keutuhuan Masjid Kobe
Artikel asal sebenarnya adalah bertarikh 8 Ogos 2006. Ia telah digubal semula sesuai dengan objektif utama saya iaitu melalui SangPelangi, semoga dapat memartabatkan bahasa ibunda saya.

Pasti ramai sedia maklum bahawa Masjid Baiturrahman di Banda Acheh tetap berdiri kukuh walau setelah dilanda Tsunami.. dan adakah rahsia di balik sejarahnya dilihat semula dengan mata hati? Persoalan ini harus sering menjadi pemanis dalam siri merenung diri. Fikirkanlah sebaiknya. Ada juga cerita yg sama berlaku di Masjid Kobe yang akan aku ceritakan kali ini.

Lawatanku bersama rakan-rakan yang lain (Halim, Aizat, Amir, Azizol, Idris) ke situ, pada dasarnya cumalah secara kebetulan dan tidak dirancang. Ia seperti diatur Tuhan agar kami perlu mencari sesuatu dalam pengembaraan santai di tanah Sakura.
Alhamdulillah, dapat juga kami beriktikaf di masjid itu untuk beberapa ketika selepas Zohor sehingga Asar. Malah sempat juga menunaikan solat jemaah di situ. (jemaah cuma ahli dikalangan kami saja, memandangkan kami hadir agak lewat setelah masuk waktu solat)
Di tengah-tengah bandar yang dikenali dengan nama Sannomiya di daerah Kobe ini, terbangun indah sebuah masjid lama yang masih gagah. Sebuah kisah yang sangat menarik terselit di balik sejarah masjid yang Tertua di Jepun.
‘KO~BE’ yg bermaksud “Gate of God” memang bersesuaian dengan nama tmpat ini. Masjid yang terletak di tengah bandar Sannomiya ini dibina pada awal abad ke-20 setelah tamat Perang Dunia Pertama. Ramai muslimin yang dibawa masuk ke Kobe ketika itu sedang berusaha utk memulakan tapak perniagaan mereka di situ. Aku berpendapat ia adalah satu asbab yang memberi impak besar dalam pembangunan rohani rakyat Jepun.
Mereka berhasrat untuk mewujudkan satu persatuan gerakan Islam yg boleh menyatupadukan orang Islam di Jepun. Seorang hamba Allah bernama A.K. Bochia telah bertungkus lumus ke India utk memungut derma untuk membiayai pembinaan masjid ini.
Rentetan itu, berbondong-bondong rakyat Turki yang berhijrah ke jepun untuk melarikan diri mengelak kesan negatif dari Revolusi Russia. Setelah mendapat persetujuan Maharaja Jepun, maka proses pembinaan Masjid Kobe bermula. Seni bina berunsurkan Turki tradisional adalah sumber ilham seorang arkitek dari India.

Masjid Kobe siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi dengan solat pertamanya adalah pada Oktober 1935. Masjid Kobe setelah itu terkenal dengan gelaran “Mecca of Japan“ ekoran pertambahan mendadak jumlah kunjungannya.
Keutuhan Masjid Kobe.
Ketika perang Dunia Kedua, selain Nagasaki dan Hiroshima yang dimusnahkan dengan dua butir bom atom oleh tentera Amerika, Kobe tidak ketinggalan menerima akibatnya. Pada 1945, bandar raya Kobe habis musnah setelah di bom. Anehnya, sebuah bangunan sahaja yg masih gagah berdiri di persekitaran kawasan padang jarak padang terkukur. Itulah ia Masjid Kobe.

Tidak setakat itu. Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dlm kejadian gempa bumi paling dahsyat (setelah di Jogjyakarta 2006) ketika itu pada tahun 1995. Detik 5.46 pagi Selasa (17 Januari 1995) itu bukan memberi kesan terhadap Kobe sahaja, malah kawasan sekitarnya (South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu) juga menerima akibatnya. Gegaran magnitud 7.2 lingkungan 20km dengan titik fokusnya di Awaji-Shima sedikit pun tidak meruntuhkan Masjid Kobe.

Dapatkah kita bayangkan petanda kekuasaan Tuhan yang melindungi rumah-rumahNya?
Sumber lain: all about Kobe Mosque
















Hasanah berkata,
August 21st, 2008 at 6:44 am
Interesting article! Teringin nak melawat Kobe Mosque.. Hari tu tak berkesempatan coz of packed schedule. Insya-Allah I will go there in the next few yrs.. Thanks for the info! おおきに!
Hasanah telah menulis tentang Craving for Takoyaki!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 21st, 2008 7:57 pm:
Oh. Welcome. Kalau dapat pergi ramai-ramai lagi seronok. Nanti saya senaraikan masjid-masjid yang ada di Jepun untuk tatapan umum. Boleh masukkan dalam jadual rombongan nanti.
Balas komen ini.
Hasanah membalas pada August 22nd, 2008 5:07 am:
Syukran! I look fwd to seeing the list. Can’t wait!
Hasanah telah menulis tentang Perang Saudara di Pulau Chermin [Sejarah Brunei]. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 3:45 am:
Senarainya pun ada di Google saja. Tak susah. Hihi.. http://park2.itc.u-tokyo.ac.jp/tuics/mosques.htm
Balas komen ini.
Yazid Husain berkata,
August 21st, 2008 at 11:56 am
wah, kuasa Illahi
Yazid Husain telah menulis tentang Kekotak-Katik. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nurul Yaqin berkata,
August 21st, 2008 at 12:31 pm
Alhamdulillah, wah..sejak attend Summercamp IPIJ 2008 cara penulisan sang pelangi pun dah lain..lebih serious..bagus lah tu..satu hightlight yang mencuit minda dan iman.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 21st, 2008 8:00 pm:
Oh. Sudah lain ke? Err.. Nampak lebih serius?
Tak perasan pula saya.
Balas komen ini.
Intan Sheffie membalas pada October 31st, 2008 1:32 am:
Salam, eheh.I’m not in the position to judge, but I noticed (prominently) that you’ve improved from using short forms to ‘ayat-ayat lengkap dari segi ejaan’. Well that’s what I noticed. (Also read- I’ve only done random readings of your posts. Technically, x layak mana nak bg comment). Anyhow, keep on writing. Stylistic is just another style of stylistics.
Balas komen ini.
ku keng berkata,
August 21st, 2008 at 8:19 pm
Salam. Terima kasih atas maklumat yang amat berguna ini.
ku keng telah menulis tentang Oh Melayu Ku – 51 Tahun Merdeka. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 22nd, 2008 1:24 am:
Salam. Sama-sama. Semoga sama-sama kita merenungnya bersama.
Balas komen ini.
anego berkata,
August 21st, 2008 at 11:33 pm
Masya Allah…
Anego juga baru selesai menikmati kebesaranNya, di sebahagian misaki di hokkaido!
p/s:irfan, ada anugerah penghargaan buat kamu. Sudilah terima yek! oh ye, anego pun ada beli majalah yg terbitnya puisi kamu!
anego telah menulis tentang sayonara. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada August 22nd, 2008 1:26 am:
Hokkaido? Wah.. kepingin aku ke sana nanti jika ada rezeki.
p/s: Anugerah apa tu ya? Oh, selamat menikmati “Nafiri Sakti” saya. Hehe..
Balas komen ini.
aj berkata,
August 22nd, 2008 at 6:25 am
masyaAllah..
besarnya kuasaNya membuktikan segala yang berlaku hanya atas kehendakNya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 3:47 am:
Ya. Begitu besar rahmatnya. Yang membuat aku lebih kagum, ada masjid yang jemaahnya melebihi had. Kasihan mereka, tanah di Jepun mahal, jadi tak mampu nak buat masjid besar-besar.
Balas komen ini.
mims berkata,
August 23rd, 2008 at 4:02 am
subhanallah!
sy tak pernah tau pun pasal ni..sy cuma tahu yg masjid kobe masjid tertua di jepun…terima kasih kerana berkongsi!
insyaAllah sy akan memijak bumi sakura hujung tahun nnt…teringin nk singgah masjid kobe
mims telah menulis tentang of human behavior. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 3:48 am:
Oh ya? Bila tarikhnya tu? Dan di bumi mana kau akan berpijak nanti?
Balas komen ini.
mims membalas pada September 1st, 2008 4:59 am:
tokyo
20 dec nnt insyaAllah
mims telah menulis tentang im annoyed. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 5:50 am:
Oh. Itu cuti musim salji. Masa tu saya ke program Ski di Takayama di utara Jepun. Tak dapatlah kita bersua. Hihi. Kalau nak kontek sesiapa yang di tokyo (perempuan), saya boleh aturkan.
Balas komen ini.
amalina berkata,
August 23rd, 2008 at 5:32 am
niihama pun ada masjidd!
Balas komen ini.
berett berkata,
August 24th, 2008 at 1:17 pm
thanx for info yang menarik tu..xtaw plak kat jepun pon ade cite mcm masjid kat indonesia
berett telah menulis tentang 08.08.08. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 3:51 am:
Yup. Ini cerita lama. Mungkin kita jarang mendengarnya sebab kesannya tak dapat dilihat sekarang.
Balas komen ini.
yaadien berkata,
August 25th, 2008 at 8:42 pm
Balas komen ini.
yaadien berkata,
August 25th, 2008 at 8:44 pm
irfan kalau ada lg cerita menarik…cepat2 la cerita kat kami(penunggu sang pelangi)…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 4:01 am:
InsyaAllah. Erti hidup kan pada “memberi”. (Hehe.. pinjam motto Ustaz Hasrizal)
Balas komen ini.
affuan berkata,
August 26th, 2008 at 10:37 pm
amaran: entri ini untuk manusia yang celik hati sahaja. untuk manusia yang buta hati, abaikan kerana konsert avril itu lebih penting bagi kalian. waahaha.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 1st, 2008 3:53 am:
Entahlah, Affuan. Ada yang bermati-matian membantah pembatalan konsert tu. Pelik juga.
Balas komen ini.
'Aqilah berkata,
September 4th, 2008 at 1:18 am
Salam’alaikum
Subhanallah, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan the silent trails of Islam di Jepun yang tak diketahui ramai. Sangat gembira kerna Allah mempertemukan saya dengan website ini. Alhamdulillah.
Keep on writing!
‘Aqilah telah menulis tentang 004 Of Contributions. Mari baca!!
Balas komen ini.
qamarun berkata,
September 10th, 2008 at 10:34 pm
Subhanallah…thnx for info yg mnarik tuh..
ini yg sronoknye blaja kt ngare org ek..
blh tngok prkmbgn islam dnegara yg agama
rsminya bkn islam..malah prkmbgn nye lebih
hebat dr di ngr islam..trserlah hebatnye agama
yg diiktiraf Allah..indahnya ISLAM..
suke tengok dokumentari pasal azan yg xpernah
brhenti dilaungkan setiap mase 24 jam shari
dseluruh dunia..Maha Besar Tuhan yg Maha Agung..
Balas komen ini.
Lina berkata,
October 30th, 2008 at 2:49 am
Subhanallah…begitu ceritanya pasal Masjid Kobe…Sayang skali masa dtg kobe tahun 2005…tak berkesempatan ke Masjid kobe….
InsyaAllah..di lain masa…
salam ukhwah dari K.Lina…dari Oita..
Senang nnt , jenguk la ke laman web akak….ada barang dijual..khusus utk adik2 di Jepun di http://www.bazaarperantau.com
Balas komen ini.