Keputusan Rasmi Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009
Berikut adalah sedikit dua kata dari Sang Juri kita, Bro Rudy dari Bluehikari.com untuk pertandingan yang lalu (Terima kasih bro kerana sudi menerima jemputan sebagai juri) :
Setelah menilai kesemua entri calon yang bertanding saya berpendapat;
A. Pengalaman suka duka penulis dengan ayah sahaja tidak mencukupi untuk menulis tentang entri khas mengenai ayah ini. Kebanyakan penulis yang tidak berjaya tergolong dalam kumpulan ini.
B. Saya lebih tertarik dengan entri dimana pengalaman penulis dengan ayah digarap dengan satu lagi kisah atau dapatan lain dari pembacaan penulis ataupun pelajaran dari sifat ayah sendiri. Sifat penulis yang baik ialah beliau banyak membaca, membaca, membaca dan membaca. Baharulah dia mula menulis. Ini dapatan ilmu yang saya kutip daripada SN A. Samad Said. Justeru, penulis kena membuat sedikit penyelidikan melalui pembacaan untuk memulakan satu-satu tulisan meskipun ringkas, pendek dan padat.
C. Saya juga tertarik dengan gaya dan isi penulisan yang diadaptasi dari pengarang novel terkenal. Sebagai contoh ada penulis menuruti gaya penulisan Feisal Tehrani menerusi novelnya Saasatul Ibad (rujuk entri nuruddin83.wordpress.com-singgah dan pulang). Disamping pembaca menikmati pengalaman beliau, ada unsur dapatan lain dari hadis misalnya diterapkan dalam entri tersebut.
D. Ada juga penulis yang menulis entri dalam bentuk puisi. Tapi sayangnya tiada satupun puisi yang memikat hati saya untuk diberikan satu hadiah. Walau bagaimanapun, ada penulis yang menjadikan puisi sebagai mukaddimah penulisannya. Ia dicanai dengan pengalaman penulis untuk menghasilkan entri yang saya kira baik. Malah, saya dapati beliau tidak menyelitkan sebarang dapatan dari pembacaan tetapi melalui ajaran/didikan tidak formal ayahnya. Pendek kata, beliau belajar menjadi matang bukan dari ajaran mulut ayahnya tetapi melalui sifat yang ditunjukkan ayahnya. (studiomuslim.com-disebalik marahnya abah).
E. Saya juga tertarik dengan entri yang ditulis secara lelucon. Saya tertawa sendiri membaca pengalaman penulis ketika bernikah misalnya. (silangbunga.blogspot.com – entri nikah dan ayah mertua). Ironi sekali, diakhir cerita mood ketawa saya tadi berubah serta merta dengan finale yang melankolik dan saya sedih secara tiba-tiba). Penulisan sebegini amat baik dan impaknya hebat. Jelas, pengalaman beliau sekali lagi dipelajari menerusi sifat yang ada dalam diri ayah mertuanya.
Justeru, setelah dipertimbangkan secara adil dan saksama, saya berpandangan penulis-penulis di bawah dipilih sebagai penulis yang berjaya dalam entri sempena sambutan Hari Bapa 2009. Syabas dan tahniah!
PEMENANG UTAMA;
1. http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/siapa-yang-tolak-saya-jatuh-sungai-ada.html
SAGUHATI;
1. http://studiomuslim.com/tazkirah/kembara/di-sebalik-marahnya-abah/
2. http://silangbunga.blogspot.com/2009/06/1991.html
3. http://rozinorazali.com/v8/2009/06/horizontis/
4. http://nuruddin83.wordpress.com/2009/05/26/singgah-dan-pulang%E2%80%A6/
5. http://dingin.blogspot.com/2009/06/cinta-kita-sebagai-anak.html
6. http://keciks.wordpress.com/2009/06/13/kerna-ayah-pergi-dulu/ (Hadiah saguhati keenam ini ditaja oleh juri sendiri. Syukur.)
Komen daripada aku sebagai penganjurnya;
Aku sebagai penganjur tidak berhak menilai sebarang keputusan yang dikeluarkan juri. Malah, aku juga tidak layak untuk memilih entri siapakah yang baik ataupun tidak. Namun, aku cuma ingin menyentuh cuma satu elemen penting yang kurasakan dengan mudah diabaikan segelintir peserta.
Ada peserta yang masih melanggar hukum tanda baca, huruf besar dan kecil sewenang-wenangnya, tanpa membawa maksud dan tujuan yang tertentu dari beliau. Kerana itu, aku harus menghubungi semula peserta-peserta itu untuk membuat pembetulan. Harus diingat tujuan pertandingan ini adalah mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, biarpun seorang blogger itu cuma mampu menulis satu entri berbahas Melayu sempurna di dalam blog bahasa rojaknya, itu sudah kuanggap satu kejayaan.
TAHNIAH, kepada semua yang terlibat. Sungguh tak disangka, begitu hebat kerjasama dari kalian. Jutaan terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan yang hadiahnya tidak seberapa ini. Kepada yang tidak bertuah untuk terpilih dalam barisan pemenang, usah kecewa. Ada lagi pertandingan yang seterusnya.
Kepada barisan pemenang, jika kalian tak berikan nombor akaun bankmu kepadaku, alamatnya aku sendiri yang menggegarkan blog kalian. Huhu.
Kepada semua yang membaca karya peserta, jangan lupa titipkan ucapan tahniah kepada mereka semua, ya? Lahirkan penghargaan kalian kerana kerelaan mereka berkongsi kisah peribadinya kepada kita.
p/s: Aku berkira-kira ingin membukukan semua penyertaan ini di dalam sebuah blook (blog+book), namun aku perlukan reaksi kalian.
















Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009 : : SangPelangi berkata,
June 28th, 2009 at 8:03 pm
[...] Barisan Pemenang dan Ulasan Juri (klik sini) [...]
sueabubakar berkata,
June 28th, 2009 at 8:24 pm
salam sang pelangi..
sayang juga tak dapat sertai..
nnt kalau ada kesempatan masa..
bacalah entri “buat ayah” di blog saya ya?
sekadar perkongsian buat semua..
terima kasih
Balas komen ini.
nahwanNur berkata,
June 28th, 2009 at 8:49 pm
Assalamu’alaikum warahmatullah,
subhanALLAH walhamdu lillah. SYukur sudah ada keputusannya dan sungguh memang pemenang-pemenang ini sememangnya layak atas keputusan ini.
Tahniah irfan, segar bugar dibuatnya saat membaca entri-entri peserta. Dan ini atas usaha nta dan para juri. Dan tahniah dan syukur atas lahirnya idea ini dan dengan izin Nya jua, ALLAH Az Zawajalla.
p/s: Penulisan bukan sahaja mengasah bakat, tetapi juga mengasah muhasabah manajam taubat dalam menjiwai status hamba yang Esa
BarakALLAH tabarakALLAH.
Balas komen ini.
abrar berkata,
June 28th, 2009 at 10:21 pm
tahniah kepada pemenang..bagus juga cadangan itu irfan..boleh menggegarkan dunia blogger
abrar telah menulis tentang satu ketika dahulu. Mari baca!!
Balas komen ini.
eDa berkata,
June 29th, 2009 at 12:39 am
salam..
tahniah kepada semua yang menyertai termasuk juga saya,
menang atau kalah adat dalam pertandingan,
yang menang syabas saya ucapkan.
kepada sang pelangi,
usaha anda amatlah saya hargai,
harap ada lagi pertandingan seperti ini di lain masa,
saya pasti akan menyertainya.
eDa telah menulis tentang EDA dan ENY. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
June 29th, 2009 at 12:43 am
tahniah sang pelangi atas usahamu itu.
aku juga teringin mahu turut serta tapi aku kurang mahu mengaku aku sayangkan ayahku secara terang kerana, aku marahkan ayahku dan ayahku marah kembali, gara-gara protesku terhadap sikap ayah yang makan masin walaupun dia tahu disahkan hipertensi. habis masakankuu dikutuk lalu aku mogok tidak mahu masak
irshadian telah menulis tentang Jawatan Kosong;Hamba. Mari baca!!
Balas komen ini.
Balqis berkata,
June 29th, 2009 at 2:42 am
Wargh…. keputusannya sudah keluar!!
Tahniah kepada semua barisan pemenang!!
Tahniah juga kepada Sang Pelangi dan rakan kerana berjaya mengadakan pertandingan seumpamanya ini.
Thumbs up!!
Wassalam.
Balqis telah menulis tentang Nota: Di manakah relevannya?. Mari baca!!
Balas komen ini.
anego berkata,
June 29th, 2009 at 3:33 am
tahniah atas pertandingan anjuran kamu ini fan. rasa-rasanya bukanlah hadiah menjadi ukuran, tapi pengajaran yang kita dapat dari abah, ayah, bapak, abi dan apa2 skalipun panggilan yang menjadi ukurannya kan?
p/s: rindu skali pada arwah abah!
anego telah menulis tentang sekilas. Mari baca!!
Balas komen ini.
rozinorazali berkata,
June 29th, 2009 at 7:04 am
salam….
terima kasih sang pelangi…
selepas hujan pergi, kita nyanyi…
rozinorazali telah menulis tentang Selepas Hujan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Tersipu-sipu malu « Keciks’ True Stories berkata,
June 29th, 2009 at 9:37 am
[...] apa pun terima kasih kepada pihak penganjur, bersusah payah menganjurkan pertandingan sebegini demi memartabatkan Bahasa Melayu. Kalau nak [...]
Azree Hanifiah berkata,
June 30th, 2009 at 4:19 am
Alhamdulillah. Bagi diri saya sendiri tidak ada masalah untuk mengumpulkan hasil-hasil karya dalam blook.
Sangat-sangat menggalakkan.
P/s: Jom kita makan-makan di Resoran Bidayah dengan Tuan Zamri.
Azree Hanifiah telah menulis tentang Snippet: Berdakwah Melalui Facebook. Mari baca!!
Balas komen ini.
dingin berkata,
June 30th, 2009 at 9:54 pm
hahaha,
saya menang saguhati
hahaha
bestnya
terima kasih!
dingin telah menulis tentang Lelaki jahat ini yang kau sayang. Mari baca!!
Balas komen ini.
arnamee berkata,
July 5th, 2009 at 6:54 am
Balas komen ini.
syahidah berkata,
July 6th, 2009 at 7:35 pm
Tahniah buat pemenang pertandingan ni. Walaupun tak menang seronok juga menyertai pertandingan menulis ni..buat kali pertamanya dalam hidup..
Membaca karya tentang bapa membuatkan kita mahu lebih berusaha untuk menyayangi seorang bapa.
Tapi tak ramai pula yang memberikan reaksi tentang blook tu..hmm..menarik juga cadangan tu..bolehlah dibuat koleksi buku nanti..
Nota pentingnya kalau mahu menulis, mesti banyak membacalah ya..boleh cuba lagi lain kali..
syahidah telah menulis tentang Biarkan sendirian. Mari baca!!
Balas komen ini.
Singgah dan pulang… « Blog Dianah berkata,
September 5th, 2009 at 3:27 am
[...] Keputusan Rasmi Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009 : : SangPelangi said this on 29 June 2009 at 9:20 am | Reply [...]