Mari bantu Megat.net
Kami berkenalan pun secara kebetulan. Awal tahun lepas rasanya, semasa aku masih berblog dengan enjin wordpress percuma yang serba kekurangan. Megat juga dengan enjin wordpress percuma tapi lagi terhormat di Blogmas. Ketika itu, kami berdua, bersama dunia blog sedang demam Teratak Nurani tulisan Azhar Ahmad. (Nota: Blog Azhar Ahmad adalah penyumbang trafik dan ukhwah terbesar ke SangPelangi sewaktu ketika dulu. Tapi, itu dulu kerana Bro Azhar sudah berhenti menulis.)
Aku dan Megat berkenalan dari sana. Megat melawat SangPelangi, dan aku melawat ke blognya. Setelah hampir lama kami berbalas lawatan dan berkongsi pendapat, entah kenapa kami semacam terputus hubungan. Bukan dengan Megat saja, tapi dengan blogger yang lain. Aku rasa, sejak Teratak Nurani itu berkubur, sudah hilang serinya dunia blog ini.
Baru-baru ini, aku agak terkejut bila dapat tahu Megat di dalam masalah yang agak besar (terbaca di entri Ezadblog dan blog Afzai Afandi) Megat diserang satu penyakit pelik. Penyakit yang dicipta manusia yang berperi busuk, demi memuaskan hati dan bersorak sakan bersama para syaitan. Cerita terkini yang kutahu, Megat sudah berpindah ke rumah orang tuanya setelah pengamal perubatan menasihatinya berpindah. (sumber)
Aku pernah melihat deritanya penyakit buatan orang. Ia bukan saja menyerang fizikal dan mental, malah emosi, cita-cita dan masa depan. Benar sadis hingga bisa menitiskan airmata.
Atas nama sebuah persahabatan maya, aku membuka entri ini atas tanda ingatan buat seorang teman. Aku mengajak kepada semua pembaca SangPelangi, yang masih punya perasaan dan hati budi, menghulur sedikit bantuan kepada Megat bagi meringankan sedikit bebanan yang terpikul. Megat sudah hilang keupayaan untuk bekerja dan kini menjadi blogger sepenuh masa demi menyara hidupnya.
Akaun CIMB: 0123 0015 4575 21 (Faisal Amirul Othman)
Email Megat: megatdotnet{at}gmail.com (gantikan {at} kepada @)
Telefon : 0127764422
P/s: Selepas kalian menderma, silalah titipkan doa penguat darimu buat Megat melalui emelnya. Sekurang-kurangnya Megat mengenali siapakah hamba-Nya yang benar pemurah, lalu saling mendoakan juga kesejahteraan ke atasmu.
















megat berkata,
November 19th, 2008 at 7:51 am
terima kasih sahabat! tak semena air mata ini mengalir tatkala merasakan seperti ada seseorang yang masih mengingati diri ini.
dalam keadaan aku suka, ada duka yang aku sedang tanggung. tapi apakan daya, aku tak suka melayan duka. jika mahu terus hidup aku terpaksa memendam rasa supaya aku tidak kering idea dan berusaha untuk hidup.
berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. itu yang buatkan aku begitu sebak. terima kasih banyak sahabat!
megat telah menulis tentang Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 8:15 am:
Aku tak tahu berat yang menanggung di bahumu. Seperti kau kata tempoh hari, kita memang pernah tahu pasal penyakit tu. Tapi, bila dah terkena sendiri, baru tahu erti sakit sebenar.
Bila anggap esok tiada lagi, mari bekerja untuk hidup seribu tahun lagi, ibadat semahunya. Teruskan hidup, bro.
Balas komen ini.
mollek berkata,
November 19th, 2008 at 9:22 am
Bukan mudah mencari sahabat sesusah.. semoga aku pun ada peluang mempunyai dan menjadi sahabat yang baik seperti kau SP.
Buat Megat, semoga terus kuat menhadapi hari-hari yang mendatang..
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
November 19th, 2008 at 1:48 pm
Bismillah…
Perbuatan manusia, telah Allah izinkan untuknya berlaku. Maka jika Allah izinkan untuknya sembuh maka sembuh lah ia. Semoga megat tabah dan tidak putus asa, tawakal, banyak berdoa, usaha… ^^
Mungkin telah banyak alternatif yang dilakukan oleh megat untuk mengatasi ujian tersebut namun jika masih mencari alternatif tambahan, mungkin aku boleh menyumbang sedikit info..
Semoga sahabatmu dan sahabat seakidahku, megat kuat semangat…
Tidakkan Allah timpakan ujian buat seseorang di luar kesanggupan dirinya.
cikgu_eya telah menulis tentang Sebelum dan Sesudah. Mari baca!!
Balas komen ini.
hayiwada berkata,
November 19th, 2008 at 7:01 pm
penyakit buatan manusia..perit rasanya derita ditanggung..Aku tahu juga serba sedikt dek kerna saudara dan kenalan terdekat yang turut merasa.benar berat mata memandang, berat lagi empunya yg memikulnya.kepada saudara seagamaku kuatlah dengan ujian ini..Doa kukirim dari jauh..
Balas komen ini.
X-FaR berkata,
November 19th, 2008 at 10:27 pm
Salam ziarah kepada SP dan salam selamat kepada Megat…
Diharap agar Megat tabah untuk terus berjuang…
Sy hanya boleh bordoa dan berharap supaya segala musibah dan ujian yg dipikul oleh saudara Megat dapat diringankan…. Insyaallah…..
Ingatlah semua makluk akan kembali kepada penciptanya (ALLAH)
X-FaR telah menulis tentang Study-G First Deliberation. Mari baca!!
Balas komen ini.
MBHM berkata,
November 20th, 2008 at 7:06 am
Ermm..Apapun semoga tabah hadapi ujian ini~
MBHM telah menulis tentang Keutamaan yang terbabas. Mari baca!!
Balas komen ini.
BaRuKisu berkata,
November 20th, 2008 at 3:56 pm
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.
At-Taubah : 14
Walau apa pun panyakitnya, saya harap semoga lekas sembuh dan pulih dari sakit
Mudah-mudahan, InsyaAllah…
Doa juga saya kirimkan dari jauh…
BaRuKisu telah menulis tentang Desktop Display Tag?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Aiza berkata,
November 20th, 2008 at 11:45 pm
Salam,
berkawan bukan utk hari ini, bukan jg utk esok tp selama-lamanya..
moga kawan awak akan sembuh dgn cepat..insyaAllah
Balas komen ini.
Time Fly berkata,
November 22nd, 2008 at 4:56 am
Salam,
semoga saudara Megat tabah hadapi ujian….Saya doakan saudara Megat akan sembuh sepenuhnya….
Balas komen ini.
Ini blog aku | Ahmad Rushdi Dot Com berkata,
November 22nd, 2008 at 1:07 pm
[...] bergerak dari satu blog ke satu blog, aku sampai di SangPelangi, beliau menulis pasal mari bantu megat dot net. Aku sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh. Kepada megat, tabahkan hati, banyakkan beribadat [...]
radix2hpa berkata,
November 23rd, 2008 at 6:35 pm
Salam…
hati ini juga rasa sedih bila mendengar benda2 mcm nie terjd…semoga kita dpt mengumpul dana yg mencukupi utk saudara Megat…krn bnyk duit yg diperlukan ketika menghadapi mslh mcm nie…
radix2hpa telah menulis tentang Radix Koko. Mari baca!!
Balas komen ini.
chuckiesd berkata,
November 23rd, 2008 at 9:00 pm
Aku pun selalu jugak lepak kat blog die..mmg die ader mention satu penyakit misteri..now die dah move out from that house…mungkin satu langkah yang baik..mudah-mudahan megat sihat seperti sediakala..
chuckiesd telah menulis tentang Aper Cerita Adik Sharline???. Mari baca!!
Balas komen ini.
yazid husain berkata,
November 24th, 2008 at 11:58 pm
aq sudah kembali. dah pulih sakit :mgreen:
yazid husain telah menulis tentang Family Day At Pulai Desaru. Mari baca!!
Balas komen ini.
Muaz berkata,
December 7th, 2008 at 5:32 am
bro megat tinggal kat mana?
Saya boleh ikhtiarkan untuk mengubati ‘penyakit’2 pelik nih.
Balas komen ini.