Mari Menjejak Penipu Maya (episod 2)
Pertama sekali, maafkan saya sekali lagi kerana membuatkan blog ini lari sedikit dari temanya.
Mungkin tidak ramai yang menggemari entri yang berbentuk teknikal. Tetapi, sedikit sebanyak ia boleh membantu apabila anda ditimpa masalah di masa hadapan kelak.
(bagi yang belum membaca siri satu, bolehlah merujuk ke pautan ini, klik sini)
Semalam, saya mendapat beberapa aduan dan keluhan dari beberapa orang rakan. Berbelas-belas emel dan mesej YM yang saya terima kerana menanyakan tentang status sesuatu laman web pelaburan internet.
Mereka merasakan diri tertipu dengan melabur di tempat yang tidak sepatutnya. Pada awalnya, penipuan ini tidak dapat dikesan kerana pelabur sentiasa menerima cek/habuan seperti yang dijanjikan. Tetapi, akhirnya, setelah penyedia tapak pelaburan itu mengaut keuntungan, mereka terus melarikan diri bersama-sama wang mangsa.
Apakah yang menyebabkan semua perkara ini terjadi?
Jawapannya mudah. Kurangnya kesedaran bahawa kesenangan itu bukan boleh datang dengan senang. (bak kata orang tu, bukan senang nak senang). Saya tidak suka gunakan perkataan “Tamak” dalam kes ini, kerana setiap orang mempunyai nafsu. Nafsu “tamak” tidak boleh lari dari setiap orang yang tidak bergelar insan kamil (Saya akui sendiri juga bersifat tamak). Cuma yang membezakan, sejauh mana sikap tamak itu boleh dikawal dengan akal yang waras dan ilmu yang cukup di dada.
CARA MENGELAK DITIPU.
Tekniknya mudah. (bak kata Suruhanjaya Sekuriti)
Jika anda nampak “T.I.P.U.”, “C.E.L.I.K.”lah
Jika anda nampak
T – Tidak akan rugi(?)
I – Indah khabar dari rupa
P – Peluang hanya sekali
U – Untung besar(?)
maka
C – Curiga
E – Elak Emosi
L – Lesen
I – Informasi
K – Kuat Semangat
lah… *telah disalin dengan malasnya oleh saya dari kata-kata En. Aku kita (pelabur sebenar BSKL).
Baiklah, mari kita mulakan dengan langkah yang lebih teknikal.
LANGKAH PERTAMA:
Mula-mula sekali, pastikan apakah laman web pelaburan yang menyediakan tawaran hebat itu. (saya bagi contoh Winlifund.com).
LANGKAH KEDUA:
Taipkan di enjin carian dengan kata nama “Winlifund Scam” (scam bermaksud apa ya?). Mengapa saya menggunakan keyword ini? Tujuannya kita perlu tahu adakah laman ini termasuk dalam senarai laman web yang “penipu” atau tidak. Ini kerana jika sesuatu program itu termasuk dalam “senarai hitam”, sudah pastinya ia akan hangat dibincangkan oleh ramai “mangsa-mangsa” dan pakar Internet Marketer di seluruh dunia.
Jika melihat hasil carian <klik sini>, sudah semestinya winlifund tergolong dalam senarai “penipu maya”
LANGKAH KETIGA:
Bagi yang sudah terjebak dengan perangkap mereka, langkah ini sesuai untuk anda. Apa yang penting untuk anda lakukan sekarang ialah mengenalpasti siapakah penipu keparat bijak itu.
Gunakan laluan “WHOIS” untuk mendapatkan latar belakang pemilik website tersebut. Apakah itu “whois”?
Mengikut Kamus Dewan Edisi IIV halaman 232 kamus Wikipedia WHOIS bermaksud:
"WHOIS adalah satu sistem yang asalnya digunakan untuk melihat ruangan maklumat komunikasi, membolehkan kita menghubungi pemilik/pengendali sesuatu laman web melalui alamat IP yang lain. (juga dikenali sebagai "white pages")
(dimudah ertikan ke dalam Bahasa Melayu oleh saya)
Terdapat banyak enjin pengesan WHOIS yang disediakan di dalam Internet, samada percuma ataupun berbayar. (taipkan kata kunci “whois” di enjin carian)
Sebagai contoh, saya gunakan enjin pengesan WHOIS yang disediakan oleh http://www.whois.sc/

Masukkan nama domain “penipu” tersebut (contoh saya adalah “winlifund.com”)
Selang beberapa saat, anda akan melihat hasilnya.


<Lihat!!! Penipu ini lebih menjerat rakyat MALAYSIA!! Teruskan Mencari!!>
Registrant:
RegisterFly.com – Ref-R# 56520743
404 Main Street
4th Floor
Boonton, NJ 07005
US
Domain name: WINLIFUND.COM
Administrative Contact:
- ProtectFly.com, Whois Protection Service
404 Main Street
4th Floor
Boonton, NJ 07005
US
+1.9737362545 Fax: +1.9737361355
Technical Contact:
- ProtectFly.com, Whois Protection Service
404 Main Street
4th Floor
Boonton, NJ 07005
US
+1.9737362545 Fax: +1.9737361355
Registrar of Record: REGISTERFLY.COM, INC.
Record last updated on 02-Feb-2007.
Record expires on 21-Dec-2007.
Record created on 21-Dec-2006.
Domain servers in listed order:
DNS3.REGISTERFLY.COM 204.50.180.55
DNS2.REGISTERFLY.COM 216.40.47.16
DNS1.REGISTERFLY.COM 216.40.47.15
Domain status: clientTransferProhibited
clientUpdateProhibited
———————————————————————–
LANGKAH KEEMPAT:
Teruskan mencari dengan lebih mendalam. Gunakan apa cara sekalipun. Anda boleh tanyakan pada pakar-pakar webmaster di seluruh dunia. (forums.digitalpoint.com misalnya), atau pakar webmaster di www.WangSiber.com (berbahasa Melayu) .
Saya teruskan carian dan terus mengesan. Dan akhinya saya menjumpai ini.
———————————————-
Domain: winlifund.com
Below is an info about domain of Winlifund since 2006-12-24 .
Registrant:
pnqsolutions
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY
Biganet Marketing
B3-3-01, Blk 3, Pandan Court
Jln Mewah 4, Tmn Pandan Mewah
Ampang, NA 68000
MY
Administrative Contact:
Chan Yee, Lum
B3-3-01, Blk 3, Pandan Court
Jln Mewah 4, Tmn Pandan Mewah
Ampang, NA 68000
MY
+1.60122989950 Fax: +1.60122989950
————————————————————
Domain name: WINLIFUND.COM
Administrative Contact:
ahmad, hamdan pjstar@yahoo.com
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY
+1.60192404379 Fax: +1.60389418310
Technical Contact:
ahmad, hamdan pjstar@yahoo.com
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY
+1.60192404379 Fax: +1.60389418310
Registrar of Record: REGISTERFLY.COM, INC.
Record last updated on 20-Dec-2006.
Record expires on 21-Dec-2007.
Record created on 21-Dec-2006.
Domain servers in listed order:
DNS1.REGISTERFLY.COM 216.40.47.15
DNS3.REGISTERFLY.COM 204.50.180.55
DNS2.REGISTERFLY.COM 216.40.47.16
IP owner domain ni :
2006-12-22 : 202.71.103.8
2007-02-03 : 202.71.103.8 <<—-Apa tunggu lagi, kawan-kawan? Semak IP ini di siri pertama
——————————————————
LANGKAH KELIMA:
Kumpulkan bukti seperti salinan emel sepanjang berurusan dengan mereka, atau segala resit/cek yang diterima. Kemudian, jangan lupa membuat aduan pada Suruhanjaya Sekuriti Unit Pengaduan SC di nombor 03–6204 8000
LANGKAH TERAKHIR:
Jika anda ingin menyerbu rumah mereka, SILAKAN!!! terpulang..
P/S : tak ku sangka, selama ini rakyat Malaysia ditipu oleh orang-orang kita sendiri. (inilah pengkhianat negara…ish.. teremosional la plak..ehehe)
Moral:
1. Cukupkan ilmu pelaburan sebelum terjun ke dunia itu.
2. Tiada kemewahan yang datang bergolek.
3. Di akhir zaman, kita menjadi “buta”. Yang haram dilihat halal, yang halal terlihat haram.
















alirfan berkata,
May 7th, 2007 at 7:09 pm
untuk nasihat pelaburan… silalah berkunjung ke laman sahabat saya:
1. http://www.Pakdi.net
2. http://www.EnAku.com
(sesiapa lagi yang tau, boleh nyatakan di sini)
p/s: tidak dianggap SPAM jika link yang anda berikan dapat membantu yang lain.
Balas komen ini.
aku berkata,
May 8th, 2007 at 1:01 am
wowowo.. jangan tulis ‘nasihat pelaburan’. aku tak bertauliah beb. kalau tulis ‘perkongsian ilmu pelaburan’ kira ok lagi
kalau nak nasihat pelaburan, mungkin bleh dapat dari tauke-saham.blogspot.com sebab dia remisier
memang details post ko ni. memang bleh buat rujukan kepada sapa2 yang nak siasat penipu2 maya ni.. tahniah.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 11th, 2007 at 8:18 am
aku :
oh.. baiklah.. Yang berminat berkongsi ilmu perlaburan, boleh ke laman mereka.
(err.. remisier tu ape ye En.Aku? ehehehe..)
Balas komen ini.
ikhwan berkata,
October 6th, 2008 at 10:29 pm
Salam. Mohon kebenaran utk save web page ni sbg rujukan.(mcm epsd 1 gak)
Trimas.
Balas komen ini.