy terbuka entri ini. Sy menghadapi masalah yg sama. Tapi sy ambil keputusan berundur diri dan berkahwin dengan lelaki lain. Sy amat berharap dan berdoa, sy dapat lupakan dia dan bina hidup baru…tapi sy gagal. Dia majikan sy dan sy masih bekerja dgnnya. Tiap hari otw balik kerumah, sy menangis dlm kereta sepuasnya….b4 smpi rmh, sy kesat air mata sy…sy takmau suami tahu apa yg sy tanggung…itulah rutin sy. Dah hampir 4 tahun perkahwinan kami dan 7 tahun mengenali majikan tp sy masih sygkan majikan sy, dia insan pertama yg sy syg, sy siksa diri sy atas sebab isterinya yg begitu membenci poligami. Masalahnya majikan juga memerlukan sy, wpun dia tak pernah ucapkannya tapi sy dpt rasakannya. Salah ke poligami…sy cintakan majikan bukan sebab harta, tapi niat sy ikhlas mencintai dia sepenuh hati sy. Inilah akibatnya atas tindakan yg sy ambil….
Balas komen ini.
adik berkata,
February 9th, 2010 at 2:43 am
Estkira ,
Saya bersetuju dengan anda,mencintai bukanlah sekadar memiliki.Sayangilah seseorang seikhlasnya dan percayalah cinta itu akan sentiasa subur dihati anda dan menjadi lebih suci.
Balas komen ini.
Muhd Amirul berkata,
April 2nd, 2010 at 10:45 am
Ringkas tapi padat…Sabda Rasulullah….Bukan dari kalangan umatku,manusia yang mempunyai niat mencintai selain suami/isteri sehingga menjadi pencetus keruntuhan rumah tangga orang lain.Back to the basic…pegangan agama yang kukuh menjadikan manusia yang berpedoman.Halal haram ada sempadannyamFinally,cinta yang halal datang dari Allah.Cinta yang haram datangnya dari syaitan.Fikirlah sejenak…cinta yang mana satu menjadi pilihan anda?
Balas komen ini.
epyy berkata,
June 30th, 2010 at 5:39 am
org yg nak kawin lebi dr satu tu mmg gatal dan penuh dgn nafsu jer,zaman skrg tu just satu alasan jer.. kuang kuang
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 4:01 am:
setuju… tapi kadang2 alasan mereka sangkutkan pasal ugama, ada ugama boleh kahwin sampai 4 dan kenapa tak ambil offer tu….
Balas komen ini.
74rul berkata,
September 9th, 2010 at 1:57 am
aku pun sdg mcinta suami org.. namun bila dia mendekati aku menjauhi
bila dia jauh aku pula rasa kehilangan…mmg amat terasa..
aku sebenarnya terlalu mencintai dia, sepenuh hatiku…. aku ingin dia kembali pada ku semula………………tolong la ya allah aku bermohon padamu berilah aku peluang sekali lagi untuk menyayangi dia semula…………….hidupku sengsaara tanpa dia
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 4:03 am:
kenapa nak sengsarakan diri sendiri….. kluar dari rumah, ambil udara segar…. d luar sana ada ramai lagi yg mungkin lebih baik dari skrg.
Balas komen ini.
yatie berkata,
September 23rd, 2010 at 12:14 am
saya juga dlm situasi seperti mu. mencintai suami org tanpa mengharap apa2. bukan materialistik malah sekadar mendamba kasih sahaja, pernah minta utk mengakhiri sahaja percintaan tapi ditentang olehnya. kami tidak pernah mengambil kesempatan keatas satu sama lain. So how??
Allah menemukan kami takala kami telah berpunya… inikah dugaanNYA?? aku pasrah
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 4:06 am:
Kamu kena tabah hati, bersabar dan walau apapun kita banyak berdoa tu sj.
Balas komen ini.
leesa berkata,
September 30th, 2010 at 1:34 am
salam.. semua…saya baru terbaca laman nie..dan saya bukan nak bagi komen or menyakitkan hati mana2 pihak..tapi sebagai seorg perempuan, isteri n ibu..saya nasihat kan cuba seboleh2 nyer elak kan diri dari berkawan dengan suami org…
kasihan la pada isteri2 dia luar sana..betapa pengorban mereka sia2 bila mereka mengetahui yg suami tidak sayang mereka dengan sepenuh hati kerana separuh lagi hati nyer ader dengan org lain..bukan isteri atau anak2 dia.
letak kan diri anda di tempat isteri2 ini…aper yg anda rasa klu suami anda sendiri ader hubungan di luar pengetahuan anda…percaya la…x ader seorang isteri pun yang sanggup bermadu n berkongsi kasih…
saya harap kat luar sana yg mana berangan nak ambil laki org or berkawan sekali pun..cuba la elak kan..
Balas komen ini.
ms.dr chenta berkata,
November 8th, 2010 at 9:58 am
slah satu dpd pmpuan ini kena undurkan diri… smada si isteri atau si kekasih.. kiranya lelaki ini nyanyangi si istri lebih..maka .. si suami takkan nyesal jika ditinggalkan sang kekasih.. tp kiranya si suami ini biar sang kekasih ninggalkannya kerna rasa tanggungjawab dengan kluarga dan kehilangan cinta..maka si suami akan menangung sesal yng lama… kehilangan cinta..suami,istri tak dpt merasa cinta… lagi sakitkan? kiranya kdua2 wanita ini masi brsama lelaki ini.. maka terbeban la lelaki ini… rasanya..patutkah sang lelaki yg ngundur diri dr kedua2 wanita ini?
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 4:10 am:
kalau saya berada d tempat lelaki, dia kena fikir pasal keluarga, isteri dan anaknya yang dia sayangi. Kalau saya tempat kekasih si suami, MENGUNDUR DIRI sebab berbaloikah dia meneruskan hubungannya sedangkan akhirnya tak dapat kahwin dan menunggu sampai ke tua.
Balas komen ini.
vie berkata,
December 2nd, 2010 at 10:44 am
Tidak salah dan dosanya mencintai suami orang tapi terimalah hakikatnya bahawa anda sentiasa diletakkan tempat yg kedua ,ada`masa untuk bersama tidak boleh sesuka hati .maw cal ada masa ditetapkan,jika ada masalah terpaksa tunggu masa untuk memberitahunya jika pergi melancung for sure only his family pergi dengannya dalam ertikata lain …..anda akan kesunyiannnn mampukah anda mengharunginya sebab katanya dia maw sentiasa bersama tanpa komitmen
Balas komen ini.
Jade membalas pada May 26th, 2011 4:14 am:
tak ada salah atau dosa mencintai sesiapapun…… tapi kita kena tahu yang kita ni tak sepatutnya merasakan kekecewaan dalam hidup, kecewa tak dapat kahwin, tak bahagia bersama dia sebab ada halangan isteri pertama. Kenapa menyusahkan diri utuk join dalam club ni. Orang kata tanggung sendirilah bila dah sakit hati.
Balas komen ini.
eyza berkata,
September 17th, 2011 at 7:57 am
sy juge mencintai suami orng…sy mengenali nye ketika sy mule berkerja d tempat kerja sy sekarang,pada awl perkenalan kami,sy x tau die sudah berkahwin…sy bahagia d smping dia,die selalu membhagiakan sy,smpai sy rase mcm hanye sy shaje yg pling bhagia d dunia ini…erm…tapi bhagia tu x kekal lame,die mula berubah,dh jrang call,x sms…n smpai 1 mase berminggu2 die x contact sy…jnji tnggal jnji…pada 1 hary,ketika sy sedang berbual dgan kwan sy d branch laen,terkantoi yg die sudah berkahwin…dan mempunyai 2 orng isteri dan 3 orng ank…allah….hancur lulur haty sy….
Balas komen ini.