Matahari + Rembulan = Masa
Lewat malam semalam, menempuh kesesakan lebuhraya di Pedas Linggi, aku berdiskusi hebat bersama bapa saudaraku tentang soal masa. Katanya, perkongsian ini dicuplik dari abangnya semasa mereka duduk semeja adik-beradik untuk membincangkannya.
Beliau, seorang pensyarah senibina di pengajian tinggi, sempat melukiskan tanda soal di benakku;
Allah Maha Pandai menciptakan bulan matahari agar kita menyukat masa. Bayangkan pula andai tiadanya bulan matahari. Masih bolehkah manusia menafsirkan apa itu ‘masa’?
Seperti yang dikhabarkan Dia kepada kita, dalam Yunus, ayat kelima;
Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak (punya hikmah). Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.
Namun, biar Tuhan sudi bersumpah terhadap waktu, manusia sering juga lupa beringat-ingat akan kebenaran dan kesabaran. Benar, tapi tak sabar. Sabar, tapi tak benar. Kitakah itu?
















Nooreena berkata,
June 8th, 2009 at 7:06 am
Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh & menasihati dengan kebenaran dan menasihati dengan kesabaran. [al-`Asr: 1-3]
Terima kasih kerana menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.
Nooreena telah menulis tentang Senyumlah Walaupun Hatimu Disakiti. Mari baca!!
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
June 8th, 2009 at 9:08 am
Salam.
- Orang Kristian menggunakan matahari untuk menghitung kalender mereka.
- Orang Islam menggunakan bulan untuk kalender hijriah.
- Orang Yahudi pula menggunakan matahari DAN bulan untuk menghitung kalender mereka.
sungguh tepat analisa di atas!
p.s.: Bro, macam berkesefahaman pula. Entri terbaru aku juga berkenaan tafsir al-Quran.
y4ku24 telah menulis tentang Rahsia kenapa Abu Lahab tak masuk Islam sampai ke sudah. Mari baca!!
Balas komen ini.
abrar berkata,
June 8th, 2009 at 9:10 pm
terima kasih atas peringatan itu.
abrar telah menulis tentang satu ketika dahulu. Mari baca!!
Balas komen ini.
mrberett berkata,
June 9th, 2009 at 2:42 pm
irfan..masa tu hanya bernilai untuk orang yang pandai berfikir….
banyak yang tersirat dengan adanya masa sebenarnya…
sama-sama kita fikirkan
Balas komen ini.
fawzi saat berkata,
June 10th, 2009 at 3:51 am
masa adalah sesuatu yang patut kita hargai… tapi sekarang selalu orang cakap tak punya cukup masa… kenapa ye? saya juga kadang-kadang tak cukup masa… masih memikirkan jalan terbaik dalam mengejar dunia.. ermmmm… pening…. bagaimana masa untuk mengejar akhirat…
Balas komen ini.
muFFin berkata,
June 10th, 2009 at 6:35 am
manusia sering katakan tak cukup masa kerana sibuk mengejar perkara jahiliah
e.g. menonton drama korea jepun yang agak melalaikan
sibuk bermain games
mana nak cukup masa kalau 24 jam diisi dengan perkara sebegini..
***peringatan kepada diri
Balas komen ini.
Tetapazon berkata,
June 10th, 2009 at 11:04 am
Masa itu emas
Balas komen ini.
namasayaialahnamasaya berkata,
June 11th, 2009 at 1:04 am
…kalau x tgk cerita korea tapi still tak cukup masa cam mana plk??? mmg kerja lebih byk dari masa hohoho
Balas komen ini.
muFFin berkata,
June 11th, 2009 at 10:00 am
hehehe… tapi memang masa sukar untuk ditafsirkan..
bolehlah baca buku Keabadian Masa dan Hakikat Takdir oleh Harun Yahya
Balas komen ini.
green_rose berkata,
July 19th, 2009 at 2:08 pm
Assalamualaikum…
Masih teringat dan akan selalu ingat kata-kata seorang ustaz yg lebih kurangnya berbunyi begini:
” kenapa kita selalu merasa masa kita singkat ? walhal kita punya 24 jam sama sahaja seperti seluruh umat di dunia ini. kenapa kita rasakan 24 jam itu tidak cukup untuk kita melangsaikan segala kerja-kerja yang diamanahkan? kadang-kadang kita sendiri hairan, masa pantas berlalu tanpa kita berbuat apa-apa pun..
wahai saudara, cuba kita renung sejenak ulama’-ulama’ silam (atau pun zaman sekarang?) , ada yang mampu mengarang kitab-kitab tersohor bukannya sejilid, bahkan berpuluh-puluh (mungkin juga beratus2?) dalam jangka masa yang amat singkat. Bahkan ada juga yang malamnya bertahajjud, membaca Quran dalam masa yang sama mengarang kitab. Kalau difikir logiknya, dalam masa satu malam,mampukah kita mengagih2kan masa untuk beribadat, menelaah dan mengarang kitab + kerja-kerja lain dan tentu juga untuk berehat? Kadang2 kita ni utk bertahajjud pun terasa amat malas dan berat.
tetapi, sebenarnya, jika diteliti dan diperhalusi. mereka yang terasa panjang waktunya sebenarnya mempunyai KEBERKATAN dalam waktunya dan segala kerja-kerjanya terasa amat mudah kerana PERTOLONGAN ALLAH dan juga melalui ilham para malaikatNya. Sedangkan orang yg merasakan terlalu sempit sebenarnya masa mereka KURANG KEBERKATANNYA, walaupun kerja mudah dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat tetapi terasa payah.
Jadi, peliharalah KEBERKATAN dalam MASA kita semua. Janganlah kita mengatakan bahawa kita tidak punya masa yg cukup andai masih ada waktu lapang kita yang terbuang dengan benda-benda lagha dan maksiat. ”
ehem. maaflah komen lagi panjang dari entry nya
Semoga Bermanfaat
Oh ya, ingat kah pesan Imam Hassan Al Banna tentang masa?
Kerja > Masa
Balas komen ini.
kelisa membalas pada July 25th, 2009 3:59 am:
salam….
kenapa bila diingatkan baru tersedar?tidakkah kita sudah tergolong antara yang lalai?kenapa disiplin boleh dilaksanakan dengan jayanya disekolah atau ditempat kerja dan kita sendiri tidak mampu mendisiplinkan kewajipan yang hakiki?
Rasanya semua punya jawapan tersendiri dan mungkin juga ada yang akan mengatakan “bagaimana dengan si penyoal ni?terlakasanakah sudah?”..itulah manusia,yang elok suma nak cari silapnya orang tapi yang kurang elok berebut nak join sekaki…
asalnya kita atau lebih tepat hati sendiri,jangan pandai cakap tapi nak buat susah giler…”don’t TRY the best BUT DO the best” insyaAllah kita tergolong antara yang dilindungi dan dipelihara amalan kita olehNYA…
maaflah kalau tersinggung dengan setiap kata2 tapi niat cuma ingin memperbetulkan diri jua
Balas komen ini.
green_rose membalas pada July 28th, 2009 2:02 pm:
InsyaAllah.. sama2 kita ambil pengajaran ya
kalau lah kita ini masing2 dapat menjaga diri masing2 pun sudah cukup. tetapi fitrahnya kita manusia mudah lupa. sebab itu kena sentiasa diingatkan oleh org lain.
syukran 4 every nasihat2 yg cukup bermanfaat
Balas komen ini.