Klise dalam Medium Bermotivasi

Pada February 2nd, 2009, ia ditulis oleh Al-Irfan

Terkadang lenguh rahangku, mengunyah setiap input yang terkandung dalam bahan bermotivasi dan inspirasi. Irfan Khairi, Azizi Ali, HM Tuah, Fadzilah Kamsah, A`a Gym (sekadar menyebut beberapa nama) juga tidak terkecuali dalam fenomena motivasi yang agak streotaip dalam cara penyampaian mereka. Ya, sila baca betul-betul, aku tidak mempersoalkan bahan layar yang mereka terbangkan, tetapi CARA penyampaian itu yang buatku letih untuk menghadamnya.
 
1. Singkatan formula tidak bombastik.
Konsep 5M, 4B, atau 7K, ataupun gabungan dua atau lebih konsonan tadi seperti 3M 2K dan sebagainya. Huruf M, B, K memang tak lari dari dunia motivasi psikologi Melayu. Walhal ketiga huruf itu cumalah sekadar awalan imbuhan, demi mencantikkan formula. Kalau mungkin tujuannya untuk mudah diingat, itu kesilapan besar. Hampir kesemuanya melontar formula yang kononnya efektif untuk diamalkan, tapi kalau dah selalu gunakan tiga konsonan ini, masihkah lagi senang diingat? Kurang menyengat!
 
Contohnya, formula untuk kekal berketerampilan seperti Teori Irfan (aku cipta sendiri. haha), adalah berkonsepkan 2M2K, iaitu Mencari, Menyelami, Kesabaran dan Kepasrahan. Contoh lain, gabungan dari sebuah perkataan. IRFAN contohnya, terdiri daripada “Interaktif, Rasional, Fun, Ambitious dan Negotiable”. Ataupun petua menulis ayat iklan yang padat dan berkesan, dengan formula TANGKAS, iaitu “Tangkap, Kemas” (oh, bombastik juga ciptaan aku, kan? ;p)

2…
 
3…
 
Cuma satu saja isunya. Haha. Bukannya masalah dunia pun. Oh, jangan risau. Aku masih tetap mengikuti mereka yang sudi berkongsi ilmu, cumanya aku haus. Skop penulisan, dan penyampaian bahan pemangkin keperibadian rakyat di Malaysia masih tetap lesu.
 
Andai kalian bercita-cita untuk menjadi motivator, menyampaikan sesuatu untuk meniupkan semangat pembaca dan pendengar, elakkan streotaip tadi, kikiskan hambar dalam persembahan, dan bentangkan idea segar di luar kotak pemikiran, ya? Semoga berjaya!
 
~peace bengkok~
 
p/s: Begitu peliknya aku. Hal kecil sebegitu yang aku jadikan isu? Yang penting kan ilmu, tak begitu? Jangan marah. Huhu. Tulisanku kali ini berjiwa ringan saja.

Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya.
Klik tajuk di bawah.