Masalah cinta, masalah dunia.
Kerana pedasnya entriku kali ini, pasti bisa melarikan sebahagian besar pengunjung di sini (aku bersedia untuk itu). Kemaafan dipohon atas terlalu terbukanya aku memaparkannya, secara langsung menjadikan SangPelangi tersasar dari misi utama, iaitu sebagai catatan diari peribadi. Aku tahu wujudnya ruangan “Ada Masalah?” di atas itu adalah untuk membantu sesiapa yang dihambat kesusahan. Tapi aku masih tak mampu menjawab kerumitan tentang cinta.
Mulanya aku begitu malu. Sehinggalah aku terlalu bersetuju, lalu tergerak tangan menjawab entri Shairah Ahmad dari Leteran Hati, semata-mata untuk menunjukkan tanda sokonganku pada buah fikirannya. Berikut kusedut sikit coretannya (sumber):
Bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara tiga pilihan. Pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. Kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan-rakan terdekat. Ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali.
Rupanya Teori Shairah (kalau boleh kuanggap teori) inilah kunci segala jawapan. Aku mendedahkan secara jujur, tak kurang sepuluh emel yang hadir kepadaku adalah berkaitan cinta dan jodoh. Sehingga ada yang sanggup menjejak YM’ku melalui sahabat, add aku (istilah di YM) sebagai kenalan dan menceritakan segala macam pahit maung bercinta. Arkh, merimaskan. Sudahnya, aku berhalimunan atau aku masukkan IDnya ke dalam ignore list. Kepada yang masih kusimpan ID nya, berterima kasihlah padaku kerana tidak sempat berlaku kejam. Sampaikan ada yang merajuk dan marah-marah kerana tindakanku itu.
Lebih menjengkelkan ada yang mengaku telus,
“Aku lebih selesa ceritakan hal ini pada orang yang aku tak kenal.”
Tapi, pernahkah dia terfikir, apa aku selesa untuk mendengarnya? Sungguh aku tak ingin tahu. Jangan sekali-kali ada yang mencuba bermain api denganku.
Murah sungguh cinta bila cerita sendunya dijaja untuk tatapan umum atau perseorangan. Begitu mudahnya mereka mencari lelaki yang entah diceduk emelnya dari mana dan sesuka hati berkenalan begitu saja. Tak takut terpedaya? Buaya di alam maya berencam spesisnya. Aku tidak menuduh sesiapa memakai topeng, tapi yang bermuka-muka sangat banyak. Alam maya jangan dibuat main. Persepsi ini harus diambil kira. Siapa tahu kalau aku juga sama keturunan ‘buaya’ tadi? Betulkan niat dulu sebelum bersahabat.
Aku sedih atas dua perkara. Pertama, sedih kerana masalah cinta dianggap kerisauan dunia. Hampir kiamat bumi dirasakannya bila kemurungan. Ada sahabat lama mengatakan cinta itu permasalahan pokok yang mesti ditangani dulu, jika tidak terganggulah kerja seharian. Lihatlah, betapa kuatnya kekuasaan cinta antara manusia. Hingga boleh ketepikan semua benda. Lupa soal umat, bangsa, negara, anak watan. Sungguh individualistik. (Err.. kasarkah aku?)
Kedua, sedih kerana aku terpilih menjadi mangsa golongan ketiga itu. Setulus hati, emel yang kadang-kala sepanjang cerpen itu, mudah saja aku tangani. Ke tong sampah. Itu lebih mulia daripada aku bersikap hipokrit, dengan membaca sebaris ayat saja dan membalas ringkas “Oh begitukah? Berusahalah.” Mujur aku tidak begitu.
Itulah sebabnya, aku cuba menjauhkan diri dari membaca keluhan cinta di laman sawang. Memang blog itu tempat untuk meluahkan segalanya, tapi apakah selesai dengan cara itu? Lebih lega? Ingin lupakan, tapi meletakkan cerita itu di tempat yang paling diingat. (Sokong ‘Teori Shairah’ lagi. Dia ada kisahkan panjang lebar soal ini.)
Malu bertanya, memanglah sesat jalan. Tapi salah bertanya, semakin jauhlah sesat. Bertanyalah pada tempatnya. Aku bukan tabib cinta. Pergilah cari siapa yang layak mendengar. Ibu bapa, abang kakak, Cik Sri Siantan (kalau mahu), pakar motivasi dan ramai lagi yang sedarjat. Atau jadilah golongan pertama kedua seperti Teori Shairah di atas.
p/s: Huh. Aku berusaha untuk tidak beremosi kali ini. Artikel ini kutulis, supaya di masa mendatang mudah saja aku menjawab emel sebegitu dengan meletakkan pautan ke entri ini.
p/p/s: Aku berharap isu remeh ini tidak mengganggu proses ‘memberi’. Doakan agar aku mampu terus istiqamah.
[flash ]
Kemaskini 13 November 2008 : Setelah agak lama aku menyelami kesemua pendapat di bawah, ternyata aku telah belajar sesuatu yang sangat bermakna. Belajar untuk bertindak lebih waras, menjadi pendengar yang baik walaupun aku sendiri tak tahu cara untuk menyelesaikannya. Aku berpendapat, gejala mencari pihak ketiga yang tidak dikenali takkan wujud, kalau kita berfungsi dalam sesebuah institusi persahabatan. Mari lihat raut sahabat di sekeliling, apa ada ruang untuk kita betulkan sesuatu? Jika ada, ayuh perankan sebagai seorang teman.
Terima kasih buat semua yang sudi membantu meringankan bebananku. Walau komentar kalian kuanggap agak berketul untuk kuhadam, tetap jua kukunyah satu-persatu. Enak.
















cikgu yatt berkata,
November 10th, 2008 at 7:55 am
Syabas!!! Irfan anak muda yang berprinsip (moga apa yang dinukilkan lahir dari hati yang ikhlas). Susah hendak jumpa insan yang rasa dunia hampir kiamat jika merasakan hidupnya tanpa redha Allah dan susah hendak jumpa yang dirinya tidak berguna jika hidupnya kurang berbakti pada Sang Pencipta.
Alangkah dangkalnya pemikiran jika merasakan manusia adalah punca bahagia, bukan kurniaan dari-Nya Sedih melihatkan dari golongan remaja yang naif tentang cinta sehingga si tua yang bila-bila masa akan bersoal jawab dengan-Nya perihal dosa dan pahala, tersedu-sedan menanggung duka lara kerana rindukan kekasih hati yang belum tentu menyumbang untuknya pahala sebagai bekalan disana. Jangan sampai kita tersedar bila hayat sudah sampai ke penghujungnya.
Wassalam
Cikgu Yatt
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 1:36 am:
Aku rasa kedangkalan mungkin berpunca dari kurang kesedaran. Kepada yang tersedu sedan melayan kekecewaan, sangat sayang kalau airmatanya itu tidak disedekahkan buat menghayati pengorbanan pejuang syuhadah di negara-negara Islam sana.
Sayang sekali.
Balas komen ini.
syida berkata,
November 10th, 2008 at 8:01 am
Salam..
Isu remeh ini yang membuatkan tuan rumah terganggu~
Diam sebentar~
Sambil mencari sebab mengapa perempuan paling sukar melupakan masa lalu? (setelah membaca di blog shairah)~
Diam lagi~
syida telah menulis tentang ~Emosi~. Mari baca!!
Balas komen ini.
GHD berkata,
November 10th, 2008 at 9:07 am
Menurut ilmu spiritual Islam (sufi) alam ini di bina atas kecintaan universal. Satu sama lain mendambakan ‘perhatian’ yang dicinta..
Antara yang dapat dinyatakan cinta tersebut:
1. Cinta hamba kpd Khaliq
2. Cinta Nur Muhammad kpd Zat bernama Allah
3. Cinta Ruh Idofi/nyawa terhadap jasad yang diperintah
4. Cinta 6 pancaindera jasad terhadap stimulusnya
5. Cinta Adam terhadap Hawa
6. Cinta Aradh terhadap A’yan
7. Cinta ….
Penemuan 7 kajian mutaakhir bidang Fizik Kuantum yang mengkaji asal-usul semua hukum mendapati penciptaan & hubungan partikel2 sub-atom yang membina alam & hukum fiziknya adalah umpama irama lagu (yang penuh kecintaan kosmik) yang diterjemah sebagai Teori M-String
Cinta ibarat magnet perasaan yang menjadi bara kepada keinginan dalam kehidupan..
Senang cakap cinta itu perasaan paling dalam yang tak dapat ditafsir dengan sejuta perkataan.
Tanpa cinta kehidupan tandus, tak subur dan lesu..ibarat jasad tanpa nyawa..Tiada kreativiti ibarat mati sebelum mati.
Itu sahaja pendapat saya..
GHD telah menulis tentang Sambutan Hari Keluarga 2008... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 1:44 am:
Cinta benar ajaib. Cinta juga yang mengeratkan ukhwah sesama kita. Cinta juga yang dapat menyelesaikan masalah dunia. Teruja dengan tulisan yang mengaitkan cinta dan hukum alam (saintifik). Sekaligus mendekatkan cinta kita kepada 7 elemen yang telah GHD nyatakan di atas. Berisi.
GHD, saya masih tertanya-tanya akan hal kecintaan kosmik di dalam Teori M-String. Besar sungguh harapan saya untuk menceduk ilmu dari seorang yang agak lama di bidang Metafizik ini.
p/s: Terharu akan kesudian Guru Hujung Dunia meninggalkan jejak di sini. Diharap ada sesuatu yang bermanfaat dapat dikongsikan antara kita berdua untuk semuanya di sini.
Balas komen ini.
GHD membalas pada November 12th, 2008 1:31 pm:
M-String theory adalah antara kajian mutaakhir saintis fizik kuantum atas kewujudan dan sifat partikel sub-atomik. Hendak diterangkan secara perkiraan matematik ianya sukar dimengertikan (saya sendiri pun tak faham) namun secara ringkasnya didapati semua partikel tersebut saling berhubungan walau di mana mereka berada dalam alam ini. Perhubungan antara mereka ibarat irama yang dihasilkan oleh petikan tali-tali gitar (strings) yang mewujudkan suatu ritma alam universal. Inilah ‘muzik latarbelakang’ yang mungkin dimaksudkan sebagai cinta universal ulama sufi spt Jalaluddin Rumi. Kesadaran spiritual tentang cinta universal ini menimbulkan suatu hubungan erat antara makhluk (sebagai pencinta) dan khalik ( Yang dicintai). Jadi mereka yang sentiasa ‘mabuk’ dengan cinta tanpa sempadan ini memandang semua insan tanpa ‘bias’ iaitu mempunyai sifat penyanyang. Mereka redha atas segala qadha’ yang ditentukan oleh Allah swt dan ianya bertepatan dengan maksud Al-Quran :” Sesungguhnya waliyullah itu tiada dukacita dan tiada kebimbangan dalam hati mereka”..wallahua’lam
GHD telah menulis tentang Di sebalik Kehidupan insan bernama: “Muhammad”. Mari baca!!
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
November 10th, 2008 at 9:09 am
haha… kita senasib, irfan. aku juga menjadi mangsa luahan rasa. Tapi aku bakul sampahkan awal2, aku sedakkan mereka dengan tanggungjawab yang lebih berat untuk dipikul. alhamdulillah, paling bertahan pun, 3 Prvt Msg secara pukul rata. Pasti tak ada yang ke empat kerna mereka telah aku bentangkan dengan amanah yang lebih utama.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:12 am:
Aku rasa kalau teman perkongsian itu adalah sesama rakan terdekat (dan sama jantina) itu lebih baik, daripada mencari entah siapa-siapa di alam internet sebagai melampiaskan syahdu. Kau ajak mereka berfikir dengan isu yang lebih berat lagi. Bagus.
Balas komen ini.
amalina berkata,
November 10th, 2008 at 10:52 am
salam
aku tak pernah menjadi tempat luahan rasa hati.
tapi selalu menjadi mangsa pencari cinta.
penat melayan mereka,sama macam kau,aku delete terus mereka dari senarai YM aku.
entah kenapa di cari orang macam aku.
bukan model pun aku ini.
tapi bisa menyakitkan hati orang saja.
hur hur hur.
tapi tak dapat aku nafikan,
bukan membebankan tapi menyerabutkan kepala saja orang macam ini.
amalina telah menulis tentang wahai enche/che anonymous…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 1:59 am:
Balas komen ini.
yatie berkata,
November 10th, 2008 at 11:22 am
pedasss…..pedasnya mi goreng ni… haha (mkn pedas2 nnt sakit perut la)
hehehe…(ada juga yg menjadikn kamu ‘DR LOVE’ ye)…
p/s: jgn marah2 yer SP….nnt cpt tua
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:03 am:
Hai yatie pedas ke? Kena baca komentar Kak Sue di bawah betul-betul. Tiada gunanya menangis kerana seorang lelaki, tau.
p/s: Oh tak mengapa cepat tua. Lelaki hidupnya bermula selepas 40.
Balas komen ini.
yatie membalas pada November 11th, 2008 7:16 am:
xpedas pn (sbb mmg xske mkn pedas)…hihi
“lelaki hidupnya bermula slps 40????”…tp….SP blum 40 kn?..maknanya kamu……..
Balas komen ini.
suara membalas pada November 12th, 2008 4:19 am:
SP kita ni masih kanak-kanak ribena lah ye? kekeke
suara telah menulis tentang What Am I Like?. Mari baca!!
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
November 10th, 2008 at 11:40 am
cinta bukan satu masalah.. tetapi mereka yang bercinta bawa masalah.. mengapa bermasalah? kerna cinta lahirnya tidak ditarbiyah,,,
aku juga sering kali menjadi tong sampah membuang maki hamun tidak puas hati pasangan-pasangan.. awalnya aku setia mendengar walau tiada nasihat dapatku beri, tapi akhirnya aku mual sendiri, bergaduh seperti datangnya sangkakala, 5 minit kemudian berbaik semula seperti tidak pernah berlaku apa-apa.. dan perkara yang sama berulang lagi….
rimas dan menyesakkan sungguh rasanya… bila masalah datang.. marahnya berapi-berapi..tiada lagi rasa malu pada orang sekeliling.. tanpa memikirkan ketenangan jiran tetangga yang mungkin hendak menelaah buku atau sekadar melelapkan mata merebahkan tubuh yang seharian telah dikeringatkan..
nasuhanurani telah menulis tentang sangkaku pudar. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:18 am:
Berhati-hati dalam menjaga hubungan persahabatan. Biar kita selesaikan masalahnya, itu lebih baik daripada dia mencari siapa-siapa yang ganjil di alam maya. Semoga kau dan dia adalah rakan terbaik di alam realiti.
p/s: Misi utama artikel di atas, mengajak mereka yang bermasalah cinta berjumpa pada individu yang tepat di alam sebenar. Internet dan media yang membahayakan harus dijauhkan.
Balas komen ini.
nasuhanurani membalas pada November 11th, 2008 10:29 am:
baik… faham…
Balas komen ini.
Shairah berkata,
November 10th, 2008 at 3:14 pm
terima kasih ya irfan atas ulasan kamu.aku setuju dgn kata2 kamu, ‘Lihatlah, betapa kuatnya kekuasaan cinta antara manusia. Hingga boleh ketepikan semua benda. Lupa soal umat, bangsa, negara, anak watan.’ aku sebenarnya bimbang juga kalau2 dh menyinggung mana2 hati. tpi aku fikir ada perlunya aku menyuarakan pandangan-pembaca bebas untuk bersetuju, tidak bersetuju atau neutral saja. malah kalau nak mengkritik pun aku sudi menadahnya. mudah2an ada yg dpt kuperbetulkan.
aku menulis bukan kerana aku tidak suka sahabat2 bercerita tentang masalah mereka. kalau mereka ingin luahkn, aku sudi mendengar. tpi janganlah sampai masalah yg terlalu ‘remeh’ (aduh, aku tidak tahu perkataan lain yg lebih sesuai huhu) pun nak dikongsi di khalayak ramai. bagiku, forum2 di internet bukanlah guru kaunselor, dan lebih penting lagi bukanlah ‘tong sampah’ utk dijadikan tempat melonggokkan masalah peribadi. bimbang kalau ada yg ditipu si hidung belang. dan bagiku, sudah tiba masanya untuk wanita2 melayu islam alaf ini bangkit dan menceburkan diri dlm isu yg lebih utama lagi- isu kesejahteraan umat islam sejagat, isu mentaliti, attitude, politics, akidah, dll. bukanlah salah membuai diri dgn cerita2 cinta yg mengasyikkan, tetapi aku rasa biarlah kena pd tempatnya dan letakkanlah satu ‘limit’ utk diri kita sendiri supaya tidak terlalu hanyut hingga jadi ‘it’s all about love, love and love’ smpikan isu lain langsung terbiar sepi.
maafkn aku jika ada tersalah terkasar bahasa. wallahualam.
p/s: tiba2 komentar aku pula yg panjang di sini. hehe maaf ya.
Shairah telah menulis tentang Satu Kegilaan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:32 am:
Haha. Kau ini kalau sekali menulis, panjangnya buat aku terkebil-kebil nak habiskan.
Harapnya kaum hawa dapat menjadi tulang kukuh saling mengukuhkan.
p/s: Aku nak tambah sedikit. Marilah kita mati atas jalan yang ditabur duri perjuangan. Jangan mati bertilamkan bunga-bunga keasyikan cinta, melainkan cinta kepada yang Hak.
Balas komen ini.
JIMI berkata,
November 10th, 2008 at 5:02 pm
Barangkali, cinta yang begitu ialah cinta yang bersifat pinggiran. Cinta Picisan. Bagus tajuk tu kan, boleh buat satu filem yang berjudul Cinta Picisan.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:37 am:
Haha, Jimi dan filem, tak boleh dipisahkan. Bro rasa, jalan ceritanya macam mana? Kontra kepada Anak Halal barangkali? Hihi.
Balas komen ini.
cucutokjanggut@hafizah berkata,
November 10th, 2008 at 9:52 pm
fuh.. cerita cinta yang kau kupas ini cinta manusia rupanya. Huhu.. jika mereka yang sibuk dengan cinta picisan itu ( pinjam kata2 jimi), mereka adalah hamba ” cinta “. Aku benci dengan salah guna erti cinta ini. Cinta itu sesuatu mulia. Jika boeh, aku ingin minta tolong kau gantikan perkataan cinta sesama manusia ( cinta di luar pernikahan ) yang merimaskan ini kepada suatu perkataan yang lain.
wahai muslimah bunga agama,
(pesanan untuk diri sendiri ) jangan mudah terpdaya dengan ” buaya”. Walaupun orang itu berkopiah sekalipun, jangan sekali2 kau mudah terpedaya. Selidik dahulu latar belakangnya. Bagi yang suka meluahkan perasaan @ meluahkan masalah, Allah kan tempat mengadu segalanya?
Wahai muslimin ( lelaki dan wanita )
Kehidupan di dunia ini bukan berkisar dengan kisah cinta kau sahaja. Benda itu sekelumit cuma. Ada tugas besar kita di bumi ini. Kau bergelumang dalam masalah perasaan cinta yang kau agung2kan, tapi tangan raqib dan atid tidak berhenti dari manulis apa yang kau lakukan sebagai hambaNya setiap detik.
p/s: berita besar untuk kita bukan masalah cinta tau!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:42 am:
Sangat berharap, agar peringatan ini ditampal di setiap ceruk. Biar dibaca orang, direnung dalam, bahawa berita besar untuk kita bukanlah masalah cinta.
Balas komen ini.
amalina membalas pada November 11th, 2008 5:21 pm:
‘jangan mudah terpdaya dengan ” buaya”. Walaupun orang itu berkopiah sekalipun, jangan sekali2 kau mudah terpedaya. ‘
ada a guy yang pernah cakap macam ni kat saya tak lama dulu…hurm~
amalina telah menulis tentang cinta tiga segi WTF. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 10:30 pm:
Dalam berhati-hati ketika bergaul, tiada “walau” yang perlu dinyatakan. Ia melibatkan kepercayaan. Cuma berhati-hati, itu saja. Kopiah atau tidak, itu cukup sensitif bagi aku, (kerana aku juga suka berkopiah). Maaf.
Balas komen ini.
cucutokjanggut@hafizah membalas pada November 13th, 2008 7:50 am:
maafkan aku untuk penggunaan ‘kopiah’ tu.
maksud aku hanya ingin menunjukkan walaupun orang itu seakan ‘alim’ di mata kita, wallahua’lam… tapi, walaubagaimanapun perlu diselidik dahulu.
p/s: maaf sangat2 khususnya untuk mereka yang berkopiah. itu hanya satu analogi sahaja. Aku menyanjung mereka2 yang berkopiah sebab punya izzah dalam dirinya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 8:16 am:
Tak perlu minta maaf. Aku tiba-tiba jadi seorang saja yang sensitif. Orang lain mungkin tidak. Hihi.
Balas komen ini.
suara berkata,
November 10th, 2008 at 9:52 pm
Kak su tak rasa bahasa yg digunakan oleh Irfan atau Shairah kasar. Itu kenyataan. Kadangkala, masalah cinta insan mmg agak keterlaluan difikirkan.
Kata orang yg bercinta dan bermasalah ‘bahu tak memikul, mana kan tahu bagaimana beratnya’. Kerana memahami apa yang dirasai, bila ada yg meluahkan masalah, kak su cuba memberi sedikit kata-kata. Sekadar cuba membuka mata mereka ttg sst yg mungkin tak terfikir. Sejauh mana ‘terbukanya mata mereka’, kak su tak boleh pastikan.
Nasihat kak su utk org bercinta (yg belum kawin ye!) mudah saja. Bila ada masalah dlm perjalanan cinta, maka ada sesuatu yg Allah nak beritahu. Ada yg tak kena dgn hubungan, ada yg tak betul dgn pasangan. Kalau segalanya lancar, pasti hubungan itu akan Allah berkati (InsyaAllah). Pasti ramai yg dah baca kisah cinta Abusaif. Bagi kak su, perjalanan penyatuan cinta mereka begitu mudah sbb mrk sandarkan pada Allah. Mendahulukan cinta Allah, mengikut aturan Allah!
Kak su suka kalau lebih banyak artikel atau n3 yg menyedarkan diri pembaca agar jgn terlalu terbawa-bawa oleh perasaan cinta antara insan berlainan jantina nih. Banyak rugi dari untungnya! Baik tumpukan pd cinta Allah, cinta ilmu, cinta ibubapa dan keluarga… dan cinta-cinta lain yg mampu membawa diri kearah kebahagiaan dunia dan akhirat.
Bagus Irfan!!..
suara telah menulis tentang What Am I Like?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 2:54 am:
Kata-kata nasihat dari seorang yang lebih makan garam dari orang muda yang macam saya ini.
Tapi, kak su, sudah terlalu banyak artikel berkaitan itu. Saya rasa, yang ada biarkan begitu, dan tambahkan cerita yang bermisi penting.
Balas komen ini.
suara membalas pada November 12th, 2008 4:29 am:
Manusia mudah lupa Irfan…
Perlu diingatkan selalu. Sesekali perlu diketuk dan dipalu mereka yg asyik masyuk bercinta sehingga lupa apa sebenarnya tanggungjawab sebagai hambaNya. Bukankah tanggungjawab hamba adalah mengikuti segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
suara telah menulis tentang What Am I Like?. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
November 11th, 2008 at 12:29 am
wah~ suka sekali aku membaca komentar kak Su. nasihat daripada org b’pengalaman lg bagus..bukannya drpd org yg sama2 sdg mendayung..sbb org tu pn xtntu lg dpt menyelesaikan mslh cinta dia sendiri. x gitu??
aku rasa, yg dituntut dlm kehidupan adalah kasih sayang..cinta?? akan dtg dgn sendirinya..xperlu tergesa2 mencari..sementara ianya dtg, apa kata nikmati kehidupan ni dr sudut yg lain dlu..pasti lg meriah!
iliana telah menulis tentang BERPUTARLAH PADA PAKSINYA. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 3:56 am:
Itulah komen Kak Su memang bukan calang-calang. Hihi.
Memang cinta datang sendiri tak perlu dinanti. Tapi tika ia pergi, masalah cintalah masalah dunia. Huhu.
Balas komen ini.
iliana membalas pada November 12th, 2008 7:20 pm:
nampaknya rumit juga ya..humm…baiklah…nti aku akan cuba buat entri ini juga la (haha…amk kesempatan)…
iliana telah menulis tentang BERMAIN DENGAN BAHASA – EP.2. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
November 11th, 2008 at 3:36 am
kenapa semua org berpuitis bila bicara..bahasa jiwa bangsa? (irfan, pengaruhmu sungguh besar dalam memartabatkan bangsa, tahniah hehee)
kawanku selalu mengadu padaku, mulanya membuat aku sesak minda, kemudian sudah biasa, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. maaf ya kawan.
pesanan kepada orang yang menyesakkan otak sang pelangi atau sesiapa saja bagi mencari solusi cinta, sila alihkan pandangan anda kepada sumber solusi TERNAMA LAGI AGUNG.
Allah yang melahirkan rasa cinta di hati, Allah yang memegang hati manusia, maka Allah lah tempat mengadu.
Mari hayati kalam suci albaqarah;165 tentang cinta orang beriman. Semoga dapat kita digest bersama. “asyaddu hubban lillah”
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 11th, 2008 4:05 am:
Huh. Apa komen kau ini tak berpuitis rentaknya? Haha.
Kali ini aku bawa keluar 165 Al-Baqarah (kerana aku tak pasti ada atau tidak orang yang membuat tindakan selepas kau seru):
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu (orang yang menyembah selain Allah) mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). ” (Al-baqarah: 165)
Balas komen ini.
syida berkata,
November 11th, 2008 at 6:24 am
Setelah diam beberapa ketika~
Persahabatan ada 5 peringkat :
1. Berkenalan
2. Bina hubungan dan menjadi semakin rapat
3. Terus berkawan
4. Persahabatan renggang
5. Tamat hubungan
Tema dalam persahabatan :
1. Perasaan dan emosi ~ kepercayaan dan self-disclosure
2. Perkongsian ~ mungkin tentang minat yang sama
3. Keserasian dan tahap bersosial ~ sumber keseronokan dan hiburan
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah cuba bersahabat dengan orang yang tak dikenali.Perempuan memang cenderung berkongsi atau mengadu hal-hal rahsia kepada orang yang dia percaya sebagai cara untuk memberhentikan masalah (cubaan memendekkan emosi negatif) walaupun org tu memang x boleh dipercayai.
P/S ~ Aku cadangkan Irfan mencari bahan bacaan berkaitan psikologi (jika mahu ,perlahan-lahan).Susah nak fahamkan orang yang xde kesedaran ni~Cara Cikgu Eya tu boleh tahan jugak.Entry Shairah yang panjang itu ada isinya ( x usah khuatir ).Sahabat2 SP memang banyak idea.Maaf jika aku tersalah.Aku diam kembali.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 12th, 2008 4:35 am:
Terima kasih cadangan itu. Aku menyedari, rupanya banyak sungguh yang kurangnya dalam diri ini. Aku perlu belajar mengendalikan perasaan diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh memanusiakan manusiawi.
Balas komen ini.
syida membalas pada November 12th, 2008 7:26 am:
Bukan niatku utk mencari kekurangan~Ruangan kontek dan Ada masalah y kau sediakan membuatkan kau dihujani permasalahan manusiawi.Cuma jangan kau berhenti utk cuba menyelesaikan masalah tersebut~Aku hanya boleh memberi cadangan.
syida telah menulis tentang Peperiksaan tamat. Mari baca!!
Balas komen ini.
ieqa berkata,
November 11th, 2008 at 8:49 am
wah…ape nak jd..lebih baik kwn jer…atau jgn langsung bercinta..
jgn geram2 bro..wat malu jer yg kongsi prob tuh…
ahaks! =)
Balas komen ini.
wan atiqah berkata,
November 11th, 2008 at 9:27 am
jgn mudah terpedaya dengan cinta maya….manusia mudah mengaku diri seakan mulia dengan mengetik papan kekunci….hakikatnya….hanya tuhan saja yg tahu… well irfan…this entry akan mengurangkan beban yg kau tanggung..heheh!!
wan atiqah telah menulis tentang Parut Kecil…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 12th, 2008 5:17 am:
Mudah-mudahan dapat juga mengurangkan beban para hati yang sedang hampa dalam bercinta.
Balas komen ini.
Water Lily berkata,
November 11th, 2008 at 9:35 am
Salam sdra Irfan,
Saya lagi suka menyimpannya dalam hati.. walaupun bernanah dan kudis. Lebih-lebih lagi bagi yang telah berumahtangga. Kerahsiaan perlu dijaga.
Namun begitu, ada waktu saya cuma berkias-kias kata dalam blog. Secara abstrak
Laman maya bukan laman untuk berkongsi segala
T/kasih
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 1:28 am:
Berkias bisa menggerakkan minda pembaca. Asalkan apa yang dikias itu bermisi penting, apatah lagi kita bakal membuang masa pembaca.
Zaman sebelum merdeka ada banyak sajak yang membangkitkan semangat cintakan tanah air. Itu contoh fungsi kiasan yang terbaik.
Aku banyak melihat pembaziran perkataan puitis yang melewah-lewah, bila di akhir bacaan, rupanya tiada satu pun pengajaran yang boleh kulagukan sebelum tidur. Cuma keluhan cinta jalanan.
Balas komen ini.
syaza berkata,
November 11th, 2008 at 9:41 am
ak seyes x caya
ada org akn consult ko psl masalah cinta
hahahaha
Balas komen ini.
naji berkata,
November 11th, 2008 at 10:54 am
cinta x boleh di nafikan kewujudannya….
di dalam al qur’an pun ada sebut tentang kisah cinta~
tapi kadang2 cinta itu boleh meyebabkan buta..
mungkin buta mata hati …hingga orang bercinta lupa larangan Allah ……
yang menyuruh kita supaya tidak terjebak ke lembah kebinasaan…..
mugkin elok kita baca buku yang di tulis oleh tuan guru menteri besar kelantan tentang .Kisah Cinta Di Dalam Al Qur’an….boleh rujuk di blog ini.
.http://anbakripublikasdnbhd.blogspot.com/
Balas komen ini.
taharah berkata,
November 11th, 2008 at 2:37 pm
take it easy…manusia ni memang macam2…rasanya anda sgt bertuah manusia bertuah menjadi golongan ketiga tu..huhu(kenapa pulak??)..kerana ini menunjukkan anda seorang yang baik, boleh dipercayai,suka membantu,bla..bla..bla(tambah sendiri la ye).. saya rasa orang takkan cerita masalah cinta/peribadi mereka kepada seseorang yang berakhlak buruk,jahat,zalim,gatal,miang..kalau cerita buat sakit hati lagi ada,baik tak payah..nak layan atau tidak semua email cinta itu terpulanglah..tapi masalah cinta ni taklah masalah sangat..kalau kreatif,boleh jadi cerita lawak(cinta2 monyet especially)..sy selalu buat,haha..maaf la ye,nasihat dari seseorang yang jauh lebih muda dan tak berapa nak matang,ilmu pun seciput je…sekian
Balas komen ini.
ABU SAIF berkata,
November 11th, 2008 at 10:17 pm
Nampaknya Abu Saif dah jumpa pelapis
Cuma belum cukup satu syarat!
ABU SAIF telah menulis tentang Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 12th, 2008 4:38 am:
Aduh, ustaz. Saya benar-benar terduduk.
Saya merayu, segala yang kurang itu dapat disuluh sebaiknya.
Kumohon..
Balas komen ini.
Inda membalas pada November 12th, 2008 6:36 am:
Apa agaknya yang tidak cukup satu syarat itu?
Saya kira, berdasarkan tema artikel ini… adakah mungkin “mendirikan masjid”?
Gurau je Irfan, tapi kot-kot betul tebakannya….
Inda telah menulis tentang Impossible is Nothing #2. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara membalas pada November 12th, 2008 10:17 pm:
Syarat yg satu lagi tu, rasanya lafaz ‘Aku terima nikahnya’. Betul tak ustaz?
suara telah menulis tentang What Am I Like?. Mari baca!!
Balas komen ini.
..islam_syumul berkata,
November 11th, 2008 at 11:23 pm
sang pelangi…
baru first time menjejak kaki ke web ni…
menarik artikelnya….
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 12th, 2008 5:23 am:
Selamat datang Islam_Syumul,
silalah merayau-rayau di SP ini kalau punya masa, ya.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
November 12th, 2008 at 6:08 am
ha’ah, bosan lah dgr kisah cinta murahan. Jika ada masalah cinta pun, berundinglah dgn pembawa masalah tu. tak perlu nak cari org lain tambah-tambah tak kenal.
Lagi meluat kalau org menjaja cerita manisnya diorang bercinta. Hakikatnya makin berkurang manisnya.
suhaila telah menulis tentang okeyla... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 1:34 am:
Tiba-tiba aku teringat petikan sajak Jerung Retak.
“Apa lagi ingin dikejar?
Harta rampasan perang?
Peta tinggalan Qarun?
atau labu-labu balingan Luncai?”
Bait ini sesuai untuk mereka.
Balas komen ini.
ana_jundullah berkata,
November 12th, 2008 at 10:59 am
slm ziarah
Balas komen ini.
En Kid berkata,
November 12th, 2008 at 12:28 pm
Salam Sang Pelangi dan para pembaca..
Baru diutarakan mengenai entri ini oleh seorang sahabat, maka berminat menjenguk walaupun baru mengenali jajahan Sang Pelangi ni..
Masalah cinta, memang tidak pernah lekang dari semua manusia, pelbagai jenis kisah cintanya. Adakalanya sungguh agung cinta itu, adakalanya terlalu remeh bicaranya dan adakalanya ianya bukan cinta. Sangat sukar mengenal manusia bila terjebak dengan cinta kerna segalanya indah saat cinta bermula, menggapai awan memutih saat hubungan sebagaimana yang diingini. Namun, segalanya kelihatan goyah bila kita mula mencari hala tuju sebenar perhubungan itu. Aduh..sukar kan?
Apa pun Sang Pelangi..
Pemahaman kita terhadap cinta itu perlu betul dan bukan sekadar atas angin saja…
~sekadar pendapat
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 8:31 am:
Ya, pemahaman dan cara melihat. Konsep asas cinta yang perlu kita semua fahami, agar kita dapat membezakan antara cinta dan keinginan untuk memiliki.
Terima kasih kerana sudi menitipkan kata-kata di SangPelangi. Salam ukhwah dari saya.
Balas komen ini.
ashikin ismail berkata,
November 13th, 2008 at 12:56 am
terpukul seketika..
walau pertama kali datang menjenguk tapi setuju dengan buah-buah fikiran yang ada.
lumrah manusia..mahu berkongsi apa yang dirasa..
~sekadar pendapat dari hati yang merasa..;)
ashikin ismail telah menulis tentang *(&%^$#@$(^#@&*)(. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 8:32 am:
Selamat datang kepada Ashikin dan harapnya tidak terkejut budaya kerana kali pertama membaca entri berkaitan cinta di SangPelangi.
Balas komen ini.
Miera berkata,
November 13th, 2008 at 3:36 am
Salam…
Menarik sekali entri kali ni e-fan (sebenarnya mmg setiap entrimu menarik)…
Benar, aku setuju dgn pandanganmu juga tentang teori Shairah..
Jika di alam maya, kita mampu untuk membakul sampahkan teks tersebut…
Tapi jika di alam realiti sukar untuk dibakul sampahkan… Lebih2 lagi aku berperanan sebagai sahabat untuk mendengar segala jenis masalah…(macam PRS lagaknya…)
Bagi aku, jika masalah cinta itu benar2 berat sehingga mengganggu perkara yang perlu diutamakan, perlu diselesaikan masalah cinta itu segera….
Jika halnya remeh, akan kunasihatkan utamakan apa yang perlu diutamakan…
Bagiku mendengar bukanlah suatu masalah…. cuma mencernakan kandungan isi cerita dan seterusnya mengemukakan pendapat itu yang menyukarkan… (memandangkan ilmuku tidak setinggi mana…)
erm, apa2 pun setiap orang perlu mengawal perasaan cinta itu supaya jangan diletakkan yang bukan keutamaan menjadi keutamaan…
Wassalam…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 8:37 am:
Wah Amiera, aku rasa kau ini mesti ramai kawan di sekeliling. Sebab kau seorang penyabar dan pendengar yang baik.
Setelah membaca komentarmu ini, aku ada sesuatu kesimpulan yang ingin dibuat. Nanti kau baca di atas ya.
Balas komen ini.
anego berkata,
November 13th, 2008 at 3:44 am
waktu menjejak ruangan ada masalah yang kamu sediakan itu, anego sudah mengagak yang kamu ini mesti akan berdepan dengan masalah begitu kerana dalam rencam ragam manusia ini, pasti ada yang tak faham atau x mahu faham kebolehan kamu itu dibidang apa.
atau barang kali kamu boleh letakkan tag ‘ saya bukan dokter cinta’ (atau kamu gunakan kata2 aktif kerana kata2 pasif tidak digalakan!
memberitahu kebenaran itu memang biasanya menyakitkan, tapi kalau kamu diamkan sahaja, tentu kamu yang ’sakit’ nanti! gambatte dik!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 8:53 am:
Cadangan yang baik juga tu Anego.
p/s: Anego sudah mula tidak meletakkan URL blognya di SangPelangi. Seorang demi seorang berbuat begitu. Tertanya-tanya kenapa.
Balas komen ini.
afwahasya berkata,
November 13th, 2008 at 3:54 am
~terdiam seketika aku membaca luahan kata anak muda dalam SP ni..~
mmm….cakap bab cinta, macam2 ada..
secara telusnya, cinta bukan satu masalah.,
tapi manusia itu sendiri menjadikan ia masalah bilamana kesucian cinta itu dikoyak rabakkan..
cinta itu cukup manis untuk dirasa..
sentuhlah ia dengan iman, dasarkan ia pada Pencipta yang Maha Pencinta…
nescaya tiada lagi ungkapan kecewa dek cinta..
cintakan bunga, ia akan layu..
cinta manusia, ia akan mati..
cintakan Allah kekal abadi selamanya..
pasakkan dalam hati, hanya Allah berhak keatas segala Cinta.
eh terpanjang plak…
anyway irfan, all da best..
saye sokong keberanian kamu..
manusia ni selalu terleka dan perlu diingatkan..
teruskan perjuangan!
mungkin lepas ni saye perlu menyoroti laman shairah…
gambate kudasai!!
Balas komen ini.
Guru Hujung Dunia berkata,
November 13th, 2008 at 11:34 am
Pencinta kat dunia ni memang ada masalah. Apakah masalah tersebut…..KESEMPURNAAN
Masing-masing tak dapat memenuhi 100% KEHENDAK pasangan masing-masing kerana memang TIADA MAKHLUK YANG SEMPURNA..
Apa yang dilihat CANTIK hari ini mungkin esok sudah HODOH…
Seorang PEMBELA pada hari semalam mungkin dianggap PEMUSNAH pada hari ini.
Semua ini dijadikan supaya kita TUNDUK dan kembali kepada KECINTAAN SUCI lagi universal iaitu CINTA KEPADA ALLAH dan RASUL.
CINTA KEPADA MAKHLUK ada SYARAT dan BATASAN dan TIADA JAMINAN
CINTA KEPADA ALLAH TANPA SYARAT tetapi TERJAMIN
CINTA KEPADA MAKHLUK mungkin syaratnya masih cantik di mata, bahasa yang indah di dengar, belum dilanda masalah mahupun belum muncul orang ketiga. Kemungkinan menjadi hamba kepada percintaan yang mengakibatkan terhina di dunia dan di akhirat
CINTA KEPADA ALLAH 24 jam/7 hari seminggu/366 hari setahun. Walaupun pernah berbuat dosa dan tidak jujur masih diterima .Malah mendapat kemuliaan semua makhluk yang melata di bumi mahupun di langit.
BERCINTALAH kepada manusia kerana Allah dan Rasul. Isteri atau suami itu satu amanah tetapi bukan milik kita 100%. Mungkin cinta dari mereka akan ditarik/dikurangkan tetapi Cinta dalam lubuk hati sanubari kita hanya Allah ( baca’ Allah, Allah, Allah). Di dalam hati Lubuk Hati sanubari kita hanya untuk Allah sahaja. Di situ sepatutnya tiada nama makhluk pun.
Apabila hati atau keseluruhan sel atau tisu badan milik kita dipenuhi dengan kecintaan kepada Allah sahaja, kecintaan kepada Makhluk bernama suami atau sang kekasih tidak didambakan sangat..
Guru Hujung Dunia telah menulis tentang Harga minyak sudah sepatutnya RM1.62. Mari baca!!
Balas komen ini.
aisha berkata,
November 13th, 2008 at 9:22 pm
saya rasa entri kali ini jauh dari sangkaan awal irfan, makin ramai pengunjung ke Sang Pelangi
isu seperti ini memang menarik untuk ditatap, menjadi lumrah manusia tapi sejujurnya masih berbalik kepada tahap ilmu, kekuatan, dan keyakinan diri setiap individu dalam menghadapinya.
doa untuk irfan agar sihat sentiasa.
Balas komen ini.
ilham_sufi berkata,
November 14th, 2008 at 4:30 am
t’ingat nsht dr seorg ust(kini sdg selesaikan M.A di jamiah urduniah)
apa2 mslh yg kita hdpi@kerinduan yg m’jengah di hati utamakan Allahswt.. adukan pd Allah t’lbh dahulu sblm bcerita@nk kongsi dgn manusia. ust penah cerita yg anak dia di malaysia demam panas & bila dia muhasabah blk baru dia t’ingat yg dlm kesibukan dia di sini,dlm 2-3ari ust t’lupa nk sdekahkan al-fatihah pd anaknya (cam kebiasaan yg ust buat tiap2 ari)&bila dibacakn nya -alhamdulillah demam anaknya kebah..
so,xkisahkan la apa2 pun mslh@rindu sgt ngan family,yg aula nya kita ingatkan Allah dahulu(cth:sedekahkan al fatihah pd org yg kita ingat)..mcm tu la jugak bila kita ada mslh, seeloknya bicara dulu dgn yg Hak sblm kita nk kongsi dgn org lain..
.bkn kah ada firman Allah ” hablu minnAllah wa hablul minnans”
bila kita m’jaga hbgn dgn Allah insyaAllah hbgn sesama manusia akan dijaganye( t’msk la mslh cinta/hati yg dialami)
saya juga t’msk dlm glgn yg sgt tidak selesa utk mjadi pdengar setia t’hadap mslh cinta especially yg t’ak halal lg” & nak2 kalu mslh ni keluar dr “kaum yg xsejenis”..
penah gak hantar instant msg melalui ym bila ada yg kecik ati xnak layan msg dorang tp hakikatnya itulah kita yg kena “syadid”kan diri dlm hal camni(dgn kaum yg xsejenis)
tahniah pd sang pelangi yg b’tegas dlm hal seumpama ini.. moga Allah xuji diri kita dgn mslh cinta yg xhalal ni…krn hati ini dipegang oleh ALLah swt..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 14th, 2008 4:58 am:
Aduhai ilham_sufi,
Komen seperti inilah yang buat mataku berpinar-pinar.
Dulu, aku gemar melambakkan penulisan bahasa SMS seperti ini. Jadi, aku faham perasaan kamu.
Apa-apun terima kasih kerana bertungkus-lumus menulis semua ini. Aku sangat menghargainya.
p/s: Aku ada idea nak mengatasinya. Hehe.
Balas komen ini.
ilham_sufi berkata,
November 14th, 2008 at 5:19 am
maaf sbb m’buatkan mata anda menjadi berpinar-pinar & tidak menggunakan standard penulisan bahasa melayu secara teratur…
insyaAllah lepas ini akan cuba menulis supaya mata tidak serabut lagi…
terasa malu menjadi anak melayu yang tidak memartabatkan bahasa sendir
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 14th, 2008 5:25 am:
Tatabahasa boleh saja diringankan, cuma perkataan tak perlu disingkatkan semaksima mungkin, malah dikurangkan.
Selepas ini, sambil menaip, komentar dapat di preview secara langsung. Semoga selepas ini, pemberi komentar dapat menyemak sekali lagi sebelum mengutus kata.
p/s: Harap membantu.
Balas komen ini.
silence berkata,
December 2nd, 2008 at 4:15 pm
Mengapa masalah cinta sesama manusia begitu kerap diperkatakan berbanding cinta manusia kepada Maha Sang Penciptanya?
(Insyaallah, kesempurnaan cinta kepada Allah akan melancarkan perjalanan cinta sesama manusia di atas rahmat-Nya serta keberkatan-Nya)
Agak menjengkelkan apabila setiap luahan perasaan/permasalahan cinta yang diceritakan oleh empunya diri yang punya cinta ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada si pendengar yg tidak bertauliah juga kepada empunya cerita itu sendiri. Akhirnya perbualan meleret tersasar jauh dari main points dengan hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
aku juga sebenarnya penat nak melayan cerita lipur lara mereka-mereka ini…
Stuju dgn kata-kata si penulis,
“Pergilah cari siapa yang layak mendengar. Ibu bapa, abang kakak, Cik Sri Siantan (kalau mahu), pakar motivasi dan ramai lagi yang sedarjat.”
Huhu.
Pendekatan mudah untuk memaksa empunya cerita berdiam diri dari menceritakan masalah cinta mereka itu adalah ‘…. be silent by not giving responds towards their story telling’ or just directly say that ‘…. sori aku xinterested nk dgr masalah chenta ko, bukan xmahu membantu tapi aku smmgnya aku tidak bertauliah dlm hal2 begini’
Tindakan yg mungkin mengguris hati si empunya diri yang punya masalah chenta tetapi sebenarnya jika pandang dari sudut positif, sengaja aku mau mengajak mereka berfikir sejenak supaya mereka tidak sewenang-wenangnya menjaja masalah privasi yg dihadapi dgn begitu mudah kepada seseorg.
Monolog….
Tapi kadang-kadang pernah aku terfikir,
Mengapa Allah pilih aku untuk mereka luahkn permasalahn itu?
Pandang dari sudut positifnya…
“Yeah, ini salah satu dugaan-Nya bagaimana aku handle situasi sebegini”
“Allah telah berikan akal yang terbaik untuk setiap manusia-Nya berfikir yang mana satu yg lebih penting untuk dititikberatkn dan yang mana satu harus dipandang enteng”
adios
p/s: Maaf penggunaan bahse aku yg kadang2 kurang jelas. Mohon komen dari Sang Pelangi bagi memperbaiki penulisan-ku.
Balas komen ini.
Diri ini berkata,
December 3rd, 2008 at 1:12 am
bg sya.. cinta ini anugerah tuhan utk manusia.. kalo x der perasaan cinta ni… rasa2 nya manusia ni kejam x???? cinta ni sbnarnya luas maksudnya…. jd peliharalah rasa cinta itu agar kita x jd manusia yg kejam n x der belas kasihan…. okey
Balas komen ini.
tiramisu berkata,
January 14th, 2009 at 10:34 am
kadang2 luahan tu bukan minta diselesaikan.hanya luahan perasaan semata2.lebih senang bercerita pada yang tak tau hujung pangkal dari yg tau cerita sebenarnya.bila kita tau cerita sebenarnya, prejudis tu akan ada. akan jadi penyokong atau penentang. kadang2 mereka tak kisah pun kalo cerita2 tu di bakulsampahkan.tapi, yang sakit, yang tukang dengar macam kamu ni la.
bahaya kadang2 jadi tukang dengar kisah cinta ni…..boleh jatuh simpati, seterusnya jatuh hati.heheheheheheh adakah komen ini dah lari dari topik???
Balas komen ini.
puteri_atlantis berkata,
March 14th, 2009 at 11:09 am
Sebenarnya orang yang suka menceritakan masalah mereka pada total stranger tu mungkin terpengaruh dengan cerita Goda yang ada Sazzy Falak tu.
Balas komen ini.